The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cukaihusna, 2021-09-27 09:38:27

Minit Mesyuarat PIBG Kali ke 47

AGENDA MESYUARAT



1. Ucapan aluan Pengerusi Majlis

2. Bacaan Doa

SK MARIAN CONVENT


JALAN RAJA DIHILIR



30350 IPOH PERAK
3. Ucapan Pengerusi (Yang Di-Pertua PIBG)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
4. Ucapan Penasihat (Guru Besar)

5. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke- 47


yang telah diadakan pada 07 Mac 2020
MESYUARAT AGUNG PIBG

6. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2020
KALI KE 48

7. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31
TAHUN 2021
Disember 2020


8. Membahaskan usul


9. Pembubaran AJK 2020/2021

10. Pelantikan AJK PIBG 2021/2022
TARIKH : 02 OKTOBER 2021
11. Hal - hal lain
HARI : SABTU

12. Ucapan penangguhan
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

AGENDA MESYUARAT









1. Ucapan aluan Pengerusi Majlis



2. Bacaan Doa




3. Ucapan Pengerusi (Yang Di-Pertua PIBG)



4. Ucapan Penasihat (Guru Besar)



5. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung

Tahunan kali ke-47 yang telah diadakan pada 07 Mac 2020

6. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2020



7. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang

berakhir pada 31 Disember 2020


8. Membahaskan usul



9. Pembubaran AJK 2020/2021


10. Pelantikan AJK PIBG 2021/2022



11. Hal - hal lain



12. Ucapan penangguhan

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK MARIAN CONVENT
SESI 2020/2021


PENASIHAT

DATIN HJH FAUZIAH BINTI ABD SAMAT
PN SURIA BINTI MUSTAFFA

PN MAZNAH BINTI SAIDI
PN NORANISHAK BINTI AHMAD SIBI
PN KHAIRUL IZAH BINTI MOHAMED


YANG DIPERTUA

EN ASWANNUDIN BIN HARIFFUDIN,AMP


NAIB YANG DIPERTUA

PN ISTIMA FAEIZI BINTI KAMARULZAMAN


SETIAUSAHA
PN NURULHUSNA BINTI AHMAD AZIZI


NAIB SETIAUSAHA
PN SAMENTHE A/P KARUNANITHE


BENDAHARI

PN NOOR ADILA BINTI IDRIS


NAIB BENDAHARI

PN NURUL IFFAH BINTI ANWAR


AHLI JAWATANKUASA

EN MOHD ASWAD BIN ZAKARIA PN WAN AZIZAN BINTI ABDUL AZIZ
EN RAJENDRAN A/L MUNIANDY PN SITI NURASHIKIN BT MOHD GHAZALI

EN M.S.ARSU A/L MUNUSAMY PN AIDATUL ATINI BINTI AHMAD
EN AZRILHAIRI BIN AHMAD PN YAP YOKE PON
PN AZLINA BINTI ABD KADIR PN NORLAILA BINTI HARUN

