Adaptasi dari Almarhum P.Ramlee
.SITI NURNAZIRAH. .AIN” FARIESA. .NAWI MOKHTAR.
.MAHIRAH ARIFAH. .NAZRIE AZMAN. .KHAIRUL AKMAL.
.RAHEMI MOKHTAR. .PUTERI NURSYUHADAH.
.GARESON ANAK KUYAN.
DR. NUR SOFURAH BINTI MOHD FAIZ
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL BUTIRAN
iv
1 ISI KANDUNGAN 1
2 ABSTRAK 2
3 PENGHARGAAN 3
4 NAMA AHLI KUMPULAN
5 WATAK UTAMA & SAMPINGAN 4
6 BAHAGIAN PENERBITAN 5
7 SINOPSIS CERITA 6
8 PENCERITAAN SETIAP BAB 7
25
9 RUMUSAN
29
10 FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPN)
iv
ABSTRAK
Karya philosophia ini bertajuk “Seniman Bujang
Lapok”. Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang
sahabat baik iaitu Ramli, Aziz dan Sudin yang
menggelarkan diri mereka sebagai ‘Bujang Lapok’ .
Mereka merupakan penganggur iaitu hidup tanpa
sebarang pekerjaan dan mata pencarian namun mereka
bertekad untuk mencari pekerjaan demi manampung
kehidupan. Pada suatu hari mereka mencuba nasib
mereka sebagai pelakon filem. Pengurus studio telah
berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk
berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat
lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan
bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus
studio tersebut. Bukan itu sahaja karya ini juga berkaitan
dengan Falsafah Pendidika Kebangsaan. Adakah
perkaitan antara karya filem yang dihasilkan dan
falsafah dapat dicapai ?
1
PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas izinNya , dapatlah
kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya . Jutaan terima
kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr Nur
Sofurah binti Mohd Faiz kerana telah memberi kepercayaan
dan bimbingan terhadap kami. Tanpa bimbingan dan
semangat daripada beliau, sudah pasti tugasan karya
Philosophia ini tidak dapat disiapkan dan usahakan untuk
membentuk falsafah yang kuat dalam diri bagi persiapan
untuk jadi salah seorang guru yang berfalsafah di masa
hadapan juga dapat diterapkan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa
kami yang telah banyak memberi dorongan dan semangat
kepada kami sepanjang tugasan ini berlangsung . Tanpa
dorongan daripada mereka , kami tidak mampu untuk
meneruskan perjuangan ini .
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan kami yang
telah berkorban tenaga untuk membantu dan mencetus idea
bagi menjayakan tugasan ini . Segala jasa dan pengorbanan
mereka amat bernilai buat kami. Sepanjang tempoh
menyiapkan tugas ini kami mempelajari banyak pengalaman
dan ilmu baharu termasuklah Kerjasama anatara kumpulan ,
berkongsi pandangan dan sebagainya.
