The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khoryanchien, 2022-09-01 21:41:18

Contoh KK Pljr 2020

Contoh KK Pljr 2020

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2020

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK MENGKAJI KADAR PERUBAHAN TENAGA BURUH
DAN GUNA TENAGA SERTA PERATUS GUNA
NAMA CALON TENAGA DALAM SEKTOR KETIGA DI MALAYSIA
NOMBOR DARI TAHUN 2002 HINGGA TAHUN 2012
KAD PENGENALAN
ELLITA NUR RABI’ATUL IZZAH BINTI IMAM
MUHADI

010812-07-0100

ANGKA GILIRAN SP1501/1045

KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN,
JALAN HAMILTON, 11600, PULAU PINANG.
ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU PN. KHOR YAN CHIEN

TANDATANGAN
GURU

TARIKH

i

Lampiran 2
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2020

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang
markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon Ellita Nur Rabi’Atul Izzah binti Imam Muhadi
No. Kad Pengenalan Calon 010812-07-0100
Angka Giliran Calon SP1501/1045
Nama Pusat Kerja Kursus Calon Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin

Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja
kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau
membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau
calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh
pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah.

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru

Nama Guru Pn. Khor Yan Chien

Tarikh
Alamat

ii

BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2020

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Gilira:n SP1501/1045 No.Kad Pengenalan :010812-07-0100

iii

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru EKONOMI
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses
kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2020
mengikut peraturan yang ditetapkan Oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru•
Nama Guru•
Tarikh •
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan

dilampir pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja
kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji
iaitu Lisyatul Rani binti Zahari dan Imam Muhadi bin Rohman dan ahli keluarga yang
lain yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada pengkaji untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, kerja kursus ini
akan menjadi sukar kepada pengkaji.

Seterusnya, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
pembimbing yang mengajar pengkaji iaitu, Puan Khor Yan Chien kerana telah
mengorbankan masa, memberikan tunjuk ajar dan nasihat ke atas kerja kursus ini
untuk membantu pengkaji menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, pengkaji juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
yang tidak terhingga kepada pihak sekolah iaitu pengetua Kolej Tingkatan Enam Haji
Zainul Abidin, Encik Muhammad Ariff bin Abdullah dan pihak pentadbir yang lain,
kerana telah memberi keizinan dan kemudahan kepada pengkaji untuk menyiapkan
kajian ini dengan lancar dan teratur.

Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan khusunya
Nurulain Adila binti Mohamed Aidi dan rakan sekelas yang lain kerana telah terlibat
dalam membantu pengkaji menyiapkan kerja kursus Ekonomi ini.

Akhir kata, pengkaji berharap agar kajian ini dapat menjadi panduan kepada
pengkaji dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa depan .

v

ABSTRAK
Tajuk kajian ini adalah untuk mengkaji kadar perubahan tenaga buruh dan guna
tenaga serta peratus guna tenaga dalam sektor ketiga di Malaysia dari tahun 2002
hingga tahun 2012. Objektif kajian yang pertama adalah untuk meninjau kadar
perubahan tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun
2012. Manakala objektif kedua adalah untuk menganalisis peratus guna tenaga dalam
sektor ketiga di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Data sekunder
digunakan oleh pengkaji dan antara kaedah yang digunakan untuk memperoleh data
adalah menggunakan buku, sumber internet dan portal rasmi kerajaan. Pengkaji
merujuk Laporan Ekonomi, buku-buku rujukan ekonomi dan portal rasmi Jabatan
Perangkaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat. Data-data yang dikumpulkan
untuk objektif pertama dan objektif kedua akan dihasilkan dalam bentuk jadual dan
dipaparkan dalam bentuk graf bergaris dan graf bar masing-masing. Hasil kajian
objektif satu mendapati bahawa kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga paling
rendah berlaku pada tahun 2005. Hal ini disebabkan oleh kewujudan wabak SARS
yang memberi pengaruh besar dalam sektor ekonomi. Walaubagaimanapun, hasil
kajian objektif kedua menunjukkan bahawa peratus guna tenaga paling tinggi
dicatatkan pada tahun 2011. Hal ini kerana industri pelancongan berjalan dengan giat.
Kesimpulan daripada kajian ini adalah semua pihak perlulah bekerjasama dalam
membantu membangunkan ekonomi agar ekonomi dapat mencapai guna tenaga
penuh.

vi

ISI KANDUNGAN

BUTIR HALAMAN
i
MUKA DEPAN ii

BORANG PERAKUAN CALON iii-iv
v
BORANG REKOD KERJA KURSUS vi
vii
PENGHARGAAN 1
2
ABSTRAK
2
ISI KANDUNGAN
2
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
3
2.0 PENYATAAN MASALAH 4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5-12

3.1 Meninjau kadar perubahan tenaga buruh dan guna 13-18

tenaga di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012 19

3.2 Menganalisis peratus guna tenaga dalam sektor ketiga 19

di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012 20
21-22
4.0 KAEDAH KAJIAN 23-29

4.1 Kaedah Memperoleh Data

4.2 Kaedah Analisis Data

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Dapatan Kajian Objektif 1 : Meninjau Kadar Perubahan

Tenaga Buruh dan Guna Tenaga di Malaysia dari Tahun

2002 hingga Tahun 2012

5.2 Dapatan Kajian Objektif 2 : Menganalisis Peratus Guna

Tenaga Dalam Sektor Ketiga di Malaysia dari Tahun

2002 hingga Tahun 2012

6.0 CADANGAN

6.1 Cadangan Untuk Meningkatkan Bilangan Tenaga Buruh

dan Guna Tenaga di Malaysia

6.2 Cadangan Untuk Meningkatkan Bilangan Guna Tenaga

dalam Sektor Ketiga di Malaysia

7.0 RUMUSAN KAJIAN

8.0 SENARAI RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN

vii

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Tajuk kajian ini adalah mengkaji kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga

serta peratus guna tenaga dalam sektor ketiga di Malaysia dari tahun 2002 hingga
tahun 2012. Tenaga buruh merujuk kepada penduduk berumur dalam lingkungan 15
hingga 64 tahun yang sedang bekerja dan aktif mencari pekerjaan tetap tidak
termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan penganggur sukarela. (Teks Efektif STPM
Ekonomi Malaysia). Tenaga buruh terdiri daripada buruh mahir, buruh separa mahir
dan buruh tidak mahir. (scribd.com, 12 Januari 2013). Guna tenaga merujuk kepada
tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan produktif, iaitu yang menyumbang kepada
proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. (Teks Efektif STPM Ekonomi
Malaysia). Kajian mengenai guna tenaga ini penting untuk memastikan bekalan
tenaga buruh sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa
meningkat. (makroekonomistpm.blogspot.com)

