The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulkifli Musa, 2024-06-26 11:51:57

BUKU PROGRAM

BUKU PROGRAM

SABTU MesyuaratAgung PIBG KALI KE-1 SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM KEM TERENDAK 29 JUN 2024 09.00 PAGI DEWAN PERWIRA Leftenan Kolonel Annuar Bin Haji Kaliman :Dirasmikan oleh


Seulas Bicara Penasihat dan Pengerusi 3-4 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali-1 Agenda Mesyuarat Aturcara Majlis Senarai Nama AJK PIBG (2022-2023) Minit Mesyuarat Agung Laporan Penyata Kewangan Perakuan Bendahari Dan Pemeriksa Laporan Aktiviti Sekolah & Pencapaian Sekolah Usul Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Penghargaan MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 Isi Kandungan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 SeulasBicara Assalamua’laikumw.b.t Syukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG Sekolah RendahAgama JAIM Kali ke-1 bagi tahun ini. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG atas segala kerjasama dan penat lelah dalam usaha yang dicurahkan bagi menjayakan segala aktiviti serta menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini. PIBG merupakan jambatan unik yang menghubungkan masyarakat (ibu bapa/penjaga) dengan warga sekolah. Justeru peranan yang dimainkan bukanlah sedikit agar semua tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap hala tuju sekolah. Besarlah harapan saya jika permuafakatan antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat dieratkan. Dengan ini, sekaligus persefahaman dan kerjasama antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat diwujudkan. jalinan yang penuh bermakna ini seterusnya akan memberikan manfaat kepada anakanak kita juga akhirnya. Saya mengambil kesempatan ini menjemput tuan puan bermusyawarah dan berbincang dengan pihak kami. Persekitaran yang sesuai amat penting bagi anak-anak untuk menimba ilmu. Sebagai pendidik, saya menyeru agar tuan puan memberikan sepenuh sokongan dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala perancangan dan pelaksanaan yang dibuat adalah untuk kebaikan anak-anak kita bersama. Dalam meniti arus kemodenan, tidak dinafikan akan ada kesalahan dan kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Idea dan pendapat bernas daripada pihak tuan puan amatlah dialu-alukan demi penambahbaikan mutu kerja kami. Segala kesulitan akan cuba ditangani bersama. Sekian, terima kasih. SELAMAT BERSIDANG ILYANA BINTI MD SAH GURU BESAR SRA JAIM KEM TERENDAK


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 SeulasBicara Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya maka saya dapat mencoretkan sepatah dua kata alu-aluan dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 1 bagi SRA JAIM Kem Terendak. Selaku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kerjasama yang erat dan sokongan semua pihak merupakan suatu pemangkin untuk menyediakan SRA JAIM Kem Terendak ke arah suasana persekitaran pembelajaran yang lebih selesa untuk anak-anak kita. Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Di samping itu, ianya merupakan satu medium untuk kita bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran. Oleh yang demikian, PIBG akan berusaha dengan lebih keras, berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dapat dilonjakkan sebagaisekolah yang gemilang. Akhir bicara, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-1 ini. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang baru dilantik akan dapat menambahkan lagi prestasi anak-anak di SRA JAIM Kem Terendak. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Amin. Sekian, terima kasih. LT. KOL ANNUAR BIN HAJI KALIMAN PENGERUSI PIBG SRA JAIM KEM TERENDAK