2
NAMA AHLI KUMPULAN
BIL NAMA NO MATRIK
AB210057
1 SITI NURNAZIRAH BINTI AB210005
ZULKARNAIN AB210036
AB210022
2 MAHIRAH ARIFAH BINTI MAT AB210017
DAUD AB210019
AB210020
3 ‘AIN FARIESA BINTI ZAMERI AB210044
AB210047
4 PUTERI NURSYUHADAH BINTI AB210054
MAHFOZ
5 MUHAMMAD KHAIRUL AKMAL
BIN KHALID
6 MUHAMMAD NAWI BIN
MOKHTAR
7 MUHAMMAD NAZRIE BIN
AZMAN
8 MUHAMMAD HARITH BIN
ROSLI
9 MUHAMMAD RAHEMI BIN
MOHAMAD MOKHTAR
10 GERESON ANAK KUYAN
3
PELAKON WATAK UTAMA DAN WATAK SAMPINGAN
01 02 03
RAHEMI MOKHTAR KHAIRUL AKMAL HARITH ROSLI
SEBAGAI P.RAMLEE SEBAGAI SUDIN SEBAGAI AJIZ
04 05 06
PUTERI MAHFOZ GERESON KUYAN NAZRIEAZMAN
SEBAGAI C. SALMAH SEBAGAI SARIP DOL SEBAGAI DIRECTOR
07 AHMAD NIFSU
NAWI MOKHTAR
SEBAGAI TAUKE
4
01 BAHAGIAN PENERBITAN
02 03
SITI NURNAZIRAH MAHIRAH ARIFAH AIN” FARIESA
(PENGARAH) (P. SKRIP DRAMA) (P. SKRIP MANUSKRIP)
04 05 06
NAZRIE AZMAN NAWI MOKHTAR PUTERI MAHFOZ
(PENGARAH ARTISTIK) (PENGURUS EDITOR) (PEMBANTU EDITOR)
07 08 09
RAHEMI MOKHTAR GERESON KUYAN KHAIRUL AKMAL
(PEMBANTU PENGARAH) (PEMBANTU ASTISTIK) (PEMBANTU PENERBITAN)
5
● Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang sahabat
baik iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin yang menggelarkan
diri mereka sebagai ‘Bujang Lapok’ . Mereka
merupakan penganggur iaitu hidup tanpa sebarang
pekerjaan dan mata pencarian namun mereka bertekad
untuk mencari pekerjaan demi manampung kehidupan
. Pada suatu hari mereka mencuba nasib mereka
sebagai pelakon filem. Pengurus studio telah berjanji
untuk memberikan peluang kepada mereka untuk
berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat
lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah
dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian
pengurus studio tersebut.Adakah kemasyhuran yang
akan dikecapi mereka sebagai bintang filem akan
mengubah nasib mereka ?
6
7
8
BAB 1
Pada waktu siang , Aziz membuka pintu bilik untuk
mengambil surat khabar di bawah katilnya untuk dijual .
“ oh !ya tak ya, aku pun ada barang yang nak jual ” kata
Sudin sambil meraba- raba ke bawah katilnya untuk
mencari botol berlaga . Tidak lama kemudian , Ramlee
masuk ke bilik untuk membuka tingkap sambil manoleh
kearah rakan-rakannya itu .Tidak lama selepas itu , Apek
muncul di hadapan pintu, “Wa sula latang .Atak apa balang
mau jual… ha?” tanya Apek kepada bujang lapok sambil
bertinggung . Aziz terus meletakkan surat khabar di tempat
Apek sambil diperhatikan oleh Sudin yang masih tercari -
cari botol di bawah katilnya itu .
“Ah..Apek semua berapa ringgit?” tanya Aziz sambil
memandang Apek . “ringgit ah? Tiga puluh sen…ooo”
jawab Apek sambil menunjukkan jari. Aziz tidak puas hati
dengan harga yang diletakkan oleh Apek lalu memberitahu
Apek bahawa surat khabar yang dibelinya itu lima belas sen
sekeping . Namun, Apek dengan selamba menjawab bahawa
surat khabar yang dibelinya itu borong bukan keping . Aziz
tetap merungut dengan mengatakan bahawa surat khabar
yang dibelinya itu mempunyai pelbagai cerita yang menarik
dan hangat . Mana logiknya untuk dijual dengan harga 30
sen.
9
Namun , rungutan Aziz tidak dipedulikan Apek kerana
Apek memberitahu dia ingin membeli surat khabar sahaja
bukan ceritanya . Lantas , Sudin membawa beberapa botol di
kiri dan kanan tangannya lalu meletakkan di hadapan Apek
sambil diperhatikan Aziz . “Tauke ini berapa” soal Sudin .
Apek memegang sepatu botol sambil menjawab “ini….
Empat puluh sen ..ooo” . Sudin mengangguk kepalanya tanda
setuju lalu menyuruh Apek untuk mengangkat kesemua botol
itu . Apek mengambil duit dari kocek bajunya untuk
diberikan kepada Sudin lalu Sudin beredar dari situ . Lain
pula dengan Aziz yang masih terpinga-pinga memikirkan
surat khabarnya . “lu kalu mau baca celita lu angkat simpan
…no, wa pulang” Kata Apek kepada Aziz . Aziz menolak
surat khabarnya kearah Apek lalu menjual surat khabarnya
itu dengan harga tiga puluh sen .