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan keluhan wakil Persatuan Koperasi
Pertanian Cameron Highlands, Wong Seng Yee yang memberitahu, kekurangan
tenaga kerja di Cameron Highlands mengancam sektor pertanian. Ada kajian
mendapati, Cameron Highlands kini menyumbang kira-kira RM5 billion kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ). Oleh itu, kekurangan 50 peratus tenaga
buruh akan memberikan kesan besar kepada produktiviti KDNK dan boleh
menyebabkan kerugian kepada petani dan kenaikan harga sayur-sayuran.
(astroawani.com, 23 Januari 2018)

Malaysia berada dalam kategori negara guna tenaga penuh apabila mencatatkan
kadar 3.3 peratus pengangguran pada tahun 2018, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga berkata kadar pengangguran belia adalah pada kadar 10.9 peratus dan
merupakan fenomena biasa dihadapi negara membangun dan maju di dunia kerana
golongan ini dikatakan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran
kepada realiti pasaran pekerjaan. Belia perlu dituntut memantapkan jati diri dan sikap
menepati ciri-ciri pekerja yang dicari majikan iaitu komited, rajin, berdaya tahan,
kerja berpasukan, berkeinginan untuk belajar, kebolehan bekerja di bawah tekanan
dan bersikap proaktif. ( Bharian.com, 11 Julai 2019 )

1

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk meninjau kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga
di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Ini adalah untuk mengkaji sama ada
kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga mengalami nilai negatif atau positif
pada tahun-tahun berkenaan. Jika kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga
mengalami nilai positif, hal ini akan menyebabkan agihan tenaga buruh di setiap
sektor ekonomi adalah dalam kuantiti yang besar. Kesannya, ia dapat meningkatkan
produktiviti sektor ekonomi tersebut. Oleh itu, kerajaan perlulah mengekalkan dasar-
dasar sedia ada. Selain itu, jika kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga
mengalami nilai negatif, hal ini menunjukkan bahawa tenaga buruh yang bekerja
semakin berkurangan. Perkara ini mungin disebabkan oleh kekurangan peluang
pekerjaan. Oleh itu, kerajaan perlulah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
dan menyediakan lebih banyak latihan dan kursus khususnya kepada golongan belia
agar mereka dilengkapi kemahiran yang menguntungkan.

Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis peratus guna tenaga dalam sektor
ketiga di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Jika peratus guna tenaga dalam
sektor ketiga pada setiap tahun kurang daripada 50% dan berlaku pengurangan, maka
kerajaan perlu melaksanakan sesuatu dasar untuk meningkatkan bilangan penyertaan
tenaga buruh dalam sektor ketiga. Menurut statistik daripada Jabatan Perangkaan,
sektor ketiga memberi sumbangan paling besar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) berbanding sektor lain. Oleh itu, langkah yang boleh dilakukan kerajaan
untuk menarik minat lebih banyak tenaga buruh menyertai sektor ketiga adalah
kerajaan boleh meningkatkan upah pekerja sektor ketiga atau memberikan ganjaran
tambahan seperti elaun tambahan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
3.1 Meninjau kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia dari tahun
2002 hingga tahun 2012
3.2 Menganalisis peratus guna tenaga dalam sektor ketiga di Malaysia dari tahun 2002
hingga tahun 2012.

2

4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan data sekunder. Data

sekunder merupakan data yang dikumpulkan oleh individu atau penyelidik lain
(sosiologis.com). Kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk menghubungkaitkan
objektif dengan hasil kajian.

4.1 Kaedah Memperoleh Data
4.1.1 Buku
Buku merupakan salah satu sumber pengkaji untuk memperoleh beberapa

maklumat. Contohnya, pengkaji menggunakan buku Teks Efektif STPM Ekonomi
Malaysia oleh Theng Kock Leing untuk mencari maksud-maksud istilah tertentu
seperti tenaga buruh dan guna tenaga.

4.1.2 Sumber Internet
Pengkaji melayari laman sesawang tertentu untuk mendapatkan maklumat
mengenai tajuk kajian. Antaranya adalah pengkaji memperoleh maklumat mengenai
pencapaian Malaysia yang berada dalam kategori negara guna tenaga penuh apabila
mencatatkan kadar 3.3 peratus pengangguran pada tahun 2018 di laman web Berita
Harian. (https://www.bharian.com.my)
4.1.3 Agensi Kerajaan
Pengkaji juga memperoleh maklumat daripada portal agensi kerajaan. Data-data
mengenai jumlah tenaga buruh dan guna tenaga mengikut sektor telah dapat diperoleh
oleh pengkaji daripada portal Jabatan Perangkaan Malaysia.

4.2 Kaedah Analisis Data
Data-data mengenai kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia

dari tahun 2002 hingga tahun 2012 akan dihasilkan dalam bentuk jadual. Seterusnya,
melalui jadual yang dihasilkan, pengkaji akan menggunakan graf bergaris untuk
memaparkannya agar mudah dianalisis dan difahami. Penggunaan rumus kadar
perubahan tenaga buruh dan guna tenaga digunakan untuk melengkapkan jadual dan
graf.

3

Rumus kadar perubahan tenaga buruh adalah seperti berikut :

ℎ − ℎ −1 × 100
ℎ −1

Rumus kadar perubahan guna tenaga adalah seperti berikut :

− −1 ×100
−1

Manakala segala data bagi objektif kedua iaitu menganalisis peratus guna tenaga
dalam sektor ketiga di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012 akan dihasilkan
dalam bentuk jadual dan dipaparkan dalam bentuk graf bar. Rumus peratus guna
tenaga dalam sektor ketiga juga digunakan.

