KATA NAMA AM & KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM: Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.
Kata nama am PULA BOLEH dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang
Kata nama am hidup manusia: Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.
Contoh Kata nama am hidup manusia: Guru Bayi Jutawan
Kata nama am hidup bukan manusia: Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am
Contoh Kata nama am hidup bukan manusia: Gajah POKOK BiDADARI
Kata nama am tak hidup institusi Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian
Contoh Kata nama am tak hidup institusi:
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit: Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari.
Contoh Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit:
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: ata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan.
Contoh Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang:
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tAK berbilang: Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.
Contoh Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tAK berbilang: KECANTIKAN KEADILAN KEPUASAN