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 NotisMesyuratAgung Ruj Fail : SRAJ/KT(M29)1/4 ( 01 ) Tarikh: 04 Jun 2024 26 Zulkaedah 1445 Kepada : Ahli PIBG, SRA JAIM Kem Terendak. Tuan / Puan NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-1 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk . 1. Salam Negaraku Malaysia untuk Tuan / Puan dan didoakan semoga sentiasa dirahmati. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM Kem Terendak Melaka akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-1 seperti ketetapan berikut : Tarikh : 29 Jun 2024 ( Sabtu ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Perwira Kem Terendak 3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya tuan/puan dapat mencadangkan usul bagi mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar dan kejayaan sekolah ini. 4. Bersama ini dilampirkan borang usul dan borang jawapan kehadiran dan mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyerahkan kembali borang tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 Jun 2024 ( Khamis). Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih. “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, NENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ( ZATUL HIJANAH BINTI AYUB) Setiausaha PIBG, SRA JAIM Kem Terendak ______________________________________________________________________________________ s.k : 1) Fail PIBG TENTATIF 8.30 - 9.00 pg : Pendaftaran 9.10 - 9.15 pg : Bacaan Doa 9.20 pg : 1) Ucapan Pengerusi PIBG 2) Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lepas. 3) Bangkitan minit mesyuarat 4) Membentang dan mengesahkan penyata kewangan PIBG 5) Membincangkan kutipan sumbangan PIBG & Kecemerlangan UPKK 6) Membentang & Membahaskan Usul 7) Pembubaran Jawatankuasa PIBG 8) Pelantikan pengerusi sementara 9) Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/205 10) Ucapan pengerusi PIBG sesi 2024/2025 11) Penangguhan Mesuarat


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 Aturcara Majlis 09.00 pagi : Ketibaan ibu bapa/penjaga : Ketibaan Tetamu : Nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya Dan Asma’ husna : BacaanDoa : Ucapan Perasmian : Mesyuarat Agung PIBG Bermula : Penyampaian Cenderahati Perasmi : Jamuan VIP : Cabutan Bertuah 12.00 tengahari : Bersurai


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 Agenda Mesyuarat 1. Ucapan pengerusi PIBG 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas. 3. Bangkitan minit mesyuarat 4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan PIBG 5. Membincangkan kutipan sumbangan PIBG & Kecemerlangan UPKK 6. Membentang dan membahaskan usul 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 8. Pelantikan pengerusi sementara 9. Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 10.Ucapan pengerusi PIBG sesi 2024/2025 11.Penangguhan Mesyuarat


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 Ahli Jawatankuasa PENASIHAT ILYANA BINTI MD SAH PENGERUSI PIBG LT. KOL MOHD FADHIL BIN HASSAN NAIB PENGERUSI ROSLI BIN ISMAIL SETIAUSAHA ZATUL HIJANAH BINTI AYUB BENDAHARI NUR AZMINA BINTI MOHD ZAINI AHLI JAWATANKUASA (AJK) ENCIK MD YASIR BIN SULAIMAN ENCIK HUSAIN BIN JAWAS ENCIK MOHD SHAHRIN BIN JAMAL NASIR PUAN RITA SABARINA BINTI BAHARUDIN PUAN INTAN ZAIMUSNORSHAKILABINTI MUSTAFA PUAN MAZIAH BINTI JAAFFAR PEMERIKSA KIRA-KIRA ENCIK NIZAR BIN YUSOF PUAN HAZLINA BINTI MD SIDEK


MinitMesyuaratAgung MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 TARIKH : 28 JANUARI 2022 HARI : SABTU MASA : 09:00 PAGI TEMPAT : DEWAN PERWIRA, KEM TERENDAK MELAKA KEHADIRAN : 46 ORANG (Senarai kehadiran seperti di lampiran) AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN PENGERUSI PIBG 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran semua pada hari ini. Tindakan : Pengerusi 2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE- 1/2021 2.1 Tuan LT. Kol. Mohd Fadhil bin Hassan selaku YDP PIBG meminta semua ahli mesyuarat membaca dan meneliti Minit Mesyuarat PIBG Kali ke 1/2021 yang telah dihantar melalui peranti aplikasi Whatssap kepada semua dalam Buku Mesyuarat Tahunan PIBG. Beliau juga memohon cadangan supaya Minit Mesyuarat disahkan. - Dicadang oleh : Encik Mohd Nizar bin Yusof - Disahkan oleh : Encik Md Yasir bin Sulaiman Tindakan : Pengerusi 3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT - Tiada perkara yang berbangkit yang dibincangkan. Tindakan : Pengerusi