Rumus peratus guna tenaga dalam sektor ketiga adalah seperti berikut :

× 100


4

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Meninjau Kadar Perubahan Tenaga Buruh dan Guna Tenaga di Malaysia
dari Tahun 2002 hingga Tahun 2012

Jadual 1 : Kadar Perubahan Tenaga Buruh dan Guna Tenaga di Malaysia dari Tahun
2002 Hingga Tahun 2012

TAHUN TENAGA KADAR PERUBAHAN GUNA KADAR
BURUH TENAGA BURUH (%) TENAGA PERUBAHAN
(‘000 orang) GUNA TENAGA
(‘000 orang) (%)

2001 9,699.4 - 9,357.0 -

2002 9,886.2 1.93 9,542.6 1.98

2003 10,239.6 3.57 9,869.7 3.43

2004 10,346.2 1.04 9,979.5 1.11

2005 10,413.4 0.65 10,045.4 0.66

2006 10,628.9 2.07 10,275.4 2.29

2007 10,889.5 2.45 10,538.1 2.56

2008 11,028.1 1.27 10,659.6 1.15

2009 11,315.3 2.60 10,897.3 2.23

2010 12,303.9 8.74 11,899.5 9.20

2011 12,675.8 3.02 12,284.4 3.23

2012 13,119.6 3.50 12,723.2 3.57

Sumber : Disesuaikan daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 1 menunjukkan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga di
Malaysia dari tahun 2002 hingga 2012. Tenaga buruh merupakan penduduk yang
sedang dan aktif mencari pekerjaan dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun.
Bilangan tenaga buruh akan mengalami perubahan dari masa ke masa. Guna tenaga
pula secara ringkasnya merujuk kepada orang yang sedang bekerja. Pada setiap tahun
akan berlakunya peningkatan dalam bilangan tenaga buruh dan guna tenaga. Kadar
perubahan tenaga buruh dan guna tenaga yang paling tinggi terjadi pada tahun 2010.
Manakala kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga paling rendah berlaku pada
tahun 2005.

5

Graf 1 : Kadar Perubahan Tenaga Buruh dan Guna Tenaga di Malaysia dari Tahun
2002 hingga Tahun 2012.

Kadar Perubahan Tenaga Buruh dan Guna Tenaga
di Malaysia dari Tahun 2002 hingga Tahun 2012

20

18 8.74

16

14

Kadar Perubahan (%) 12

10 Tenaga Buruh
9.2 Guna Tenaga

8

3.57 3.5
6 3.02

2.45 2.6
2.07
4 1.93
3.43 3.23 3.57

2 1.98 1.04 2.29 2.56 1.27 2.23

1.11 0.65 1.15
0.66

0

2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Tahun

Sumber : Disesuaikan daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia

Graf 1 menunjukkan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga dari tahun
2002 hingga tahun 2012 di Malaysia.

Peningkatan dalam kadar perubahan tenaga buruh dan guna ditunjukkan dari
tahun 2002 hingga tahun 2003. Peningkatan sebanyak 1.93% berlaku bagi bilangan
tenaga buruh manakala 1.98% bagi peningkatan bilangan guna tenaga.

6

Peningkatan ini berlaku disebabkan oleh keadaan ekonomi yang lebih mantap.
(Laporan Ekonomi 2002/2003). Peningkatan permintaan dalam negeri dan eksport
yang kukuh telah memanfaatkan pasaran buruh. Hal ini kerana, keadaan ekonomi
yang mantap menyebabkan lebih banyak urusniaga dapat dijalankan dan untuk
menghasilkan lebih banyak keluaran, lebih banyak buruh diperlukan. Permintaan yang
tinggi dalam pasaran buruh menyebabkan ramai rakyat memperoleh peluang
pekerjaan dalam sektor ekonomi tertentu. Sektor yang membangun pada tahun 2002
ialah sektor pembinaan. Kesannya, peningkatan dalam bilangan tenaga buruh dan
guna tenaga akan berlaku. Secara tidak langsung, kadar perubahan tenaga buruh dan
guna tenaga meningkat.

Dari tahun 2003 hingga 2005, kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga
mengalami penurunan berterusan. Kadar perubahan tenaga buruh menurun dari 3.57%
pada tahun 2003 kepada 0.65% pada tahun 2005. Manakala, kadar perubahan guna
tenaga juga menurun dari 3.43% pada tahun 2003 kepada 0.66% pada tahun 2005. Hal
ini bermakna, bilangan tenaga buruh dan guna tenaga meningkat dengan perlahan
sepanjang 3 tahun ini.

Penurunan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga dapat dilihat dari tahun
2003 hingga tahun 2005. Hal ini menunjukkan sepanjang tempoh tersebut,
peningkatan tenaga buruh dan guna tenaga berlaku dengan perlahan. Hal ni kerana,
pada tempoh berkenaan wujud masalah wabak SARS (Severe Acute Respiratory
Syndrome) yang menjejaskan ekonomi glokal. Wabak SARS merupakan penyakit
seperti jangkitan selsema yang terjadi antara tahun 2002 hingga tahun 2003
(Dr.Norhayati Rusli, Portal MyHealth, 5 Ogos 2013). Wabak ini telah menyebabkan
sentimen pengguna dan peniaga terjejas berikutan kekhuatiran terhadap kemungkinan
berpanjangnya dan meluasnya wabak SARS. Kebimbangan ini mengugat aliran
perdagangan dan pelaburan bukan sahaja di Malaysia malah di pasaran antarabangsa.
(Laporan Ekonomi , Jabatan Kewangan Malaysia). Hal ini jelas menunjukkan punca
berlakunya penurunan dalam kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga. Apabila
berlaku wabak atau penyakit yang berjangkit dan berbahaya, orang ramai akan lebih
gemar untuk duduk di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Jika kes jangkitan
semakin teruk, kerajaan mungkin akan melaksanakan perintah berkurung. Secara
tidak langsung, hal ini akan menyebabkan perniagaan juga terpaksa ditutup dan tidak
boleh beroperasi untuk sementara waktu. Kesannya, akan berlaku kerugian dalam
syarikat tersebut kerana tidak dapat menghasilkan jualan untuk tempoh lama.

7

Kerugian yang ditanggung firma seterusnya akan menyebabkan firma terpaksa
memberhentikan beberapa pekerja dan guna tenaga pada tempoh tersebut akan
berkurangan. Oleh itu, kemunculan wabak berjangkit dan berbahaya dapat
menyebabkan orang ramai kehilangan pekerjaan dan bilangan masyarakat yang
mencari pekerjaan hanya mampu meningkat dengan perlahan.