PN NIK NORHAYATI BINTI NIK HASSAN DR NANDHINI A/P P.SINNASAMY

JURU AUDIT

EN MANIVANAN A/L CHETTEAMBRAN
PN NOR’AINI BINTI ABDUL RAHMAN

KEDATANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47



BIL TIMESTAMP KATEGORI NAMA (IBU BAPA/PENJAGA/GURU


1. 3/7/2020 7:39 GURU NURUL ASYIQIN BINTI AHMAD SHUKRY
2. 3/7/2020 7:40 GURU AZIATUL SHIMA BT ZAMBRI

3. 3/7/2020 7:40 GURU NORMUHAZIAWATI MUHAMED
4. SHARIFAH SHAZLINA BT SYED AHMAD

3/7/2020 7:41 GURU SHUKRI
5. 3/7/2020 7:49 GURU NOR HAYATI HALIP

6. 3/7/2020 7:56 IBU BAPA VIKNESWARI VIJAYAKUMAR
7. 3/7/2020 7:57 IBU BAPA SITI NUR RAZIFAH RAZAK

8. 3/7/2020 7:58 IBU BAPA ISTIMA FAEIZI

9. 3/7/2020 7:59 GURU NORLIANA BINTI MOHD ASBI
10. 3/7/2020 8:00 IBU BAPA NUSRAT BEHAM

11. 3/7/2020 8:00 GURU ROZAYU BT KASIM
12. 3/7/2020 8:00 IBU BAPA DR NANDHINI

13. 3/7/2020 8:00 GURU FAIRUL NAZWA MOHAMED TAIP
14. 3/7/2020 8:01 IBU BAPA THILAGA VALLY

15. 3/7/2020 8:01 IBU BAPA PREM CHAND

16. 3/7/2020 8:02 GURU NORANISHAK BT AHMAD SIBI
17. 3/7/2020 8:02 IBU BAPA REKHA RANI

18. 3/7/2020 8:04 GURU SITI RAMLAH AZURA BINTI RAMLAN
19. 3/7/2020 8:04 IBU BAPA JAY KN SINGH

20. 3/7/2020 8:04 IBU BAPA SHARMILA SHARMA

21. 3/7/2020 8:05 IBU BAPA DAVINA JAY SINGH
22. 3/7/2020 8:05 IBU BAPA FATIN BINTI HASNAN

23. 3/7/2020 8:05 IBU BAPA MOHD ASWAD BIN ZAKARIA
24. 3/7/2020 8:11 IBU BAPA NURUL ASYIKIN

25. 3/7/2020 8:12 IBU BAPA ANISWIRDA BT KAMARUDDIN

26. 3/7/2020 8:12 IBU BAPA NORA'INI BINTI ABDUL RAHMAN
27. 3/7/2020 8:12 IBU BAPA SIVAKUMAR IYNARAPPAN

28. 3/7/2020 8:13 WARIS/PENJAGA MOGANA SUNDARE MAHALINGAM
29.
3/7/2020 8:14 IBU BAPA JAYA AP RAJAMANIKAM

30. MUNIANDY @ MUNIANDY PILLAY A/L
3/7/2020 8:14 IBU BAPA MANICKAM

31. 3/7/2020 8:14 IBU BAPA KHAIRUL NIZAM BIN OMAR
32. 3/7/2020 8:14 IBU BAPA WAHEEDA AMYRU BINTI MUSTAFFA

33. 3/7/2020 8:14 IBU BAPA MOGANA SUNDARE MAHALINGAM
34. 3/7/2020 8:14 IBU BAPA PREMAA SUPRAMANIAM

35. 3/7/2020 8:14 GURU HOO SIEW CHIEN

36. 3/7/2020 8:14 IBU BAPA MOHD FAIZ BIN MISKAN
37. 3/7/2020 8:15 IBU BAPA MANDEEP KAUR

38. 3/7/2020 8:15 IBU BAPA JULIANA
39. 3/7/2020 8:15 IBU BAPA DENESH RAO NAGESPARARAS

40. 3/7/2020 8:15 IBU BAPA M.S.,ARSU A/L MUNUSAMY

41. 3/7/2020 8:16 GURU FAUZIAH BINTI ABDUL SAMAT
42. 3/7/2020 8:17 IBU BAPA RAMANIESWARAN A/L SUNDRAM

43. 3/7/2020 8:19 IBU BAPA M.S.ARSU A/P M.S.ARSU
44. 3/7/2020 8:19 IBU BAPA AZLINAWATI BINTI AZAMI

45. 3/7/2020 8:20 GURU NUUR HAFIZA BINTI SAAD

46. 3/7/2020 8:20 IBU BAPA PUVENESWARY A/P JAIBALLAN
47. AMIRATUL IQAMAH NASUTION BINTI LUKMAL
3/7/2020 8:20 GURU HAKIM

48. 3/7/2020 8:22 IBU BAPA YUSMARIZA

49. 3/7/2020 8:23 IBU BAPA ASWANNUDIN BIN HARIFFUDIN
50. 3/7/2020 8:23 IBU BAPA AIDATUL ATINI BNTI AHMAD

51. 3/7/2020 8:25 IBU BAPA ROSNAWATEE BT MOHAMED
52. 3/7/2020 8:25 GURU MAZNAH BT SAIDI

53. 3/7/2020 8:28 IBU BAPA EVA SHAFINAZ AZHAM
54. 3/7/2020 8:28 IBU BAPA MANIVANAN CHETTEAMBRAM

55. 3/7/2020 8:28 GURU NURULHUSNA BINTI AHMAD AZIZI

56. 3/7/2020 8:29 IBU BAPA ISKANDAR ZUL HABRI BIN KHALID
57. 3/7/2020 8:29 IBU BAPA NAZIRUDDIN BIN AYOB

58. 3/7/2020 8:30 GURU NG TIEN YEE
59. 3/7/2020 8:30 IBU BAPA RAJENDRAN MUNIANDY

60. 3/7/2020 8:31 IBU BAPA USHA RANI DHARMA DASS
61. 3/7/2020 8:31 GURU NOOR' AZAH BINTI TAYIT @ LIT

62. 3/7/2020 8:31 IBU BAPA AZRILHAIRI BIN AHMAD

63. 3/7/2020 8:32 IBU BAPA AHMAD KAMARUL BAHRIN BIN SHAMSUDDIN
64. 3/7/2020 8:32 IBU BAPA PATRICIA SHARMINI

65. 3/7/2020 8:32 IBU BAPA MOHAMED NAJIB BIN HANAPIAH
66. 3/7/2020 8:33 IBU BAPA LEILA BINTI NASSER

67. 3/7/2020 8:34 GURU KHADIJAH BINTI HAMZAH
68. 3/7/2020 8:34 GURU FAZILAH EZANEE BT AHMAD TAJUDDIN

69. 3/7/2020 8:35 IBU BAPA NOR HAFIZOH BINTI MOHD SUSKERI

70. 3/7/2020 8:36 IBU BAPA AZMA FADLI BIN AHMAD
71. 3/7/2020 8:37 IBU BAPA SUNDARI A/P GENASAN

72. 3/7/2020 8:37 IBU BAPA NOOR ITA ROZEE BT ADENAN
73. 3/7/2020 8:37 IBU BAPA RAJDEV SINGH

74. 3/7/2020 8:39 GURU SAMENTHE A/P KARUNANITHE

75. 3/7/2020 8:39 IBU BAPA AZHAR BIN AHMAD AZMAN
76. 3/7/2020 8:39 IBU BAPA FERDAUS MOHD YUNUS

77. 3/7/2020 8:39 IBU BAPA MOHAMAD HAFIZ BIN HISAMUDIN
78. 3/7/2020 8:40 GURU SHAHRULNISAH BINTI M.D. MOHD SADARUDIN

79. 3/7/2020 8:40 GURU KHAIRUL IZAH BINTI MOHAMED

80. 3/7/2020 8:41 IBU BAPA HAMIZI BIN ABDUL RAHMAN
81. 3/7/2020 8:41 IBU BAPA SITI HAWA BINTI MOHD YUSOF

82. 3/7/2020 8:41 IBU BAPA MOHAMED SABRI BIN ARSHAD
83. 3/7/2020 8:41 IBU BAPA ABDUL MUIN SAPIDIN

