The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liezayen71, 2020-11-18 08:42:43

GEOGRAFI T3 -AMALAN KITAR SEMULA

GEOGRAFI T3 -AMALAN KITAR SEMULA

KONSEP DAN TAKRIFAN KITAR
SEMULA

• Kitar semula bermaksud mengumpulkan
dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuang untuk dijadikan
barangan baru yang berguna. Amalan
kitar semula barang-barang terpakai
diperkenalkan dalam usaha untuk
menjimatkan penggunaan sumber,
memastikan alam sekitar sentiasa bersih,
mengelakkan pencemaran, Contoh
barang yang boleh dikitar semula
termasuklah kertas, plastik, besi,
aluminium dan getah.

OBJEKTIF KAJIAN

• Kajian ini dijalankan untuk memenuhi
objektif-objektif yang berikut :

i. Mendefinisikan konsep kitar semula
ii. Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan

amalan kitar semula di Taman Pelangi
Semenyih
iii. Menyatakan kepentingan amalan kitar
semula di Taman Pelangi semenyih
iv. Menghuraikan masalah/halangan
amalan kitar semula di Taman Pelangi
Semenyih
v. Mencadangkan langkah mengatasi
masalah dalam melaksanakan amalan
kitar semula di Taman Pelangi Semenyih

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN
Saya memilih kawasan Taman Pelangi
Semenyih sebagai kawasan
kajian.Kawasan kajian saya juga
mempunyai sistem perhubungan dan
pengangkutan yang baik.Kawasan
perumahan yang tersusun dan mempunyai
pelbagai kemudahan infrastruktur yang
lengkap.Dikelilingi dengan kawasan
perumahan seperti Setia Ecohill dan
Bandar Rinching.

GAMBAR
TAMAN PELANGI SEMENYIH

LOKASI
TAMAN PELANGI SEMENYIH

• Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih
keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.



• Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu
Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang,
Cheras, Dusun Tua dan Kajang.



• Jarak

• Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah
seperti berikut :

• 1. Semenyih ke Kajang 8 km

• 2. ke Kuala Lumpur 32 km

• 3. ke Beranang 8 km

• 4. ke Broga 12 km

• 5. ke Kuala Klawang km

• 6. ke Bangi lama 8 km

• 7. ke Bandar baru Bangi 20 km

• 8. ke Seremban 32 km

• 9. ke KLIA km



• Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak
ada landasan keretapi, jalan air mahupun landasan kapal terbang.



• Bentuk mukabumi

• Semenyih terletak pada ketinggian 150- 280 meter dari aras laut.

• Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di
kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata
terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih.

• Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin
meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih.

• Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu
masa dahulu , iaitu tahun-tahun sebelum 1965 , kawasan hilir sungai Semenyih
merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing
sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan
Rinching Hilir.



KAEDAH KAJIAN

• Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti
beberapa kaedah yang akan digunakan untuk
memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci
dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3
kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah digunakan :

q PEMERHATIAN
q Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti

amalan kitar semula yang terdapat di kawasan kajian
saya
q RUJUKAN
q Selain itu , saya juga membuat rujukan di perpustakaan
dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan mengenai amalan kitar semula.
q SOAL SELIDIK
q Saya menyediakan borang soal selidik secara google
form dan mengedar secara online dan mengambil 10
borang untuk dianalisis.

DAPATAN KAJIAN
KONSEP KITAR SEMULA

• Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan
memproses semula barang-barang terpakai dan
terbuang untuk dijadikan barangan baru yang
berguna. Amalan kitar semula barang-barang
terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk
menjimatkan penggunaan sumber, memastikan
alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pencemaran, Antara barang yang boleh dikitar
semula termasuklah kertas, plastik, besi,
aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca
boleh digunakan semula setelah melalui proses
pembersihan.