Peningkatan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga ditunjukkan dari
tahun 2005 hingga 2007. Kadar perubahan tenaga buruh meningkat kepada 2.45%
pada tahun 2007 berbanding 0.65% pada tahun 2005. Bagi kadar perubahan guna
tenaga pula meningkat dari 0.66% kepada 2.56%. Peningkatan kadar perubahan
tenaga buruh dan guna tenaga ini menunjukkan bahawa bilangan tenaga buruh dan
guna tenaga mengalami peningkatan yang agak banyak berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga berlaku disebabkan
oleh pelaksanaan Rangka Tindakan Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) Kebangsaan pada tahun 2006. Sebanyak 213 (daripada 248
program telah dikenal pasti) telah dilaksanakan pada tahun 2006. Antara hasil
daripada program utama tahun 2006 adalah kira-kira 128,000 PKS, usahawan wanita,
siswazah dan pelajar menerima latihan keusahawanan dan teknikal manakala premis
perindustrian dan perniagaan disediakan untuk lebih daripada 5,100 PKS. Selain itu,
sebanyak 780 PKS mendapat manfaat daripada program padanan dan pembesaran
perniagaan seperti Program Rangkaian Perindustrian dan SIMDEX 2006. (Laporan
Tahunan PKS 2006). Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya pelbagai
bantuan dan program yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
maka ia dapat menjadi punca kepada peningkatan dalam perubahan tenaga buruh dan
guna tenaga. Latihan dan khidmat nasihat yang disediakan dalam program ini dapat
menggalakkan lebih ramai masyarakat tanpa mengira usia untuk mempunyai
pengetahuan mengenai selok-belok perusahaan dan perniagaan. Ilmu ini akan
memanfaatkan lebih ramai masyarakat untuk memulakan perniagaan sendiri kerana
mereka mempunyai kemahiran pengurusan perniagaan yang telah dipelajari. Semakin
ramai yang terlibat dalam perniagaan, maka semakin banyak tenaga buruh digunakan.
Bukan itu sahaja, penyediaan premis dan pemberian bantuan kewangan turut menarik
lebih ramai orang menyertai bidang perusahaan. Masyarakat mengambil kesempatan
ini untuk terlibat dalam bidang perusahaan. Oleh itu, pemberian bantuan kerajaan dari
segi latihan dan kewangan dapat membantu dan menggalakkan lebih ramai orang

8

untuk terlibat dalam sesuatu bidang pekerjaan seperti bidang perniagaan. Kesannya,
bilangan tenaga buruh dan guna tenaga akan meningkat.

Pada tahun 2007 hingga tahun 2008, penurunan kadar perubahan tenaga buruh
dan guna tenaga telah terjadi. Kadar perubahan tenaga buruh menurun dari 2.45%
kepada 1.27%. Manakala, kadar perubahan guna tenaga menurun dari 2.56% kepada
1.15%. Ini menunjukkan peningkatan bilangan tenaga buruh dan guna tenaga berlaku
dengan perlahan.

Penurunan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2007
hingga tahun 2008 berlaku akibat daripada kemerosotan ekonomi global. Pada
separuh tahun pertama 2008, keadaan pasaran pekerja teguh sepanjang tempoh itu
kerana permintaan dalam negeri yang kukuh. Walau bagaimanapun menjelang akhir
tahun 2008, permintaan dalam negeri menyederhana dan keadaan pasaran pekerja
mula lembap pada separuh kedua tahun itu apabila syarikat-syarikat, terutamanya
dalam sektor perkilangan, bersikap berhati-hati ketika permintaan luar negeri merosot.
Hal ini terjadi ketika kemerosostan ekonomi global semakin buruk. Krisis ekonomi
global menjadi semakin buruk dalam separuh kedua tahun 2008, dan membawa
kepada kemerosotan yang mendadak pada permintaan luar negeri. (Laporan Tahunan
2008, Bank Negara Malaysia). Disini telah nyata ditunjukkan bahawa kemerosotan
dalam ekonomi global secara tidak langsung telah mempengaruhi permintaan dalam
dan luar negeri. Apabila ekonomi global mengalami kemerosotan maka ia akan
mengakibatkan pengurangan pelaburan dan penguncupan nilai eksport. Kesannya,
pengeluaran perindustrian secara tidak langsung akan merosot dan untuk
mengelakkan daripada berlakunya kerugian, syarikat akan mengambil tindakan awal
dengan mengurangkan pengambilan kurang tenaga kerja dan meletakkan syarat
kelayakan yang tinggi. Pada waktu yang gawat seperti ini, syarikat akan lebih fokus
dalam pengambilan pekerja yang mahir kerana mereka ingin mengurangkan kos
latihan keada pekerja baru. Oleh itu, kemerosotan ekonomi global memberi kesan
negatif kepada pengeluaran dunia dan menyebabkan kurangnya pengambilan tenaga
kerja yang baru. Akibatnya, bilangan tenaga kerja dan guna tenaga akan meningkat
dengan sederhana.

Peningkatan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga secara mendadak
terjadi antara tahun 2008 hingga tahun 2010. Pada tahun 2008, kadar perubahan
tenaga buruh adalah sebanyak 1.27% dan meningkat dengan tinggi kepada 8.74%
pada tahun 2010. Manakala, kadar perubahan guna tenaga meningkat dengan banyak

9

kepada 9.20% pada tahun 2010 daripada 1.15% pada tahun 2008. Ini menunjukkan
bahawa berlakunya peningkatan bilangan tenaga buruh dan guna tenaga dengan
sangat pantas.

Peningkatan yang mendadak ini terjadi disebabkan oleh pihak kerajaan
melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi 2 pada tahun 2009. Kerajaan telah
mengambil pelbagai inisiatif dalam pakej rancangan ini. Antaranya adalah
mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat yang sedia ada,
mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan di pelbagai agensi
kerajaan, mewujdkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor
awam dan swasta dan banyak lagi (mstar.com.my, 10 Mac 2009). Kesannya, bilangan
kekosongan pekerjaan yang dilaporkan melalui jobsMalaysia dan bilangan
kekosongan bagi pekerjaan professional meningkat. (Laporan Ekonomi 2009/2010,
Jabatan Kewangan Malaysia). Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan peluang-
peluang perkerjaan sangat dipengaruhi oleh tindakan kerajaan. Keprihatinan kerajaan
terhadap masalah pengangguran yang berlaku khusunya dalam kalangan lepasan
graduan telah menyebabkan kerajaan melaksanakan insentif-insentif yang
sewajarnya. Dengan adanya insentif ini, maka ia dapat meningkatkan bilangan guna
tenaga dalam pasaran buruh. Semakin banyak peluang pekerjaan yang disediakan oleh
kerajaan, semakin banyak bilangan tenaga buruh yang bekerja. Kesannya, ia dapat
meningkatkan guna tenaga dan secara tidak langsung, kadar perubahan tenaga buruh
dan guna tenaga juga akan meningkat dengan banyak. Oleh itu, penglibatan kerajaan
adalah sangat penting dalam meningkatan penggunaan tenaga buruh dan guna tenaga.

