SPSK PK 07/2
SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
43000 KAJANG, SELANGOR
MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH
Bilangan Mesyuarat : Bilangan 1 / 2022
Tarikh : 18/3/2022
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kamar Saujana
Hadir : Jawatan
Bil Nama -Ketua Panitia Sejarah/Guru Sejarah Tahun 6
-Guru Sejarah Tahun 6
1. Pn.Helena binti Hj. Mohd -Guru Sejarah Tahun 6
2. Pn.Wan Nasiha bt Wan Ahmad -Guru Sejarah Tahun 6
3. En. Mohd Zaidi bin Sulaiman -Guru Sejarah Tahun 5
4. Pn. Nawal Shakirah bt Mahmud -Guru Sejarah Tahun 5
5. En. Mohd Rosli bin Abdullah -Guru Sejarah Tahun 5
6. Pn Juliana bt Ahmad Zukhi -Guru Sejarah Tahun 4&5
7. Pn. Khalilah bt Kamaruddin -Guru Sejarah Tahun 4
8. Pn. Nor Fadhlina bt Omar -Guru Sejarah Tahun 4
9. Pn. Nor Azlita binti Jani Ariffin
10. Pn Roszawati bt Md Din
Turut Hadir
Pn Norleha bt Adam (PK Kokurikulum)
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI KETUA PANITIA SEJARAH DAN PENTADBIR
1.1 Pn Helena mengucapkan selamat datang kepada semua ahli dan beliau mengalu-
alukan kehadiran ahli-ahli baru iaitu En. Mohd Zaidi, Pn Nor Fadhlina dan Pn
Roszawati ke mesyuarat 1 Panitia Sejarah 2022. Beliau kemudian menjemput PK
Kokurikulum, Pn Norleha untuk menyampaikan ucapan.
1.2 Pn Norleha mengucapkan terima kasih atas jemputan. Beliau mengharapkan panitia
sejarah meneruskan segala tugasan dan perancangan yang telah disusun dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Makluman
SPSK PK 07/2
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Tiada
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.
4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM PANITIA
Pn Helena memberitahu semua ahli panitia perlulah bertugas menguruskan
aktiviti atau program panitia dengan baik mengikut standard pembelajaran seperti
yang diwar-warkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri yang boleh guru-guru
dapati dalam buku Ketetapan Kurikulum yang telah diedarkan kepada guru-guru di
Telegram rasmi sekolah semasa Mesyuarat Induk Kurikulum bilangan 1.
Makluman
4.2 Agihan Tugasan Ahli Panitia
4.2.1 Pn Helena meminta guru menyenaraikan kelas-kelas Sejarah yang diajar oleh
guru-guru pada borang yang disediakan iaitu seperti berikut :
Bil Nama Tugasan
1 Pn.Helena binti Hj. Mohd Ketua Panitia / Guru Sejarah Tahun 6
2 Pn.Wan Nasiha bt Wan Ahmad Setiausaha / Guru Sejarah Tahun 6
3 En. Mohd Zaidi bin Sulaiman Penyelaras Sejarah Tahun 6
4 Pn. Khalilah bt Kamaruddin Penyelaras Sejarah Tahun 5
5 Pn Roszawati bt Md Din Penyelaras Sejarah Tahun 4
6 Pn. Nawal Shakirah bt Mahmud Guru Sejarah Tahun 6
7 En. Mohd Rosli bin Abdullah Guru Sejarah Tahun 5
8 Pn Juliana bt Ahmad Zukhi Guru Sejarah Tahun 5
9 Pn. Nor Azlita binti Jani Ariffin Guru Sejarah Tahun 4
10 Pn. Nor Fadhlina bt Omar Guru Sejarah Tahun 4&5
4.2.2 Beliau juga memaklumkan bahawa segala program Panitia Sejarah akan
diurustadbir oleh Penyelaras Matapelajaran setiap aliran agar memudahkan dan
melancarkan perjalanan program.
