The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GPMK1012 TEKS TEMU RAMAH_TUGASAN 2_PERSEMBAHAN_

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnanabilaal, 2021-11-14 22:05:58

GPMK1012 TEKS TEMU RAMAH_TUGASAN 2_PERSEMBAHAN_

GPMK1012 TEKS TEMU RAMAH_TUGASAN 2_PERSEMBAHAN_

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM PEREDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 1 TAHUN 1

TUGASAN 2 :
PERSEMBAHAN

Nama Pelajar : 1. ZURIN ALIA IZUWANI BINTI ZAMRI
2. NUR NABILA AL- HUSNA BINTI MUHAMAD
Angka Giliran TAUFFID

No. Kad Pengenalan : 1. 2021311310123
2. 2021311310113
Kumpulan /Unit
Kod Kursus : 1. 031017-02-0342
Nama Kursus 2. 030324-02-0380
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar : PPISMP PI1061
: GPMK1012
: PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
: ENCIK SAWAL BIN ACHONG
: 15 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan

dimaklumkan tentang kerja kursus

oleh pensyarah.

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

1

Moderator : Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera saya ucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian.
Panel : Saya, Zurin Alia Izuwani binti Zamri, moderator anda pada sesi
Moderator : temu ramah pada kali ini. Seperti yang kita semua tahu,
sekarang kita berada dalam bulan bahasa. Dan bersempena
dengan itu, negara kita mengadakan sambutan Gerakan
Dekad Bahasa Kebangsaan. Tema program kita pada kali ini
ialah “Bahasa Melayu dalam Era Digital”. Sehubungan dengan
dengan itu, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini,
bersama-sama dengan saya hari ini seorang tetamu kehormat
iaitu Puan Nur Nabila Al-Husna Binti Muhamad Tauffid. Beliau
sekarang sedang berkhidmat di Jabatan Pengembangan
Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima
kasih puan kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan
Majlis Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan. Apa
khabar puan?

Alhamdulillah , bagaimana cerah cuaca hari ini , begitu juga
dengan kesihatan saya. Saudari zurin bagaimana? Adakah
sihat? Sebelum saya terlupa, saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana sudi menjemput saya dalam sesi temu ramah
untuk majlis yang begitu meriah ini. Saya tidak sabar untuk
mendengar serta berkongsi pengetahuan saya bersama anda
semua.

Alhamdulillah, saya sihat puan. Baiklah berbalik kepada tujuan
utama kita menjemput puan husna pada hari ini ialah untuk
menemu ramah puan dan ingin mendengar perkongsian
daripada puan mengenai isu-isu yang hangat diperkatakan
tentang bahasa melayu seiring dengan tema kita iaitu “Bahasa
Melayu dalam Era Digital”. Untuk pengetahuan semua, Sejarah
penubuhan DBP bermula sewaktu negara sedang membuat
persiapan untuk menyambut kemerdekaan yang pertama.

2

Panel : Dalam Perlembagaan yang dirangkakan, telah termeterai
bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.Sebuah
jabatan telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran (kini
Kementerian Pendidikan) dengan nama Balai Pustaka,
berpejabat di Johor Bahru. Jabatan ini bertujuan untuk
menjamin supaya Bahasa Melayu akan mencapai taraf
kemajuan dan perkembangan yang sesuai degan kemajuan
politik, ilmu pengetahuan dan kemasyarakatan untuk
menggantikan Bahasa Inggeris. Dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu ke-3 (1956), nama Balai Pustaka
ditukarkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Profesor
Diraja Ungku Abdul Aziz (1956-1957) sebagai pengarah
pertama di samping dua orang pegawai daripada Jabatan
Karang-mengarang Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1957,
DBP berpindah ke Kuala Lumpur di sebuah bangunan bekas
wad hospital di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih).
Seterusnya, pada tahun 1962, DBP berpindah ke bangunan
baru di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. Pada
tahun 1959, DBP berubah taraf daripaa jabatan kerajaan
kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi kepada
badan ini membolehkannya menggubal dasar tentang
pelaksanaan matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut.
Sebelum kita pergi lebih jauh , bolehkah puan menceritakan
sedikit berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih saudari Zurin , saya pasti hadirin sekalian tidak
asing lagi apabila mendengar tentang Dewan Bahasa dan
Pustaka. Pada era 1950-an, usaha untuk mendaulatkan
bahasa Melayu telah menarik perhatian pihak kerajaan untuk
memperkasakannya secara lebih tersusun hasil daripada
perjuangan angkatan sasterawan dan peminat-peminat bahasa
serta kesusasteraan Melayu. Maka , lahirlah Dewan Bahasa