Namun begitu pada tahun 2010 hingga tahun 2011, kadar perubahan tenaga buruh
dan guna tenaga mengalami penurunan yang drastik akibat daripada ekonomi telah
mencapai pasaran buruh yang lebih stabil. Peningkatan bilangan tenaga buruh dan
guna tenaga kembali berlaku dengan perlahan. Peratusan tenaga buruh menurun dari
8.74% kepada 3.02% manakala peratusan guna tenaga menurun dari 9.20% kepada
3.23%.

Penurunan dalam kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga dari tahun 2010
hingga tahun 2011 adalah kerana persekitaran luaran yang tidak menentu. Pada
tahun 2011, bencana alam dan krisis nuklear di Jepun telah mencetuskan
ketidakpastian yang ketara dalam pengeluaran perkilangan di seluruh dunia
memandangkan peranan penting negara itu dalam rantaian pengeluaran global bagi
keluaran E&E (elektrik dan elektronik) dan pengeluaran kereta. (Laporan Tahunan

10

2011, Bank Negara Malaysia). Selain daripada pemulihan kukuh pada tahun 2010,
keadaan persekitaran luaran juga menyebabkan berlakunya penurunan kadar
perubahan tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2011. Seperti sedia maklum,
pengeluaran E&E merupakan salah satu sektor yang memberi sumbangan besar dalam
KDNK Malaysia. Oleh itu, apabila negara Jepun tidak dapat membekalkan bahan
mentah untuk industri E&E akibat daripada bencana alam yang terjadi, maka proses
pengeluaran E&E akan tertangguh. Bila berlakunya penangguhan dalam pengeluaran,
maka syarikat terpaksa memberhentikan sebilangan pekerja dan mengurangkan
pengambilan tenaga kerja untuk mengelakkan daripada berlakunya kerugian pada
masa hadapan. Kesannya, pertambahan bilangan guna tenaga berlaku dengan
perlahan akibat daripada pengambilan tenaga kerja oleh syarikat yang semakin
berkurang. Oleh itu, kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga tempatan akan
semakin berkurang jika negara pengeksport tidak dapat membekalkan bekalan seperti
biasa kerana syarikat tempatan tidak dapat menjalankan operasinya.

Tahun 2011 hingga tahun 2012 pula menunjukkan berlakunya peningkatan dalam
kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga. Kadar perubahan tenaga buruh
meningkat sedikit dari 3.02% kepada 3.50%. Kadar perubahan guna tenaga
menunjukkan hubungan yang positif iaitu meningkat juga dengan sedikit dari 3.23%
kepada 3.57%. Perkara ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan bilangan
tenaga buruh dan guna tenaga dengan sederhana.

Peningkatan yang sederhana dalam bilangan tenaga buruh dan guna tenaga adalah
disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang makin kukuh. Pertumbuhan ekonomi
yang kukuh ini disebabkan oleh asas ekonomi yang kukuh, polisi yang pragmatik dan
fleksibel serta sistem kewangan yang dirangka dengan teratur. Peningkatan dalam
pelaburan swasta dan domestik juga membantu dalam pertumbuhan ekonomi.
Pertumbuhan ekonomi yang kukuh ini memberi kesan positif dalam pasaran guna
tenaga. Peningkatan ketara dalam pengambilan pekerja disumbangkan oleh sektor
perkhidmatan dan pertanian. (Laporan MITI 2012). Walaupun persekitaran luaran
masih lagi tidak menentu, namun Malaysia masih lagi mampu untuk meningkatkan
bilangan tenaga buruh dan guna tenaga dengan sederhana. Apabila berlaku
pertumbuhan ekonomi, maka wujudnya banyak pelaburan awam dan swasta.
Pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta telah menyebabkan berlakunya
pelaburan yang besar dalam sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan pelancongan,
perubatan, pendidikan dan sebagainya. Oleh sebab itulah berlakunya peningkatan

11

ketara dalam pengambilan bilangan tenaga buruh dalam sektor perkhidmatan dan hal
ini selaras dengan Laporan MITI 2012. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh juga
menyebabkan banyak projek dilaksanakan seperti projek untuk meningkatkan lagi
taraf Aliran Transit My. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan peluang
pekerjaan yang lebih banyak dalam sektor perkhidmatan. Oleh itu, jelaslah bahawa
pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun 2012 telah membawa kepada
peningkatan dalam kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga.

Kesimpulannya, kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga telah mencatat
peningkatan yang paling tinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak 8.74% dan 9.20%
masing-masing. Selain itu, peningkatan kadar perubahan tenaga buruh dan guna
tenaga berlaku antara tahun 2002 dan 2003. Kemudian, penularan wabak SARS telah
menyebabkan kadar perubahan tenaga buruh dan guna tenaga menurun secara
berterusan selama 3 tahun. Namun begitu, kadar perubahan tenaga buruh dan guna
tenaga meningkat selama 2 tahun sahaja dan menurun kembali kepada 1.27% dan
1.15% masing-masing pada tahun 2008. Peningkatan kadar perubahan tenaga buruh
dan guna tenaga secara mendadak berlaku antara tahun 2008 hingga tahun 2010,
menurun kepada 3.02% bagi kadar perubahan tenaga buruh dan 3.23% bagi kadar
perubahan guna tenaga pada tahun berikutnya. Akhirnya, mengalami peningkatan
yang sedikit kepada 3.50% dan 3.57% masing-masing pada tahun 2012.

Seperti sedia maklum, negara Malaysia mempunyai kadar perubahan tenaga
buruh dan guna tenaga yang paling banyak pada tahun 2010 iaitu 8.74% dan 9.20%.
Namun, jika dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand, negara ini hanya
mempunyai kadar perubahan tenaga buruh sebanyak 0.56% dan kadar perubahan guna
tenaga sebanyak 0.88% (Bank Of Thailand). Ini menunjukkan bilangan tenaga buruh
dan guna tenaga di Thailand meningkat dengan sangat perlahan berbanding negara
Malaysia.