84. 3/7/2020 8:42 GURU SITI ZALIHA BINTI DIN
85. 3/7/2020 8:43 IBU BAPA SITI NURASHIKIN BINTI MOHD GHAZALI

86. 3/7/2020 8:44 GURU NURAZIAH BINTI AWANG MUSTAFA

87. 3/7/2020 8:44 GURU NURUL IFFAH BINTI ANWAR
88. 3/7/2020 8:44 GURU NUR DZALIFFA RIZA BT RIDZWAN

89. 3/7/2020 8:45 GURU AZLINDA
90. 3/7/2020 8:48 IBU BAPA MOHD FAIRIZAL BIN ISMAIL

91. 3/7/2020 8:50 IBU BAPA NURHAZIRAH BINTI ALI
92. 3/7/2020 8:51 IBU BAPA MOHD FAIRIZAL BIN ISMAIL

93. 3/7/2020 8:51 IBU BAPA MOHD SHAHRIL ANWAR MOHD PUZI

94. 3/7/2020 8:52 IBU BAPA MUTHU CHELVAN MATHI ARASU
95. 3/7/2020 8:53 IBU BAPA SALIKA MOHD RADZI

96. 3/7/2020 8:54 IBU BAPA SHANTI
97. 3/7/2020 8:55 GURU FAIZAH BT ABDUL RASHID

98. 3/7/2020 8:55 IBU BAPA BADARIAH BINTI AHMAD
99. 3/7/2020 8:55 IBU BAPA WAN AZIZAN ABD AZIZ

100. 3/7/2020 8:56 IBU BAPA MOHAMED ZAMRI BIN MOHAMED ZAAM

101. 3/7/2020 8:56 GURU AZIAN BT OTHMAN
102. 3/7/2020 8:56 GURU AZLINA BT ABDUL KADIR

103. 3/7/2020 8:56 IBU BAPA MEGAT AZRUL AIZAD BIN MEGAT IBERAHIM
104. 3/7/2020 8:57 IBU BAPA NORAISHAH

105. 3/7/2020 8:58 IBU BAPA MOHD KHAIZARUL NIZAM
106. 3/7/2020 8:58 GURU NOORZEDAH BT CHE AWANG

107. 3/7/2020 8:58 IBU BAPA NORAZURA BT ASMI

108. 3/7/2020 8:59 IBU BAPA ZALINA ABDUL WAHAB
109. 3/7/2020 9:00 WARIS/PENJAGA JASPRIKAUR

110. 3/7/2020 9:00 IBU BAPA SURIEYANI BINTI A RAZAK
111. 3/7/2020 9:02 GURU ZURAINI BT ZULKIFLI

112. 3/7/2020 9:07 IBU BAPA JAMILAH
113. 3/7/2020 9:07 GURU RAJESWARY A/P SOMANAIDU

114. 3/7/2020 9:11 IBU BAPA MOHAMAD HAFIZ BIN HISAMUDIN

115. 3/7/2020 9:12 GURU NOORAIDA BINTI ZAINUDIN
116. 3/7/2020 9:17 IBU BAPA LYNDA ADNAN

117. 3/7/2020 9:32 IBU BAPA ROGINIA SUBRAMANIAM

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK MARIAN CONVENT, IPOH KALI KE 47



TARIKH : 07 MAC 2020 (SABTU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN GEMILANG SK MARIAN CONVENT, IPOH.

KEHADIRAN : 117 ORANG (rujuk lampiran)


1.0 UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR)

1.1 Datin Hjh Fauziah Binti Abdul Samat selaku Penasihat PIBG mengucapkan
salam dan mengalu-alukan kehadiran YDP, AJK, guru-guru dan ibu bapa yang
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 tahun ini. Beliau mengucapkan
tahniah di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa terhadap
sekolah dan kemajuan anak - anak. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan
sepanjang tahun 2019 khususnya Program Senamrobikthon.

1.2 Beliau juga memaklumkan pada hari ini akan adanya pemilihan dan pelantikan
AJK yang baharu.

1.3 Datin Hjh Fauziah juga memaklumkan bahawa pihak KPM telah menetapkan
kepada guru besar untuk menyampaikan maklumat semasa Mesyuarat Agung
PIBG. Memandangkan pihak KPM belum lagi mengedarkan Perutusan bagi
tahun 2020, oleh itu Perutusan 2019 masih lagi diguna pakai pada tahun ini. Di
antara Intipati Ucapan Perutusan Tahun Baharu 2019 KPM dengan cogankata
“Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua”.

1.3.1 Untuk mencapai Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara perlu
ada
1.3.1.1 Cinta @ kasih sayang ( love )
1.3.1.2 Kegembiraan @ kebahagiaan ( happiness )
1.3.1.3 Saling menghormati ( mutual respect )

1.3.2 Kecemerlangan murid akan dilahirkan apabila disokong oleh semua
peringkat (sekolah/ ibu bapa/ komuniti/ teknologi maklumat/ penguasaan
bahasa)

1.3.3 Autonomi dan akauntibiliti :
Pihak sekolah perlu disokong oleh PIBG/BOG/KOMUNITI untuk acuan
kejayaan sekolah dengan cara tersendiri. Saringan LINUS tidak lagi
diadakan, namun digunakan diperingkat sekolah mengikut garis panduan



1

demi kecemerlangan murid.Kesimpulannya pendidikan adalah
tanggungjawab semua.


1.3.4 Terdapat 12 Inisiatif Baharu KPM 2019

1.3.4.1 Inisiatif ke 3 Memperbaiki masalah “Mutual Distrust” antara guru dan ibu
bapa kita perlulah meminimumkan “mutual distrust” sebaliknya
memaksimumkan “mutual respect”.


1.3.5 Parkir sekolah
1.3.5.1 Ada ibu bapa yang tidak mengikut arahan pengawal keselamatan.
Terdapat ibu bapa yang mengeluarkan kata-kata yang kesat. Guru Besar
menyarankan ibu bapa mengurangkan aduan untuk menjaga nama baik
sekolah.



1.3.6 Amalan Pemansuhan Peperiksaan (Tahap 1)

1.3.6.1 Amalan Peperiksaan akan dimansuhkan dan digantikan dengan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Setiap penilaian akan di nilai
secara terperinci dan akan dimaklumkan semasa Hari Temu Waris.

