P A W A N G N O N T O K O H Y A N G G T I D A K DIDENDANG P A W A N G N O N G Mengisahkan tentang seorang tokoh yang mencintai agama, bangsa dan tanah air lebih daripada dirinya sendiri K U M P U L A N 1 7
Prepared for: Dr.Salmah Binti Omar Prepared by: 1.Nurul Nazihah Aina Binti Latib (301796) 2.Dayana Batrisya Binti Rohaizat (302007) 3.Nur Ain Nabilah Binti Zulkifli (302056) 4.Maisarah Iwana Binti Zulhasmi (302263) 5.Nur Farahain (302268) MPU 1042 NATIONHOOD STUDIES SEMESTER A231
Ahli Kumpulan Nurul Nazihah Aina Nur Ain Nabilah Nur Farahain Dayana Batrisya Maisarah Iwana
BIL PERKARA M/S 1 PENGENALAN 1 2 ASAL USUL KEHIDUPAN PAWANG NONG 2-3 3 KEHEBATAN PAWANG NONG 4 4 JASA DAN SUMBANGAN PAWANG NONG 5 5 PENGLIBATAN PAWANG NONG DALAM SILAT 6 6 PINGAT DAN ANUGERAH YANG DIPEROLEHI PAWANG NONG 7 7 KESIMPULAN 8 8 RUJUKAN 9 ISI KANDUNGAN
Zaman dahulu, banyak negara Asia yang terlibat dalam peperangan kearah mencapai kemerdekaan negara masing-masing. Pada masa yang sama, Malaysia juga mengalami persekitaran dimana negara berhempas pulas bagi mencapai hak kebebasan kendiri tanpa dikawal oleh pihak British lagi serta dapat dilihat bagaimana Tanah Melayu pada ketika itu berjaya mengharungi zaman darurat. Tokoh-tokoh yang dikatakan pejuang negara atau pahlawan Melayu telah banyak menabur bakti dan jasa terhadap negara yang harmoni kini dengan perjuanganperjuangan mereka pada ketika itu. Semerbak harum nama mereka dijulang dan diangkat sebagai perwira negara. Namun begitu, ada juga pejuang-pejuang yang jarang atau tidak anak bangsa kini kenali dek kerana tidak terpampang nama-nama mereka di dalam buku Sejarah. Di Pahang, terdapat seorang pahlawan yang amat disegani, iaitu Allahyarham Haji Nong Taib bin Santan atau gelarannya iaitu Pawang Nong. Beliau amat disanjung tinggi oleh Masyarakat Pahang sebagai seorang pahlawan yang berani. Beliau bersahabat baik dengan Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Digelar Pawang Nong kerana kepakaran yang mampu merawat penyakit secara tradisional didendangkan ini. Beliau juga merupakan seorang pendekar silat cekak. Pada tahun 2007, selama lima hari empat malam penduduk Ulu Cheka meraikan sambutan 100 tahun kewujudan kampung itu serta menyematnya kekal dalam ingatan akan segala jasa pahlawan yang merasmikannya. PENGENALAN Haji Nong Taib Bin Santan, 1
Pawang Nong bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu kerana beliau merupakan seorang pendekar, pemimpin masyarakat dan pengamal perubatan tradisional yang sangat dihormati di Kampung Ulu Cheka dan negeri Pahang. ASAL USUL KEHIDUPAN PAWANG NONG Maksud “Pawang” Individu berkebolehan khusus bagi melakukan sesuatu perkara dengan menggunakan kekuatan ghaib atau mampu untuk menyembuhkan orangorang yang sakit kebiasaanya dengan menggunakan mantera atau jampi. 2
LATAR BELAKANG TOKOH Nama: Haji Nong Taib Bin Santan Gelaran: Pawang Nong Pangkat: Pawang Diraja Negeri Pahang Tahun Kelahiran: 1874 Tempat Kelahiran: Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Kuala Lipis Tarikh Kematian: 10/11/1977 Dimakamkan: Kampung Ulu Cheka 3
Pawang Nong Taib pernah terlibat dalam peperangan yang diketahui adalah paling habit ketika itu iaitu Peperangan Perlok demi menentang komunis di Maran, Pahang. KEHEBATAN PAWANG NONG Pawang Nong mahir dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang dialami oleh penduduk kampung pada masa itu dengan menggunakan kaedah tradisional. Semasa era jajahan komunis, Pawang Nong juga dipercayai mempunyai ilmu kebal dan ilmu kalis besi. Beliau juga pernah ditembak oleh komunis tetapi peluru tersebut tidak mengenai beliau sebaliknya hanya menembusi poket pakaian beliau Sahaja tanpa mencederakan beliau. Pawang Nong berhasil menangkap orang minyak yang telah menggangu penduduk di sekitar Kampung Ulu Cheka dan Damak pada waktu itu. kehebatan Pawang Nong juga diteruskan sewaktu zaman penjajahan tentera jepun, Pawang Nong berjaya ‘memagari’ Kampung Damak dan Kampung Ulu cheka daripada pandangan tentera Jepun. 4
