KOD NAMA KURSUS:
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK:
KONSEP ETIKA:SEJARAH PEMIKIRAN EROPAH DARIPADA ZAMAN SEBELUM,SEMASA DAN
SELEPAS PENCERAH
NAMA PENSYARAH DAN JABATAN:
MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD. RAMLEI
(JABATAN KEJURUTERAAN AWAM)
NAMA PELAJAR DAN NO. PENDAFTARAN:
1.AFIQ SYAZWAN BIN NURLIZAN(02DKA22F1091)
2.MOHAMED ANIS NA’IM BIN M.YUSOF(02DKA22F1100)
3.MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN MUSA(02DKA22F1095)
4.MOHAMAD NAJIB BIN MOHD ZAIDI(02DKA22F1051)
5.DANISH ERLANGGA BIN EDDY RIEZZA(02DKA22F1019)
KONSEP ETIKA DARI PELBAGAI PERSPEKTIF
Etika yang dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu cabang falsafah yang
melibatkan penyusunan,mempertahankan dan mencadangkan kelakuan yang
betul dan salah. Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ethos” yang
mebawa maksud “watak”.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), etika membawa maksud ilmu
berkenaan dengan prinsip-prinsip akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi
pegangan seseorang individu atau seuatu kempulan manusia. Ia juga merupakan
suatu bentuk piawaian terhadap perbuatan atau tingkah laku seseorang ketika
melaksanakan kewajipan sebagai manusia dan juga berkait rapat dengan nilai-
nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan
masyarakat.
SEJARAH PEMIKIRAN EROPAH DARI ZAMAN SEBELUM,SEMASA DAN
SELEPAS PENCERAHAN
Sebelum bermula Zaman pencerahan (Enlightenment),terdapat dua zaman yang
telah membawa kepada munculnya zaman tersebut iaitu:
1.ZAMAN GELAP
Zaman gelap atau dikenali sebagai The Dark Ages merupakan zaman kejatuhan
Eropah yang memamparkan berlakunya peperangan, kebuluran dan penyakit
seperti wabak. Zaman ini juga mengalami kemerosotan dalam:
• Bidang Pendidikan
• Taraf Hidup
• Sistem Perbandaran
• Perdagangan
• Pusat Pentadbiran
Dalam masa yang sama kehidupan masyarakat pada ketika itu dikawal atau
dikongkong oleh golongan gereja dan paderi.Rakyat juga diperintah dalam bentuk
“Old Regime” yang ketika itu raja memiliki mutlak.
2.ZAMAN RENAISSANCE
Zaman Renaissance atau dikenali sebagai zaman kelahiran semula pada abad ke-
14 hingga ke-16. Ahli falsafah dan cendikiawan barat mula mempersoalkan ilmu
yang diperoleh melalui kepercayaan dan keagamaan semata-mata. Keadaan ini
bermula apabila para cendikiawan barat menjelajah ke negara islam dan
mempelajari ilmu tentang rasionalisme. Aliran rasionalisme ini berpendapat
bahawa akal merupakan sesuatu yang penting dalam usaha mendapatkan ilmu
pengetahuan dan mengujinya. Tujuan mereka adalah untuk mendidik dan
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menggunakan akal fikiran untuk
memperoleh ilmu pengetahuan bagi mengubah hidup mereka.
ZAMAN PENCERAHAN
Dengan tersebarnya idea mereka tentang rasionalisme ini muncullah zaman
pencerahan atau dikenali sebagai The Age Of Reason (Zaman Kewarasan)
Zaman Enlightenment ini dapat dilihat dengan lebih jelas sekitar abad ke-18. Ia
juga ditandai dengan kemunculan beberapa tokoh pemikir baharu seperti:
➢ Voltaire
➢ John Locke
➢ Baron de Montesquieu
➢ Jean-Jacques Rousseau
Enlightenment telah dikaitkan dengan perkembangan dalam beberapa perkara
seperti:
• Kebijaksanaan
• Kesedaran
• Kebudayaan
• Pendidikan
• Keteguhan terhadap kepercayaan
• Kefahaman
• Penyinaraan
Zaman ini juga ialah zaman yang penuh dengan aspirasi pembaharuan serta lebih
ditandai atas kepercayaan dan kemampuan pemikiran manusia. Zaman
pencerahan ini juga merupakan sebuah gerakan yang membuatkan manusia
boleh berfikir tentang kemampuan pemikirannya. Akhirnya, manusia pada zaman
ini sedar bahawa manusia dapat mengubah dunia, sejarah dan masyarakat
melalui kemampuan pemikiran.
Zaman dibahagikan kepada tiga tahap seperti:
Tahap Penerangan
Pertama Berlaku pertelingkahan antara pihak pendukung dengan
pemerintah.
Kedua Banyak karya telah dihasilkan dan konflik pada tahap pertama
telah sampai ke puncaknya.
Ketiga Berlaku penyebaran idea pencerahan ini sehingga membawa
perubahan politik dan sosial yang hebat.