12

5.2 Menganalisis Peratus Guna Tenaga Dalam Sektor Ketiga di Malaysia dari
Tahun 2002 hingga Tahun 2012

Jadual 2: Peratus Guna Tenaga Dalam Sektor Ketiga di Malaysia dari Tahun 2002

hingga Tahun 2012

Tahun Jumlah Guna Guna Tenaga Sektor Peratus Guna Tenaga
Tenaga (‘000) Ketiga (‘000) Sektor Ketiga (%)

2002 9542.6 5116.6 53.62
2003 9869.7 5358.5 54.29
2004
2005 9979.5 5578.4 55.90
2006
2007 10045.4 5645.2 56.20
2008 10275.4 5738.2 55.84
2009
2010 10538.1 6040.7 57.32
2011
2012 10659.6 6174.7 57.93

10897.3 6540.5 60.02

11899.5 7036.2 59.13

12284.4 7442.5 60.58
12723.2 7649.6 60.12

Sumber: Disesuaikan daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual 2 menunjukkan kadar guna tenaga sektor ketiga di Malaysia dari tahun
2002 hingga 2012. Guna tenaga pula secara ringkasnya merujuk kepada orang yang
sedang bekerja. Sektor ketiga atau dikenali sebagai sektor perkhidmatan melibatkan
aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan. Sektor ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan
iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain. Kadar
guna tenaga sektor ketiga yang paling tinggi terjadi pada tahun 2009 iaitu sebanyak
67.47%. Manakala kadar guna tenaga dalam sektor ketiga paling rendah berlaku pada
tahun 2002 iaitu sebanyak 53.60%.

13

Graf 2: Peratus Guna Tenaga Dalam Sektor Ketiga di Malaysia dari tahun 2002
hingga tahun 2012

Peratus Guna Tenaga Sektor Ketiga di
Malaysia dari Tahun 2002 hingga Tahun 2012

2012 60.12
2011
2010 60.58
2009
2008 59.13
2007
2006 60.02
2005
2004 57.93
2003
Tahun 2002 57.32
55.84
50 Guna Tenaga
56.2 Sektor Ketiga

55.9

54.29

53.62 62

52 54 56 58 60
Guna Tenaga Sektor Ketiga (%)

Graf 2 menunjukkan peratus guna tenaga dalam sektor ketiga dari tahun 2002
hingga tahun 2012 di Malaysia.

Peningkatan dalam peratus guna tenaga ditunjukkan dari tahun 2002 hingga tahun
2005. Peratus guna tenaga meningkat dari 53.62% pada tahun 2002 kepada 56.20%
pada tahun 2005.

14

Peningkatan ini berlaku kerana peningkatan permintaan bagi perkhidmatan
pendidikan dan perubatan swasta. Peningkatan perkhidmatan ini memberi
sumbangan yang ketara dalam pertumbuhan subsektor perkhidmatan lain termasuk
perkhidmatan komuniti, sosial dan persendirian. Pada masa ini, terdapat 519 institusi
pengajian tinggi swasta. Bilangan pelajar dari negara asing juga bertambah kepada
43,000 pelajar pada akhir tahun 2004. Bukan itu sahaja, bilangan pelancong kesihatan
juga meningkat dengan ketara kepada 140,000 orang hasil daripada harga yang
kompetitif dan penjagaan kesihatan berkualiti dalam negara (Laporan Ekonomi
2004/2005). Hal ini menunjukkan bahawa jika berlakunya peningkatan pelancongan
perubatan dan pendidikan, maka ia akan meningkatkan penggunaan perkhidmatan
pendidikan dan perubatan dalam negara. Peningkatan penggunaan perkhidmatan
tersebut dalam negara menyebabkan perkhidmatan ini memerlukan lebih banyak
guna tenaga seperti memerlukan lebih banyak pensyarah, jururawat, ahli perubatan,
ahli pendidikan dan sebagainya. Kesannya, ia akan meningkatkan peratus guna tenaga
dalam subsektor perkhidmatan lain dan secara tidak langsung meningkatkan peratus
guna tenaga sektor ketiga secara keseluruhan.

Dari tahun 2005 hingga tahun 2006, berlaku penurunan yang sedikit dalam
peratus guna tenaga sektor ketiga. Pada tahun 2005, peratus guna tenaga sektor ketiga
adalah sebanyak 56.20% dan menurun kepada 55.84% pada tahun 2006.

Penurunan yang sedikit ini berlaku kerana pelaburan swasta yang kurang
dalam sektor perkhidmatan. Pelaburan swasta dalam sektor perkilangan adalah
lebih tinggi berbanding sektor perkhidmatan. Sektor perkilangan memperoleh 33%
bahagian dalam pelaburan swasta manakala sektor perkhidmatan hanya memperoleh
27%. Ini menunjukkan bahawa pada tahun 2006, sektor perkilangan lebih diberi
tumpuan (Laporan Ekonomi 2006). Apabila sektor perkhidmatan tidak diberi tumpuan
yang lebih, maka sektor perkhidmatan tidak mampu berkembang dengan lebih pesat.
Hal ini akan dapat menjejaskan bilangan pengambilan tenaga buruh dalam sektor
perkhidmatan. Jawatan kosong untuk sektor perkhidmatan akan berkurang akibat
daripada kurangnya projek-projek perkhidmatan yang dapat dilaksanakan.
Kekurangan pelaburan dari pihak swasta menyebabkan kekurangan projek
perkhidmatan yang dapat dijalankan. Kesannya, bilangan guna tenaga dalam sektor
perkhidmatan akan berkurang dan hanya mampu meningkat dengan sedikit. Oleh itu,
peratus guna tenaga dalam sektor ketiga atau juga dikenali sebagai sektor
perkhidmatan akan mengalami penurunan.

15

Namun begitu, peratus guna tenaga sektor ketiga kembali meningkat secara
berterusan dari tahun 2006 hingga tahun 2009. Pada tahun 2006, peratus guna tenaga
adalah sebanyak 55.84% dan meningkat secara terus kepada 60.02% pada tahun 2009.

