The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhamadsallih90, 2024-01-15 17:48:20

MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS 2023

MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS 2023

1 MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS SMK SERI KELEDANG 2023 Selamat tengahhari dan salam sejahtera. Yang berusaha, En. Gunalan a/l Tony, Pengetua SMK Seri Keledang, Yang berusaha, En. Azhar Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang berusaha, Pn. Azmah bt Karim, Penolong Kanan Pentadbiran. Yang berusaha, Madam Puan Swee Fong, Penolong Kanan Kokurikulum. Yang berusaha, Pn. Lalitha a/p Subramaniam, PK Petang, Yang berusaha, Pn. Syamala Devi a/p Gopal, Penolong Kanan Tingkatan 6. Seterusnya, Barisan guru-guru kanan, guru-guru disiplin, serta yang diraikan pengawas SMK Seri Keledang bagi sesi 2023/2024. Selamat Datang Kami Ucapkan Ke Majlis Penghargaan Pengawas SMK Seri Keledang 2023/2024. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul di Perkarangan Kantin ini, bagi menghargai Pengawas SMK Seri Keledang yang telah menunjukkan ciri kepimpinan yang baik, sentiasa berdedikasi dan menjadi contoh yang terbaik buat para pelajar SMK Seri Keledang. Anda semua merupakan nadi utama dalam memastikan perjalanan sesi persekolahan bermula loceng pagi sehinggalah deringan loceng tamatnya waktu persekolahan. Semoga ilmu yang diperoleh semasa menjadi pengawas ini dapat menjadi bekalan untuk masa mendatang. Hadirin yang dikasihi sekalian, sebagai pembuka bicara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Shankar A/L S. Maniam, Ketua Guru Disiplin SMK Seri Keledang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Shankar atas ucapan sebentar tadi. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan ucaptama daripada Tuan Pengetua, En. Gunalan a/l Tony, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Gunalan a/l Tony atas ucapan yang disampaikan.


2 Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas sekolah tingkatan 5. Dengan itu, majlis mempersilakan Tuan Pengetua, En. Gunalan a/l Tony, diiringi En. Azhar Bin Ismail, PK HEM untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan. 1. Danny Chin Tze Hang - Ketua Pengawas 2. Elaine Foo Yan Ning - Timbalan Ketua Pengawas I 3. Eunice Tan Wing Yin - Setiausaha 4. Lin Jia Jian - Bendahari 5. Ngoh Jo Xuan - Ketua Unit C 6. Law Chun Weng - Ketua Disiplin 7. Chan Zhong Xuan - Ketua Unit A 8. Woon Yi Xuan - Penolong Ketua Disiplin 9. Phoon Kang Zheng - Penolong Ketua Perhimpunan 10.Harini a/p Kanesan - Penolong Ketua Unit C 11.Lim Sook Ping - Penolong Bilik Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian sijil penghargaan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua, barisan pentadbir, guru-guru disiplin, jawatan kuasa pelaksana majlis, serta kesemua pengawas yang diraikan pada hari ini. Buat para pengawas yang diraikan pada hari ini, teruskan perjuangan dan usaha anda untuk mencapai kejayaan, jangan berhenti melakukan yang terbaik kerana kejayaan sedang menunggu anda untuk mengambilnya sahaja. Sekian terima kasih. Dipersilakan Tuan pengetua dan semua untuk menjamu selera.


Click to View FlipBook Version