The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Uder, 2021-08-16 22:23:43

Buku Teks Sejarah Tahun 5 SK KSSR ( Semakan 2017)

- Bhg. 2

Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa merupakan lagu yang dicipta untuk menaikkan
semangat menggunakan bahasa kebangsaan. Melalui lirik lagu tersebut,
kita dapat fahami bahawa lagu Bahasa Jiwa Bangsa menyeru rakyat
Malaysia agar menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan
harian. Melalui bahasa, rakyat yang berbilang kaum dapat disatukan.

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa
Maju bangsa dan maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa

Lagu/lirik: Dol Ramli

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Mengapakah bahasa kebangsaan dikatakan bahasa jiwa bangsa?

Rakyat Malaysia haruslah menguasai bahasa kebangsaan. Penggunaan
bahasa kebangsaan membuktikan rakyat bersatu serta memahami
antara satu sama yang lain. Kita seharusnya yakin dan bangga untuk
Saiz sembeenngagrunakan bahasa kebangsaan walau di mana-mana kita berada.

Nota Bimbing murid menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa dengan intonasi 9.4.2
K9.4.7
158 Guru yang betul.

IMBAS
KEMBALI

Kedudukan Bahasa Kebangsaan

★ Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
★ Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
★ Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh menggunakan bahasa
lain dalam komunikasi harian mereka.

Peranan Bahasa Kebangsaan

★ Asas pembinaan negara. ★ Bahasa perhubungan.
★ Lambang jati diri. ★ Bahasa ekonomi.
★ Bahasa pentadbiran. ★ Bahasa persuratan.
★ Bahasa undang-undang. ★ Bahasa pendidikan.

Institusi dan Usaha Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

★ Sistem pendidikan.
★ Dewan Bahasa dan Pustaka.
★ Universiti Kebangsaan Malaysia.
★ Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
★ Bulan Bahasa Kebangsaan.
★ Dekad Bahasa Kebangsaan.

Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan

★ Penggunaan bahasa rojak.
★ Dalam bidang pendidikan.
★ Sikap penutur.
★ Latar belakang keluarga.
★ Bidang teknologi maklumat.
★ Komunikasi harian.

Unit ini telah memberikan pemahaman tentang kedudukan, peranan,

cabaran dan institusi yang mempertahankan bahasa kebangsaan negara

kita. Murid akan mempelajari dan memahami bunga kebangsaanSdaaizlasmebenar
unit seterusnya.

159

FIKIR DAN JAWAB

A. Nyatakan peranan bahasa kebangsaan untuk membangunkan negara.

Peranan
Bahasa
Kebangsaan

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah meletakkan bahasa
Melayu sebagai ______________________.
2 Bahasa kebangsaan mesti digunakan dalam urusan _____________
seperti mesyuarat atau taklimat.
3 Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ____________________
menggunakan bahasa lain.
4 Bulan Bahasa Kebangsaan disambut pada bulan _____________
pada setiap tahun.
5 Lagu Bahasa Jiwa Bangsa menyeru rakyat Malaysia agar menggunakan
bahasa _____________________ dalam kehidupan.
Saiz sebenar

Nota • Banyakkan halaman ini.

160 Guru • Bimbing murid menjawab soalan dengan betul.

CINTA AKAN NEGARA

Masyarakat yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul
dapat menjadikan bahasa kebangsaan sebagai identiti negara
yang dibanggakan.

Universiti Hankuk, Korea Selatan Universiti Ohio, Amerika Syarikat

Universiti Victoria, Wellington, New Zealand Universiti Pengajian Asing, Beijing, China

Antara universiti di luar negara yang menawarkan pengajian bahasa Melayu.

(Sumber: Koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka)

Diri Masyarakat

Menguasai dan menjiwai Semangat cinta akan negara dapat
bahasa kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang saling
menanam jati diri dan cinta
menghormati dan bersatu padu.
akan negara.

Negara

Masyarakat
yang bersatu
padu dapat
mewujudkan
negara yang

dihormduantiiaSse.aliuzrushebenar

161

Tajuk 9: Identiti Negara Kita

12UNIT BUNGA RAYA
BUNGA KEBANGSAAN

Sinopsis

Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara kita. Unit ini
membincangkan latar belakang pemilihan bunga raya sebagai bunga
kebangsaan, nama dan makna warna merah bunga raya serta
perlambangan kelopak bunga kebangsaan dengan prinsip Rukun Negara.

