SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI,
PARIT 4, 45400 SEKINCHAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : BBD3056
Tel / Fax : 03-3241 1859 Emel : [email protected]
SEMUA GURU Ruj. kami :
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ghandiji Tarikh : 12 MAC 2022
Parit 4, 45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan/Puan,
MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2022/2023
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut:
2.1 Tarikh : 14 Mac 2022
2.2 Masa : 10 Pagi
2.3 Tempat : Pusat Sumber Sekolah
2.4 Pengerusi : Guru Besar
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Ucapan Guru Besar
3.2 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3.3 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3.4 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup
4. Kehadiran dan Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan anda
diucapkan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan Amanah,
…………………………………
(UGANESWARY MUTHU)
SJKT Ghandiji
S/k : 1. Fail Pentadbir
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI,
PARIT 4, 45400 SEKINCHAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : BBD3056
Tel / Fax : 03-3241 1859 Emel : [email protected]
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT
Mesyuarat : Mesyuarat Guru Bil 1 2022/2023
Tarikh : 14 Mac 2022
Masa : 10 Pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : Pn.Florence Arockiasamy
HADIR
Bil Nama Jawatan Tandatangan
1 Pn. FLORENCE AROKIASAMY GURU BESAR
2 PN.S. PUVANESWARI SUBRAMANIAM PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
3 PN. S. SARESWATHY SHUNMUGAM PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID
4 EN. KAMARULZAMAN BIN TASLIMAN PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
5 CIK. UGANESWARY MUTHU GURU
6 CIK. THAATCHAAYANI MUTHUMANIKAM GURU
7 CIK. RUBINIA ARUMUGAM GURU
8 CIK. MOVINA ANBUMANIAM GURU
TIDAK HADIR
Bil Nama Jawatan Catatan
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………… ……………………………
(UGANESWARY MUTHU) (FLORENCE AROCKISAMY)
SJKT Ghandiji Guru Besar
SJKT Ghandiji
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI,
PARIT 4, 45400 SEKINCHAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : BBD3056
Tel / Fax : 03-3241 1859 Emel : [email protected]
MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2022/2023 Jawatan
Penasihat / Guru Besar
Tarikh : 14 Mac 2022 Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Masa : 10 Pagi – 1.00 Tengah hari Penolong Kanan Kokurikulum
Guru
Tempat : Pusat Sumber Sekolah Guru
Guru
Kehadiran :
Guru
Bil. Nama Guru
1. Pn. Florence Arokiasamy
2. Pn. S.Puvaneswari Subramaniam
3. Pn. S. Sareswathy Shunmugam
4. En. Kamarulzaman Bin Tasliman
5. Cik. Uganeswary Muthu
6. Cik. Rubinia Arumugam
7. Cik Anusha Ramu
Tidak Hadir (Bersebab)
1. Cik. Movina Anbumaniam
2. Cik. Thaatchaayani Muthumanikam
Urus Setia Mesyuarat : Setiausaha
1. Cik. Uganeswary Muthu
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan selamat kembali bertugas kepada semua guru
bagi sesi persekolahan penggal 1 tahun 2022.
2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
2.1 Tiada
Tindakan: Makluman
3. PEMBENTANGAN/PERBINCANGAN ISU BAHARU
3.1 ISU AM
3.1.1 Pengerusi memaklumkan mengenai kehadiran guru iaitu sebelum pukul 7.10
pagi dan waktu balik ialah pada pukul 1.30 tengah hari.
Tindakan: Semua Guru
3.1.2 Guru bertugas perlu berada di pagar setiap hari pada pukul 7.00 hingga 7.15
pagi.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI,
PARIT 4, 45400 SEKINCHAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : BBD3056
Tel / Fax : 03-3241 1859 Emel : [email protected]
Tindakan: Semua Guru
3.1.3 PdPc guru perlu meranngkumi amalan abad ke-21 yang berfokuskan kepada
kemenjadian murid.
Tindakan: Semua Guru
3.1.4 Guru kelas dan Guru bilik khas perlu memastikan kelas dan bilik khas
diceriakan dengan berinformasi.
Tindakan: Semua Guru
3.1.5 Tahap pencapaian setiap murid perlu ditampal di papan kenyataan kelas
masing-masing.
