PPUUI ISSI I TTRRAADDI ISSI IOONNAALL BMMB1104 kESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH: PN. MAYATI BINTI BULIN
NAMA : NUR ELIS ELYANA BINTI AZMAN NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2023152310016 NOMBOR MATRIK : P23150568 NOMBOR KAD PENGENALAN: 050217040296 KURSUS : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) UNIT : BMMB 1 EMAIL : [email protected] ALAMAT : MT 1283, JALAN 9, TAMAN SRI AMAN, 78300 MASJID TANAH, MELAKA BIODATA
Pantun ialah asal kepunyaan masyarakat Melayu dan merupakan rangkap yang tertua. Menurut Norazimah Zakaria (2017), pantun adalah salah satu wadah sastera di mana cara penyampaiannya berbentuk lisan secara trurun-temurun daripada satu generasi ke generasi yang lain dengan penyampaiannya berbentuk lisan . Hal ini bermakna pantun telah digunakan sejak berabad lamanya. Bilangan baris dalam rangkap dikenali sebagai bentuk pantun. Contoh, dua kerat, empat kerat, lapan kera, dua belas kerat dan pantun berkait. Pantun perlu mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun 4 kerat di mana baris satu dan dua merupakan pembayang manakala tiga dan empat maksud. Namun, pantun bersifat terikat. Oleh itu, rima akhir bagi pantun empat kerat mestilah ‘a’ , ’b’ , ’a’ , ’b’. PANTUN KONSEP
HIBURAN FUNGSI PANTUN Pantun mempunyai kualiti menghiburkan cukup banyak. Hal ini boleh dilihat dari sudut penggunaan gaya bahasanya, rentak dan irama yang tersusun dalam berkomunikasi dengan menggunakan pantun. Penggunaan gaya bahasa dalam menyusun kata untuk berinteraksi dengan orang sekeliling menunjukkan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Keris Mas 1988). Oleh itu, pantun memberi hiburan kepada emosi pembaca atau pendengar. Pantun juga befungsi dalam meyampaikan dakwah.Buktinya terdapat pantun jenis keagamaan dannasihat. Peranannya adalah untuk mengajakmanusia ke arah kebaikan. Mereka menjadikanpantun sebagai medium untuk berdakwah keranapantun lebih mempengaruhi emosi dan pemikiranmasyarakat. Pantun menyampaikan satu bentuk pendidikan sama ada secara kiasan, sindiran atau berterus-terang (Nazuandi Abdul Rahman, 2012). Hal ini kerana pantun boleh menyentuh kesemua aspek sama ada politik, ekonomi, sosial dan agama. Selain itu, unsur nilai dan moral juga sentiasa dikaitkan. Contoh, pantun jenis nasihat, teka-teki, keagamaan dan sebagainya. ALAT PENDIDIKAN DAKWAH
Halia ini tanam-tanaman, Di barat sahaja akan tumbuhnya, Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya. CONTOH PANTUN PEMIKIRAN Hendak mandi marilah mandi, Sementara ada timba upih Hendak mati marilah mati, Sementara ada kain putih (Pantun Melayu AB) Jika diteliti dan difahami maksud setiap rangkap kita dapat mengetahui hasrat penulis. Pada rangkappertama, penulis menyatakan bahawa dunia ini suatu pinjaman dari tuhan dan tiada yang kekal kerana di akhirat kelak tempat kita menghuni untuk selamanya. Jelaslah, penulis memasukkan elemen keagamaan bagi mengingati setiap manusia yang sering alpa dengan dunia.Kemudian, pada rangkap kedua pula, penulis seolah-olah menyindir pembaca tentang kematian. Sindiran tersebut bukanlah suatu perkara yang negatif malah sindiran tersebut lebih kepada mengingati kepada kematian. Oleh itu, kita dapat melihat kepelbagaian gaya bahasa yang digunakan.