3

Moderator : dan Pustaka pada 22 Jun 1956 sebagai satu agensi kerajaan
yang bertanggungjawab untuk memenuhi tuntutan tersebut.
Antara objektif Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk
memperkayakan bahasa kebangsaan, memajukan bakat
kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan, mencetak
atau menerbitkan buku. Tidak dinafikan bahawa bahasa
Melayu diperakui sebagai bahasa bersifat kebangsaan
berasaskan kepada gerak sejarah yang telah dilaluinya.
Dengan ini, bahasa Melayu dikodifikasikan dalam
Perlembagaan Malaysia (Perkara 152) sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Visi Dewan Bahasa
dan Pustaka ialah "Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama
Dunia", manakala misinya pula ialah "Meningkatkan
Penggunaan Bahasa Melayu. Wawasan Dewan Bahasa dan
Pustaka pula ialah "Menjadi Peneraju Utama Pengembangan
Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara
Bangsa". Tidak lupa juga moto Dewan Bahasa dan Pustaka
iaitu "BAHASA JIWA BANGSA". Berdasarkan visi, misi dan itu
tadi, sudah jelas tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan
menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama.

Hadirin sekalian, Secara tidak sedar Dewan Bahasa dan
Pustaka telah berkhidmat lebih 60 tahun. Baiklah, Sebelum kita
mendengar perkongsian daripada puan husna dengan lebih
mendalam, ingin saya kongsikan secara ringkas mengenai
Bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi kita.Seperti yang kita
semua sedia maklum, Bahasa Melayu merupakan bahasa
ibunda kita iaitu bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu
juga terkenal dengan bahasa kebangsaan iaitu bahasa utama
di negara ini. Menurut Kamus Dewan (2006) perkataan Melayu
itu sendiri merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa

4

terutama di Semenanjung Malaysia. Jadi, sudah terang lagi
bersuluh bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa utama
yang digunakan dalam Negara ini untuk tujuan komunikasi dan
sebagainya.

Tambahan pula Malaysia merupakan sebuah negara yang
didiami oleh masyarakat majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai
kaum atau bangsa. Terdapat tiga bangsa majoriti di negara kita
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Manakala
dalam kepelbagaian bangsa ini pula terdapat lagi kaum-kaum
lain seperti Iban, Melanau, Kadazan dan sebagainya. Jadi,
Bahasa Melayulah bahasa yang paling sesuai digunakan untuk
berkomunikasi sesama masyarakat kerana kesemua bangsa
mengetahui dan memahaminya .

Semua kaum di Malaysia sejak dahulu lagi telah menggunakan
satu bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Namun sedarkah kita
akan kelunturan penggunaan Bahasa Melayu pada era digital
ini. Hal ini demikian kerana Kepesatan teknologi telah
menyebabkan Bahasa Melayu sudah tidak penting dan bukan
lagi bahasa utama di Malaysia. Masyarakat kini lebih gemar
menggunakan Bahasa Inggeris dan 'bahasa rojak'. Hal ini
kerana, kebanyakan platform digital menggunakan bahasa
asing iaitu Bahasa Inggeris dalam penggunaannya. Jadi,
masyarakat lebih mengutamakan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu diketepikan. Hal ini juga disebabkan oleh platform
digital tersebut dihasilkan oleh Negara barat itu sendiri. di
manakah silapnya sehinggakan Bahasa Melayu kian
dipingirkan oleh masyarakat.