Makluman
4.3 Post-Mortem PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan Penambahbaikan
4.3.1 Pn Helena kemudian melaporkan Post-Mortem PBD Tahun 2022 adalah seperti
di bawah :
SPSK PK 07/2
Tahun TP2 Bilangan TP6
0 TP3 TP4 TP5 0
Tahun 4 0 19 94 86 12
Tahun 5 2 19 66 89 35
Tahun 6 17 57 84
4.3.2 Pn Helena memberitahu, % TP4 meningkat daripada % semasa pertengahan
tahun ke akhir tahun bagi murid Tahun 4,5 dan 6.
4.3.3 Beliau mengharapkan peningkatan pada TP6 bagi murid-murid Tahun 4
khususnya.
4.4 Pelan taktikal dan pelan operasi
4.4.1 Menurut Pn Helena, program-program yang disenaraikan ini adalah program-
program yang telah berjaya dilaksanakan tahun lepas akan diteruskan pada tahun
ini.
4.4.2 Seterusnya Pn Helena menjelaskan tentang Kit Kajian Kes akan ditempah
mengikut bilangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dan diedarkan kepada semua
murid Tahap 2 supaya dapat dilengkapkan di rumah dengan ibubapa sebagai
fasilitator.
Makluman
4.5 Agihan Belanja Mengurus / Kewangan Panitia
4.2.1 Pn Helena berkata Bantuan Geran Perkapita (PCG) panitia pada tahun ini ialah
RM 2,472.
4.2.2 Beliau mencadangkan agar peruntukan ini digunakan untuk pembelian Kit
Kajian Sejarah untuk setiap murid yang akan digunakan dalam kelas sebagai
program kajian kes dan boleh juga digunakan sebagai latihan dalam PdP guru-guru.
Tindakan : Semua guru
4.6 Kemaskini Papan Notis Panitia
4.6.1 Pn Helena meminta guru-guru menampal hasil-hasil kerja murid seperti buku
skrap, poster bersaiz A4 atau notis aktiviti/program yang akan dijalankan panitia
pada papan notis panitia. Guru-guru boleh bergilir-gilir menampal maklumat di situ.
Tindakan: Semua guru
4.7 Penataran Kurikulum Baharu Tahun 6 Semakan 2017
4.7.1 Pn Helena membentangkan kurikulum baharu Sejarah Tahun 6 kepada ahli
panitia dan menyatakan tiada perubahan tajuk hanya beberapa tajuk diubah
susunannya agar di ajar kepada murid lebih awal tidak seperti tahun sebelum ini.
SPSK PK 07/2
4.7.2 Kemudian Pn Helena memaklumkan sekali lagi, guru-guru Sejarah Tahun 6
boleh merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang ada di
Telegram panitia.
4.8 Penggubalan Rancangan Pengajaan Tahunan (RPT)
4.8.1 Pn Helena telah mengagihkan tugasan menyediakan RPT kepada
semua ahli panitia. Berikut merupakan jadual penyediaan RPT bagi tahun 2022 iaitu:
TAHUN NAMA GURU
TAHUN 6 PN HELENA
TAHUN 5 PN KHALILAH
TAHUN 4 PN NORAZLITA
4.8.2 Pn Helena menegaskan, RPT yang dibina mestilah mengikut susunan tarikh
pada takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah dan guru yang
telah ditugaskan perlu memastikan semua guru Sejarah aliran yang sama menerima
RPT selewat-lewatnya awal Mac ini.
Tindakan: Guru yang terlibat
4.9 Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
4.9.2 Ketua Panitia mengharapkan guru-guru akan melengkapkan fail tersebut pada
bahagian yang telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Induk Kurikulum bilangan 1.
Tindakan: Semua guru
4.10 Penulisan RPH
4.10.1 Pn Helena menerangkan format penulisan rph adalah mengikut format
sebelum ini. Contoh format adalah seperti di bawah:
Tema:
Tajuk:
Kemahiran:
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran: (Dimensi Kewarganegaraan, K)
Objektif Pembelajaran:
Aktiviti :
EMK : (Nilai Murni, KPS, Dimensi, TMK dan KBAT)
BBB :
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Impak:
4.10.2 Pn Helena memberitahu, guru-guru boleh merujuk contoh RPH ini dalam
Telegram panitia.
4.10.3 Beliau menegaskan penulisan objektif pembelajaran perlulah objektif yang
boleh diukur.
