The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariffasnawi59, 2022-08-29 04:40:25

PERGERAKAN IDEA DAN AMALAN ETIKA DAN PERADABAN ALAM MELAYU DAN DUNIA

Penghayatan Etika dan Peradaban (1) (2)

KOD NAMA KURSUS:

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK:

PERGERAKAN IDEA DAN AMALAN ETIKA DAN PERADABAN ALAM MELAYU DAN
DUNIA

NAMA PENSYARAH DAN JABATAN:

MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD. RAMLI
(JABATAN PENGAJIAN AM)

NAMA PELAJAR DAN NO. PENDAFTARAN:

MUHAMMAD NUR FARIS (02DKA22F1023)
MUHAMMAD ARIFF ASNAWI (02DKA22F1067)

MUHAMMAD SHUKRY (02DKA22F1055)
WAN MUHAMMAD ADAM TAUFEEQ (02DKA22F1039)

AMIR HAIKAL (02DKA22F1107)

PROGRAM DAN KELAS:

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA 1A)

SESI:

1 2022/2023

1

ISI KANDUNGAN

NOM. TAJUK MUKA SURAT

1 SINOPSIS 3

2 PENGENALAN TERHADAP ETIKA & PERADABAN 4

3 SEMBILAN PECAHAN YANG TERHADAP DARI SETIAP 5-9
KOMPONEN

4 PERGERAKAN IDEA DAN AMALAN ETIKA DAN 10-12
PERADABAN ALAM MELAYU

5 PENUTUP 13

2

SINOPSIS

Etika’ dan ‘Peradaban” adalah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk
difahami dalam kursus ini. Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan
menghayati dinamika sesebuah masyarakat. Sebagai permulaan kepada kursus ini
adalah sesuai dibincangkan kedua-dua konsep ini satu persatu masing-masing
dengan tersendiri dan kemudianya melihat kaitannya dalam konteks susur masa
prakolonial, kolonial dan pascakolonial. Fokus pertama adalah perbincangan
tentang pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban dunia. Fokus kedua,
adalah terhadap konsep etika khususnya menghuraikan pengertiannya dalam
konteks sejarah pemikiran Eropah, daripada zaman sebelum, semasa dan selepas
Enlightenment. Kemudian dikupas pula impak kefahaman dan amalan konsep
etika disemaikan semasa zaman kolonial dan pascakolonial di luar Eropah. Fokus
ketiga adalah terhadap konsep ‘peradaban’ berdasarkan susur masa pra
kolonialisme, kolonialisme dan pasca kolonialisme, timur dan barat, perspektif
agama dan kepercayaan. Contoh-contoh boleh ditimba daripada pengalaman
sejagat dan Alam Melayu.

3

PENGENALAN TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN

Penghatan etika dan peradaban merujuk cara kita membina kefahaman dan
melaksanakan amalan. Penghayatan ialah suatu proses memahami, mengalami,
merasai dan menguasai sesuatu ilmu yang mempunyai serta memberikan impak
kepada masyarakat. Penghayatan etika dan peradaban mestilah berbentuk amali
dengan segala cakupan sedia ada dalam sesuatu tema atau bidang yang berakar
umbi daripada pengetahuan, kesefahaman dan pengalaman.

Penghayatan yang melibatkan kaedah mengalisis dapat membantu untuk
memperhalus proses penghayatan itu. Terdapat tiga komponen dan sembilan
pecahan daripada setiap komponen itu:

TIGA KOMPONEN YANG TERDAPAT IALAH:

Struktur Sosial

Sejarah

Geografi

4

SEMBILAN PECAHAN YANG TERDAPAT DARI SETIAP KOMPONEN:

STRUKTUR SOSIAL
Struktur sosial dari segi bahasa ialah sistem sosial. Manakala dari segi sosiologi
adalah hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang
berfungsi untuk menggerakkan dinamika masyarakat.
• MASYARAKAT - Kita tentulah mempunyai tahap penghayatan berbeza-beza
mengenai etika dan peradaban di Malaysia berdasarkan struktur sosial kita.

• NEGARA - Memahami lapisan-lapisan struktur sosial kita akan
membolehkan kita menghayati etika dan peradaban kita telah terbina dan sedang
berlangsung dalam negara kita.

• PASARAN -Daripada segi pasaran , Struktur sosial ini melibatkan komuniti
dan sistem sekeliling sama ada tak formal atau formal dimana kita tinggal, kita
dibesarkan, kita bersekolah dan kita bekerja.
SEJARAH
1. ZAMAN PRAKOLONIAL(TRADISIONAL)

• Adab - Adab dari segi bahasa merujuk kepada pekerti, tingkah laku dan
bahasa yang dituturkan dengan tertib dan sopan.