Selain itu, jika kita melihat semula, Bahasa Melayu pernah
menjadi ‘lingua franca’ iaitu bahasa perantaraan pedagang-
pedagang dunia pada zaman kegemilangan kesultanan

5

Panel : melayu Melaka. Ternyatalah pada zaman itu Bahasa Melayu
sangatlah penting untuk berurus niaga dan sebagainya.
Menurut pembacaan saya mengenai isu bahasa kebangsaan
ini, Sudah banyak isu yang timbul mengenai Bahasa Melayu
dalam era digital dan globalisasi ini. Isu bahasa kebangsaan
masih menjadi topik utama perbincangan walaupun kita sudah
menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-64. Seperti yang
saya katakan tadi, antara isunya ialah penggunaan bahasa
asing.
Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya Bahasa
Inggeris dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan
Bahasa Melayu sebagai medium bahasa utama di Malaysia
dalam era digital ini. Salah satu puncanya ialah medium digital
itu sendiri. Hal ini kerana, kebanyakkan platform digital
menggunakan bahasa asing iaitu bahasa inggeris. Walaupun
medium itu boleh menukar bahasa daripada Bahasa Inggeris
kepada Bahasa Melayu, namun masyarakat lebih gemar untuk
menggunakan medium tersebut dalam Bahasa Inggeris ala-ala
orang barat. Walaupun undang-undang telah ada namun
penguatkuasaan terhadap bahasa kebangsaan dalam pelbagai
bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan
komunikasi masih dipandang remeh, banyak tidak diendahkan
dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa
Inggeris.

Jadi puan, apakah isu lain yang masih hangat diperkatakan
sekarang mengenai Bahasa Melayu terutamanya dalam era
digital ini?

Satu pandangan yang menarik saudari zurin, jika kita lihat
kajian daripada sebuah universiti tempatan pada tahun 2015
mendapati Bahasa Melayu menjadi pilihan di media sosial
dengan 50.6 % seterusnya diikuti oleh Bahasa Inggeris 46.1%,

6

namun bahasa yang digunakan bukan melambangkan identiti
bangsa. Era digital dengan kepesatan pengguna media sosial
telah meletakkan bahasa kebangsaan berdepan cabaran yang
lebih pesat, menyebabkan keracunan bahasa berlaku dengan
begitu meluas dalam kalangan masyarakat. Penjajahan bentuk
baharu ini, tidak perlu lagi menghantar angkatan tentera
bersenjata untuk menyerang sesebuah negara. Ia lebih
tertumpu kepada 'penjajahan pemikiran.' Apabila fikiran rakyat
sesebuah negara itu dapat dijajah, maka lambat laun rakyat
akan bangun memberontak dan menggulingkan sesebuah
kerajaan. Inilah yang berlaku dalam dunia hari ini.
Perkembangan teknologi komunikasi memberi satu tamparan
hebat terhadap bahasa Melayu. Bahasa Melayu diserang
akibat perkembangan teknologi komunikasi ini. Bahasa rojak ,
singkatan , mesej yang berbaur perkauman , fitnah dan
sebagainya. Kita lihat satu per satu ,

Penggunaan bahasa yang bercampur dalam media sosial hari
ini menjadi satu fenomena yang berleluasa. Percampuran
bahasa atau masyarakat kita lebih mengenalinya sebagai
bahasa rojak. Bahasa rojak ini dapat didefinisikan sebagai
campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Bahasa
rojak ini sering diaplikasikan oleh generasi hari ini apabila
berkomunikasi secara dalam talian bertepatan dengan tajuk
kita “ era digital” sehingga memberi kesan kepada bahasa
kebangsaan kita. Misalnya, manglish iaitu percampuran antara
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan menghantar
pesanan secara dalam talian seketika menggunakan Bahasa
Melayu dan seketika lagi menggunakan Bahasa Inggeris. Saya
bagi contoh mesej , “ kau ni tak up to date lah” , “ after lunch
hour jumpa saya” dan “ inform group kamu, before pukul 2
submit report kepada saya”.
Sedangkan kita boleh menggunakan bahasa melayu

