The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidatulatulyus123, 2021-06-02 09:55:12

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM

ISLAM

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

Nama Ahli Kumpulan :

1. Mohammad Nur Azrul Bin Ali (20DEE18F2025)

• Syariah dalam bahasa arab bermaksud aliran (mazhab) dan jalan lurus. Perkataan

syara” memberi makna mencipta, menjelas dan menerangkan. Firman Allah SWT
dalam surah al-jathiyah:Syariah dari segi bahasa ialah kata nama terbitan daripada
kata kerja syarak yang bermaksud menetapkan atau menerangkan jalan. Kalimah
syariah pula membawa maksud jalan yang terang. Syariah dari segi istilah pula
merujuk kalimah Arab yang menjelaskan tentang segala hukum yang disyariatkan
oleh Allah SWT kepada hamba-Nya seperti hukum yang berkaitan dengan akidah,
ibadah, akhlak, muamalat, munakahat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai
aspek yang lain demi mencapai kebahagian dunia dan akhirat.Segala hukum ini
dipanggil syariah kerana menjadi satu sumber yang lurus dan sistemnya tidak
menyimpang daripada matlamat. Syariah umpama sumber air kerana sentiasa
diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Manusia akan mati tanpa air dan
manusia akan sesat tanpa syariat.

• Kewujudan syariat bukan bertujuan menyusahkan tetapi syariat perlu dipatuhi

bagi mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.Pembinaan syariah ini
bermula pada zaman Rasulullah SAW lagi. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda
berpegang kepada dua sumber, iaitu al-Quran dan hadis. Prinsip-prinsip umum
Islam pula dilaksanakan dan hukum-hukum diwujudkan supaya dapat mengambil
hukum secara kesuluruhan untuk sepanjang zaman. Ringkasnya, kaedah-kaedah
syariat ini sudahpun dimantapkan dan dasar-dasarnya pula telah ditegakkan dan
disempurnakan pada zaman Rasulullah SAW (mohd. Salleh, 1999).

• Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus.

Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT
kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.

• Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta

dan disusun oleh Allah SWT. Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan

muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia.

• Kedua, Wasatiah iaitu kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala

hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan

atau berkurangan.

• Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya

mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di akhirat.

• Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang

memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.

• Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut syariat terlihat dalam

aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan umat.

• Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai

khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan

dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat.

1. Rabbaniah (Ketuhanan)

• Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Alam yang

terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan
mematuhi peraturan Allah SWT. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Kita sebagai
khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya. Setiap kajian dan ciptaan
hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-
Nya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem
Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.

• Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran

dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala
kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik.

• Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah. Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam

berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya berlandaskan kepentingan
material.Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah
secocok dengan keperluan manusia.Rabbaniah boleh difahami dalam dua konteks
kefahaman

• Kefahaman yang pertama tentang prinsip rabbaniah dalam sistem ekonomi Islam adalah

keyakinan bahawa sistem ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul dan terbaik
kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad.

• Sebagai contoh, tidak semua umat Islam faham apakah hikmah di sebalik pengharaman

riba. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar ini. Riba seolah-olah menjadi
kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak mengapa bak kata peribahasa Melayu alah
bisa tegal biasa.

• Namun, bagi orang yang beriman kepada Allah SWT apabila Al-Quran dan hadis dengan

jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan berlengah-lengah meninggalkan riba dan
saki-bakinya tanpa sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.

2. Wasatiah (Kesederhanaan)

• Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnyaadalah bersifat

sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atauberkurangan. Boleh berlaku perubahan
dan penyesuaian tertentu padapelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu.

• Contohnya solat fardhuhendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk

bagiyang sakit.

• Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara.Mengambil tindakan antara

dua kecenderungan. Contohnya antara kaya danmiskin. Maka mengambil pendirian sederhana
dalam mencari harta lebihdiutamakan. Apabila kita merujuk kepada Al-Quran, kita akan dapati
Al-Quranmenyifatkan umat Islam sebagai umat yang sederhana atau mempunyai
konseppertengahan dalam segala aspek kehidupan mereka.

• Ini dapat dilihat dalamFirman Allah SWT. yang bermaksud : “demikianlah pula kami telah

jadikankamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadapmanusia……”
(Surah al-Baqarah: 143)

• Ciri-ciri kesederhanaan syariah Islam adalah seperti berikut:
• Keseimbangan antara Nas Syarie dan realiti kehidupan.Nas-nas yang datang dari Al-Quran dan hadis

yang sahih merupakan hukum yang pasti. Hukumnya adalah pasti dalam soal yang diperkatakan oleh
nas tersebut. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang
sahih tidak datang dalam bentuk pasti melainkan dalam soal-soal ibadah tauhid sahaja.