Tindakan: Semua Guru
3.1.6 Pelaporan PBD perlu diberikan kepada ibu bapa sebelum 16 Mac 2022 dan
perlu didokumentasikan dalam fail PBD.
Tindakan: Penyelaras PBD
3.1.7 Pengerusi menasihat bahawa guru – guru tidak boleh memesan barang kepada
kerani sekolah tanpa pengetahuan beliau.
Tindakan: Semua Guru
3.1.8 Pengerusi menyatakan bahawa beliau harus menandatangani borang pesanan
barang sebelum dihantar untuk membeli.
Tindakan: Kerani Sekolah
3.1.9 Pengerusi memberitahu bahawa guru – guru tidak boleh membuat perancangan
sesuatu program tanpa pengetahuan Guru besar.
Tindakan: Semua Guru
3.2 PERANCANGAN PANITIA
3.2.1 Pengerusi meminta semua panitia untuk merancang aktiviti bagi murid dan
guru.
3.2.2 Perancangan aktiviti haruslah mengikut kebolehan & kemahiran murid dan
guru.
3.2.3 Aktiviti – aktiviti yang dirancang perlu memperkasakan guru – guru dalam
bidang tersebut. Tindakan: Semua KP
3.3 PERANCANGAN PLC
3.3.1 Pengerusi memberitahu tentang perancangan PLC yang perlu dijalankan pada
tahun ini.
3.3.2 Penyelaras PLC perlu menyediakan satu jadual PLC bagi tahun ini.
3.3.3 Perbincangan professional, merungkai DSKP, perancangan pedagogi dan
penulisan RPH yang berkesan perlu diberi perhatian dalam PLC yang
dijalankan.
Tindakan: Penyelaras PLC
3.4 PROGRAM MOTIVASI INSAN GEMILANG
3.4.1 Pengerusi memberikan penjelasan mengenai Program Motivasi Insan
Gemilang(PMIG) yang perlu dijalankan pada minggu pertama bagi murid –
murid tahap 2.
3.4.2 Guru bimbingan kaunseling perlu dibimbing cara pelaksanaanya oleh PK HEM.
3.4.3 Guru B&K perlu menyediakan jadual dan buku panduan bagi program tersebut.
Tindakan: Guru B&K
3.5 BERAT BEG MURID
3.5.1 Pengerusi memesan supaya guru kelas untuk pastikan berat beg murid – murid
mestilah 15% dari berat badan murid berkenaan.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI,
PARIT 4, 45400 SEKINCHAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : BBD3056
Tel / Fax : 03-3241 1859 Emel : [email protected]
3.5.2 Guru – guru perlu pastikan bahawa murid-murid menyimpan buku mereka di
loker kelas masing – masing. Murid hanya boleh membawa buku jika
mempunyai kerja rumah yang perlu disiapkan.
3.5.3 Murid tidak digalakan untuk menyimpan buku di rumah.
Tindakan: Guru Kelas
3.6 BUKU AKTIVITI MURID
3.6.1 Pengerusi memberitahu bahawa buku tulis dan buku aktiviti yang dibelikan
untuk murid boleh digunakan oleh murid di rumah.
Tindakan: Semua Guru
3.7 PROGRAM CUP 3
3.7.1 Pengerusi telah memberikan penerangan tentang CUP 3 yang perlu dijalankan
selama 1-4 minggu.
3.7.2 Guru – guru tidak perlu membuat perancangan untuk Rancangan Pengajaran
Tahunan.
3.7.3 Dalam Penulisan RPH, objektif tidak perlu diasingkan bagi murid – murid yang
mendapat TP 1,2,3. Objektif dan kemahiran haruslah sama.
3.7.4 Aktiviti juga tidak diwajibkan tetapi latihan bimbingan terbeza digalakan.
3.7.5 Refleksi perlu diasingkan dan perlu catatkan TP murid.
3.7.6 RPH perlu dihantar kepada Guru besar sebelum balik dengan melengkapkan
refleksi dan TP.
Tindakan: Semua Guru
3.8 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
3.8.1 Pengerusi memberitahu tentang fasa – fasa yang terdapat dalam program
Transisi Tahun 1.
3.8.2 Terdapat 2 fasa iaitu fasa penyesuaian selama 2 minggu dan fasa penyediaan
selama 2 minggu.