Apek memandang kearah Ramlee sambil bertanya
sekiranya dia mempunyai sesuatu untuk dijual . Ramlee
lantas menjawab ada dan menuju ke arah belakang pintu
untuk mengambil seluar jerutnya lalu mencampakkan seluar
jerut itu kepada Apek . Ramlee dengan selamba bertanya
“hmm berapa sen?” . Apek memegang seluar jerut Ramlee
sambil meneliti seketika dan mencampaknya sambil menahan
geli dan busuk.
10
. “eee..yah..ini macam balang mau atak halaga ?dia punya
bau wa atak macam pengsan ..hmm” jerit Apek sambil
menuding jari kearah Ramlee .
Ramlee mengambil semula seluar jerutnya sambil
menayang-nayang seketika .
“hai Ramlee! Lekaslah pakai seluar takkan nak pakai kain
tu nak mintak kerja” jerit sudin kepada Ramlee. Ramlee
menuju ke jurinya (katil kain) . Kelihatan batu bata di atas
bantal Ramlee yang terdapat seluarnya di bawah bantal itu .
Lalu diambilnya seluar itu dan menyarungnya . Setelah
melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers
Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman.
Mereka pun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan
Ampas.
11
12
BAB 2
Cik Salmah merupakan seorang jururawat dan jiran
kepada bujang lapok sememangnya seorang yang cantik
dan digilai ramai jejaka . Sewaktu pulang dari kerja , Cik
Salmah sering diganggu oleh lelaki miang atau lebih
dikenali sebagai Sarip Dol. Namun, setiap teguran dan
gurauan Sarip Dol itu tidak pernah dipedulikannya . Hal
ini kerana , cik Salmah tidak suka dan selesa dengan sikap
Sarip Dol . Cik Salmah menaiki rumah sewaannya lalu
terserempak dengan Aziz dan Sudin yang baru sahaja
keluar rumah untuk mencari pekerjaan .
“hai…cik Salmah” Aziz melemparkan teguran lembut
kepada cik Salmah . Cik Salmah hanya melambai
tangannya sahaja. Tidak lama selepas itu , Ramlee keluar
dari rumah sambil bersiulan . Alangkah terkejutnya si
Ramlee apabila cik Salmah mulai menegurnya .
Ramli membalas teguran cik Salmah sambil menoleh
kebelakang seolah-olah malu untuk menegur apatah lagi
bertentangan mata dengan cik Salmah. Perwatakan Ramli
berubah menjadi lembut dan malu-malu Ketika
berhadapan dengan cik Salmah. Lalu , perwatakannya itu
diperhatikan oleh Sudin dan Aziz yang masih menunggu
Ramli di serambi rumah .
13
“hmm.. si Ramli tu kalau dah jumpa perempuan ,
hmm..hemm..hmm .. menyampah!” perli Sudin sambil
menepuk-nepuk kepala dan bahu Aziz ala makyah. Namun,
Ramli tidak pedulikan mereka berdua dan masih mengada-
ngada dengan cik Salmah. Ramli menukar topik cerita
dengan menanyakan cik Salmah apakah dia tidak bekerja
hari ini . “hmm Mah kerja setengah hari” jawab cik Salmah
. Ramli menoleh kea rah dua rakannya sambil menunjukkan
isyarat tunggu sambil memusingkan badannya dihadapan
cik Salmah. Ramli seolah-olah tidak ketentuan sambil
memegang langsir , pintu dan sebagainya. Setelah beberapa
minit menunggu si Ramli di serambi , Aziz dan Sudin
mulai bosan dan mula memerlinya.
“hoi Ramli, nak cari kerja ke jual minyak?” perli
Aziz. “minyak apa?” Sudin menyampuk pula. “minyak
urat!” jerit Aziz .
