The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMAHAMAN KOMSAS PROSA TRADISIONAL T4 DAN T5 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liezayen71, 2020-10-31 11:29:56

PEMAHAMAN KOMSAS PROSA TRADISIONAL T4 DAN T5 2020

PEMAHAMAN KOMSAS PROSA TRADISIONAL T4 DAN T5 2020

Keywords: PROSA TRADISIONAL 2020

• KEPIMPINAN MELALUI TELADAN [T4]
• BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA [T5]

LY2020SMKPERIMBUN 1

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu
banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian
dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya , maka ia pun
bertanya kepada ibunya , “hai ibuku, ke mana pergi bapaku
maka tiada aku lihat ini?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu,
maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “hai anakku, yang
bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu,
maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh
membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit itu habis ku
binasakan?”

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i. Berdasarkan petikan, apakah hasil yang diperoleh oleh Kertala

Sari? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, perlukah kita menyematkan sikap

berdendam dalam diri? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah kesan perbuatan mencuri?
[4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 2

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya
datang kesudahnya diceritakan pada anaknya. Setelah Kertala Sari
mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu
sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau
olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis
kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak
penjurit yang berani dan kepetangan.”

Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian
itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gaja Mada itu pun datanglah.
Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti
laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu,
maka Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?”

Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh

Patih Gaja Mada melihat pakanira, sudahkah datang dari Daha atau
belumkah, kerana Patih Gaja Mada hendak bertemu dengan manira,”
Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan
oleh orang itu.

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Berdasarkan petikan, apakah yang dikatakan oleh Kertala Sari setelah

mendengar cerita daripada ibunya? [2 markah]

ii.Pada pendapat anda, apakah keburukan jika seseorang tidak dapat

mengawal perasaan marahnya? [3 markah]

iii.Berdasarkan pengetahuan anda, apakah keperluan orang bawahan

menuruti perintah pegawai atasan? [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 3

LATIHAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk
menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari,
sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu
kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah
mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak
dijadikan penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala
Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah
Mada.

Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan
membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika
nengerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga,
syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil.
Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum
mati, tiada mahu manira menjadi penggawa.”

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Apakah yang dikatakan oleh Patih Gajah Mada kepada Kertala Sari?
[2 markah]

ii.Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari ingin membunuh Ratu

Melaka dan Laksamana itu?

Nyatakan 2 sebab. [3markah]

iii.Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu soalan

daripada keselurusan prosa. [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 4

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu
sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan
diberinya persalin.Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya
masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada,
“Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke
Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang
barulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya.
Kertala Sari namanya,anak Pertala Bumi yang dipesan oleh bapanya
kepada patik”.

Setelah Ser Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu,
maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkan engkau kutitahkan
membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?”

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Apakah perasaan Patih Gajah Mada setelah mendengar demikian itu?
[2 markah]

ii.Pada pendapat anda, apakah keburukan dendam terhadap seseorang?
[3 markah]

iii.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pimpinan yang baik?
[4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 5

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia
pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari
pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka
Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap
kampung orang kaya- kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya,maka Kertala Sari pun masuk menyamar
pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk
seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama
dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang
yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang.
Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksaman; maka ia pun fikir di
dalam hatinya,”Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama
Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya ,sungguhlah ia dapat
membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah sampai ke Melaka?
[2 markah]

ii.Pada pendapat anda,mengapakah Kertala Sari menyorokkan identitinya

daripada penduduk Jawa di kota itu? [3 markah]

iii.Pada pendapat anda,apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh
seseorang jika terlihat pembunuhan berlaku di kawasan berdekatan?

[4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 6

LATIHAN 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat
pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah
dilihatnya ratalah, maka Kertalas Sari pun kembali oada tempatnya
singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta.
Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka
ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik
menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu.

Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari
pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia
masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala
Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk
makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam,
maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya
segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar
itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya singgah itu.

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang telah dilakukan oleh Kertala

Sari pada waktu malam? [2 markah]

ii.Pada pendapat anda, adakah wajar untuk seseorang itu mencuri jika

dirinya berada dalam keadaan terdesak? [3 markah]

iii.Apakah kepentingan dan peranan harta dalam kehidupan manusia?
[4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 7

LATIHAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah
mengatakan dirinya kecurian.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula
sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia
pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun
masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun,
adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut

seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula atas

negeriku!” (Dipetik dari

Prosa Tradisional Kepimpinan

Melalui Teladan dalam Antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Apakah yang dilakukan oleh raja setelah dia mendengar aduan orang
kaya-kaya dan saidagar yang datang menyembahnya? [2 markah]

ii.Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk kita melindungi

kediaman kita daripada dimasuki pencuri? [3 markah]

iii.Huraikan satu pengajaran yang dapat diambil daripada petikan dan

satu lagi daripada keseluruhan prosa. [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 8

LATIHAN 9

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke
Negeri orang,binasalah negeri ini.’’