5

• Adat Istiadat - Adat Istiadat adalah bentuk
peraturan yang diikuti dengan tertib dan
cermat.. Biasanya diamalkan dalam majlis-
majlis rasmi yang melibatkan susun atur
protokol yang tinggi.
Dalamnya terangkum langkah demi langkah
yang melambangkan bahawa negara kita ini
sebenarnya mempunyai peradaban yang
tersendiri yang diwarisi dan perlu dihormati oleh semua pihak sama ada kita yang
lahir disini, tinggal tetap dan membesar atau pihak yang datang bekerja di negara
ini.

Contoh: Majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong.

• Adat resam - Adat resam pula ialah
adat, tertib dan tatacara yang menjadi
kebiasaan sesuatu etnik dalam negara kita.
Etnik Melayu, Cina, India, Sikh, Siam,
Bumiputera Sabah dan Sarawak -semuanya
mempunyai adat resam masing-masing.
Memahami, menguasai dan menghayati
adat resam kita adalah satu kemestian
supaya kita dapat menjalani kehidupan dalam komuniti etnik kita dengan baik.
Memahami adat resam etnik lain juga adalah baik supaya kita dapat menghormati
dan menjaga hubungan antara individu, keluarga dan komuniti dengan baik,
apatah lagi kita tidak boleh mengelak diri daripada berurusan setiap hari dengan
semua komuniti dalam negara ini.

6

2. ZAMAN KOLONIAL (MODEN)

• ETIKA -Dalam konteks moden hari ini melihat kepada prinsip moral dan
nilai yang baik, tercerna dalam diri kita dan terzahir dalam tingkah laku kita tanpa
perlu disuruh

Lihat contoh gambar: seorang jururawat yang
dilatih dengan kod etika kejururawatannya –
sepatutnya akan bertindak mengikut kod
berkenaan semasa dia bertugas sahaja. Tetapi
disebabkan menghayati kod etika
pekerjaannya dan nilai-nilai lain yang
dipelajari dan sebati dalam diri, beliau
membantu sesiapa sahaja tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Inilah lambang
penghayatan etika dan peradaban kita.

• ETOS -adalah istilah untuk menunjukkan ciri sesuatu bangsa. Di dalamnya
terkandung Idenditi dan Jati diri seseorang. Di Malaysia, konsep Etos Bangsa
adalah konsep yang menjelaskan mengenai Etos Nasional Bangsa Malaysia.
Konsep ini telah diungkap secara jelas dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad
dalam tahun 1992 untuk menunjukkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang bersatu
menjelang tahun 2020.Konsep ini berkaitan dengan keterikatan emosi kolektif
nasional dengan sejarah sosial dikongsi, menerima pasak dan pelantar integrasi
dalam perlembagaan, dan mendokong Tadbir Urus Dan Pembangunan yang
menjamin kesepaduan, kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat. Keterikatan
emosi kolektif nasional ini membina kesetiaan dan kecintaan kepada negara
hingga lahir semangat patriotisme dan nasionalisme yang melangkau batas etnik,
agama dan wilayah.

• ETIKET- adalah istilah moden seumpama adat istiadat (istilah tradisional)
Kini, konsep ini sering diguna dalam konteks organisasi atau institusi untuk
menunjukkan tatacara, peraturan berkaitan protokol dan etiket sosial dalam
majlis.

7

3. ZAMAN PASCAKOLONIAL (GABUNGAN)

• telah mengekalkan kita dengan etika dan peradaban tradisional dan
bercampur.
• Variasi ini ditambah bukan sahaja hasil tinggalan kolonial, tetapi di
kembang luas dengan globalisasi teknologi ICT.
• Adab, adat, etika, etos dan etiket kita telah bercampur baur sehingga
mengubah identiti dan jati diri kita dalam keadaan, suasana, tindakan dan tingkah
laku berbeza-beza.
• Oleh kerana itulah, kita sebagai generasi yang hidup dalam era globalisasi
ICT, perlu menghayati makna etika dan peradaban yang telah diacuankan dlama
negara kita sejak sekian lama. Mempelajari, menguasai, menghayatinya supaya
kita akan tetap mempunyai identiti dan jatidiri Malaysia walau dimana sekalipun
kita berada.

