The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dd, 2022-06-07 09:43:46

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENYALAHGUNAAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT

AHLI KUMPULAN:
1)NUR HADIFAH BINTI AJADI

(20DAT21F1058)
2)NUR AYUNI BINTI ABDULLAH

(20DAT21F1016)
3)KHAIRUNNISA BINTI ABU BAKAR

(20DAT21F1072)

PENGENALAN

Definisi teknologi maklumat ialah
sebarang kaedah atau cara yang
digunakan untuk menyebarkan, mencari,
memaparkan maklumat mengenai sesuatu
perkara atau peristiwa.

ICT adalah singkatan daripada
Information and Communication
Technology (Teknologi Maklumat dan
Komunikasi) yang bermaksud merupakan
teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data yang berkaitan dengan
segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Ataupun dengan
maksud yang mudah difahami ialah
penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak
tertumpu hanya kepada internet dan
komputer tetapi merangkumi televisyen,
telefon, telefon mudah alih, fax, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat.

ASAS PENTING DALAM
PENGGUNAAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

- Mengumpul maklumat yang

digunakan untuk membuat
suntingan dengan menggunakan
kemudahan teknologi

- Memanipulasikan maklumat dan

proses semula imej

- Menjelaskan bagaimana teknologi

maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada
penerima

PENYALAHGUNAAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT

Hak Cipta

Kewujudan teknologi canggih ini juga mempengaruhi perubahan
sosial budaya. Hal ini demikian kerana kesalahgunaan teknologi telah
meyebabkan kewujudan budaya plagiarisme atau amalan ‘copy dan
paste’ yang semakin serius dan merebak di kalangan mahaiswa-
mahasiswi universiti. Menurut Maharam Mamat, budaya plagiarisme
boleh dimaksudkan seseorang telah menggunakan idea orang lain tanpa
ada rujukan atau penghargaan kepada penulis asal serta mengambil hak
cipta orang lain menjadi hak persendirian. Sebagai contoh, golongan
belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk
memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan tugasan mereka
dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil
kerja orang lain melalui internet. Adakah budaya plagiarisme sudah
wujud sebelum kewujudan teknologi internet? Menurut Maharam
Mamat, kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu
dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik
atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam
persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk
mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan
mereka. Sebagai contoh, menurut Imran Shamsir, budaya plagiarisme
biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah mendapat
maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara
menaip sahaja apa bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google”
atau “Yahoo” dan ‘copy paste’ maklumat dalam laman web yang
berkenaan sahaja. Budaya plagiarisme ini merupakan jenayah
akademik. Pihak universiti perlulah bertanggungjawab dan berusaha
mencegah gejala plagiarisme yang berlaku semakin menular di
universiti.

Virus

Menyebarkan virus mampu merosakkan sistem,
data, perisian dengan sengaja dan lebih teruk lagi
apabila ia melumpuhkan rangkaian komputer.
Penyebaran virus ini boleh melalui pelbagai cara
terutamanya melalui lampiran pada e-mel dan
menghantar fail. Hampir semua jenis penyebaran
virus menggunakan email lampiran (attachment).
Hal ini dikatakan demikian kerana, semua
pengguna internet kerap menggunakan email
untuk berkomunikasi antara satu sama lain, fail-
fail ini sengaja dibuat menarik perhatian seperti
tajuk yang menarik penggunanya untuk membuka
fail. Antara contoh medium penyebaran virus
adalah melalui disket, pen drive atau media
simpanan yang lain, jaringan WLAN dan
sebagainya, melalui internet dan software.

Pornografi

Dalam era kecanggihan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT),
kebanyakan masalah penyalahgunaan
dalam kalangan pelajar ialah melihat
video-video dan bahan-bahan yang
berunsur lucah. Malah bukan itu sahaja,
terdapat juga individu-individu yang tidak
bertanggungjawab melakukan aktiviti
haram seperti menyebar video-video
lucah di internet dan menjalankan
perniagaan haram tersebut di internet.

Pemalsuan
Maklumat

Pemalsuan maklumat
bermaksud memberi maklumat
yang salah dan tidak benar pada
sebarang borang, kontrak atau
permohonan dalam talian
(online).