3.8.3 Fasa penyesuaian dijalankan dengan aktiviti seperti suai kenal, aktiviti fizikal,
aktiviti rutin, pembelajaran dan perbualan awal.
3.8.4 Aktiviti – aktiviti tersebut akan dijalankan dengan pelbagai kaedah pentaksiran
PBD mengikut lampiran A.
3.8.5 Pelaksanaan fasa 2 adalah seperti dalam lampiran A.
3.8.6 Guru tahun 1 perlu merancang pdpc terbeza berdasarkan tahap kesediaan
murid.
3.8.7 Guru tahun 1 boleh merujuk tema KIT PTTS 2.0 dimana pilihan tema mengikut
kebolehan, minat, latarbelakang dan persekitaran murid.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 1
3.9 PROGRAM ASAH MINDA
3.9.1 Pengerusi memberitahu tentang program bacaan yang akan dimulakan pada
pukul 7.15-7.45 pagi.
3.9.2 Setiap guru kelas mesti berada di kelas masing – masing ikut matapelajaran
Bahasa iaitu BT, BI, BI dan Matematik secara bergilir – gilir untuk memantau
murid – murid dan mendapatkan data bacaan murid.
3.9.3 Data bacaan program Asah Minda bagi tahun 2021/2022 masih belum diterima
lagi.
3.9.4 Data awalan 2021, perkembangan dan data akhiran 2021(februari) dengan
eviden sekali (gambar, audio, petikan, ayat,) perlu disertakan.
3.9.5 Pastikan setiap murid menguasai Literasi numerasi asas.
Tindakan: KP BT, BM, BI& MATEMATIK
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI,
PARIT 4, 45400 SEKINCHAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEKOLAH : BBD3056
Tel / Fax : 03-3241 1859 Emel : [email protected]
3.10 PDPC GURU
3.10.1 Pengerusi memberitahu tentang elemen yang perlu diberi perhatian oleh guru
dalam PdPc masing – masing.
3.10.2 Guru – guru boleh menggunakan teknik main peranan, projek, didik hibur,
bercerita, amalan abad-21 dan pemerhatian professional serta mengalakkan
murid untuk bercakap, membimbing dan membentang.
3.10.3 Guru – guru juga boleh menggunakan kemudahan yang ada di sekolah seperti
bilik ICT, LCD, SMART TV, makmal sains, PSS dan bilik seni dengan
sepenuhnya.
Tindakan: Semua Guru
3.11 PELAKSANAAN SOP
3.11.1 Pengerusi memberitahu tentang SOP yang perlu dipatuhi oleh semua warga
sekolah dengan sepenuhnya.
3.11.2 Guru – guru perlu pastikan murid – murid mematuhi SOP ynag ditetapkan di
sekolah.
3.11.3 Penjarakan social, penggunaan sanitizer, mencuci tangan dan pergaulan perlu
diberi perhatian oleh guru kelas.
Tindakan: Semua Guru Kelas
3.12 PENGGUNAAN HIDDEN TALENT SHOW STAGE
3.12.1 Pengerusi menerangkan tentang tapak hidden talent show yang baru dibina di
sekolah.
3.12.2 Tapak tersebut perlu digunakan dengan sepenuhnya bagi bercerita, menyanyi
dan pelbagai aktiviti yang boleh mencungkil keluar bakat murid yang
terpendam.
3.12.3 Tapak ini juga boleh digunakan untuk permainan dalaman bagi sesi pdpc.
Tindakan: Semua Guru
3.13 PENDAFTARAN PRA SEKOLAH & TAHUN 1
3.13.1 Pengerusi meminta unit HEM bagi memastikan tentang pemakluman iklan
kepada Ibubapa tentang pendaftaran Pra sekolah dan Tahun 1 bagi sesi
2023/2024
Tindakan: Unit HEM
3.14 PENGAGIHAN TUGAS GURU
3.14.1 Pengerusi memberitahu tentang pengagihan tugasan guru bagi semua unit.
(Lampiran)
Tindakan: Guru Besar
4. HAL – HAL LAIN
4.1.1 Mesyuarat diteruskan dengan pembentang oleh Unit Kurikulum, Unit HEM dan
Unit Kokurikulum
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………… ……………………………
(UGANESWARY MUTHU) (FLORENCE AROCKISAMY)
SJKT Ghandiji Guru Besar
SJKT Ghandiji