1.3.6.2 Pentaksiran juga meliputi Penglibatan secara kolaboratif dalam kumpulan
dan akan dinilai dari semua aspek (dari sinilah akan dinilai untuk menjadi
pemimpin sekolah).

1.3.6.3 Pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju mengadakan
borang berdasarkan kriteria Pemilihan Murid.
a. Tahap penguasaan 54%
b. Sahsiah dan nilai murni 20%
c. Disiplin 10%
d. Kehadiran 10%
e. Jawatan 6%
(6% bagi jawatan pengawas,4% bagi jawatan AJK kelas,Ketua dan
Penolong ketua kelas, 3% murid biasa)


1.3.7 Pembelajaran Abad 21 (KBAT)

1.3.7.1 Guru Besar memaklumkan bahawa prasarana sekolah belum mencapai
ke tahap PAK 21 sedangkan Pedagogi guru sudah berdasarkan abad
21.Guru Besar juga memaklumkan bahawa sekolah kini kekurangan
LCD yang sepatutnya berada di setiap kelas.







2

1.3.8 STEM ( Science, Technology , Engineering and Mathematics )

1.3.8.1 Guru Besar menyarankan untuk meningkatkan pembelajaran Sains dan
Matematik sejajar dengan kehendak KPM. STEM merupakan pemacu
utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan



1.3.9 Revolusi Industri (RI)
1.3.9.1 Guru Besar juga menyentuh berkaitan Kemenjadian murid berdasarkan
membaca, menulis, mengira dan manusiawi dimana Pendidikan adalah
seiring dengan kemajuan Negara.



1.3.10 DLP ( kohort pertama tahun 2016 )

1.3.10.1 Guru Besar menerangkan bahawa DLP merupakan Program Khas di
mana pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris di dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik.

1.3.10.2 Program DLP ini adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan
memperkukuh Bahasa Inggeris.

1.3.10.3 Guru Besar turut memaklumkan bahawa pada tahun 2020 sekolah
telah mewujudkan 2 kelas DLP untuk Tahun 1 iaitu kelas 1 Seroja
dan 1 Kenanga



1.3.11 Peranan ibu bapa dalam mengurus murid berisiko cicir.
1.3.11.1 Guru Besar turut menyampaikan peranan ibu bapa dalam mengurus
murid berisiko cicir. Beliau juga memohon ibu bapa memantau dan
mengurangkan ketidakhadiran murid kerana sekolah perlu mencapai
Kpi 94%

1.3.11.2 Guru Besar juga memaklumkan kebanyakan murid tidak hadir pada
bulan November dan menyebabkan Kpi tidak mencapai 90%. Justeru
guru besar memohon ibu bapa untuk memantau dan membantu pihak
sekolah dalam hal ini.



1.3.12 Sukarelawan dalam kelas (Sdk) adalah merupakan e-sarana ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa adalah secara sukarela. Contohnya aktiviti
menceriakan kelas berdasarkan kepakaran mengikut standard.







3

1.3.13 Peranan ibu bapa ke arah pelaksanaan zero reject policy. Dasar ini akan
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2019 bagi murid berkeperluan
khas dan OKU (orang kelainan upaya ).



1.3.14 Dasar-dasar KPM

1.3.14.1 Di antara dasar – dasar KPM yang berkaitan dengan ibu bapa ialah
perlaksanaan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang
merangkumi sijil PJASK, keputusan PPSR dan PBD.

1.3.14.2 Highly Immersive Programme (HIP) juga merupakan salah satu dasar
KPM. Selain itu, sekolah juga turut mementingkan program – program
yang melibatkan kokurikulum, sukan, pasukan unit beruniform,
persatuan serta kelab supaya terus melangkah ke hadapan untuk
mencapai kualiti sekolah dan kemenjadian murid.


1.4 Perancangan SKMC 2020

1.4.1 Datin Hjh Fauziah memaklumkan pihak sekolah akan meningkatkan program
pengantarabangsaan untuk menaikkan skor Sekolah SBT. Oleh itu guru besar
memohon kerjasama daripada ibu bapa untuk memberi sebarang sumbangan
yang boleh membantu pihak sekolah.

1.4.2 Guru besar juga menyatakan sekolah akan meneruskan program jalinan dan
jaringan dengan pihak luar. Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah
sentiasa didatangi oleh pelawat-pelawat dan sekolah - sekolah dari luar,
contohnya pada 25/2/2020 ini telah menerima kunjungan sekolah dari Pulau
Pinang.

1.5 Guru Besar memaklumkan tentang kriteria yang dibuat oleh sekolah bagi perkara-
perkara berikut:
1.5.1 Penilaian Tahap PBD bagi Tahap 1
1.5.2 Analisis UPSR 2020
1.5.3 Pemilihan tokoh inspirasi Marian

1.6 Guru Besar memaklumkan sekolah telah memilih catur sebagai ethos sekolah.
Namun banyak peralatan yang sudah rosak dan perlu penambahbaikan terutama di
zon catur.

1.7 Guru Besar turut menyarankan supaya PIBG untuk terus memberi komitmen
terutama dalam Program keceriaan sekolah demi keselesaan anak-anak SKMC.





4

1.8 Guru Besar turut menyentuh tentang Kecemerlangan akademik dimana sekolah
menetapkan tahap penguasaan tahap minimum ppsr adalah 100%. Beliau
memaklumkan Program Aku Janji tahun 6 telah diadakan pada bulan Januari 2020.

1.9 Pihak sekolah juga merancang untuk menjalankan Program Pembangunan
Komputer. Hal ini kerana terdapat banyak komputer yang telah rosak. Pihak sekolah
juga merancang menambah bilangan komputer dan LCD untuk kegunaan
pembelajaran murid. Oleh itu guru besar memohon bantuan daripada ibu bapa dan
barisan AJK 2020 untuk merealisasikan program ini.