4.0 PERANCANGAN TAKWIM SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2022 4.1 Ustazah Ilyana binti Md Sah selaku Guru Besar telah membentangkan aktiviti sepanjang persekolahan melalui medium pancaran LCD. Antaranya: - Perhimpunan Sekolah - Bacaan Yaasin Bulanan (Jumaat) - Ihya’ Ramadan - Majlis Hari Guru di Hari Raya - Watikah Perlantikan Pengawas 2022 - Program Semarak Ukhuwwah - Kelas Tambahan UPKK (Mei- Oktober) - Ambang Kemerdekaan - Bengkel Teknik Menjawab & Motivasi UPKK - Hari Jalinan Kasih - Program Pemantapan Sahsiah - Gotong- Royong Sekolah - Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPKK 2022 - Mesyuarat PIBG 2022 - Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Majlis Graduasi Tahun 6/2022 - Lawatan Sekolah Tindakan : Guru Besar 5.0 PENETAPAN YURAN PIBG, T-SHIRT,FAIL PERIBADI MURID Dan PEMBENTANGAN KEWANGAN 5.1 Encik Mohd Nizar bin Yusof telah mencadangkan jumlah kutipan yuran PIBG bagi tahun 2023/ 2024 sama seperti tahun lalu iaitu RM30 untuk sebuah keluarga. 5.2 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Encik Nizar dan diwakili oleh Puan Nor Haliza binti Zahari. 5.3 Tuan Pengerusi menyatakan bahawa pemakaian T-shirt sekolah sebanyak RM 25.00 dan fail peribadi murid RM 5.00 bagi SRA JAIM Kem Terendak hendaklah diteruskan dan dikekalkan. MinitMesyuaratAgung


5.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk meneruskan penggunaan T-shirt sekolah begitu juga dengan fail peribadi murid ini. 5.2 Ustazah Nur Azmina binti Zaini selaku Bendahari PIBG telah membentangkan Laporan Penyata Kewangan berakhir pada 17 Januari 2023. 5.3 Beliau memaklumkan bahawa jumlah baki keseluruhan adalah sebanyak RM 8024.00 sehingga 17 Januari 2023. (Rujuk lampiran Penyata Kewangan PIBG Sepanjang Januari 2022 – Disember 2022 dan Januari 2023) Tindakan : Bendahari 6.0 . MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL Usul 1: Membuat laluan sehala sahaja semasa pulang dari sekolah bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan ank- anak. (Puan Norhayati binti Hamidon) 6.1 Mesyuarat bersetuju untuk meletakkan papan tanda daripada bulatan Jalan Menara dan di bawah Jalan Menara berdekatan simpang mendaki ke sekolah daripada pihak 3DIV Kem Terendak. 6.2 Pengerusi turut meminta pihak sekolah untuk membuat memo berkenaan dengan penggunaan laluan sehala mengikut jam yang tertentu. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 2: Kesukaran dalam komunikasi dalam laman telegram kerana campur dengan semua tahun. (Encik Mohd Shukri bin Mat Saad) 6.3 Guru Besar menerangkan pihak sekolah telah membuat Group Whatssap mengikut darjah pada tahun ini. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar MinitMesyuaratAgung