Ramli masih tidak keruan dan memujuk cik Salmah agar
dapat keluar berjumpa dengannya malam ini . Ramli terus
beredar dari situ sambil diperhatikan oleh cik Salmah . Cik
Salmah memanggil Ramli dan bertanya sekiranya dia
mempunyai duit tambang untuk pergi mencari kerja . Ramli
segera meraba-raba kocek seluarnya sambil menjawab
perlahan-lahan .
14
“he..he..he taka da” . Ramli dan rakannya menahan malu
sementara cik Salmah menghulur wang kepadanya . Namun
Ramlee segan silu untuk mengambil wang darpada cik
Salmah tetapi pada akhirnya Ramli mengambilnya setelah
dipujuk oleh cik Salmah . Ramli merentap wang di tangan
Cik Salmah walaupun mulutnya berkata tidak menginginkan
wang tersebut . Ramli berlalu pergi kearah Aziz dan Sudin
yang menunggunya di serambi dari tadi sambil diperhatikan
oleh cik Salmah .
“mari..” ajak Ramli sambil berjalan. Sudin dan Aziz
menghampiri Ramli lalu mengejeknya “ eh Ramli, kau tak
boleh jumpa perempuan sikit…heyell” ejek Sudin sambil
menunjukkan aksi Ramli yang seperti ulat bulu .
Ramli menjawab dengan tegas sambil menukar topik
“diam…itu aku punya pasal.. sekarang kita pi jalan
Ampas..apa macam?” .
“dapat duit seringgit bukan?kita naik teksi..dah!” kata Sudin
kepada Ramli. Ramli mengeluarkan duit dari kocek
seluarnya lalu memerli Sudin “apa kau fikir ini duit bapak
engkau.. ya?” . Pergaduhan kecil itu ditenteramkan oleh
Aziz lalu memberi idea untuk menaiki beca roda tiga untuk
ke tempat kerja .
15
16
BAB 3
Di sana Pengurus Che Kemat Hassan, pengurus
studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat
sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Pengarah
Ahmad Nisfu untuk ujian skrin. Ahmad Nisfu duduk di
kerusi pengarah . Kedengaran loceng berbunyi menandakan
penggambaran dimulakan . Kelihatan krew-krew sibuk
dengan tugas masing – masing .
“bawak kamera depan” kata Ahmad Nisfu lalu meletakkan
skrip di sisi kerusinya dan bangun menuju kea rah bujang
lapok .
“haa..kau orang dah hafal dialog semua?” tanya Ahmad
Nisfu dengan perasaan ingin tahu. “hmm dah..” Mereka
bertiga menjawab serentak . Lalu Ahmad Nisfu duduk di
kerusinya untuk menjalankan tugasnya .
“on..light! … camera… an action!”
Ramli , Aziz dan Sudin memulakan lakonan mereka dengan
baik sambil menghadap kamera . “betapa senang beta punya
hati, betalah yang digelarkan setan Aminun Rasyid” Ramli
membaca skrip .
“CUT !”
17
Ahmad Nisfu menjerit dengan suara yang keras . “bukan
setan… syaitan.. Sultan!” sambungnya .
Ramli memohon maaf dengan tuan director dengan
penuh hormat sambil menggayakan tangannya. Ramli, Aziz
dan Sudin menuju kearah kamera dan beraksi. “betapa
senang beta punya hati, betalah yang digelarkan sultan
Aminun Rasyid . Wahai Datuk Perdana Menteri ..” titah
Ramli sambil menoleh kearah Aziz yang memegang watak
sebagai Datuk Perdana Menteri . “ampun tuanku” jawab
Aziz sambil mengangkat sembah . “Adakah perkhabaran
baik hari ini?” tanya Ramli . Aziz dengan selamba
menjawab “ada ,tuanku . Semalam seorang saudagar telah
datang meminta supaya tuanku bukakan kandang
harimaunya.
“CUT !!”.
Ramli terkedu ketika Ahmad Nisfu memberi arahan .
“bukak kandang harimau?sekali rimau ngap kepala kau
hilang.. kau nak mampus? Bukak kandang limaunya..
bodoh! Bahlul !” jerit Ahmad Nisfu kepada Aziz . Ramli
mengejek Aziz sambil menunding jari kearahnya .