1.10 Akhir sekali, guru besar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan
AJK PIBG sesi 2019/2020 yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada
kecemerlangan sekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang sentiasa bekerja keras dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi juga
kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak
sekolah. Beliau juga memohon maaf sekiranya tersilap bicara.



2.0 UCAPAN PENGERUSI (YANG DIPERTUA PIBG)

2.1 En. Mohd Aswad Bin Zakaria mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir dan telah membantu serta memberikan komitmen yang tinggi kepada
YDP. Beliau juga berterima kasih kepada semua ibu bapa yang telah banyak
membantu dalam menjayakan aktiviti sekolah. Semoga semua dapat
menyumbangkan idea untuk meningkatkan pencapaian dan potensi murid-
murid SKMC. Beliau selaku Yang Dipertua dan AJK akan sentiasa menyokong
dan membantu segala aktiviti yang diadakan dalam menuju mercu kejayaan
sekolah terutama dalam akademik dan kokurikulum. Beliau mengharapkan ibu
bapa dapat menyumbangkan idea untuk kebaikan bersama.

2.2 En. Mohd Aswad menjelaskan PIBG merupakan platform di mana ibu bapa
dan guru berperanan untuk mengembangkan potensi setiap murid dan
melahirkan insan berguna pada Negara. Beliau juga memaklumkan jika ibu
bapa ada sebarang masalah berkaitan anak-anak mereka, mereka dialu-
alukan untuk datang ke sekolah dan berbincang dengan pihak pengurusan
sekolah.

2.3 Yang D ipertua menyarankan ibu bapa yang berkemahiran membantu pihak
sekolah terutama ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang
perakaunan. En.Mohd Aswad mengharapkan barisan baharu yang akan
dilantik boleh bekerjasama dengan pihak sekolah.







5

2.4 Barisan 2019 telah sedaya upaya membuat yang terbaik untuk anak-anak
didik. Beliau mengharapkan barisan baharu 2020 dapat meneruskan usaha
dengan lebih gigih. En. Mohd Aswad memohon maaf atas segala kesilapan
dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing
anaknya selama ini. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang telah
membantu dan memberi sokongan kepada beliau sama ada secara langsung
atau tidak langsung demi kecemerlangan anak-anak SKMC.




3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE 46.

3.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 46 yang telah
diadakan pada 26 Januari 2019.

3.2 Encik Rajindran mencadangkan minit mesyuarat ini diterima dan disahkan.

Cadangan ini telah disokong oleh Encik Ahmad Kamarul Baharin.



4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN

4.1 Puan Nurulhusna Binti Ahmad Azizi, setiausaha membentangkan Laporan
Tahunan PIBG Sesi 2019/2020. (Rujuk Lampiran A)
4.2 En Hafiz mencadangkan laporan tahunan ini diterima. Cadangan beliau telah
disokong oleh Puan Saljit.



5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG
YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019

5.1 Puan Nor Adila Bt Idris selaku bendahari membentangkan Penyata Kewangan
yang berakhir pada 31 Disember 2019. Bagi akaun semasa jumlah
penerimaan ialah RM 211,800.50 . Jumlah perbelanjaan ialah RM 64,244.64.
Jumlah bersih keseluruhan ialah RM 138,283.80 (Rujuk lampiran B).

5.2 Encik Ahmad Kamarul Bahrin mencadangkan Penyata Kewangan tersebut
diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh Encik Rajendran.










6

6.0 PERKARA BERBANGKIT

6.1 Puan Linda memaklumkan masalah beg berat yang telah disuarakan setiap
tahun,tetapi masih tidak ada apa-apa tindakan dari pihak sekolah. Encik Mohd
Aswad menjelaskan bahawa kurang mendapat maklum balas positif daripada
ibu bapa. Selain daripada itu,terdapat juga ibu bapa yang berpendapat
sekiranya mereka menyumbang untuk membeli ‘locker’ apakah faedah yang
akan mereka perolehi sekiranya anak mereka telah tamat
persekolahan.Terdapat juga ibu bapa yang kurang berkemampuan dan tidak
setuju.

6.2 Puan Zalina berpendapat supaya pihak ibu bapa perlu berganding bahu untuk
menyumbang dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah beg berat.
Sekiranya tidak keberatan,setiap ibu bapa bolehlah menyumbang RM60 untuk
setiap anak bagi pembelian locker. Guru besar menegaskan supaya anak-anak
membawa buku mengikut jadual. Selain itu,guru besar juga memaklumkan
terdapat segelintir murid yang membawa buku yang tidak mengikut jadual dan
juga membawa kotak pensil yang besar dan berat.

6.3 Encik Firdaus Mohd Yunus memaklumkan sehari terdapat 4 hingga 5 subjek
yang akan dipelajari oleh murid-murid dan setiap subjek mempunyai 4 hingga
5 buah buku. Beliau mencadangkan supaya guru setiap subjek menetapkan
penggunaan buku-buku tersebut mengikut hari. Contohnya hari Isnin Bahasa
Melayu tatabahasa, hari Selasa Bahasa Melayu pemahaman bagi mengatasi
masalah beg berat. Puan Maznah memaklumkan akan berbincang bersama-
sama dengan setiap panitia.

6.4 Encik Raj Singh memaklumkan idea untuk meletakkan locker di dalam setiap
bilik darjah adalah merupakan idea yang bagus. Namun begitu, setiap kelas
mempunyai masalah ruang kerana mempunyai dua sesi (pagi dan
petang).Puan Maznah memaklumkan pihak sekolah bercadang untuk
mengadakan Hari Kantin untuk pencarian dana bagi penyediaan locker di
setiap kelas.