7

sepenuhnya seperti “ kau ni tak mengikuti perkembangan
semasa lah” , “ selepas waktu rehat, jumpa saya” dan “
beritahu kumpulan kamu, sebelum jam 2, hantar laporan
kepada saya”.
Ya , ia sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kita. Bukan
sahaja melalui pesanan dalam talian, secara fizikal juga
kadang-kadang kita gemar bercakap dengan bahasa campur.

Umum mengetahui bahawa internet merupakan jaringan global
atau internasional. Ini bermakna, internet boleh menjangkaui
sehingga seluruh negara. Oleh itu, tidak hairanlah jika generasi
hari ini mudah terpengaruh dengan budaya barat berkaitan
dengan komunikasi atau bahasa. Saya juga ingin menyentuh
isu kewujudan istilah baharu. Masyarakat hari ini terutamanya
generasi muda sering meggunakan istilah atau perkataan yang
diwujudkan sendiri tanpa ada maksud yang diiktiraf dalam
kamus atau bercanggah dengan maksud perkataan asal.
Rentetan daripada itu, istilah-istilah ini hanya difahami oleh
golongan yang mewujudkannya serta pengikutnya. Apabila
saya membaca mesej anak muda hari ini pada ruangan komen
misalnya, dalam aplikasi Instagram atau facebook, saya
menjumpai istilah-istilah yang jarang dan ada juga yang baru
pertama kali saya jumpa. Maksud istilahnya juga ada yang
bercanggah dengan kefahaman saya. Saudari Zurin pernah
mengalami situasi yang sama dengan saya? Contohnya
penggunaan perkataan pishang. Kita fahami bahawa pisang itu
merupakan salah satu jenis buah- buahan. Berbeza dengan
generasi hari ini, mereka menggunakan perkataan pishang itu
untuk mengatakan yang mereka bosan. Begitu juga dengan
istilah membawang. Bagi golongan muda, membawang
bermaksud mengumpat. Penggunaan singkatan juga digemari
oleh generasi celik teknologi hari ini, seperti penulisan huruf x
dimaksudkan kepada tidak. Saya melihat pengguna media

8

Moderator : sosial menekankan kepantasan mesej yang mahu
Panel : disampaikan berbanding mengutamakan penggunaan bahasa
Moderator : dan tatabahasa yang betul.

Terima kasih diucapkan kepada puan husna atas perkongsian
dan kupasan yang sangat menarik itu tadi. Jadi puan, setiap
apa yang berlaku pasti ada kesannya. Betul puan?

Ya benar. Setiap yang berlaku kesannya kita dapat lihat dari
dua sudut, sama ada membawa kepada impak positif ataupun
negatif.
Jadi puan, apakah kesan kepada golongan masyarakat
mengenai isu-isu tentang bahasa melayu yang telah
diperkatakan tadi terutamanya kepada golongan remaja?

Panel : Gejala yang merosakkan bahasa semestinya memberi impak
negatif kepada masyarakat khususnya generasi muda. Antara
impak negatif yang dapat kita lihat ialah penggunaan bahasa
rojak akan melahirkan generasi yang tidak menguasai bahasa
melayu secara sempurna. Apabila kita fikir secara logiknya ,
tidakkah kita berasa malu kerana sebagai masyarakat melayu
itu sendiri tidak fasih dalam bertutur atau berkomunikasi secara
dalam talian mahupun fizikal. Hal ini bukan sahaja memberi
kesan kepada komunikasi seharian malah, meninggalkan
impak negatif kepada sesi pembelajaran di sekolah. Menurut
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sejumlah
50.4 peratus kanak-kanak di negara Malaysia memiliki telefon
pintar pada umur 12 tahun. Manakala 78.8 peratus pengguna
internet terutamanya kanak-kanak mengalami ketagihan
Internet. Kita boleh katakan bahawa dunia internet sedang
dikuasai oleh generasi muda dan perkara itu kita perlu ambil
serius. Berbalik kepada sesi persekolahan sebentar tadi,