Gurindam merupakan satu puisi tradisional yang diperkenalakn melalui ‘Gurindam Dua Belas oleh Raja Ali Haji’. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Gurindam ialah puisi Melayu lama yang mempunyai dua baris serangkap dengan rima akhir yang sama. Gurindam dalam bentuk terikat di mana hanya mengadungi tiga sehingga enam patah perkataan sahaja dan mempunyai rima akhir ‘a’ , ’a’. Gurindam memerlukan beberap rangkap untuk melengkapkan kesemua idea dengan bahasa yang bernas untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Baris pertama gurindam terdiri daripada persoalan manakala baris kedua merupakan jawapan. GURINDAM KONSEP
MEDIUM KOMUNIKASI FUNGSI GURINDAM Gurindam berperanan sebagai medium komunikasi terhadap khalayak. Kandungan gurindam yang penuh dengan moral merupakan satu cara bagaimana pengarangnya menjadikan gurindam sebagai medium komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan mesej kepada umum (Zubir Idris, 2015). Contohnya, gurindam banyak digunakan dalam majlis-majlis formal pada suatu ketika dahulu. Gurindam berfungsi sebagai alat mendidik. Hal ini kerana mengandungi unsur-unsur pendidikan seperti iman dan moral. Demikian adalah untuk memperbaikankehidupan masyrakat. Oleh itu, gurindam merupakaansalah satu cara yang digunakan untuk mendidik masyarkat terdahulu yang kurang didedahkan denganpendidikan. Gurindam dikatakan sebgai alat pendidikan kerana gurindam mendorong masyarakat ke jalan hidup yang lebih sempurna. Menurut Kamus Dewan (2017), sempurna bermaksud tiada cacat cela. Gurindam mengandungi unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat. PENGAJARAN ALAT PENDIDIKAN HIBURAN Gurindam ini digunakan sebagai hiburan kerana diubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan. Hal ini keranahiburan yang menggunakan teknologi seperti telefon bimbitbelum lagi diperkenalkan pada zaman dahulu.
Barang siapa meninggalkan sembahyang, Seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua temasya. Barang siapa meninggalakan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat CONTOH GURINDAM PEMIKIRAN Gurindam membawa seribu satu pengajaran dan peringatan kepada pendengar . Jelaslah bahawa gurindam mempamerkan penulisan yang kreatif dan positif dalam sastera. Berdasarkan gurindam pada rangkap pertama ini, penulis mengingatkan bahawa solat merupakan pegangan hidup dan kehidupan diibaratkan sebagai rumah yang mana jika solat ditinggalkan maka rumah tersebut tidak bertiang. . Maksud rangkap kedua pula ialah seseorang yang meninggalkan puasa tidak mendapat kenikmatan di dunia dan di akhirat. Rangkap akhir sekali menyatakan bahawa harta bagi seseorang yang tidak membayar zakat akan menjadi tidak berkat. Rima akhir bagi setiap rangkap adalah sama iaitu ‘ang,ang’ , ‘a.,a’ dan ‘kat,kat’. (Gurindam Dua Belas)
Syair dicipta untuk dilagukan dan diperdengarkan. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), Syair diistilahkan berasal daripada kesusateraan Arab iaitu ‘sy’ir’ . Namun, bentuk syair Melayu dengan syair Arab adalah berbeza. Hal ini kerana syair Arab berbentuk tetap dan selalunya terdiri daripada dua hingga dua puluh baris manakala syair Melayu pula mempunyai empat baris. Rima akhir bagi setiap baris mestilah sama seperti ‘a’ , ‘a’ , ‘a’ , ‘a’ . SYAIR KONSEP
MEDIUM KOMUNIKASI FUNGSI SYAIR Menurut Ramadani Fitria (2013), syair digunakan untuk menyampaikan maksud secara lebih sopan supaya orang yang diajak berbicara tidak terasa hati walaupun nada yang disampaikan berunsur kritikan. Oleh itu, syair dapat memberikan kemesraan kepada pihak yang berkomunikasi. Ini bermakna syair sesuai digunakan untuk mengkritik secara halus. Syair dikatakan berfungsi sebagai hiburan keranakerap dilagukan pada majlis-majlis tertentu padazaman dahulu. Contohnya, majlis perkahwinan.Kemerduan suara penyair mampu mengusikperasaan dan meninggalkan kesan yangmendalam kepada pendengar. Syair berfungsi sebagai pengajaran kerana dalam syair juga terkandung unsur moral yang dapat dijadikan teladan. PENGAJARAN HIBURAN