6.5 Encik Raj Singh juga memaklumkan berkenaan dengan amalan membuka
kasut ketika masuk ke dalam tandas. Puan Maznah menjelaskan pihak sekolah
mengadakan amalan seumpama itu yang mana tandas lebih bersih dan lebih
baik dari tahun sebelum ini. Impak daripada amalan tersebut, ianya dapat
memupuk amalan yang baik dalam diri (buka kasut,pam tandas,pakai kasut
dan basuh tangan). Hasil daripada tinjauan yang dibuat oleh guru-
guru,terdapat segelintir murid yang lambat masuk ke kelas kerana lebih kepada
bersembang dan bukanlah masalah membuka kasut. Puan Maznah juga
mengucapkan terima kasih atas kerjasama ibu bapa yang telah
menyumbangkan selipar kepada pihak sekolah.



7

6.6 Puan Noranishak memaklumkan catur adalah kebitaraan SK Marian
Convent,Ipoh. Pencapaian cemerlang pada tahun 2013-2016 kerana ada
peruntukan kewangan. Dua tahun kebelakangan ini,pencapaian agak kurang
cemerlang kerana menghadapi masalah kewangan adalah faktor utama
kekurangan penglibatan murid-murid. Pn Noranishak mengambil inisiatif
dengan mengambil jurulatih dari luar untuk melatih kemahiran. Buat masa
ini,hanya dibuka untuk tahap 2 sahaja. Tahap 1 dalam perbincangan kerana
mempunyai kekangan masa.
6.7 Encik Azrilhairi memaklumkan supaya ibu bapa dan guru dapat bekerjasama
dalam menangani masalah beg berat. Wujudkan kumpulan WhatsApp supaya
dapat komunikasi dua hala antara ibu bapa dan guru kelas dan mendapat kata
sepakat.

6.8 Encik Ahmad Kamarul Bahrin telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak
RM2000.00 kepada pihak sekolah bagi tujuan pembelian locker.

6.9 En Rajendran bersetuju untuk menyumbang RM1000.00 bagi tujuan pembelian
locker.



7.0 MEMBINCANGKAN USUL-USUL

Bil Usul Catatan dan tindakan


Memohon untuk kurangkan yuran PIBG YDP memaklumkan yuran PIBG tidak
1. bagi tahun 2020. berubah sejak 3 tahun yang lalu. Untuk

makluman,sekolah kita adalah bantuan
Daripada : Patricia Sharmini modal / mubaligh.


YDP juga memaklumkan yuran boleh
dibayar secara ansuran.

2. Membina laluan berbumbung di tepi Guru besar memaklumkan pihak
pondok jaga (keselamatan) sepanjang sekolah tidak boleh membuat sebarang
laluan pejalan kaki untuk mengelakkan penambahan bangunan dan mesti
hujan. mengikut peraturan.

Daripada : Muhd Zulhilmi bin Mohd
Zulkifli


3. Program menceriakan sekolah agar Guru besar memaklumkan pihak
menarik minat dan keselesaan murid- sekolah tidak menggunakan duit PIBG,
murid untuk datang ke sekolah. tetapi duit yang diperolehi daripada
penyumbang individu. Terima kasih
Daripada : Muhammad Asriy bin Ibrahim kepada penyumbang


8

4. Meningkatkan taraf dalam aspek Guru besar memaklumkan berkenaan
keselamatan dan kesihatan. dengan haiwan berbisa pihak sekolah
1. Haiwan-haiwan liar yang akan mengadakan gotong royong
berkeliaran di kawasan sekolah membersihkan kawasan sekolah.
2. Kebersihan tandas yang kurang Berkenaan dengan semak samun di
memuaskan hadapan sekolah,sesiapa sahaja boleh
Daripada : Dr Nandhini menulis email kepada pihak MBI.

Puan Maznah memaklumkan pihak
pembersihan mencuci tandas sebanyak
4 kali sehari iaitu 2 kali di sesi pagi dan 2
kali di sesi petang.



8.0 CADANGAN USUL KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN 2020

8.1 Usul dibentangkan oleh bendahari PIBG.

8.2 Cadangan usul:-

i) Bayaran PIBG

Tahun 1 - 6 (RM50.00) satu keluarga

ii) Program Kecemerlangan

Tahun 1 - 5 (RM20.00)

Tahun 6 - (RM165.00)
iii) Komputer

Tahun 1 - 6 (RM20.00)

iv) Keselamatan & Keceriaan

Tahun 1- 6 (RM20,00)

v) Jumlah Bayaran

Tahun 1 - 5 (RM110.00)

Tahun 6 - (RM300.00)


8.3 Cadangan usul kutipan bayaran tambahan 2020 telah diterima sebulat suara. Guru
Besar memaklumkan, bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan, dicadangkan
untuk menyertakan salinan bukti penyata pendapatan untuk tindakan PIBG.






9

9.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2019/2020

Semua ahli bersetuju AJK PIBG 2019/2020 dibubarkan.



10.0 PELANTIKAN AJK PIBG 2020/2021

Mesyuarat bersetuju sebulat suara pemilihan diadakan secara undian.

(Rujuk lampiran senarai AJK PIBG sesi 2020/2021)


11.0 HAL – HAL LAIN

11.1 En Aswannudin selaku YDP mengusulkan cadangan program tahunan PIBG
2020 yang terdekat akan menganjurkan program gotong royong perdana namun
belum menetapkan tarikh.

11.2 YDP juga memaklumkan pada tahun ini akan diselesaikan isu beg berat yang
mana pihak PIBG akan mencari locker untuk diletakkan di setiap kelas demi
keselesaan dan kemudahan anak-anak SKMC.