18
Ramli berjalan menuju kearah kamera.
“Bagus datuk perdana Menteri . Bagus, kalau begitu besok
pagi sebelum subuh beta akan sampai “ ucap Ramli sambil
menunjukkan jari . Namun , skrip yang dilontarkan Ramli
itu tidak diinginkan tuan director . Ahmad Nisfu memberi
teguran dalam nada kecewa “Sebelum subuh kau pergi
buat apa? Orang belum bangun tidur. Selepas subuh kau
pergi . bodoh!” . Aziz dan Sudin menunjukkan jari kearah
Ramli seolah-olah mempersalahkannya .
Setelah itu , mereka bertiga memulakan lakonan
dengan baik setelah ditegur tuan director. Setelah selesai ,
Aziz mengangkat sembah dan berundur secara tidak
sengaja dia terlanggar tiang menyebabkan Ramli sedikit
terkejut .Kemudian Aziz berjalan meninggalkan Sudin dan
Ramli . Ramli berpaling kearah Sudin yang sedang beraksi
seolah-olah sedang menari . “hmm.. wahai Datuk Ahli
Nujum Marang Perapu Kupunden Patang Sekeper.” Sapa
Ramli . “tuanku..” jawab Sudin ringkas . “err. semalam beta
telah bermimpi setompok taik lembu telah jatuh dari langit
kelepap melekat ke muka beta . Apa itu Tok Nujum?”
Tanya Ramli kepada Sudin . Sudin memutar tasbihnya yang
berada ditangan sambil memberitahu bahawa dia akan
ditimpa bahaya .
19
Ramli segera menafikan mimpi yang terjadi kepadanya .
“ba..bahaya..bahaya..err tidak..tidak..tidak tapi taik lembu itu
tidak betul-betul melekap di muka beta hanya sipi..sipi jatuh
kena bahu, beta. Apa itu Tok nujum? Sudin menjawab “jadi
kalau sipi itu alamatnya tuanku kena demam tapioca” . Ramli
semakin menggelabah seolah -olah apa yang diperkatakan oleh
Sudin adalah benar . “tidak.. tidak.. sipi pun tidak yang
sebenar beta ketis kelopak jatuh ke atas muka Director Ahmad
Nisfu” kata Ramli sambil menunding jari kearah Ahmad
Nisfu. Sudin pantas menjawab sambil menunding jari “aii.. itu
alamat Director Ahmad Nisfu nak mampus!” .
Ahmad Nisfu segera bangun dari kerusinya meradang.
Dia mengangkat kedua belah tangannya seolah kesal . Dia
memberitahu bahawa dia tidak ada kena mengena dengan
cerita tersebut. Ahmad Nisfu rebah terkulai dan Sudarmaji dan
krew-krew lain segera mengangkatnya . Suasana Ketika itu
menjadi gamat dan dia dibawa keluar dari situ . Sakit jiwa dan
bikin naik darah, itulah yang dirasai oleh Pengarah apabila
menjalankan proses ujian skrin. Lain yang disuruh lain yang
dibuat . Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog
sendiri. Macam-macam telatah yang diperlihatkan oleh trio
Bujang Lapok. Namun begitu Pengurus amat berpuas hati
walaupun Pengarah seperti tidak bersetuju.
20
BAB 4
20
BAB 4
Ramli dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih
sambil bergurau senda. Kelihatan Ramli cintakan Salmah
dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramli tidak
mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh oleh
ibunya untuk berkahwin dengan Shariff Dol, seorang
samseng yang kaya dan berpengaruh.
“mah, siang tadi Ram tengok Mah sangat sedih , kenapa
Mah?” tanya Ramli sambil menoleh kearah Salmah.
“kalau Mah mati Ram macam mana?” tanya Salmah
kepada Ramli.
Wajah Ramli teragak-agak lalu berkata dia akan turut mati
sekiranya Salmah tiada . Salmah memberitahu Ramli
bahawa ada seseorang datang untuk meminangnya dan
dipersetujui oleh ibunya sendiri . Ramli segera menoleh
kearah Salmah dengan perasaan dan wajah kecewa. “kalau
ibu dah setuju,barulah betul-betul masuk angin keluar
asap” perli Ramli .