Penggodaman

Dalam era globalisasi ini, kecanggihan teknologi seperti internet
telah menyebabkan kewujudan penggodam yang banyaknya
terdiri daripada golongan belia. Menurut kepada Christoper
Harper, penggodaman merujuk kepada sesuatu ancaman siber
yang mengakses laman web dengan mencuri maklumat peribadi
orang lain (Harper, 2002). Penggodam dan pengganas siber yang
bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah
sistem komputer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk
mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan
organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan
kepada pihak pesaing. Tambahan pula, ancaman siber itu bukan
saja berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti
www.malaysia.gov.my., manakala laman web milik Agensi
Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat turut diserang oleh
penggodam (Berita Harian Online,17 Jun 2011). Ini bermaksud
masalah pencerobohan laman web berlaku di mana-mana tempat.
Jadi, kerjasama ke atas negara antara negara yang lain amat
diperlukan untuk mengurangkan kes jenayah penggodam ini.
Selain itu, kerajaan juga memainkan peranan penting dalam
pencegahan kes-kes penggodaman di negara. Hal ini demikian
kerana kesan penggodaman akan membawa kemusnahan ekonomi
negara kita serta maklumat-maklumat sulit negara dapat
disebarkan kepada nega-negara lain. Keadaan negara akan
bertambah teruk jika maklumat-maklumat yang sulit terhadap
negara kita diggodamkan oleh negara musuh melalui teknologi
internet.

Hiburan

Hiburan adalah suatu kemudahan yang diberi dalam
pelbagai bentuk secara dalam talian (online).
Sebagai contoh, youtube, permainan dalam talian
dan sebagainya. Tambahan pula, pengguna
menyalahgunakan hiburan dalam talian yang sedia
ada sehingga berlakunya pembaziran masa dan hal-
hal wajib ditinggalkan. Oleh itu, pengguna haruslah
bijak membahagikan masa apabila menggunakan
teknologi ini dan tidak terlalu ketagih hingga leka
meninggalkan pekerjaan lain.

KESAN
PENYALAHGUNAAN

TEKNOLOGI
MAKLUMAT

Kewujudan Budaya plagiarisme atau
Budaya dikenali sebagai amalan ‘copy-
paste’ bermaksud perbuatan
Plagiarisme meniru atau mengutip
sebahagian atau keseluruhan
karya orang lain tetapi mengakui
karya tersebut sebagai usahanya
sendiri. Dalam bidang
akademik, profesor dan
penyelidik menganggap ini
sebagai penyelewengan
akademik dan pelaku atau
penuntut universiti boleh
dikenakan hukuman seperti
keputusan digantung semasa
akhir semester. Perkara ini
berlaku kerana segelintir remaja
yang kurang mahir dalam
mencari maklumat. Selain itu, ia
juga berlaku disebabkan
kurangnya kesedaran tentang
plagiarisme dalam kalangan
belia. Di sini boleh dikatakan
bahawa pelajar hendaklah lebih
kreatif dalam menyiapkan
tugasan yang diberi tanpa
meniru atau menciplak ‘bulat-
bulat’ dari hasil karya orang
lain.

Ancaman Antara ancaman yang
Terhadap dihadapi oleh pengguna
pengguna teknologi maklumat ialah
teknologi fenomena menggodam
maklumat komputer atau ‘hackers’.
Mereka cuba
menyalahgunakan
kemudahan ini untuk
kepentingan mereka.
Namun, terdapat juga
golongan penggodam
komputer yang hanya
menjalankan aktiviti
pencerobohan maklumat
peribadi sebagai salah satu
keseronokan tanpa
memikirkan kesan buruk
yang dihadapi.

Jenayah Kehidupan yang dilingkari
Siber dengan teknologi canggih tanpa
sempadan telah melahirkan satu
kelompok manusia yang hidup
serba mudah dan ringkas.
Tindakan penyalahgunaan
teknologi ini menunjukkan
bahawa pengguna tidak dapat
mengawal tingkah laku sendiri
apabila mereka menggunakan
atau mengaplikasikan teknologi.
Menurut kajian yang dilakukan
oleh Mazlan Osman dan Amri
Abdul Rahman dan UITM,
jenayah siber merujuk kepada
aktiviti jenayah yang berkaitan
teknologi dan komputer
menerusi internet. Menurut
kajian tersebut juga, pengguna
internet melakukan pelbagai
jenis jenayah siber. Contohnya,
penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian ke atas program
atau data komputer, kecurian
maklumat, capaian secara tidak
sah ke atas sistem, judi siber,
skim cepat kaya, pornografi,
penggodam, penyebaran virus
dan mel spam.