12.0 UCAPAN PENANGGUHAN

12.1 Yang Dipertua PIBG, En Aswannudin bin Hariffudin mengucapkan terima
kasih kepada semua yang hadir kerana telah memberi kepercayaan kepada
beliau untuk menerajui kepimpinan PIBG sesi 2020/2021. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dipilih. Harapan beliau
agar barisan AJK yang dilantik dapat membantu pihak sekolah bagi
meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan prasarana
sekolah. Di samping itu,sokongan,sumbangan idea-idea bernas serta
kerjasama daripada ibu bapa amat penting dan dialu-alukan demi
kecemerlangan SK Marian Convent, Ipoh.



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.



Yang menjalankan amanah, Disemak oleh,


…………………………………………… …………………………………………………
(NURULHUSNA BINTI AHMAD AZIZI) (EN ASWANNUDIN BIN HARIFFUDIN,AMP)
Setiausaha PIBG 2020/2021 Yang Dipertua PIBG 2020/2021
SK Marian Convent, Ipoh. SK Marian Convent, Ipoh

10

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2019/2020



1. Program Permaufakatan


Tarikh : 16 Februari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sasaran : Semua Murid Tahun 6 dan Ibu Bapa atau Penjaga
Tempat : Dewan Gemilang

Program ini bertujuan membantu murid-murid menetapkan matlamat mereka dalam
menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Selain mengadakan kerjasama erat antara ibu
bapa dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan
sahsiah murid. Ibu bapa juga diberikan pendedahan tentang format UPSR, disamping
berpeluang mendapatkan maklumat pembelajaran anak masing-masing.



2. Program Kecemerlangan Akademik dan Kelas Bimbingan Tahun 6

Tarikh : 12 Februari 2019 – 06 September 2019

Hari : Selasa,Rabu,Jumaat,Sabtu dan cuti sekolah
Masa : 1.00 hingga 2.00 petang
1.00 hingga 3.30 petang
8.00 hingga 12.30 tengah hari
Sasaran : Semua murid tahun 6
Tempat : Bilik-bilik Khas

Program ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian dan kemerlangan murid dalam
peperiksaan UPSR. Kelas bimbingan juga telah diadakan sewaktu cuti penggal
persekolahan.PIBG telah bersetuju memberikan insentif kepada guru-guru yang terlibat
dalam kelas bimbingan ini.

3. Gotong royong Perdana


Tarikh : 09 Mac 2019
Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : SK Marian Convent,Ipoh
Sasaran : Ibu bapa dan murid SKMC

Gotong royong perdana ini merupakan aktiviti pihak sekolah bersama ibu bapa bagi
menceriakan lagi kawasan sekolah yang mana bersesuaian dengan moto sekolah Marian
Indah, Murid Terserlah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga berhasrat ingin
mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa kepada murid-murid SK Marian
Convent. Kerjasama yang amat baik antara ibu bapa dalam menjayakan aktiviti ini secara
tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan pihak sekolah.

4. Kejohanan Balapan dan Padang


Tarikh : 21 Mac 2019
Hari : Khamis
Masa : 08.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Padang IPG Ulu Kinta
Sasaran : Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Kejohanan Balapan dan Padang ini merupakan acara wajib bagi setiap sekolah. Ajk PIBG
dan juga ibu bapa telah membantu melancarkan perjalanan sukan ini. Kerjasama ajk, ibu
bapa dan guru telah mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik.


5. Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dan Sambutan Rumah Terbuka

Aidilfitri 2019

Tarikh : 15 Jun 2019
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Perkarangan SKMC
Sasaran : Murid Tahun 1 hingga Tahun 6


Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum dan melahirkan
persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.Terima kasih
diucapkan kepada PIBG kerana telah membiayai kos jamuan Aidilfitri sebanyak RM5.00
seorang dari murid Tahun 1- Tahun 6 di bawah Program RIMUP (murid-murid SKMC).
Kerjasama ajk, ibu bapa dan guru telah mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik dan
majlis dapat berjalan dengan lancar.

6. Hari Kantin dengan kerjasama Bank Rakyat


Tarikh : 24 Ogos 2019
Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi – 12.00 tengah hari
Sasaran : Murid Tahun 1 hingga Tahun 6
Tempat : Kantin SK Marian Convent,Ipoh

Program Hari Kantin yang diadakan adalah merupakan anjuran bersama Bank Rakyat.
Tujuan hari kantin ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan memupuk
semangat keusahawanan di kalangan murid-murid. Program tersebut telah mendapat
kerjasama yang baik daripada ajk PIBG dan juga ibu bapa.


7. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR


Tarikh : 29 Ogos 2019
Hari : Khamis
Masa : 06.30 petang – 10.00 malam
Sasaran : Tahun 5 & 6
Tempat : Masjid Umar Al Khatab Batu 4 Tambun


Program ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim di antara PIBG, guru-guru dan
murid-murid tahun 6. Disamping itu, ia juga merupakan salah satu usaha untuk memohon
doa dan restu bagi kejayaan dan kecemerlangan murid sebelum menghadapi peperiksaan.
Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat ini telah dihadiri oleh ibu bapa dan murid-murid
tahun 5 dan 6.


8. Program Senamrobikthon

Tarikh : 12 Oktober 2019
Hari : Sabtu

Masa : 08.00 pagi – 10.00 pagi
Sasaran : Murid Tahun 1 hingga Tahun 6
Tempat : Movie Animation Park Studios (MAPS),Ipoh

Sekolah ini adalah sekolah bantuan modal yang memerlukan dana untuk pembangunan
sukan dan akademik. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mewujudkan ruang PdPc yang lebih
kondusif. Program ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai
i. Pembangunan sukan dan akademik
ii. Mewujudkan ruang PdPc yang lebih kondusif
iii. Mewujudkan program bersama ibu bapa dan murid dengan lebih terancang

Kerjasama ajk, ibu bapa dan guru telah mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik dan
program tersebut dapat berjalan dengan lancar.