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, ‘’Hai Temenggung ,suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!’’ Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada
kampungnya. Setelah hari malam,maka Temenggung pun menyuruh orangnya
berkawal,terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-
masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari

orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari

punmembaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi

ke rumah seorang kaya.Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya

kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

(Dipetik dari

Prosa Tradisional Kepimpinan

Melalui Teladan dalam Antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah masuk ke dalam

kampung itu? [2 markah]

ii.Pada pendapat anda,bagaimanakah cara untuk mengelakkan rumah

anda daripada dimasuki perompak ? [3 markah]

iii.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga keselamatan diri?
[4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 9

LATIHAN 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang
menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka
baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung,
tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung,”Daulat Tuanku Syah
Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak
bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”Maka titah
baginda,”Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”Maka
baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun
menyuruh memanggil Laksamana pun datang segera lalu duduk
menyembah.Maka titah baginda,”Hai kekasihku Laksamana, datanglah
bala ke atas negeriku dan banyaklah orang aku kecurian; masing-masing
mengadukan halnya pada kita.”.

(Dipetik dari
Prosa Tradisional Kepimpinan
Melalui Teladan dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

i.Berdasarkan petikan, siapakah yang datang menghadap raja dan apa

tujuannya? [2 markah]

ii.Pada pandangan anda, apakah kesan jenayah curi kepada negara?
[3 markah]

iii.Bagaimanakah pelbagai pihak boleh bertindak untuk membasmi

jenayah curi di negara kita ini? [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 10

LATIHAN 11

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua
Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya
disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk
kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua
Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka

Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah.
Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam.
Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap untuk
menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat
terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke
bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan
hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyai terlalu banyak tiada
terpermainai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu,
maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau
berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke
Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang
sembah kepada sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain

semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa
oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.”

Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah
Samudera namanya; sebab ia cerdik lagi tahu berkata-kata, maka
dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. Maka
diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di
sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang
sesuatu.

(Dipetik dari Prosa Tradisional

BurungTerbang Dipipiskan

Lada dalam Antologi

Sejadah Rindu

i.Apakah yang membuatkan Seri Amerta dipilih menjadi bentara? [2 markah]

ii.Apakah tindakan Sultan Muzaffar Syah setelah mendengar khabar itu? [3 markah]

iii.Sekiranya anda ialah Awi Cakri, apakah strategi anda untuk menyerang Melaka?

[4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 11

LATIHAN 12

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, p;ada suatu hari, maka Tun Perak datang

menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata
bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,
segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya
kepada Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain
semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini
menghadap bahawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.
Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri
Amerta berkata, itu pujn tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali
Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya,
“Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu
juga, hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat,
jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di
mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di
dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas.
Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-
laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini,
apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang
ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang
dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli
Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-
sungguh.”

(Dipetik dari Prosa Tradisional

BurungTerbang Dipipiskan

Lada dalam Antologi

Sejadah Rindu

i.Apakah perkara yang diperkatakan Tun Perak kepada Seri Amerta dengan

pedangnya itu? [2 markah]

ii.Sekiranya anda ialah Tun Perak, apakah tindakan anda untuk memastikan tentera

perang lebih bersemangat juang dan menang dalam pertempuran kelak? [3 markah]

iii.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat patriotik

dalam kalangan anak muda sekarang? [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 12

LATIHAN 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya

dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun
tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”

Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan
kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun
Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan
orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat
Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah,
seraya ia pulang segala rotanikat barang-barangnya semuanya
dicampakkan ke hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai
orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga,
datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu
pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang,
maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing masing ke
tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang;
diam di Melaka, dijadikan baginda bentara.

(Dipetik dari Prosa Tradisional
BurungTerbang Dipipiskan
Lada dalam Antologi
Sejadah Rindu

i.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak setelah peperangan antara Siam dengan

Melaka? [2markah]

ii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah anda akan melantik Tun Perak

sebagai bentara di Melaka? Mengapa? [3 markah]

iii.Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai

kemenangan dalam peperangan? [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 13

LATIHAN 14

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya

teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah
dulu baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta,
menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang
menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “ Orang
ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutnya kata Seri Amerta itu.
Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kat itu, maka barulah disahutnya
oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan
Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba
dipeliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan.
Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu?
Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada
kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya
juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang
Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba
dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat,
bagaimana hamba hendak dicerca?

(Dipetik dari Prosa Tradisional
BurungTerbang Dipipiskan
Lada dalam Antologi
Sejadah Rindu

i.Apakah alasan yang diberikan oleh Tun Perak untuk menjawab soalan

Tuan Seri Amerta? [2 markah]

ii.Siapakah yang datang bersembah ke bawah duli baginda dan apakah
perkara yang diadukan oleh orang itu kepada duli baginda? [3 markah]

iii.Sekiranya anda berada di tempat Tun Perak, apakah tindakan anda
apabila Tuan Seri Amerta seperti mahu menjatuhkan anda?

[3 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 14

LATIHAN 15

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar

kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah
patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”

Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri
balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat
Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah.
Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi
Paduka Raja duduk di tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun
telah tualah tidak beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak
bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih namanya,
diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-
laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja kerana
takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu.
Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di
balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik
duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara
Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukan tuan hamba sekalian
bahawa ia ini anak hamba?”

(Dipetik dari Prosa Tradisional
BurungTerbang Dipipiskan
Lada dalam Antologi
Sejadah Rindu

i.Apakah yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah untuk menaikkan

pangkat Tun Perak? [2 markah]

ii.Apakah yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja kepada Tun Nina Madi

ketika dibalai? [3 markah]

iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah ganjaran yang akan

anda berikan kepada Tun Perak? [4 markah]

LY2020SMKPERIMBUN 15


Click to View FlipBook Version