The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhana ahmad, 2020-11-28 04:46:54

SLIDE AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

SLIDE AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF









FORMULA : OBJEK KB KK K.SENDI SUBJEK(KGD) KETERANGAN

1. Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana
peperiksaan hampir tiba.

-Ali dinasihati oleh Puan Aishah agar belajar bersungguh-sungguh kerana
peperiksaan hampir tiba.

2. Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas.

- Keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang baru diumumkan pada minggu lepas telah saya capai.

3. Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini.
-Pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan dalam membangunkan negara ini.

4. Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan keadaan yang harmoni di negara
kita.

-Keadaan yang harmoni akan diwujudkan oleh masyarakat yang bersatu padu di
negara kita.

5. Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di
pulau peranginan itu.

-Keindahan alam semula jadi dapat dinikmati oleh para pengunjung semasa bercuti di
pulau peranginan itu.


Click to View FlipBook Version