Kewujudan Antara ancaman yang dihadap
Penggodam oleh pengguna teknologi
di kalangan maklumat ialah fenomena
Belia penggodam komputer.Mereka
cuba menyalahgunakan
kemudahan untuk kepentingan
mereka.Namun masih lagi
penggodam komputer yang
menjalankan aktiviti
pencerobohn maklumat
peribadi untuk keseronokan
tanpa memikirkan kesan yang
buruk yang bakal dihadapi
kelak . Kebiasaannya, mereka
yang suka menceroboh system
rangkaian konputer,mencuri
maklumat atau data penting
dan menghantar virus bagi
menganggu sistem rangkaian
komputer lain.Kelebihan yang
dimiliki didalam teknologi
maklumat ini juga mudah
diperalatkan oleh pengganas
dan juga kartel dadah.Ini juga
terbukti apabila seorang
pembekal dadah lain untuk
mengadakan pertemuan dengan
melalui kod-kod rahsia.

Penapisan Dalam zaman yang serba
maklumat moden ini, muncul pelbagai
siber yang perantaraan yang boleh
menjadi ejen baru penyeberan
sukar maklumat. Oleh sebab itu,
penapisan terhadap teknologi
maklumat,terutama internet
bukanlah suatu yang mudah
memandangkan pertumbuhan
bilangan pengguna yang
menyertai industri ini setiap
hari. Bukan itu sahaja, internet
juga tidak mempunyai badan-
badan penapis yang rasmi.
Dalam hal ini, penapis utama
ialah hati nurani pengguna
sendiri. Walaupun usaha-usaha
telah diambil untuk menapis
medium ini, namun
nampaknya usaha ini masih
menemui jalan buntu apabila
tiada undang-undang yang
berkaitan yang boleh
mendakwa pihak yang
menyalahgunakan medium ini.

CARA MENGATASI DALAM
PENYALAHGUNAAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kerajaan

- Mengadakan kempen yang berkaitan dengan

kesan penyalahgunaan internet seperti kempen
“Penggunaan Internet Secara Positif”.

- Menerapkan pendedahan kepada masyarakat

tentang hukuman penyalahgunaan teknologi
maklumat seperti [Akta Jenayah Komputer
1997 dan Akta Multimedia 1998]
Individu

- Mendekatkan diri dengan pengajaran agama
- Menggunakan internet dengan rasional
- Bijak menguruskan masa melayari internet
- Berupaya menjaga kemuliaan diri

Ibu Bapa

- Memberi ajaran moral atau ajaran

agama kepada anak-anak

- Memantau tingkah laku anak-anak

dalam menggunakan teknologi
maklumat agar mereka tidak melakukan
perkara yang boleh membawa ke arah
negatif

Pihak Sekolah atau Institusi

- Membuat pemantauan
- Memberikan tunjuk ajar yang relevan

tentang penggunaan teknologi maklumat

- Mengadakan ceramah motivasi yang

berkaitan dengan penyalahgunaan internet

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan
negatif terhadap kalangan belia sekiranya
disalahgunakan. Kewujudan kesan tersebut
adalah bergantung kepada tujuan dan cara
bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi
sama ada dengan cara yang betul atau salah.
Tambahan pula, dunia kini dihanyut arus
kemodenan menyebabkan kalangan belia
semakin lalai dan tidak mengambil berat akan
kesan negatif yang berlaku. Oleh sebab itu,
Semua belia perlu tahu dan bijak dalam
menggunakan sistem teknologi maklumat agar ia
tidak disalahgunakan.

SUMBER Internet (google)
RUJUKAN
http://lokkong.blogspot.com/20
17/09/langkah-mengatasi-
penyalahgunaan.html?m=1

https://www.academia.edu/412
36052/KESAN_PENYALAH
GUNAAN_TEKNOLOGI_and
_MAKLUMAT

http://then-
sin.blogspot.com/2011/10/apa-
itu-teknologi-
maklumat.html?m=1

https://ms.m.wikipedia.org/wik
i/Teknologi_maklumat

https://khatcalligraphy.wordpre
ss.com/2011/04/21/penyalahgu
naan-teknologi-maklumat-it/


Click to View FlipBook Version