Peningkatan dalam peratus guna tenaga sektor ketiga dalam 4 tahun ini berlaku
disebabkan oleh industri pelancongan yang lebih giat. Perkembangan aktiviti
pelancongan menyebabkan guna tenaga dalam subsektor perdagangan borong dan
runcit, hotel dan restoran mengalami peningkatan antara tahun 2006 hingga tahun
2009. Peningkatan ketibaan pelancong telah menyokong segmen ini (Laporan
Tahunan 2006). Hal ini bermaksud, jika berlaku peningkatan dalam pelancongan,
maka hospitaliti yang ditawarkan dalam Malaysia akan digunakan dengan
maksimum. Kesannya, lebih banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk
mengendalikan atau mengawal operasi ini. Contohnya, lebih banyak pekerja hotel
diperlukan untuk mengurus hotel tersebut. Bukan itu sahaja, peningkatan pelancong
dalam negara juga menyebabkan lebih banyak produk dapat dijual kepada pelancong.
Hal ini akan menyebabkan lebih banyak produk perlu dipasarkan untuk memenuhi
pasaran. Oleh itu, lebih banyak pekerja diperlukan untuk memasarkan pengeluaran
yang banyak ke merata tempat. Peratus guna tenaga secara tidak langsung akan
meningkat selaras dengan peningkatan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan ini.

Pada tahun 2009 hingga 2010, penurunan peratus guna tenaga dalam sektor
ketiga telah terjadi. Peratus guna tenaga sektor ketiga menurun dari 60.02% pada
tahun 2009 kepada 59.13%.

Penurunan peratus guna tenaga dalam sektor ketiga terjadi disebabkan oleh
prestasi ekonomi yang perlahan. Kesannya nilai ditambah bagi subsektor
pengangkutan dan penyimpanan menguncup. Dalam tempoh tujuh bulan pertama,
bilangan kendalian kontena di beberapa pelabuhan seperti Pelabuhan Klang
mengalami kemerosotan (Laporan Ekonomi 2009). Hal seperti ini terjadi akibat
daripada penurunan aktiviti pelabuhan berikutan kelembapan prestasi perdagangan
antarabangsa. Secara tidak langsung, ia juga telah mempengaruhi bilangan guna
tenaga dalam sektor ini. Bilangan guna tenaga juga mengalami kemerosotan.
Kurangnya aktiviti perniagaan antarabangsa yang dijalankan seperti import atau
eksport akan menyebabkan kurang pekerja yang terlibat dalam mengendalikan
urusan-urusan berkenaan. Oleh itu, ia akan menyebabkan bilangan guna tenaga dan
seterusnya peratus guna tenaga sektor ketiga semakin merosot antara tahun tersebut.

16

Peningkatan peratus guna tenaga dalam sektor ketiga terjadi dari tahun 2010
hingga tahun 2011. Peratus guna tenaga meningkat kepada 60.58% pada tahun 2011
daripada 59.13% pada tahun sebelumnya.

Peningkatan dalam skala kecil ini terjadi kerana prestasi kukuh industri
telekomunikasi. Pada separuh tahun pertama 2010, berlaku peningkatan penggunaan
perkhidmatan selular, jalur lebar dan generasi ketiga (3G). Bagi industri penyiaran,
perkhidmatan televisyen satelit berbayar, Astro All Asia Networks (ASTRO),
mempunyai 3.0 juta pelanggan. (Laporan Ekonomi 2010/2011). Peningkatan
pelanggan dalam syarikat-syarikat jalur lebar juga mempengaruhi peningkatan dalam
guna tenaga. Hal ini bermaksud, lebih banyak tenaga kerja diperlukan dalam syarikat
jalur lebar untuk mengendalikan syarikat tersebut agar tidak berlakunya kekalutan
dalam syarikat khusunya dalam bahagian perkhidmatan pelanggan. Antara syarikat
jalur lebar di Malaysia adalah Telekom Malaysia ™, UNIFI dan sebagainya. Oleh
itu, peningkatan guna tenaga dalam syarikat jalur lebar membantu dalam
meningkatkan peratus guna tenaga sektor ketiga antara tahun 2010 hingga 2011.

Dari tahun 2011 sehingga tahun 2012, penurunan peratus guna tenaga telah
terjadi. Penurunan peratus guna tenaga terjadi dari 60.58% kepada 60.12% pada
tahun 2012.

Penurunan ini terjadi akibat daripada pertumbuhan industri pengangkutan
udara yang sederhana. Industri pengangkutan udara kekal mencabar berikutan harga
bahan api dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Hal ini menyebabkan
jumlah penumpang domestik dan kargo udara mengalami penurunan. (Laporan
Ekonomi 2012). Hal ini jelas akan menyebabkan peratus guna tenaga sektor ketiga
mengalami penurunan. Apabila industri pengangkutan udara kurang mendapat
sambutan, maka ini akan menyebabkan kurangnya penggunaan perkhidmatan
pengangkutan udara. Antara pekerjaan dalam industri pengangkutan udara adalah
juruterbang, kabin krew dan sebagainya. Oleh itu, apabila perkhidmatan ini tidak
mempunyai sambutan yang menggalakkan maka bilangan tenaga buruh yang
diperlukan dalam sektor ini akan berkurang dan secara tidak langsung ia akan
mempengaruhi peratus guna tenaga dalam sektor ini.

Kesimpulannya, peratus guna tenaga sektor ketiga mengalami turun naik
sepanjang 10 tahun. Namun demikian, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan masih
lagi mencatatkan peratus yang melebih 50% pada setiap tahun. Peratus guna tenaga
sektor ketiga paling tinggi dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sebanyak 60.02%

17

manakala peratus guna tenaga sektor ketiga yang paling sedikit berlaku pada tahun
2002 iaitu 53.62%. Hal ini kerana pada tahun 2009, banyak kegiatan-kegiatan
pelacongan giat dijalankan. Peningkatan ketibaan pelacong dari merata dunia telah
menyokong kepada perkembangan sektor ketiga khususnya dalam subsektor
perdagangan borong dan runcit serta hotel dan restoran. Manakala bagi tahun 2002,
peratus guna tenaga berada paling sedikit disebabkan oleh pada waktu tersebut,
ekonomi sedang membangun dan menuju kearah ekonomi yang mementingkan sektor
perkhidmatan. Walaupun sektor ini masih lagi membangun namun ia masih memberi
sumbangan terbesar dalam mewujudkan peluang pekerjaan sektor ketiga kerana
peratus guna tenaga sektor ketiga yang melebihi 50%.