9. Program Selepas UPSR

a) Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur

Tarikh : 01 November 2019 – 02 November 2019
Tempat : Pusat Sains Negara, i-City Shah Alam, Kidzania dan RTM


Program ini bertujuan memperkasakan minda murid-murid tahun 6.Aktiviti ini juga
bertujuan meningkatkan hubungan mesra dan keyakinan diri dalam kalangan murid-
murid. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang
menepati Falsafah Pendidikan Negara.


10. Majlis Pendaftaran Tahun 1


Tarikh : 30 Disember 2019
Hari : Isnin
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sasaran : Tahun 1

Majlis pendaftaran ini bertujuan membiasakan murid tahun satu dengan suasana baharu
di samping mengurangkan rasa segan, malu dan takut dalam kalangan murid-murid yang
berbeza latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi. Ianya juga dapat merapatkan
hubungan ibu bapa murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah. Di samping itu
memudahkan urusan penyerahan dokumen yang berkaitan kepada guru kelas. Taklimat
berkaitan peraturan sekolah, Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD), Zoom A, Google
Classroom, Dual Language Program (DLP) dan kesihatan disampaikan kepada ibu bapa.
Selain itu, ibu bapa juga diperkenalkan dengan pentadbir dan guru kelas tahun satu.

Sementara ibu bapa di dewan, murid tahun satu diberikan soalan lisan dan bertulis di
dalam kelas.

11. Sumbangan dan Penglibatan Aktiviti-aktiviti sekolah.

Pihak PIBG juga telah memberikan khidmat tenaga dan kepakaran serta membiayai

sebahagian aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan hal ehwal murid. Diantaranya ialah :

a) Kelas Tambahan Tahun 6
b) Program Selepas UPSR
c) Hari Sukan Sekolah
d) Hari Kanak-kanak
e) Hari Anugerah Kecemerlangan
f) Pasukan Sekolah yang mewakili ke peringkat Daerah dan Negeri


12. Sumbangan dan penyelenggaraan

PIBG telah banyak membantu pihak sekolah dengan membiayai dan menguruskan kerja
penyelenggaraan untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid. Di antaranya :-


a) Membaiki bumbung bangunan Tahun 6
b) Naik taraf penutup longkang
c) Pendawaian lampu, kipas, soket dan kabel
d) Perkhidmatan pembentungan tangki najis
e) Menaik taraf cctv
f) Baik pulih tandas murid dan penambahan 2 tandas duduk (untuk murid kelainan
upaya)
g) Kerja-kerja naik taraf dan baik pulih kecil
h) Pembelian kerusi plastik murid
i) Baik pulih tempat pembuangan sampah


SK Marian Convent adalah “Sekolah Berprestasi Tinggi”. Semoga sekolah akan mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dengan kerjasama daripada PIBG, guru –
guru, ibu bapa dan murid – murid.




Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,



(NURULHUSNA BINTI AHMAD AZIZI)
Setiausaha PIBG 2019/2020







AHLI JAWATANKUASA PIBG SK MARIAN CONVENT


SESI 2020/2021

PENASIHAT

PN HINDON BINTI WAHID

PN MARLIYANA BINTI RAMLI
PN NORANISHAK BINTI AHMAD SIBI
PN NORIZANI@ NOR ADILA BINTI
PN HABIBAH BINTI MOHAMMAD

YANG DIPERTUA

EN ASWANNUDIN BIN HARIFFUDIN,AMP


NAIB YANG DIPERTUA

PN ISTIMA FAEIZI BINTI KAMARULZAMAN

SETIAUSAHA

PN NURULHUSNA BINTI AHMAD AZIZI


NAIB SETIAUSAHA
PN SAMENTHE A/P KARUNANITHE


BENDAHARI

PN NOOR ADILA BINTI IDRIS


NAIB BENDAHARI

PN NURUL IFFAH BINTI ANWAR


AHLI JAWATANKUASA

EN MOHD ASWAD BIN ZAKARIA PN WAN AZIZAN BINTI ABDUL AZIZ
EN RAJENDRAN A/L MUNIANDY PN SITI NURASHIKIN BT MOHD GHAZALI

EN M.S.ARSU A/L MUNUSAMY PN AIDATUL ATINI BINTI AHMAD
EN AZRILHAIRI BIN AHMAD PN YAP YOKE PON
PN AZLINA BINTI ABD KADIR PN NORLAILA BINTI HARUN

PN NIK NORHAYATI BINTI NIK HASSAN DR NANDHINI A/P P.SINNASAMY

JURU AUDIT


EN MANIVANAN A/L CHETTEAMBRAN
PN NUR DZALIFFA RIZA BINTI RIDZWAN

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK MARIAN CONVENT
SESI 2021/2022



PENASIHAT : PN HINDON BINTI WAHID
PN MARLIYANA BINTI RAMLI
PN NORANISHAK BINTI AHMAD SIBI
PN NORIZANI@ NOR ADILA BINTI
PN HABIBAH BINTI MOHAMMAD

YANG DIPERTUA : _______________________________________________________

N.YANG DIPERTUA : _______________________________________________________

SETIAUSAHA : GURU

NAIB SETIAUSAHA : GURU
BENDAHARI : GURU
NAIB BENDAHARI : GURU


AHLI JAWATANKUASA :

1. GURU
2. GURU
3. GURU

4. ________________________________________________________________________


5. ________________________________________________________________________


6. ________________________________________________________________________


7. ________________________________________________________________________


8. ________________________________________________________________________

9. ________________________________________________________________________


10. _______________________________________________________________________




JURU AUDIT :

1. _______________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________

PENGHARGAAN




Kami Warga PIBG SK Marian

Convent,Ipoh dengan ini

merakamkan ucapan

terima kasih kepada semua

pihak yang telah


menjayakan mesyuarat ini

secara langsung atau tidak

langsung.



Terima Kasih!


Click to View FlipBook Version