The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Zero Reject Policy (Dasar Sifat Penolakan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SHAMIMI BINTI ZAID IPG-Pelajar, 2024-02-04 20:54:13

Zero Reject Policy (Dasar Sifat Penolakan)

Zero Reject Policy (Dasar Sifat Penolakan)

Zero Reject Policy (Dasar Sifar Penolakan) Shamimi


Sebuah inisiatif dalam memberikan peluang yang adil dan saksama dalam pendidikan khususnya untuk golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Selari dengan ratafikasi PBB tentang hak OKU untuk mendapatkan hak asasi, tidak didiskriminasi, hak sama rata dan mendapat akses kepada keadilan. Kanak-kanak tanpa mengira jenis kecacatan adalah berhad mendapatkan pendidikan antara umur 6 sehingga 17 tahun. Setiap agensi pendidikan seperti sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari, mengenal pasti dan menilai semua kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan atau disyaki mempunyai ketidakupayaan bermula dari lahir sehingga umur 21 tahun


Kesaksamaan Peluang: Prinsip ini menegaskan bahawa semua individu, termasuk individu yang mempunyai keperluan pendidikan khas, berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan yang berkualiti tanpa sebarang penolakan 6 PRINSIP UTAMA ZRP Kehadiran Sepenuh Masa: Semua individu berhak mendapat kehadiran sepenuh masa dalam persekitaran pendidikan yang sesuai dengan keperluan mereka. Ini termasuk memastikan bahawa mereka tidak ditolak daripada menghadiri sekolah atau program pendidikan lainnya. Pengiktirafan Kepelbagaian: Prinsip ini menekankan pengiktirafan terhadap kepelbagaian individu dan keperluan mereka. Ia merangkumi mengambil kira keperluan pendidikan khas dan menyediakan sokongan yang sesuai untuk memastikan setiap individu mencapai potensi mereka. Pendekatan Holistik: Dasar ini menggalakkan pendekatan holistik dalam pendidikan, yang memperhatikan aspek fizikal, emosi, sosial, dan akademik setiap individu. Ini melibatkan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk keluarga, komuniti, dan profesional kesihatan. Penerimaan Tanpa Diskriminasi: Prinsip ini menolak diskriminasi dalam semua bentuk, termasuk diskriminasi berdasarkan keupayaan, ketidakupayaan, atau latar belakang sosioekonomi. Semua individu perlu diterima tanpa mengira faktor-faktor tersebut. Penyediaan Sokongan Berterusan: Dasar ini mengiktiraf bahawa keperluan pendidikan individu boleh berubah dari masa ke masa. Oleh itu, ia menekankan pentingnya penyediaan sokongan berterusan dan fleksibel bagi memastikan setiap individu terus berjaya dalam persekitaran pendidikan.


Pelaksanakan Dasar Sifar Penolakan (ZRP) oleh KPM Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pembangunan profesionalisme guru secara berterusan mengikut keperluan sekolah sama ada melalui pendekatan bersemuka, dalam talian (online), dengan izin, ataupun blended learning dengan izin. Ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran guru meliputi peningkatan ilmu, kemahiran alam bidang Pdp, kepimpinan dan pentadbiran serta kepakaran dalam bidang pendidikan khas.


LANGKAH KPM MELALUI IPGM 01. 02. 03. MEMASUKKAN SEMUA ELEMEN PENDIDIKAN KHAS DALAM SEMUA KURSUS PENDIDIKAN PISMP, PDPP KURSUS PENDIDIKAN INKLUSIF TELAH DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH KURSUS WAJIB MELATIH GURU PRA PERKHIDMATAN DALAM BIDANG PK MASALAH PEMBELAJARAN, PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN


Thank you very much!


Click to View FlipBook Version