Usul 3: Membaik pulih tandas murid- murid. (Puan Siti Zaida binti Jamhari) 6.4 Pihak sekolah telah memaklumkan bahawa tandas telah dibaikpulih tetapi kos penyelenggaraan tangki air tidak termasuk dalam bajet perbelanjaan di bawah Jabatan Agama IslamMelaka (JAIM). Oleh itu, pihak sekolah perlu mohon peruntukan baharu untuk menampung perbelanjaan tangki ini. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 4: Menyelaraskan waktu persekolahan tahap 1 dan 2. (Puan Ruhayati binti Mat Rodzi) 6.5 Pihak sekolah menerangkan penyelarasan Jadual Waktu Persekolahan adalah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) iaitu 2:30 petang- 6:15 petang. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 5: Penambahbaikan dalam memberi pinjaman buku teks yang rosak kepada murid. (Puan Norasidah binti Zainal) 6.6 Pihak sekolah menyatakan bahawa pihak Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) sedang membuat proses pertukaran buku teks mengikut sukatan baru. Oleh itu, murid- murid akan menerima buku teks baru dan tiada masalah kerosakan seperti kehilangan muka surat misalnya. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 6: Penyelarasan pemakaian T-shirt sekolah pada setiap hari Rabu sahaja. (Puan Awang Bungsu binti Suin) 6.7 Pihak sekolah telah mengeluarkan memo pemakaian T-shirt setiap hari Rabu minggu persekolahan pada 03 Januari 2023. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar MinitMesyuaratAgung


Usul 7: Penggunaan buku aktiviti.(Puan Siti Norazila binti Mat Ghani) 6.8 Guru besar menerangkan pihak sekolah lewat menerima buku aktiviti daripada pembekal ekoran daripada sukatan baharu yang sedang dinaiktaraf. Oleh itu, pihak sekolah mempunyai kekangan masa iaitu lewat untuk menyelesaikan Latihan di dalam buku aktiviti ini. 6.9 Pengerusi turut meminta ibu bapa untuk membantu anak- anak dalam menyelesaikan Latihan buku aktiviti ini sekiranya guru- guru tidak sempat berbuat demikian. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 8: Mengadakan kelas tambahan. (Puan Nor Huzaira Maiza binti Maaropi) 6.10 Pihak sekolah hanya menumpu kelas tambahan untuk murid- murid UPKK iaitu Tahun 5. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 9: Mempelbagaikan makanan di kantin. (Puan Hasanah binti Mohamed) 6.11 Pihak sekolah memaklumkan bahawa kontrak pihak kantin tamat pada Mac 2023. Oleh itu, pihak sekolah akan membuka tender baru kepada pengurusan lain selepas ini. 6.12 Pengerusi mohon ibu bapa bersabar dan tunggu dengan menu daripada tender baru. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 10 : Meletakkan kerusi di bahagian ruangan murid menunggu ibu bapa. (Tuan Mazli bin Othman) 6.13 Mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan dana PIBG dalam penyediaan kerusi batu untuk anak- anak murid. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar MinitMesyuaratAgung


Usul 11: Mengadakan aktiviti gotong- royong. (Tuan Mohd Nizam bin Hj Yusof) 6.14 Pengerusi mencadangkan pihak sekolah mengadakan aktiviti ini 3 bulan sekali samada Sabtu atau Ahad. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 12: Memohon membuat lantai simen di Dataran Mohamad. (Puan Nur Atikah binti Abdul Aziz) 6.15 Pengerusi memaklumkan pihak sekolah telah membuat dan menghantar surat kepada Markas Garison untuk Tindakan selanjutnya. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar Usul 13: Mengadakan aktiviti sukan atau riadah untuk murid- murid. ( Puan Mahzufah binti Abdul Malek) 6.16 Pihak sekolah akan mempertimbangkan dengan mencari masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Tindakan : Pengerusi / Guru Besar 7.0 HAL- HAL LAIN DAN UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Tiada hal- hal lain. 7.2 ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan mesyuarat ditangguhkan jam 11 pagi. Tindakan : Makluman semua MinitMesyuaratAgung


Disediakan Oleh: ………………………………………… ZATUL HIJANAH BINTI AYUB SETIAUSAHA PIBG SRA JAIM KEM TERENDAK Disahkan Oleh : ………………………………………… LT. KOL. MOHD FADHIL BIN HASSAN PENGERUSI PIBG SRA JAIM KEM TERENDAK MinitMesyuaratAgung


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 LaporanPenyataKewangan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 LaporanPenyataKewangan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 LaporanPenyataKewangan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 LaporanPenyataKewangan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 LaporanPenyataKewangan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 PerakuanBendahari& Pemeriksa


LaporanAktivitiTahunan MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1. Motivasi UPKK 2023 30/09/2023 Dewan INSAN, Kem Terendak, Melaka. 2. Hari Anugerah Kecemerlangan UPKK 2023 01/02/2024 Dewan Perwira, Kem Terendak, Melaka. 3 Mesyuarat Agung PIBG 2024 29/06/2024 Dewan Perwira, Kem Terendak, Melaka.