Nilai Teras Sivik

Saiz sebenarKegembiraan

162

AK Apakah yang akan anda pelajari?

1. Latar belakang pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
2. Nama dan makna warna merah bunga raya.
3. Perlambangan bunga raya dengan prinsip Rukun Negara.
PS

Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

1. Memahami kronologi pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
2. Membuat interpretasi tentang nama dan makna warna merah pada

bunga raya.
3. Membuat perkaitan antara bilangan kelopak bunga raya dengan

prinsip Rukun Negara.

Saiz sebenar

163

Istimewanya Bunga Raya

Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Bunga raya dipilih
kerana keunikannya yang tidak terdapat pada bunga-bunga yang lain.

Bunga kenanga Bunga melur

Bunga tanjung Bunga raya Bunga cempaka

Bunga mawar Bunga teratai

Pada tahun 1958, Kementerian Tujuh jenis bunga dicadangkan
Pertanian meminta cadangan untuk dipilih sebagai bunga
nama bunga sebagai bunga
kebangsaan daripada semua kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu. Antaranya termasuklah
kerajaan negeri. bunga raya, bunga kenanga,
bunga melur, bunga cempaka,

bunga teratai, bunga mawar
dan bunga tanjung.

AKTIVITI PAK-21 Jika diberi pilihan, apakah
Jaring Kata Kumpulan (Team Word-Web) bunga pilihan anda sebagai
bunga kebangsaan? Berikan
1. Bentuk empat kumpulan. alasan.
2. Ketua kumpulan menulis topik “Kepentingan

Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan”.
3. Setiap ahli kumpulan menulis idea mengikut

Saiz sebewnaarrna pen yang berbeza. Bentangkannya.

Nota Bimbing murid memahami latar belakang pemilihan bunga raya sebagai

164 Guru bunga kebangsaan.

Selepas pertimbangan yang teliti, Bunga raya merah dipilih kerana:
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
• Warna dan bentuknya yang
Perdana Menteri pertama, menyerlah.
memilih bunga raya merah.
Bunga raya merah diisytiharkan • Nama yang seragam di seluruh
sebagai bunga kebangsaan negara.

pada 28 Julai 1960. • Mudah didapati di seluruh negara.

• Berbunga sepanjang tahun.

• Belum menjadi bunga kebangsaan

untuk negara lain pada ketika itu.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, 2019. Malaysia Focus, 62 Years Hari Merdeka, The Story of Malaysia
Independence, Volume 2/2019. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia)

Bunga raya sebagai bunga kebangsaan sangat sesuai dijadikan sebagai
identiti negara. Selepas penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia
pada tahun 1963, bunga raya dikekalkan sebagai bunga kebangsaan.

Cepat Jawab TAHUKAH ANDA?

Bilakah bunga raya • Nama saintifik bunga raya ialah
diisytiharkan sebagai Hibiscus rosa-sinensis.
bunga kebangsaan?
• Di Malaysia sahaja, terdapat
9.5.1
K9.5.4 hampir 300 spesies Hibiscus. Saiz sebenar

165

Bunga Raya Merah Membara

Bunga raya merah dipilih sebagai bunga
kebangsaan kerana warnanya. Warna merah
melambangkan semangat waja, warganegara
cemerlang dan keberanian.

Bunga Raya Merah Bermakna Semangat waja

Bunga raya bunga kebangsaan, (Sumber: Persekutuan Bola Keranjang
Rona merah jadi pilihan, Kerusi Roda Malaysia)
Penuh simbolik teras kehidupan,
Jadi panduan untuk kejayaan. Warganegara cemerlang

Merah bererti semangat waja, (Sumber: Tvetmara)
Tersemat di jiwa rakyat jelata,
Warganegara cemerlang juga maksudnya,
Mendukung segala aspirasi negara.

Merah membara lambang keberanian,
Berjiwa kental hadapi cabaran,
Rakyat maju tanpa halangan,
Makmur negara satu haluan.

Warna merah melambangkan nilai yang
harus ada pada setiap rakyat demi menaikkan
nama negara di persada dunia.