• Manakala aspek lain seperti sosial, pemerintahan, perniagaan dan hubungan antara manusia datang

dalam bentuk zanni. Natijahnya bahawa Islam dalam perundangan mengambil kira soal hubungan
kehidupan manusia yang berubah-ubah dengan tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi antara
nas dan realiti kehidupan.

• Perbezaan antara ideal dan realiti.Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka

sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Islam juga menggalakkan umatnya melakukan perkara-
perkara yang membawa mereka ke suatu tahap yang paling ideal, contohnya amalan sunat. Amalan
tersebut bukanlah suatu yang diwajibkan oleh Islam tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang
mencari keredhaan tuhannya.

• Kesemua hukum taklif yang diwajibkan oleh Islam terhadap umatnya adalah dalam lingkungan

kemampuan dan upaya manusia. Sebagai contoh dalam pemilikan harta, Islam mengiktiraf pemilikan
harta individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri manusia.Keseimbangan antara kehendak
individu dan masyarakat.

• Dalam persoalan hubungan kekeluargaan, segala hukum tanggungjawab yang dikenakan

ke atas semua ahli keluarga adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah

keluarga yang harmonis.Keseimbangan antara matlamat dan caraKesederhanaan

hubungan antara matlamat dan cara hanya terdapat dalam perundangan Islam sahaja.

• Perundangan Islam mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk menggabungkan

antara cara dan matlamat dengan pendekatannya yang tersendiri iaitu melalui kaedah

“Sadul zaraie”. Pendekatan ini tidak terdapat dalam mana-mana perundangan sivil yang

menilai matlamat suatu hukum itu terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam

pula melihat kepada pendekatan “cara berpandukan matlamat”

3. Tawazun (Keseimbangan)

• Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua

aspek kehidupan manusia, iaitu individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebedaan
daan kerohanian serta dunia dan akhirat.

• Sikap tawazun sangat diperlukan oleh kita sebagai orang Islam, tujuannya adalah agar kita

tidak melakukan sesuatu hal yang berlebihan dalam hal-hal yang lain atau malah
melupakannya, padahal hal yang dimaksudkan itu mempunyai hak yang harus ditunaikan
pada diri kita. Walaupun dimaksudkan sebagai suatu keseimbangan atau adil, hal itu bukan
bererti harus meletakkan kedudukan ditengah-tengah kerana realitinya suatu pertengahan
belum tentu menunjukkan suatu keseimbangan kerana bergantung bebanannya.

• Hal ini mungkin lebih mudah difahami oleh seorang seni bina atau seorang jurutera teknik

atau contohnya dapat diambil sebagai berikut, seorang ibu mempunyai dua orang anak,
anak pertama sedang belajar di universiti, manakala yang lagi seorang masih belajar di
sekolah menengah, sudah semestinya ibu tersebut tidak akan memberikan wang saku
dengan jumlah yang sama kepada anak-anaknya, jika ibu tersebut berpegang pada prinsip
keadilan tentu ia akan memberikan wang dengan dengan jumlah yang lebih kepada
anaknya yang tua kerana anak ini memerlukan keperluan yang lebih berbanding anaknya
yang masih berada di peringkat sekolah menengah.

• Keseimbangan yang dimaksudkan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan menurut islam

ialah setiap kemajuan saintis, teknokrat dan jurutera perlulah seimbang dalam usaha
menyediakan keperluan manusia dan masyarakat hari ini agar ianya menjadi bekalan di
akhirat nanti serta tidak disalahgunakan sesuai dengan prinsip syariat itu sendiri.

4. Mizan (Kesetaraan)

• Mizan yang bermaksud kesetaraan dalam syariat dapat dilihat dalam hukum-

hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kesetaraan
dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah
meraihkan keperluan dunia dan akhirat.

• Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan

hendaklah perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama
penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah
mengambil kira item-item yang digunakan itu benar menurut sukatan atau had
yang ditentukan oleh syariat.

5. THABAT DAN MURUNAH (Tetap dan Anjal)

• Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran islam, ada perkara yang

telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya. Antara
perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah
yang dinyatakan secara qa’I (pasti) dalam al-Quran dan sunah.

• Konsep al-thabat dalam aspek syariah dapat dilihat dari segihukum-hakam yang tidak berubah

seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan hadis. Begitu juga beberapa
prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang tidak tentu),
kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-lain. Selain itu, hukum jenayah yang
diwajibkan dalam al-Quran dan hadis seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah
pelaksaannya.

• Begitu juga hukum haram bagi perkara-perkara yang dijelaskan di dalam al-Quran dan hadis

seperti pengharaman khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini ditentukan
secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Perkara-perkara seperti inilah yang
termasuk dalam konsep al-thabat.


Click to View FlipBook Version