“alah.. Ramli orang cakap betul dia main-main pulak” kata
salmah dengan nada merajuk. Ramli memikirkan sesuatu
dan bertanya kepada Salmah tentang jejaka itu .
21
Salmah membelakangi Ramli lalu mengeluarkan sekeping
gambar dari begnya.
Ramli segera menatap wajah jejaka tersebut sambil bertanya “
eh.. kalau tak salah ini samseng Kampung Dusun ,Shariff Dol
kan ? .Tidak sangka Ketika itu Shariff Dol berada di tempat
kejadian dengan basikalnya .
“memang aku.” Jawab Shariff Dol selamba .
Salmah mendongak kearah Shariff Dol lalu mendekati Ramli
dengan ketakutan . Ramli segera bangun untuk melindungi
Salmah . “hoi budak ..kalau lagi sekali aku Nampak kau
bercakap dengan Salmah saja, aku pecahkan muka kau !” kata
Shariff Dol dengan megah .
“apa? Kau fikir muka aku cawan ka?” jawab Ramli selamba
sambil sebelah kakinya memijak bangku . Berlku sedikit
pertengkaran antara Ramli dan Shariff Dol .
Ramli menghulur gambar dan Salmah mengambilnya
Kembali . Kemudian Ramli menghampiri Shariff Dol sambil
bertentangan mata . Lalu Ramli membuka bajunya dan
dicampaknya ke tepi . Di suatu sudut, Salmah memandang
cemas ke arah mereka berdua .Ramli memberi isyarat tangan
supaya Salmah pulang kerumah sambil diperhatikan oleh
Shariff.
22
Ramli menunding jarinya sehingga terkena batang hidung
Shariff Dol dan terus membisu . Sedar akan saingannya
yang hebat, Ramlee berusaha untuk meraih Salmah. Ramlee
dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu.
Sedar akan saingannya yang hebat, Ramli berusaha untuk
meraih Salmah. Ramli berusaha untuk meraih Salmah.
Ramli dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun
Ramli pengsan dibelasah teruk.
Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu
Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang,
jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh
Ramli. Sebagai rakan sebilik Ramli, Sudin menolong
dengan batu ajaibnya.
Nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja
daripada Pengurus Kemat Hassan.Mujurlah Salmah
mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan
keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang.
Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah
mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula?
Adakah ia dinyalakan orang?
23
Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol. Mereka
berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah
Shariff Dol.
Di rumah Shariff Dol, Ramli telah membelasah Shariff
secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah.
Tindakan Ramli ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol
berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan
kepada pihak polis.
Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramli.
Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan
terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di
pejabat pos.
24
BAB 1
Aziz, Sudin dan Ramli berada di dalam
biliknyauntuk mencari barang lama untuk dijual seperti
surat khabar dan botol berlaga . Sudin menjual botol
berlaga manakala Aziz menjual surat khabar . Berlaku
sedikit perselisihan faham antara Apek ataupun Tauke
dengan Aziz . Aziz tidak bersetuju sekiranya surat
khabarnya itu dijual dengan harga tiga puluh sen sahaja
kerana dalam surat khabar tersebut mempunyai pelbagai
cerita dan berita yang menarik . Namun , berbeza pula
dengan Apek kerana bagi Apek dia ingin membeli surat
khabar bukannya cerita . Ramli tidak mempunyai barang
untuk dijual tetapi mengambil seluar jerutnya dan
melemparkannya ke arah Apek . Mereka bertiga bersiap
untuk mencari kerja .
Falsafah yang terkandung dalam bab ini ialah walaupun
barang lama atau antik, tetapi masih bernilai dan berharga .
Barang lama mempunyai nilai tersendiri malah lebih
berharga dari barang moden di dunia masa kini . Bab 1 ini
juga memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum.