JENIS BAHAN DAN AMALAN KITAR
SEMULA

• Bahan kitar semula yang banyak dikitar oleh
penduduk di tempat saya ialah kertas dari surat
khabar,majalah,buku tulis ,tekstil dari kain baju,kain
perca dan kaca dari botol kaca,cermin,tingkap.

• Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk
Taman Pelangi Semenyih ialah menjual bahan-
bahan kitar semula. Penduduk menjual kepada
syarikat yang menjalankan aktiviti mengumpul bahan
kitar semula

• Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan
ialah terdapat penduduk yang cuba untuk
Menggurangkan Penggunaan Bahan Seperti Kertas
dan Plastik. Sebagai contoh terdapat penduduk yang
tidak menggunakan plastik, polisterin ketika
membungkus barang atau makanan. Kertas juga
dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.

• Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan
bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan
pendapatan hasil jualan kitar semula.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

• Barang-barang yang terpakai boleh digunakan semula seperti
botol kaca di basuh dan boleh dijadikan pasu dan
sebagainya.dengan cara ini,kita tidak perlu mengeluarkan duit
untuk membeli barang yang boleh digunakan semula.

• Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau
tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca
pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula
dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada
terus mengancam kualiti kehidupan kita.

• i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.

• ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda
dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang
bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan
kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula
kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

• iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca seumpama
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100
watt selama 4 jam.

MASALAH AMALAN KITAR SEMULA

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah
dikenalpasti.

• Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar
semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula
dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu
sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

• Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk Taman Pelangi
Semenyih yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan
oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula.
Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya
semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan
tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

.
• Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula

dengan harga yang rendah. Kertas dibeli dengan harga tidak kurang 20
sen untuk 1 kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih
senang membuang bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga
yang rendah dan tidak menguntungkan.

• Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila
kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan
tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha
kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan
tercapai atau terlaksana.

LANGKAH MENAGATASI MASALAH
AMALAN KITAR SEMULA

• Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di
kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di
lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan
dengan baik.

• Kempen kitar semula dapat membantu pihak yang terlibat
seperti Alam Flora Sdn. Bhd. Untuk menguruskan sampah
sarap dengan lebih teratur.Kawasan Seksyen 9 disarankan
supaya mengasingkan sampah mengikut kategori seperti
kaca,plastik,kertas dan logam.Hal ini boleh membantu pihak
yang terlibat mengitar semula bahan-bahan yang dibuang dan
mengelakkan pembaziran.
.

• Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak
pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk
untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya
penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang
boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan
daripada pembaziran.

• Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama
untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan
dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini
daripada terus mengalami kemusnahan.

RUMUSAN

• Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan
Kerja Kursus Geografi dalam tempoh masa yang
ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya
pelajari.

• Semasa menjalani kajian ini saya telah mengetahui
konsep kitar semula.Salah satunya ialah mengelakkan
pencemaran.Selain itu,saya juga tahu jenis-jenis
barang kitar semula dan amalan kitar semula.Contoh
jenis barang kitar semula ialah kertas daripada surat
khabar.Sekarang saya tahu bahawa pentingnya kitar
semula.

• Pelbagai langkah perlu diambil bagi meningkatkan
amalan kitar semula dalam kalangan
penduduk..Langkah ini dapat mencegah dari penyakit
yang tidak diingini dan kawasan Taman Pelangi
Semenyih menjadi bersih.Semua penduduk perlu
mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-
sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami
kemusnahan akibat kecuaian kita yang tidak menjaga
alam sekitar ini.Jadikanlah bumi kita kembali hijau
dengan tiadanya pencemaran sisa buangan yang
semakin meningkat dari hari ke hari.

LAMPIRAN
PUSAT KITAR SEMULA DAN JADUAL KUTIPAN

BARANG PUKAL/TERPAKAI

• Pusat Pengumpulan Barangan Terpakai dan Kitar semula
Pertubuhan Amal Seri Sinar Hari Sabtu 8am-12pm, Pasar
Kg Baru Semenyih http://bit.ly/2QZy4v9, ...


Click to View FlipBook Version