Dengarlah kisah suatu riwayat Raja di desa negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat Dibuat syair serta berniat Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri CONTOH SYAIR PEMIKIRAN Syair merupakan salah satu puisi tradisional yang indah. Berdasarkan contoh syair yang diberikan, jelaslah dapat dilihat bahawa penggunaan rima akhir yang sama pada setiap baris rangkap. Rangkap pertama menceritakan bahawa terdapat kisah raja yang memerintah negeri Kembayat. Kisah ini ditulis seseorang yang menggelarkan dirinya fakir untuk dijadikan teladan. Oleh yang demikan menunjukkan bahawa terdapat nilai yang positif terhadap diri penullis kerana penulis merendah diri dengan mengibaratkan dirinya seperti orang yang miskin. Pada rangkap kedua pula, penulis menceritakan tetang raja tersebut merupaka raja yang masyhur dan gagah. Baginda pemerintah yang baik dan adil. Penulis menunjukkan nilai-nilai murni dalm diri raja tersebut. (Bidasari Lahir)
Seloka merupakan bentuk puisi Melayu tradisional, sama ada berangkap atau tidak. Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan di mana kandungannya seperti jenaka, gurauan, ejekan dan sindiran. Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka berasal daripada perkataan ‘shloka’ dalam bahasa Sanskrit yang bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Kebiasannya, seloka ditulis empat baris yang menyerupai syair dan pantun (Azman Rahmat et. al, 2022). Dari segi bentuk pula, seloka hampir serupa dengan gurindam. SELOKA KONSEP
PENGAJARAN FUNGSI SELOKA Seloka berfungsi sebagai pengajaran kerana isi kandungannya mengandungi akibat dan kesan yang boleh memberikan pelbagai tauladan kepada semua masyarakat walaupun berbentuk jenaka atau gurauan. Seain itu, seloka juga mempamerkan imej yang elok kepada pendengar atau pembaca. Menurut Nordiana (2019), seloka Melayu yang telah dikaji sebagai ikon yang memberikan imej baik kepada khalayak. Seloka sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk berhibur bagi mendatanangkan keseronokan kerana selari dengan tema dan isi seloka yang berunsurkan jenaka, gutrauan dan sindiran. HIBURAN
Santap beradat santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran Santap merai, hormat-menghormati, Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santu dengan aturan, Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan. CONTOH SELOKA PEMIKIRAN Maksud bagi rangkap pertama ialah santap istiadat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran dengan tujuan untuk meraikan tetamu bahkan majlis ini bukan sekadar mengenyangkan tetapi mengajar tetamu supaya makan dengan sopan. Rangkap kedua pula menceritakan tentang ketertiban ketika makan di mana nasi hendaklah disuap dengan tangan kanan dan lauk hendaklah diangkat perlahan. Kemudian, makanan perlulah dikunyah perlahan.Melalui seloka ini, dapat dilihat betapa pentingnya nilai kesopanan apabila diundang ke sesuatu majilis keramaian malah mengajar masyarakat untuk beradab dan menghormati majlis. Jelaslah bahasa yang digunakan seloka mampu menusuk perasaan sanubari pendengar untuk menerima segala yang diungkapkan. (Santap Istiadat)
RUJUKAN Zubir Idris. (2015). Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Malaysian Journal of Communication. 31(2), 601-616. Nordiana Ab Jabar. (2019). Keunggulan Ikon Membawa Teladan dalam Seloka Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 172-191. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar. Ramadani Fitria,Christanto Syam &Henny Sanulita. (2014). Struktur dan Fungsi Syair Gulung Pernikahan dan Khataman AlQuran Melayu Ketapang Karya Mahmud Mursalin. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa. 3(2). Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Alizah Lamri & Rosmah Derak. (2017) Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin SulaimanShah. 4(2).
RUJUKAN Harun Mat Piah, (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Keris Mas. (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. KualaLumpur: Mohd Nazuandi bin Abdul Rahman. (2012, September 6). https://cikgunazuandi.blogspot.com/2012/09/fungsi-pantun.html Fungsi Pantun. Pantu Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Yusof Md. Nor & Abd. Rahman Kaeh. (2016). Puisi Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Shamsuddin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan & Dr. Hasnah binti Awang. (2022) Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan
TERIMA KASIH