Pawang Nong ialah pengasas serta pembuka Kampung Ulu Cheka pada 7 Julai 1907. Sehingga tahun 1966, beliau telah dilantik sebagai ketua kampung pertama. Beliau juga turut menjadi pengasas masjid Kampung Ulung Cheka dan merupakan Pawang utama di kampung itu, sekali menjadi Pawang Diraja. JASA DAN SUMBANGAN PAWANG NONG Ketokohan Pawang Nong semakin menyerlah apabila seorang pembesar negeri yang ditangkap komunis berjaya diselamatkan olehnya pada tahun 1945. Gelarannya sebagai Pawang Diraja adalah daripada peristiwa ini setelah diisytiharkan oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah. Makam beliau terletak di masjid Kampung Ulu Cheka. Sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka sebagai penghargaan atas jasa-jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan maruah serta martabat orang-orang Melayu pada suatu masa dahulu. Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah Penghargaan Makam Pawang Nong 5
PENGLIBATAN PAWANG NONG DALAM SILAT Kampung Ulu Cheka Pawang Nong terkenal di Pahang sebagai pahlawan dan pengamal silat Melayu yang handal Merupakan seorang tenaga pengajar silat Cekak yang menarik sejumlah besar pelajar ke pekan untuk belajar di bawahnya. Melindungi masyarakat daripada pencerobohan dan serangan tentera Jepun oleh pengganas komunis Cucu Pawang Nong banyak mewarisi ilmunya termasuk kepakaran dalam seni mempertahankan diri dan kerohanian 6
Pingat dan Anugerah Pawang Nong telah dianugerahkan pingat-pingat jasa bakti sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian beliau menentang penjajah Jepun dan komunis. Pawang Nong telah dianugerahkan Pingat British Empayar Medal (BEM) oleh General Sir Gerald Templer. Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh kerajaan perseketuan, Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) oleh kerajaan perseketuan. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) oleh negeri Pahang. Semasa zaman kegemilangannya, beliau juga menjadi Pawang Diraja. 7
Seribu satu kisah seorang lagenda ini diceritakan menjadi buah mulut oleh orang-orang tua di kampung tersebut di samping memuji semangat kepahlawanan beliau menentang tentera Jepun dan pengganas komunis. Sebagai menghargai jasa seorang pejuang tanah air, Beliau menerima pelbagai pengiktirafan dan pingat sebagai pengiktirafan jasanya sebagai pejuang tanah air. Sebagai penghormatan terhadap Nong Taib, Sekolah Kebangsaan Ulu Cheka ditukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Majlis Daerah Jerantut, Pahang memberi nama sebuah bulatan sebagai Bulatan Pawang Nong dan satu persimpangan sebagai Persimpangan Pawang Nong. Tidak sukar untuk mencari sejarah Pawang Nong, menurut beberapa sumber, makamnya terletak bersebelahan dengan Masjid Kampung Ulu Cheka di Jerantut, Pahang. Selain itu, JKKK Ulu Cheka telah menubuhkan Galeri Warisan pada 28 Oktober 2016, Perrasmian oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB Datuk Haji Ahmad Nazlan Bin Idris. Pegawai Muzium Pahang mengesahkan bahawa artifak-artifak lama yang dipamerkan di galeri tersebut mempunyai nilai yang tinggi. Perjuangan Pawang Nong sebagai pahlawan tanah air menentang penjajah terhenti pada 10 November 1977 apabila beliau telah kembali ke rahmatullah. Kesimpulan 88
Afifi, S. (28 4, 2019). Pawang Haji Nong Taib Bin Santan. Malaysia. Dr Zabidin Haji Ismail (2011). Pawang Nong Ulu Cheka. Diperolehi daripada : http://tokohrao.blogspot.com/2011/05/pawang-rao-nongulu-cheka.html Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid (2011). Islam and Nationalism. Academy of Islamic Studies. University of Malaya. Kheru (2006). Pawang Nong Pemimpin Disegani dan Cucu Waris Ilmu. Diperolehi pada 24 November 2023. Diakses daripada https://kheru2006.livejournal.com/1252863.html Moustapha Abbas (2019). Pawang Nong: “Bomoh Hebat Bangsa Melayu. Diperolehi pada 24 November 2023. Diakses daripada melayu/" https://thepatriots.asia/pawangnong bomoh-hebat-bangsa melayu/ Wikipedia. (2020, 18 7). Pawang Nong. Dimuat turun daripada google: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pawang_Nong cv=1&sessionid=6cae77ff0b1c45389b11f21cb2e73d49 RUJUKAN 9
Telemovie Berkisahkan Pawang Nong LAMPIRAN Tokoh Pawang Nong Galeri warisan Pawang Nong
Berita mengenai Tokoh Pawang Nong Makam Tokoh Pawang Nong