Makluman
SPSK PK 07/2
4.11 Penetapan Jumlah Buku Latihan
4.11.1 Pn Helena berkata hanya satu buah buku latihan atau nota Sejarah yang
digunakan dan satu lagi buku Modul Aktiviti Integrasi Digital Terbitan Sasbadi .
Makluman
4.12 Agihan Latihan
4.12.1 Pn Helena meminta semua guru Sejarah mestilah memberi satu latihan
pada murid setiap kali PdP mengikut tahap kebolehan murid menjadikan jumlah
latihan Sejarah dalam sebulan adalah 4 kali bersamaan 12 kali latihan bertulis
pada 3 bulan pertama sesi persekolahan.
Tindakan: Semua guru
4.13 Semakan Latihan Dan Buku Latihan
4.13.1 Pn Helena mencadangkan semua guru meminta murid-murid mewujudkan
indeks pada mukasurat pertama dan kedua buku tulis/nota seperti berikut :
BIL TAJUK LATIHAN TARIKH
4.13.2 Beliau menyatakan tujuan diadakan indeks untuk memudahkan guru
guru merekod bilangan latihan yang telah diberikan.
Tindakan: Semua guru
4.14 Penggubalan Soalan Peperiksaan
4.14.1 Pn Helena turut berbincang tugas pengubalan soalan peperiksaan.
Berikut merupakan penggubal soalan bagi PPPBS setelah perbincangan :
UJIAN SUMATIF 1/ PPPBS 1/ PPPBS 2 SOALAN ANEKA
PILIHAN
Bil. Nama Guru Tingkatan
/Tahun
1 ROSZAWATI BT MD DIN 4
2 JULIANA BT AHMAD ZUKHI 5
3 WAN NASIHA BT WAN AHMAD 6
SPSK PK 07/2
UJIAN SUMATIF 1/ PPPBS 1/ PPPBS 2 SOALAN SUBJEKTIF
Bil. Nama Guru Tingkatan
1 NOR AZLITA BT JANI /Tahun
4
2 NOR FADHLINA BT OMAR 5
3 HELENA BT HJ.MOHD 6
Tindakan: Semua guru
4.15 Pencerapan
4.15.1 Pn Helena berkata guru-guru akan dicerap oleh pentadbir mengikut senarai
nama yang telah ditetapkan oleh pentadbiran. Kebanyakan guru akan dicerap
berdasarkan matapelajaran major seperti dalam jadual pencerapan pada buku 3P.
(Sila rujuk buku 3P)
4.15.2 Beliau juga meminta guru-guru merancang RPH dengan pelaksanaan PdP
berpandukan borang Standard 4 SKPMg2.
Makluman
4.16 PLC / Peningkatan Profesinalisme Guru
4.16.1 Pn Helena memaklumkan perlaksanaan PLC 1 kita laksanakan berkait
dengan Penataran Sukatan Sejarah Baharu Tahun 6.
Makluman
5.0 HAL HAL LAIN
5.2 Ketua Panitia menyatakan perbincangan aktiviti Bulan Kemerdekaan akan dibuat
dalam mesyuarat akan datang dengan kerjasama dengan Panitia Pendidikan Muzik dan
Seni Visual.
5.2 Beliau menyatakan pelancaran Bulan Kemerdekaan akan melibatkan penghasilan
bendera besar menggunakan bahan kitar semula.
5.3 Aktiviti-aktiviti Bulan Kemerdekaan seperti pakaian beragam, perarakan merdeka,
pertandingan mewarna, pertandingan binaan, pertandingan tarian tradisional,
pertandingan koir, pertandingan nyanyian solo, tayangan video berbayar dan lain-lain
akan diadakan sepanjang bulan Ogos ini.
6.0 PENUTUP
6.1 Pn Helena mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia sejarah di
atas kehadiran mesyuarat ini.
SPSK PK 07/2
6.2 Beliau mengakhiri mesyuarat dengan mengingatkan guru-guru agar sentiasa ikhlas,
bekerjasama, bijak, positif serta tidak stress.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 pagi dengan bacaan AL-Asr.
(WAN NASIHA BINTI WAN AHMAD)
Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia Sejarah
SK Saujana Impian
Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT)
Tarikh : 18 Mac 2022 (Tarikh diminitkan)