9

Moderator : kesannya akan terpalit kepada sistem peperiksaan. Apabila
Panel : murid-murid sudah biasa menggunakan bahasa rojak, mereka
akan menghadapi kesukaran dalam menulis karangan
menggunakan bahasa melayu yang betul kerana tiada
kemahiran yang sempurna. Maka, prestasi akademik di
sekolah akan merosot. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
gejala kerosakan bahasa akan menjejaskan pembelajaran di
peringkat sekolah. Bukan itu sahaja, gejala yang merosakkan
bahasa ini juga memberi kesan kepada Bahasa Melayu itu
sendiri. Secara kasarnya , ia akan menjatuhkan martabat
Bahasa Melayu dan memberi persepsi negatif kepada orang
ramai. Hilang keunggualan dan nilai bahasa itu sendiri. Hal ini
kerana penggunaan bahasa rojak dan singkatan dalam
kalangan masyarakat akan memberi gambaran bahawa
penggunaan Bahasa dalam keadaan tidak stabil. Bahasa
Melayu akan menjadi lemah jika fungsinya tidak dikembangkan
selaras dengan perkembangan bidang sains dan teknologi
walaupun ia pernah menjadi salah satu Bahasa terulung di
dunia.

Baik puan, begitu besar kesannya. Kesannya bukan sahaja
kepada indivitu iu sahaja malah kesannya turut dirasai oleh
institusi pendidikan. Berdasarkan isu dan kesan itu tadi, saya
pasti akan ada jalan penyelesaiannya tersendiri. Jadi,
Bagaimana pula dengan langkah yang diambil oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan bahasa melayu
dalam era digital?
Antara inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
memartabatkan Bahasa Melayu zaman digital ini adalah
dengan mengaktifkan laman sesawang atau aplikasi yang
membolehkan pengguna internet membuat rujukan, membaca
atau menambah ilmu pengetahuan. Contohnya aplikasi kamus
dewan. Hal ini akan memudahkan masyarakat terutamanya

10

Moderator : pelajar untuk membuat rujukan tanpa perlu membawa kamus
dewan yang tebal itu. Masyarakat juga dapat mengakses di
mana sahaja untuk membuat rujukan tentang perkataan yang
dijumpainya mungkin di jalanan, papan tanda atau akhbar.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga melaksanakan
pelbagai aktiviti dengan tujuan untuk menggapai minat
masyarakat terhadap keindahan Bahasa Melayu kita. Contoh
aktiviti yang pernah dijalankan dan mendapat sambutan yang
menggalakkan ialah aktiviti Sayembara Pidato Antarabangsa.
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan bahasa
kebangsaan di peringkat dunia. Bukan itu sahaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka juga menggiatkan program Minggu
Penulis Remaja yang bermotifkan untuk melahirkan dan
memupuk penulis muda. Secara tidak langsung akan
melahirkan pewaris ilmu kesusateraan pada masa depan.
Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlepas daripada bangkit
selari dengan teknologi semasa dengan mempunyai platform
tersendiri seperti Facebok dan Instagram. Platform tersebut
digunakan untuk menguar-uarkan segala aktiviti yang
dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri. Setiap
hari ada sahaja bahan bacaan yang dimuatnaik dalam
intagram dbp seperti pantun, coretan, maksud peribahasa
serta warita bayu yang menceritakan info-info yang menarik.
Daripada masyarakat menghabiskan masa melihat kandungan
yang tidak berfaedah dalam media social, apa kata
meluangkan sedikit waktu untuk membaca maklumat yang ada
dalam akaun Instagram secara tidak langsung dapat
menambah ilmu pengetahuan baru. Ini juga salah satu cara
Dewan Bahasa dan Pustaka memartabatkan Bahasa Melayu
kerana segala maklumat yang telah dikongsi sepenuhnya
menggunakan Bahasa Melayu.
Terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat kita, Puan
Husna atas penjelasan yang sangat menarik itu tadi.

