Sang Singa
dan
Sang Tikus
Ada seekor Singa dan Tikus
tinggal di dalam hutan. Pada
suatu petang, Singa sedang tidur
di sarangnya. Tikus berlari di
kakinya dan
membangunkannya.
1
Singa sangat marah dan kata
“Berani kamu, aku makan kamu!”
Tikus sangat takut. “Tolong
jangan bunuh aku. Jika kamu
menyelamatkan aku, mungkin
suatu hari aku dapat bantu
anda.” kata si Tikus.
2
“Hahaha.” Singa ketawa, tetapi
ia mengangkat kaki dan Tikus
melarikan diri. Sang Singa
tersenyum dan tertidur semula.
3
Beberapa hari kemudian, tikus
berjalan-jalan di dalam hutan
mencari makanan. Tiba-tiba, dia
terdengar suara”Aum tolong!
Tolong!” Dia nampak Singa
terperangkap di dalam jaring
perangkap.
4
Tikus terus menggigit jaring itu
sampai putus. “Terima kasih tikus,
kerana menyelamatkan saya.”
kata Singa.
“Sama-sama”kata si Tikus dengan
gembira.
5
Aktiviti
Lengkapkan tempat kosong dengan perkataan
yang betul. Kemudian, tulis semula perkataan.
rang ti si sa
nga pe kap
rang kus