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 LaporanPencapaian Sekolah BIL. NAMA PROGRAM NAMA MURID/ACARA 1. IHTIFAL ILMI PERINGKAT ZON TAHUN 2023 MUHAMMAD ZUHDI BUKHARI BIN AZHAR (JOHAN HAFAZAN LELAKI) 2. IHTIFAL ILMI PERINGKAT ZON TAHUN 2023 ARISSA DHIA ZAHRA BINTI AMIN (TEMPAT KE-3 KHAT PEREMPUAN) 3 IHTIFAL ILMI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023 MUHAMMAD ZUHDI BUKHARI BIN AZHAR (JOHAN HAFAZAN LELAKI) 4. IHTIFAL ILMI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023 ARISSA DHIA ZAHRA BINTI AMIN (TEMPAT KE-2 KHAT PEREMPUAN) 5. IHTIFAL ILMI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 MUHAMMAD ZUHDI BUKHARI BIN AZHAR (TEMPAT KE-2 HAFAZAN LELAKI) 6. IHTIFAL ILMI PERINGKAT ZON TAHUN 2024 MUHAMMAD ASYRAF BAIHAQI BIN AZHAR (JOHAN HAFAZAN LELAKI) 7. IHTIFAL ILMI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2024 MUHAMMAD ASYRAF BAIHAQI BIN AZHAR (JOHAN HAFAZAN LELAKI)


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 UsulMesyuarat BIL. PERKARA 1. ENCIK MOHAMAD HAFIZEE BIN MD ALI (TAHUN 1) ENCIK HAZIRON HASAN (5 MUSIM 1) ENCIK MOHD AMINUDIN MOKHTAR (TAHUN 4) ENCIK MURLIZOHAIRY BIN MURLIS (1 BAIHAQI 1) Membaik pulih dan menyelenggara tandas sekolah bagi keselesaan anakanak. 2. ENCIK MOHD AMINUDIN MOKHTAR (TAHUN 4) Membuat pemeriksaan sekiranya terdapat barang atau buku murid yang hilang. 3. ENCIK MOHAMMAD NAJME (1 BAIHAQI 1) Menambahbaikan dan keceriaan kelas. 4. PUAN FARHANIS BINTI CHE SALIM (1 BAIHAQI 1) Mohon pihak sekolah pertimbangkan untuk penggunaan buku tulis bagi darjah 1/2024 terus diguna pakai sehingga darjah 2/2025. Ini kerana saya melihat kurangnya penggunaan buku tulis yang masih banyak kosong dan ada tidak disentuh lagi. 5. ENCIK MOHAMAD ROSZAINI (4 BAIHAQI 3) Harap pihak sekolah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk membuat semburan nyamuk di kawasan sekolah dan luar pagar kawasan longkang kerana terdapat banyak nyamuk aedes semasa ingin mengambil anak di sekolah waktu pulang dari sekolah. 6. PUAN NORIZA BINTI RAHMAT (5 MUSLIM 1) Menyediakan papan tanda “Dilarang Masuk” semasa waktu persekolahan


