TAKLIMAT RINGKAS KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SK TAMAN MOUNT AUSTIN disampaikan oleh penyelaras tahun 1
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat mendengar dan membaca dengan teliti mengenai maklumat yang ingin disampaikan. Kerjasama anda amat dihargai. Cikgu Najwa GURU P ENYE LARAS TAHUN 1
BARISAN PENTADBIR SEKOLAH Guru Besar En Md Nazri bin Md Mukear@Md Mukiar GPK Kurikulum Pn Mariam Sakinah binti Abdullah GPK Hal Ehwal Murid En Mohd Riduan Azmi bin Mohd Alwi GPK Kokurikulum En Ikmal Hijaz Bin Mubarak
PERSIAPAN KEPERLUAN ANAK KE SEKOLAH Bekal makanan anak sekiranya tidak membeli makanan di kantin. Air minuman yang mencukupi.( air masak ) / botol air ( di sekolah ada sediakan tempat ambil air tapis ) Duit belanja diberikan mencukupi dan janganlah terlalu besar bagi mengelakkan isu kecurian.
TAG NAMA Tag nama perlu digantung di leher sepanjang sesi persekolahan. Sekiranya tag nama didapati rosak, bayaran akan dikenakan sebanyak RM2 untuk kali pertama dan RM5 untuk kali kedua sebagai gantian yang baharu. Tag nama sementara akan digunakan sehingga tempahan name tag telah diterima. Mohon kerjasama ibu bapa mengisi maklumat cara pulang murid dan no tel ibu bapa di belakang tag nama yang diserahkan ya.
BUKU APA YANG PERLU DIBAWA KE SEKOLAH ? Program transisi bermula pada 19 Mac 2023 hingga 13 April 2023. Alat tulis (pensel,pemadam,pengorek,pembaris,gam stik/cair) Pensel warna Fail plastik( untuk masukkan lembaran kerja sekiranya guru berikan ) Sepanjang program transisi dijalankan, buku teks tidak akan digunakan lagi.Oleh itu, murid tidak perlu bawa buku teks ke sekolah. Alatan dan buku yang perlu dibawa adalah seperti berikut;
BUKU APA YANG YANG DIGUNAKAN SEPANJANG PROGRAM TRANSISI Modul Transisi Majlis Guru Besar Sepanjang program transisi dijalankan, modul transisi ini akan digunakan Modul ini perlu dibeli oleh setiap murid yang mendaftar masuk ke sekolah ini. Harga buku ini ialah sebanyak RM10.00
Buku teks akan diagihkan kepada murid Pengurusan pengagihan adalah di bawah tanggungjawab guru kelas. Ibu bapa tidak perlu hadir untuk pengambilan buku teks. Sila sediakan plastik atau beg kosong untuk meletakkan buku-buku teks tersebut. Pengagihan buku teks akan dilakukan setelah mendapat tarikh yang sesuai dan akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan buku teks. Guru akan memaklumkan di dalam group kelas. PENGAGIHAN BUKU TEKS
Kedudukan murid mengikut kelas Pendaftaran murid pada tahun ini tidak akan ada sebarang pentaksiran untuk menapis murid mengikut tahap. Murid dipilih secara rawak dan disusun mengikut kelas. TIADA STREAMING EDARAN SENARAI NAMA MENGIKUT KELAS Senarai nama murid mengikut kelas akan diedarkan oleh guru kelas sehingga diberitahu. GRUP WHATSAPP KELAS Grup kelas akan ditubuhkan setelah murid didaftarkan ke dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid ( APDM ) mengikut kelas.
PAKAIAN SEKOLAH Beruniform lengkap. Name tag akan diserahkan semasa pra transisi Tali leher akan diberikan setelah guru kelas membuat bayaran kepada pihak pengurusan.
PAKAIAN SUKAN/KRMJ Rumah sukan murid belum ditetapkan lagi. Oleh itu, sila tunggu sehingga diberitahu oleh guru kelas untuk pembelian baju sukan. Baju rumah sukan perlu dipakai pada waktu Pendidikan Jasmani. (rujuk jadual waktu 'PJ') Baju KRMJ (Karektor Johor) akan dipakai pada setiap hari Selasa. Sebarang info akan diberitahu dari semasa ke semasa oleh guru kelas.
JADUAL WAKTU Jadual waktu akan diedarkan melalui guru kelas sehingga diberitahu di dalam group whatsapp.
BORANG MAKLUMAT MURID TARIKH AKHIR PENGHANTARAN : Mengikut penetapan guru kelas. Borang telah diserahkan dalam fail poket yang diterima semasa hari pendaftaran. Sila lengkapkan borang maklumat murid dan hantar kepada guru kelas masing-masing. Sebarang kemusykilan boleh rujuk pada guru kelas masingmasing.
Adakah murid yang tidak hadir ke sekolah mempunyai pilihan yang lain untuk mengikuti sesi pembelajaran ? JAWAPAN : TIDAK Murid perlu hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama guru. Apakah yang perlu dibuat sekiranya murid tidak hadir ke sekolah ? JAWAPAN : Ibu bapa/penjaga perlu mengeluarkan surat bertulis tunjuk sebab atau secara dalam talian menerusi grup kelas atau personal guru kelas berkenaan ketidakhadiran murid kepada guru kelas masing-masing.
Bagaimana sekiranya terlupa nak sediakan bekal makanan untuk anak? JAWAPAN : Ibu bapa perlu bertanggungjawab atas perkara tersebut dan perlu menghantar bekalan makanan untuk anak ke sekolah atau menghubungi guru kelas untuk tindakan lanjut. Bagaimana cara untuk menghantar makanan kepada anak sekiranya tertinggal bekal makanan ? JAWAPAN : Ibu bapa dilarang masuk ke kawasan sekolah. Oleh itu,bekal makanan tersebut boleh ditinggalkan di post guard bersertakan nama murid dan kelas murid. Ibu bapa perlu memaklumkan pada guru kelas bagi memastikan bekalan makanan tersebut dapat diberikan kepada anak.
TERIMA KASIH Harap maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memahami dengan teliti menganai taklimat ringkas ini. Diharap, tuan-tuan dan puan-puan dapat mematuhi dan melaksanakan terhadap perkara yang disarankan. Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan.