SK SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM
PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH
Bilangan Mesyuarat : Bilangan kedua
Tarikh : 28hb April 2021
Masa : 12.30 tengahari hingga 1.30 petang
Tempat : Smart Class 2
Hadir -Ketua Panitia Sejarah/Guru Sejarah Tahun 6
-Guru Sejarah Tahun 6
1 Pn.Helena binti Hj. Mohd -Guru Sejarah Tahun 4
2 Pn.Wan Nasiha bt Wan Ahmad -Guru Sejarah Tahun 4
3 Pn. Nor Azlita binti Jani Ariffin -Guru Sejarah Tahun 5
4 Pn. Khalilah bt Kamaruddin -Guru Sejarah Tahun 5
5 Pn Nurul Akmar bt Mohd Ariffin
6 Cik Wan Athirah -Setiausaha Panitia 2021
Tidak Hadir
Tiada
Urus Setia Mesyuarat :
Pn.Wan Nasiha bt Wan Ahmad
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI : PN HELENA BT HJ MOHD
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta semua guru membaca surah Al
Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua guru semoga semuanya
diberkati. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima
kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat panitia bil kedua sesi 2021.
1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyurat Panitia Sejarah Bilangan 1 tanpa
sebarang pindaan.
Dicadangkan oleh : Pn. Khalilah bt Kamaruddin
Disokong tanpa pindaan : Pn. Nor Azlita binti Jani Ariffin
3.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 PDPR
4.1.1 Pn Helena memaklumkan PdPR matapelajaran Sejarah akan berlansung bermula 16
Mei berikutan peningkatan kes pandemik covid 19.
4.1.2 Menurut Pn Helena PdPR boleh dijalankan secara Google Classroom, Whatapps
atau Telegram. Guru-guru diminta memberi medium PdPR yang terbaik, medium secara
Google Meet amat dialu-alukan. Beliau juga mengingatkan guru-guru menggunakan buku
latihan, buku aktiviti dan buku teks semaksimum yang boleh.
4.16.3 Beliau juga mengingatkan guru-guru, pentaksiran PBD tetap perlu dilaksanakan dan
merekodnya dalam Rekod Perkembangan Murid yang guru telah sediakan sebelum PdPR.
Tindakan
4.2 Pentaksiran PBD Murid / Laporan pencapaian murid semasa PDPR
4.2.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru, pentaksiran PBD tetap perlu dilaksanakan dan
merekodnya dalam Rekod Perkembangan Murid yang guru telah sediakan sebelum PdPR.
4.2.2 Pengisian template pentaksiran bagi tahap penguasaan (TP) murid untuk
pertengahan tahun akan dibuat secara online sepanjang PdPR ini.
Tindakan
4.3 PLC
4.3.1 PLC telah dijalankan sebanyak dua kali dan laporan siap perlu dihantar
kepada penyelaras PLC iaitu Puan Marita.
Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk mula memberi tugasan Kajian Tindakan
kepada murid dengan mengikut Modul Kajian Tindakan yang telah ditempah oleh pihak
panitia.
5.2 Pengerusi menggalakkan semua guru menggunakan sepenuhnya Bahan Bantu Belajar
(BBB) dan teknologi ICT dalam PdPR. Tindakan
2
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN /PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap semua guru komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dan komited dalam bekerja bersama ke arah mencapai prestasi murid
yang lebih baik.
Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan AL-Asr pada pukul 1.30 tengahari.
Disediakan oleh
Setiausaha Panitia Sejarah
SK Saujana Impian
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Tarikh : 28 April 2021 (Tarikh diminitkan)
3