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 UsulMesyuarat BIL. PERKARA 7. PUAN NURUL NADIA BINTI NASER (4 BAIHAQI 5) Guru kelas digalakkan membuat ‘spotcheck’ bagi setiap kelas masing-masing untuk mengelakkan pelajar membawa barangan larangan seperti mercun, vape, pomade dan lain-lain. 8. 9. PUAN KALSUM BINTI ABDUL RAHMAN (2 MUSLIM 5) Membuat perjumpaan ibu bapa dan guru dilakukan 2x setahun untuk mengetahui status Pendidikan ‘face to face’. Penutupan bahagian atas longkang sekeliling sekolah untuk keselamatan anak-anak. Risiko anak-anak terjatuh. 10. ENCIK MOHD SHUKRI BIN MAT SAAD (5 MUSLIM 1) Modul pembelajaran diberitahu lebih awal supaya pembelajaran anak-anak dirancang. Apa yang berlaku sekarang buku teks/modul dapat sangat lambat. Walaupun masalah pada peringkat JAIM, tetapi harus diketengahkan. 11. PUAN NORADNI ZAKARIA (6 BAIHAQI 4) Mohon pihak sekolah menyediakan mesin air minuman untuk murid-murid. 12. PUAN HUMIRAH BINTI ABDUL HALIM (2 MUSLIM 5) Memohon pihak sekolah membuat signboard (papan waktu persekolahan waktu datang dan waktu balik). Sekurang-kurangnya ada 2 signboard di bulatan dan kawasan blok transit simpang, serta membuat laluan sehala sahaja.


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 UsulMesyuarat BIL. PERKARA 13. ENCIK MOHAMAD FIRDAUS BIN HALAHAM (6 BAIHAQI 1) Menambahbaik infrastruktur Dewan Muhammad. 14. ENCIK JAFFRIDIN BIN BASIR (4 BAIHAQI 5) Bilik darjah sentiasa dikunci bagi mengelakkan monyet membuang najis. Sentiasa dibasmi kuman untuk mengelakkan baju atau beg sekolah berbau hancing.


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 JawatankuasaPelaksana PENYAMBUT TETAMU USTAZAH ILYANA BINTI MD SAH USTAZAH NUR ATIKAH BINTI ABDUL AZIZ PENDAFTARAN DAN JAMUAN USTAZAH NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ALI UTAZAH NORASMIZA BINTI MOHD ZIN USTAZAH NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD KAMAL USTAZAH NOOR RAIHANA BINTI ABD RAHMAN PENCATAT MINIT & BUKU PROGRAM USTAZAH ZATUL HIJANAH BINTI AYUB PENGACARA MAJLIS USTAZAH NUR ATIKAH BINTI ABDUL AZIZ PERSIAPAN TEMPAT USTAZAH NUR AZMINA BINTI MOHD ZAINI USTAZ MUHAMMAD ZIKRILHAKIM BIN CHE MAN USTAZ DURRANI BIN DAHALAN USTAZAH HAZLINA BINTI MAD SIDEK BACAAN DOA USTAZ DURRANI BIN DAHALAN SIARAYA USTAZAH NUR AZILA BINTI AHMAD AZUAN USTAZAH ADIPBATUL AQMALIAH BINTI ROSLAN HADIAH CABUTAN BERTUAH USTAZAH RAJA NOOR FADHILAH BINTI RAJA KAMARUN ZAMAN USTAZAH ZAINI BINTI KASSIM USTAZAH NOR ATIQAH HUMAIRAH BINTI HASAN USTAZAH NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ALI UTAZAH NORASMIZA BINTI MOHD ZIN USTAZAH NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD KAMAL USTAZA NOOR RAIHANA BINTI ABD RAHMAN KEBERSIHAN & KESELAMATAN SEMUA GURU


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-1 SekalungPenghargaan Jutaan terima kasih kepada : PERASMI, LEFTENAN KOLONEL ANNUAR BIN HAJI KALIMAN GURU BESAR, SRA JAIM KEM TERENDAK PENGERUSI PIBG, SRA JAIM KEM TERENDAK JAWATANKUASA PIBG, SRA JAIM KEM TERENDAK PARA IBU BAPA DAN PENJAGA dan PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK LANGSUNG dalam menjayakan MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-1 SRA JAIM KEM TERENDAK


Click to View FlipBook Version