SulaMmanajKlis asih
Junjungan Budi
Khamis :: 8 Disember 2022 :: Dataran Megah
TN HAJI NORDIN BIN AHMAD KADRI
Biodata yang diraikan
Tuan Haji Nordin bin Ahmad Kadri dilahirkan pada 26 September
1966 di Kg Sg Hj Dorani, Sg Besar Selangor.
Tuan Haji Nordin dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang
terdiri daripada sembilan orang adik beradik dan beliau
merupakan anak sulung.
Latar Belakang Pendidikan
Tuan Haji Nordin mendapat pendidikan awal di SK Sri Bahagia
Parit 9 Sg Besar (darjah 1). Kemudian beliau meneruskan
pembelajarannya di SK LKTP Jengka 10 Bandar Jengka Pahang iaitu
dari darjah 2 hingga 6. Setelah tamat darjah 6, beliau terpilih
memasuki Sekolah Agama Menengah Sg. Haji Dorani, Sg.Besar
(Tingkatan 1 hingga 3). Seterusnya, beliau memasuki Sekolah
Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Klang
(tingkatan 4 & 5). Setelah memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia,
Tuan Haji Nordin meneruskan pengajiannya ke tingkatan 6 di Kolej
Islam Klang. Kecemerlangan Tuan Haji Nordin diteruskan apabila
beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada
Universiti Malaya .Beliau juga berjaya memperoleh Diploma
pendidikan daripada Maktab Perguruan Islam Bangi yang
melayakkan beliau bergelar seorang guru.
.
Sejarah Perkhidmatan
Kerjaya sebagai guru bermula pada tahun 1992 apabila beliau
ditempatkan mengajar di SMK Seksyen 18. Sepanjang perkhidmatan di
SMK Seksyen 18, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting
iaitu Penolong Kanan Petang (2011), Penolong Kanan HEM (2012), dan
tahun 2018 dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada tahun
2020 beliau mula berkhidmat di SMK Alam Megah sebagai Pengetua
dan pada 9 Disember 2022 Tuan Haji Nordin akan memulakan tugas
beliau di SMK Taman Tun Dr. Ismail Jaya.
Sumbang Bakti
Antara sumbang bakti Tuan Haji Nordin, beliau pernah menjadi Ketua
warden Asrama SMK Seksyen 18 (1994 – 2010) dan Pemeriksa/Ketua
Pasukan/Ketua Pemeriksa Bersama kertas Pendidikan Islam PMR.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1996,
2010, 2020.
Keluarga
Hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Norliah bt Selamat,
mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata dan kini
mempunyai seorang cucu.
Menggamit Memori
Salam Perpisahan
Selingkar kenangan bersama Tuan
Walau sedetik cuma
Ianya amat mahal untuk dinilai
Ianya amat luas untuk diukur
Bicaramu tuan bak tinta di jiwa kami
Menguntum senyummu tuan, membunga di hati kami
Kau nyalakan kandil hakiki
Menyuluh arah haluan nan murni
Dengan tekad nan suci
Menggunung harapan cita kami
Kau tak lupa kukuhkan tiang seri pusaka
Buat sokong di kala rebah
Permaidani kasih kau hamparkan
Di sepanjang lantai usang
Kelak membunga mekar setaman
Walau sesekali walang terusik
Oleh dengkur dan dengus
Lara wargamu kausirami dengan benih-benih keimanan
Rangsangan jua dorongan kau salurkan
Moga zuriat bakat kami bisa membiak ligat
Dan meraih kejayaan
Teguranmu pasti membina kami
Ajarmu pasti kami tak lupa
Jasamu pasti kami abadikan
Tinta kami ini adalah titipan kasih buat Tuan
Bukan sekadar metafora dalam kuntuman sajak
Yang berpalut kiasan wacana
Semoga Tautan Kasih kami
akan kekal utuh menjadi Selingkar Kenangan pada Tuan
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih,
Titipan Kasih Buatmu Tuan Pengetua
Khamis :: 8 Disember 2022 :: Dataran Megah
7.30 pagi
TENTATIF MAJLIS
Majlis bermula - Perarakan Masuk Tn Pengetua
Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
7:45 pagi Bacaan doa
7:50 pagi Ucapan Wakil Murid (Ketua Pengawas )
7:55 pagi Ucapan Wakil Guru (Pn Nik Aziah binti Wan Kadir – Penolong Kanan)
8.00 pagi Bacaan Biodata Yang Diraikan oleh Pengacara Majlis
8.05 pagi Ucapan Pengetua (Tn. Hj Nordin bin Ahmad Kadri)
8:15 pagi Penyampian hadiah dari murid / guru / individu untuk Tn Hj Nordin
8.45 pagi Sesi fotografi bersama Pengetua di atas pentas
1. Pentadbir & GKMP
2. Bidang Bahasa
3. Bidang Sains & Matematik
4. Bidang Kemanusiaan
5. Bidang Teknik & Vokasional
6. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
9.15 pagi Majlis Bersurai untuk murid-murid
(Murid diarah naik ke kelas dalam keadaan teratur)
9.30 pagi Guru-guru waktu 4 (9.00 – 9.30 pagi) masuk ke kelas untuk PdPc
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1.30 petang Jamuan Makan Berhidang di Kantin Sekolah
2.30 petang Acara Send Off
Ahli Jawatankuasa
Sekalung Penghargaan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi
SMK Alam Megah
dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan
sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.