Nyatakan kepentingan Glosari Keberanian
warna merah pada
diri anda. Simbolik: Lambang (Sumber: Borneo Post, 13 Oktober 2012)
Rona: Warna

AKTIVITI PAK-21 Cepat Jawab
Pembelajaran Berlirik (Lyric Lesson)
Senaraikan tiga maksud warna
Secara berpasangan, alunkan syair di atas merah pada bunga raya.

Saiz sedbenegnaanr intonasi yang betul. 9.5.2

Nota Bimbing murid mengalunkan syair di atas.

166 Guru

AKTIVITI Permainan Damak
Bermagnet Bunga Raya

Cara Bermain:

1. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Misteri
2. Pemain pertama akan melontarkan

damak pada papan damak.
3. Pemain akan mengambil kad soalan

berdasarkan warna petak tersebut
dan menjawab soalan.
4. Sekiranya damak melekat pada petak
“Misteri”, pemain akan mengambil
soalan daripada guru.
5. Sekiranya pemain memberikan jawapan
yang betul, markah akan diberikan.
6. Jika jawapan salah, soalan tersebut akan
dibuka kepada ahli kumpulan yang lain
untuk menjawabnya.
7. Separuh markah akan diberikan kepada
kumpulan yang berjaya menjawab
soalan tersebut.
8. Kumpulan yang mendapat markah
tertinggi ialah pemenang.

Contoh kad soalan Contoh kad misteri
buSniabgpuaanrgkaaayhakyemabeanrgnagmhsaseeambnia?lighai Nyatakan tiga maksud

warna merah pada
bunga raya.

Nota • Sediakan soalan bagi kad soalan dan kad misteri. Saiz sebenar
Guru • Sediakan papan damak dan damak bermagnet.
167

Bunga Raya dan Rukun Negara

Lima kelopak bunga raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan bagi membentuk semangat
perpaduan rakyat Malaysia.

1

Kepercayaan
kepada Tuhan

5

Kesopanan
dan

Kesusilaan

AKTIVITI PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)

1. Secara individu, cari maklumat kepentingan bunga raya sebagai lambang perpaduan.
2. Kemudian, secara berpasangan, bincangkan dapatan maklumat tersebut.

Saiz se3.beAnhlai rkumpulan akan berkongsi jawapan melalui pembentangan MS PowerPoint.

168

2

Kesetiaan
kepada Raja
dan Negara

3

Keluhuran
Perlembagaan

4 Rukun Negara menyatupadukan semua
rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Kedaulatan Setiap kelopak bunga raya mengingatkan
Undang-undang kita untuk mendukung prinsip-prinsip Rukun
Negara pada setiap masa.

Glosari

Ideologi: Pegangan
atau fahaman.

Cepat Jawab
Nyatakan prinsip Rukun NegSaariaz.sebenar

9.5.3 Nota Bimbing murid memahami perkaitan antara lima kelopak bunga raya dengan 169
K9.5.5 Guru lima prinsip Rukun Negara.

Megahnya Lambang Bunga Raya

Sebagai identiti negara, bunga raya digunakan secara meluas dalam
urusan rasmi dan tidak rasmi. Nama dan gambar bunga raya dijadikan
sebagai simbol, logo dan hiasan dalam kehidupan.

Kegunaan Simbol Bunga Raya
dalam Kehidupan Rakyat Malaysia

Jata Negeri Sarawak

Muskat Yang di-Pertuan Agong

CONTOH

Wang kertas dan syiling Sukan

AKTIVITI PAK-21 Peta Pemikiran (Thinking Map)

1. Melalui pelbagai sumber, dapatkan contoh-contoh penggunaan simbol bunga raya

dalam kehidupan harian.

Saiz se2.beBneanrtangkannya dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai.

170

Setem

Tahun Melawat Malaysia

Nama jalan

Logo sekolah

Penggunaan simbol bunga raya mengingatkan kita tentang Rukun
Negara. Sebagai warganegara kita haruslah menggunakan simbol bunga
raya dengan bertanggungjawab.

Cepat Jawab

Apakah kegunaan simbol bunga raya
dalam kehidupan rakyat Malaysia?