11

Panel : Berdasarkan langkah atau inisiatif yang telah diterangkan oleh
Moderator : puan husna sebentar tadi, ternyatalah bahawa bukan sahaja
Dewan Bahasa dan Pustaka yang perlu memainkan peranan
untuk memartabatkan semula bahasa meayu, tetapi rakyat
juga perlu mengembleng tenaga untuk menyahut seruan
dewan bahasa dan pustaka dengan membaca segala
informasi yang telah dikongsikan. Sebelum kita menutup sesi
temu ramah kita, dipersilakan kepada puan husna untuk
memberi sedikit kata-kata akhir.

Sedar tidak sedar sudah sampai dipenghujung majlis kita,
walaupun kini kita hidup dalam era digital yang semakin hari
semakin canggih, janganlah kita lupa tentang usaha dan
segala penat lelah tokoh silam yang bersusah payah
mempertahankan Bahasa Kebangsaan ini. Usaha mereka
wajar mendapat penghargaan oleh masyarakat Malaysia
dengan cara mengaplikasikan Bahasa Melayu dengan betul
bukan sahaja apabila bertutur tetapi dalam alam maya juga.
Ingatlah bahawa bahasa cerminan bangsa.
Itu dia harapan yang sangat besar oleh salah seorang pegawai
yang berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka. , ingin saya
ingatkan kepada semua rakyat Malaysia untuk menghargai
bahasa ibunda kita yang kian luntur pada hari ini. Semua pihak
perlu memainan peranan masing-masing untuk
memartabatkan semula Bahasa Malayu ini. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya mengunakan dan memartabatkan
Bahasa Melayu di serantau Malaysia. Manakala sebagai
pelajar di sekolah dan menara gading pula, kita seharusnya
mengeksploitasikan Bahasa Melayu supaya dapat menarik
minat mempelajari Bahasa Melayu. Pelajar juga perlu
mengaplikasikan Bahasa Melayu dengan betul dalam sesi
pembelajaran untuk membiasakan diri menggunakan bahasa
melayu dengan betul. Rakyat Malaysia juga harus

12

mengeksploitasikan Bahasa Melayu di laman-laman internet
supaya dapat dipelajari oleh rakyat di seantero dunia. Kita
boleh berkongsi maklumat melalui platform digital yang sedia
ada. Hal ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan
malah, dapat menyebarkan lagi penggunaan bahasa melayu.
Bahasa kebangsaan ialah lambang yang mewakili masyarakat
dan negara. Jadi, kita perlu menggunakan Bahasa Melayu
dengan betul dan sebaiknya kerana itulah cerminan diri dan
bangsa kita. Seterusnya, sebagai masyarakat yang beridentiti,
marilah kita bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi Negara. Bukan rakyat bawahan sahaja
yang perlu mengaplikasikan penggunaan Bahasa Melayu
dengan sebetulnya, malah semua pihak termasuklah pihak
atasan perlu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa
pertuturan atau komunikasi dalam kehidupan seharian. Tidak
kiralah sama ada komunikasi secara fizikal atau secara maya,
bahasa melayu perlu digunakan dengan betul dan sebaik
mungkin. Hal ini bukan sahaja dapat menaikkan imej Negara
Malaysia malah dapat menghargai jasa pejuang-pejuang
Negara terdahulu yang sanggup berkorban nyawa demi
menyelamatkan Negara tercinta dan memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dan daripada kian
luntur.

Sekian itu sahaja daripada saya. Tamatlah sudah sesi temu
ramah kita pada kali ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan
kepada puan husna kerana sudi terima undangan kami dan
sudi meluangkan masa untuk berkongsi maklumat yang sangat
bermanfaat. Saya harap kita dapat berjumpa dan bersua lagi di
lain hari. Sekian terima kasih dan Assalamualaikum.

13


Click to View FlipBook Version