BIOGRAFI
-dari segi bahasa ialah riwayat atau kisah hidup seseorang.
-Dari segi sosiologi biografi adalah fenomena struktur sosial dan proses sejarah
yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti dalam masyarakat
dan sebaliknya, boleh pula mencorakkan struktur sosial dan proses sejarah.

8

9

PERGERAKAN IDEA DAN AMALAN ETIKA DAN PERADABAN
ALAM MELAYU

AMALAN ETIKA:

Zaman prasejarah zaman paleolitik ,mesolitik , neolitik , logam / gangsa besi

ZAMAN PALEOLITIK:

• Kewujudan petempatan paling awal di alam Melayu
• Kehidupan sara diri & berpindah randah
• Penggunaan alat batu dalambentuk asas

ZAMAN MESOLITIK:

• Kehidupan masyarakat masih berkisar pada kegiatan sara diri
• Wujud evolusi dalam kehidupan
• Bermula kegiatan membentuk batu jadi alatan keperluan & senjata
• Bermula kegiatan pertanian, penternakan, perdagangan awal &
perhubungan dengan kawasan lain

ZAMAN NEOLITIK:

• Kehidupan masyarakat terus mengalami evolusi
• Wujud teknologi penciptaan baru yang lebih lengkap
• Zaman batu akhir – pelengkap zaman batu

10

ZAMAN LOGAM/ GANSA BESI:

• Masyarakat mula tinggal tetap di satu-satu kawasan
• Tertumpu di kawasan yang mempunyai sumber air
• Bermula penggunaan peralatan logam

ZAMAN PROTO SEJARAH:

• Bertitik tolak melalui kewujudan kerajaan Melayu Kuno /

KERAJAAN PURBA:

• Langkasuka
• Kedah Tua
• Gangga Negara
• Chih-Tu
• Lo Yueh
• Tan-Tan
• Penggunaan Bahasa Melayu – lingua franca
• Sistem politik tradisi – Sistem Pembesar Empat Lipatan, Sistem
Jemaah Menteri, Sistem Penaung - Dinaung
• Sistem sosial – golongan pemerintah & golongan diperintah
• Sistem ekonomi – sara diri

11

ZAMAN PRASEJARAH:

Kemunculan kerajaan kesultanan Melayu melaka Kerajaan melayu melaka
telah Dibuka oleh parameswara atau raja Iskandar shah pada awal kurun ke15
iaitu sekitar tahun 1400. Kehebatan melaka - terdapatUndang-undang laut melaka
danHukum kanun melaka yang Menggambarkan melaka Mempunyai peradaban
yang tinggi.Faktor utama perkembangan Kerajaan melayu melaka ialah Kerana
wujudnya sistem Pentadbiran yang cekap dan Tersusun khususnya melalui sistem
Pembesar empat lipatan. Sistem pentadbiran yang cekap ini Berjaya menjamin
keamanan dan Kemakmuran negeri melaka.Faktor ini telah menjadi tarikan
paraSaudagar dan pelayar untuk Menjadikan melaka sebagai pusat Kegiatan
mereka Peradaban yang bermula di Melaka menjadi titik tolak Kepada
perkembangan‘peradaban melayu ’Peradaban melayu ini Berteraskan rumpun
bangsYang tergolong dalam Cabang ‘melayu-indonesia’ Merangkumi melayu,
jawa, Sunda, acheh, madura, Minangkabau, bugis,Minang, iban, bajau, murut Dan
pelbagai lagi Rumpun bahasa ‘melayu indonesia’ pula tercakup Dalam rumpun
Bahasa Austronesia Kemunculan melaka telah Menjulang jati diri Peradaban
melayu di tanah Melayu.

12

PENUTUP / KESIMPULAN

Pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk di alam melayu telah membina
etika dan peradaban Malaysia berteraskan nilai disulaimi dengan rasional-legal
dan materialism sedunia . kehidupan manusia di dunia tidak boleh dipisahkan
dengan etika . Etika yang dibentuk dapat memberikan kesan kepada pelbagai

peringkat , iaitu individu , keluarga , masyarakat , negara , dan juga pasaran .
Manusia yang beretika memberikan impak yang positif kepada negara dan
peradabannya . Oleh itu , pembentukan etika dan peradaban di Malaysia perlu
difahami berdasarkan garis masa negara Malaysia yang bermula dari zaman
prakolonial ,kolonial , hinggalah , pascakolonial . Kesimpulannya , penerapan ,
etika dan peradaban ini amat bagi setiap individu , dalam usaha membentuk
sebuah negara yang kukuh dan dipercayai serta dihormati oleh orang dari negara

lain .

13


Click to View FlipBook Version