9.5.3 Nota Bimbing murid memahami penggunaan bunga raya dalam urusan Saiz sebenar
K9.5.6 Guru rasmi negara.
171

jom buat Pemberat Kertas Bunga Raya

Alatan dan Bahan

Batu berbentuk leper
Krayon
Cat air
Berus
Pengilat kuku (jernih)

1 Lukiskan bentuk bunga raya
dengan menggunakan
krayon pada batu leper.

Warnakan bunga raya

2 dengan cat air secara
kreatif. Keringkan.

3 Sapukannya dengan pengilat
kuku. Keringkan semula.

4 Pemberat kertas yang
telah siap.

Saiz sebenar

Nota • Bimbing murid untuk membuat pemberat kertas dengan menunjukkan

172 Guru beberapa contoh lain.

• Hasil tugasan boleh dijual pada Hari Kantin atau Hari Keusahawanan.

IMBAS Bunga Raya
KEMBALI Merah Membara

Istimewanya Bunga Raya Warna merah pada bunga
raya membawa maksud:
Bunga raya merah dipilih kerana:
• Warganegara cemerlang.
• Warna dan bentuknya yang • Keberanian.
menyerlah. • Semangat waja.

• Nama yang seragam di seluruh
negara.

• Mudah didapati di seluruh negara.
• Berbunga sepanjang tahun.
• Belum menjadi bunga

kebangsaan untuk negara lain
pada ketika itu.

Megahnya Lambang
Bunga Raya

Sebagai identiti negara, nama
dan gambar bunga raya
digunakan dalam urusan
rasmi dan tidak rasmi.

Bunga Raya dan Rukun Negara
Lima kelopak bunga raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara:

• Kepercayaan kepada Tuhan.
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
• Keluhuran Perlembagaan.
• Kedaulatan Undang-undang.
• Kesopanan dan Kesusilaan.

Unit ini memberikan pemahaman tentang bunga raya sebagai satu
daripada identiti negara tercinta. Pengetahuan ini dapat menanamkan
rasa hormat dan cinta akan negara dalam diri rakyat Malaysia. Saiz sebenar

173

FIKIR DAN JAWAB 5

Jawab semua soalan. E
A Lengkapkan silang kata di bawah.
6
2
U
3L

19 A 4

E G
7A
10
8K

Menegak Melintang

1 Bunga raya ialah simbol 7 Bunga ________ ialah bunga
_________ rakyat Malaysia. kebangsaan Malaysia.

2 Bunga raya mempunyai nama 8 Bunga raya melambangkan lima
yang __________. prinsip ________ Negara.

3 Gambar bunga raya digunakan 9 __________ Malaysia harus
sebagai ________. menghormati bunga kebangsaan.

4 Rakyat Malaysia harus memiliki 10 Jumlah bunga yang dicadangkan
________ waja. sebagai bunga kebangsaan.

5 Warna _______ melambangkan
keberanian.

6 Bunga kebangsaan diisytiharkan
pada bulan ________ 1960.

Saiz sebenar

Nota • Minta murid menjawab soalan.

174 Guru • Banyakkan halaman ini.

B Susun peristiwa pengisytiharan bunga raya sebagai Susunan
bunga kebangsaan mengikut kronologi yang betul.

Peristiwa

Pada 28 Julai 1960, bunga raya diisytiharkan sebagai
bunga kebangsaan.

Pada tahun 1958, Kementerian Pertanian meminta
kerajaan negeri untuk mencadangkan nama bunga
sebagai bunga kebangsaan.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memilih bunga
raya merah.

Tujuh jenis bunga dicadangkan untuk dipilih sebagai
bunga kebangsaan.

C Tulis lima prinsip Rukun Negara dengan betul.

Nota Banyakkan halaman ini. Saiz sebenar
Guru
175

CINTA AKAN NEGARA

Kita harus berbangga kerana bunga raya dijadikan sebagai identiti negara.
Bunga raya ialah lambang perpaduan kaum. Keamanan dan keharmonian
negara terjamin apabila masyarakat Malaysia bersatu padu.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia) Masyarakat
Kemajuan dalam kalangan
Diri masyarakat dapat dicapai
Warna merah pada bunga raya
melambangkan semangat waja dengan mengamalkan
semangat waja.
yang dapat memupuk rasa
bangga terhadap negara.

Saiz sebenar Negara
Sikap toleransi dalam masyarakat
176
mewujudkan keamanan dan
kemakmuran negara.