25
BAB 2
Salmah sering diganggu oleh samseng kampung
sebelah iaitu Shariff Dol . Perbuatan buruk Shariff Dol
menyebabkan Salmah kurang selesa ketika bersama
dengannya. Lain pula dengan Ramli yang berubah menjadi
sopan dan manja Ketika berjumpa Salmah . Perlakuan
pelik Ramli itu diejek dua sahabat baiknya iaitu Aziz dan
Sudin . Ramli memujuk Salmah untuk berjump dengannya
di taman pada waktu malam namun ditolak oleh Salmah
pada awalnya . Tetapi pada akhirnya Salmah terus
bersetuju untuk bertemu dengan Ramli Salmah
menghulurkan sedikit wang kepada Ramli untuk
membayar tambang pergi dan balik Ketika mencari kerja.
Falsafah yang terdapat dalam bab 2 ini ialah adab dan
berakhlak mulia yang baik harus dititikberatkan dalam
kehidupan . Setinggi manapun pangkat dan taraf yang ada
tidak akan bernilai jika adab dan akhlak tidak dijaga .
Selain itu, sebagai sahabat atau jiran perlu membantu dan
menolong antara satu sama lain agar hubungan
persahabatan dapat dikekalkan.
26
BAB 3
Ketika di studio penggambaran , mereka bertiga
bertemu Che Kemat Hassan yang merupakan seorang
pengurus disana . Pengurus telah berjanji untuk mengambil
mereka sebagai pelakon tambahan sekiranya lulus screen
test. Mereka bertiga diperkenalkan kepada pengarah
Ahmad Nisfu. Ketika lakonan mereka diteruskan ,
pengarah Ahmad Nisfu naik baran , pening dan hampir
pengsan dengan perlakuan mereka bertiga berlakon.
Namun, Che Kemat Hassan memuji bakat spontan dan
kelakar mereka sehingga mengambilnya menjadi pelakon.
Falsafah yang boleh diterapkan dalam bab 3 ini ialah perlu
menghormati orang lain walaupun berbeza taraf . Sikap
sombong dan ego manusia boleh merosakkan hubungan
dan menghancurkan hubungan . Bab 3 ini membawa
kepada sahsiah yang seimbang dan bersepadu serta
tanggungjawab seseorang kepada diri, masyarakat, agama
dan negara.
27
BAB 4
Ramli dan Salmah bercengkarama di taman sambil
bergurau senda . Salmah memberitahu Ramli bahawa dia
akan bertunang dengan jejaka pilihan hati ibunya . Setelah
melihat gambar tersebut Ramli terus mengenalinya iaitu
Shariff Dol. Tiba-tiba Shariff Dol datang dan menyapa .
Ramli sedar akan saingannya , dia terus mengajak Shariff
Dol untuk berjumpa satu lawan satu tetapi Ramli teruk
dibelasah olehnya. Perunangan Salmah dan Shariff Dol
dibatalkan setelah ibu Salmah mengetahui perkara sebenar .
Shariff Dol ditangkap dan ditahan polis kerana perbuatan
jahatnya itu . Akhirnya, Ramli selamat dikahwinkan
dengan Salmah .
Falsafah terdapat dalam bab 4 ini ialah perbuatan yang
buruk akan dibalas dengan buruk . Begitu juga dengan
jodoh yang merupakan cerminan diri kita . Jika kita
berkelakuan baik , maka baiklah dia jika kita berkelakuan
buruk begitulah sebaliknya. Ini membawa kepada
kepercayaan dan patuh kepada tuhan amat penting dalam
kehidupan seseorang kerana melalui perkara tersebut
sesuatu perkara dapat direalisasikan. Ini juga boleh
membawa kepada pembentukkan individu yang berilmu
pengetahuan kerana sentiasa berfikir mengenai impak jika
melakukan sesuatu perkara.
28
29
MATLAMAT
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA:
1. Percaya dan patuh kepada tuhan
2.Beraklak mulia
3. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama dan negara.
4.Memilih sahsiah yang seimbang dan bersepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum
6.Berilmu Pengetahuan
30
-TAMAT-
31
Adaptasi dari Almarhum P.Ramlee
DR. NUR SOFURAH BINTI MOHD FAIZ