SENARAI RUJUKAN

A. Samad Ahmad (peny.), 1996. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Manaf Haji Ahmad, 2009. Kontrak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Bari, 2006. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Ariffin (ed.), 2016. Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan

Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah, 2016. Gerakan Penjajahan dan Anti Penjajahan Tanah Melayu,

1511–1957. Kuala Lumpur: Karya Bestari.

Abdullah Zakaria Ghazali, 1996. Terengganu Tokoh Pentadbiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur:

Persatuan Muzium Malaysia.

Abdullah Zakaria Ghazali, 1997. Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak. Ipoh:

Yayasan Perak.

Abdullah Zakaria Ghazali, 1997. Penghulu Dol Said dalam Melaka dan Sejarahnya. Melaka:

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka.

Andaya, B.W. dan Leonard, Y.A., 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers.

Arkib Negara Malaysia, 2013. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Arkib Negara Malaysia, 2013. Citra Merdeka 1957–2007. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Arkib Negara Malaysia, 2017. Persekutuan Tanah Melayu 1948: Asas Negara Merdeka. Kuala

Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Asmah Haji Omar, 2007. “Taksonomi Pertemuan Bahasa: Di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?”.

Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 18–19 Julai 2007.

Asmah Haji Omar, 2015. Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan Bahasa

Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2015. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2015. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.

Buyong Adil, 1974. Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil, 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil, 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dayu Sansalu, 2017. DSP Ontoros @ Antenom: Pahlawan Terbilang Bangsa Murut. Kota Kinabalu:

Pusaka.

Emerson, R., 1982. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gopinath, A., 1993. Sejarah Politik Pahang 1880–1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Hashim Musa, 2005. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hassan Ahmad (ed.), 2003. Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Kuala Lumpur:
Saiz sebenar
Yayasan Karyawan.

177

Hassan Ahmad. “Lidah Terputus, Bahasa dan Bangsa Pupus” dlm. Dewan Bahasa, Jilid 9. Bil. 4,
April 2009.

Ishak Saat, 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945–1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia

Ismail Hussein, 1984. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Penerangan Malaysia, 2017. Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman. Kuala
Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Jabatan Penerangan Malaysia, 2019. Malaysia Focus, 62 Years Hari Merdeka, The Story of Malaysia
Independence, Volume 2/2019. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Jabatan Penerangan Malaysia, 2019. Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. Kuala Lumpur: Jabatan
Penerangan Malaysia.

Khairil Annas Jusoh, 2014. Dustur Wa Salatin: Perlembagaan dan Para Sultan. Shah Alam:
Yayasan Penyelidikan Transformasi.

Mohd Rosmizi Abd Rahman et al., 2011. Agama-agama di Dunia. Nilai: Universiti Sains Islam
Malaysia.

Muhammad Yusoff Hashim, 2008. Tun Perak dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan
Bangsa. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

Muhammad Yusoff Hashim, 1980. “Islam dalam Sejarah Perundangan Melaka di Abad ke-15/16”,
dlm. Khoo Kay Kim (ed.) Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Persatuan Sejarah
Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmud, 1999. Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka?. Bangi: Jabatan Sejarah
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. “Sejarah Tulisan Jawi melalui Kajian Arkeologi di Alam
Melayu” dlm. Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 22, 2009.

Nik Safiah Karim, 2004. Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, 2011. Perancangan Bahasa: Ideologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Adam, 1994. Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Ramlah Adam, 1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Adam, 2003. Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan

Patriotisme Malaysia.
Sayyidah Nur Najwa, 2014. Bunga Raya, Bunga Kebangsaan, Siri Keunikan Bunga-bungaan.

Kuala Lumpur: Penerbitan D.E.
Sulaiman Zakaria, 1993. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka

Mutiara.
Syed Idrus Syed Ahmad Syed dan R. Santhiram, 1990. Perkembangan Pendidikan di Sarawak.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Yao Sua, 2010. Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan

Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Wan Norhasniah Wan Husin, 2012. Peradaban dan Perkauman, Hubungan Etnik Melayu–Cina.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Saiz sebenar Senarai kod gambar Arkib Negara Malaysia

dan maklumat lain dari semasa ke semasa.

178


Click to View FlipBook Version