Seperti dianalisis, peratus guna tenaga sektor ketiga paling sedikit terjadi pada
tahun 2002 iaitu sebanyak 53.62%. Namun jika dibandingkan dengan negara jiran
iaitu negara Indonesia, pada tahun 2002 Indonesia hanya mencatatkan peratus guna
tenaga sektor ketiga sebesar 37.10% lebih rendah berbanding negara Malaysia (Badan
Pusat Statistik). Hal ini menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan atau sektor ketiga
bukan merupakan sektor yang memberi sumbangan terbesar dalam negara tersebut. Di
negara Indonesia, sektor utama masih lagi menjadi sektor yang mempunyai
sumbangan terbesar dalam negara tersebut. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa
walaupun pada awal 20-an, negara Malaysia sangat memberi tumpuan kepada
pembangunan dalam sektor perkhidmatan.

18

6.0 CADANGAN
6.1 Cadangan Untuk Meningkatkan Bilangan Tenaga Buruh dan Guna Tenaga
di Malaysia

Memberi Latihan Kemahiran dan Pendidikan
Bagi meningkatkan bilangan tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia, latihan

kemahiran dan pendidikan yang cukup dapat meningkatkan kemahiran buruh dan
seterusnya meningkatkan daya pengeluaran mereka. Pihak kerajaan perlulah
menyediakan dan mengembangkan institusi latihan teknik dan vokasional untuk
memenuhi keperluan buruh mahir di pasaran buruh. Contohnya, menubuhkan lebih
banyak institusi kemahiran bertaraf antarabangsa seperti Institusi Kemahiran
Antarabangsa (IKA) yang menyediakan tenaga pengajar dari luar negara dengan kos
pembelajaran yang rendah kepada lepasan sekolah dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan oleh industri pada masa kini. Pihak kerajaan juga perlulah mengkaji
semula kurikulum sekolah dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar dilengkapi
dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan permintaan di pasaran buruh.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh mewujudkan Program Graduan Penuh
Kemahiran untuk melatih para siswazah dengan kemahiran baharu.

6.2 Cadangan Untuk Meningkatkan Bilangan Guna Tenaga dalam Sektor Ketiga
di Malaysia

Menggalakkan Pelaburan Swasta dalam Sektor Ketiga
Pihak kerajaan boleh memberi insentif pelaburan seperti taraf perintis iaitu

pengecualian cukai dan elaun cukai pelaburan bagi modal pelaburan yang besar dan
mempunyai tempoh matang yang panjang. Kerajaan meliberalisasikan sektor
perkhidmatan seperti kesihatan, pelancongan, telekomunikasi, pendidikan,
pengangkutan dan perniagaan untuk menarik pelaburan langsung asing dengan
membenarkan sekurang-kurangnya 70% pemilikan ekuiti asing. Bukan itu sahaja,
penyediaan kawasan perdagangan zon bebas cukai di tempat-tempat strategik
perdagangan juga dapat menarik lebih banyak pelaburan swasta dan hal ini dapat
memberi pengaruh yang baik kepada pembangunan sektor perkhidmatan di kawasan
setempat. Kesannya, bilangan guna tenaga dalam sektor ini akan meningkat.

19

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Objektif kajian yang pertama iaitu meninjau kadar perubahan tenaga buruh dan
guna tenaga di Malaysia dari tahun 2002 hingga 2012 telah tercapai. Kadar perubahan
tenaga buruh dan guna tenaga mengalami pola yang tidak konsisten iaitu meningkat
dan menurun di sepanjang tempoh 10 tahun tersebut. Peningkatan kadar perubahan
tenaga buruh dan guna tenaga berlaku disebabkan oleh keadaan ekonomi yang mantap
dan pelaksanaan dasar yang dilakukan oleh kerajaan iaitu seperti pelaksanaan Rangka
Tindakan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan dan
pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi. Kadar perubahan tenaga buruh dan guna
tenaga mengalami penurunan di sesetengah tahun disebabkan oleh faktor wabak
SARS yang berleluasa, kemerosotan ekonomi global dan persekitaran luaran yang
tidak menentu. Oleh itu, kerajaan atau pihak badan bukan kerajaan perlu menyediakan
lebih banyak kursus latihan dan kemahiran kepada pekerja.

Objektif kajian kedua iaitu menganalisis peratus guna tenaga dalam sektor ketiga
di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012 telah dapat dicapai oleh pengkaji juga.
Peratus guna tenaga dalam sektor ketiga dalam tempoh 10 tahun mengalami pola yang
tidak konsisten juga iaitu meningkat dan menurun. Namun begitu, Malaysia mampu
mencatatkan peratus guna tenaga dalam sektor ketiga yang melebihi 50% pada setiap
tahun. Peningkatan peratus guna tenaga berlaku kerana adanya peningkatan
permintaan bagi perkhidmatan pendidikan dan perubatan swasta, industri pelancongan
yang lebih giat dan prestasi kukuh industri telekomunikasi. Manakala pelaburan
swasta yang kurang dalam sektor perkhidmatan, ekonomi yang perlahan dan
pertumbuhan industri pengangkutan udara yang sederhana menjadi punca kepada
berlakunya penurunan dalam peratus guna tenaga sektor ketiga di Malaysia. Oleh itu,
pihak kerajaan perlu mewujudkan sesuatu dasar atau program yang dapat
menggalakkan pelaburan swasta dalam sektor ketiga.

20

8.0 SENARAI RUJUKAN
Astro Awani (2018). Isu Kekurangan Tenaga Buruh di Cameron Highlands

Membimbangkan. Dicapai pada Ogos 26, 2020 dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-kekurangan-tenaga-buruh-di-
cameron-highlands-membimbangkan-sivarraajh-166388
Data Primer dan Data Sekunder. Dicapai pada Ogos 30, 2020 dari
http://sosiologis.com
Dr. Norhayati Rusli (2013). Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Dicapai pada
September 2, 2020 dari http://www.myhealth.gov.my/sindrom-pernafasan-akut-
teruk-sars/
Indonesia. Badan Pusat Statistik, 2002. Survei Angkatan Kerja Nasional 2002.
Jakarta: Badan Pusat Statistik Indonesia.
Makroekonomi STPM: Guna Tenaga dan Pengangguran. Dicapai pada September 2,
2020 dari http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/guna-tenaga-dan-
pengangguran_10.html?m=1
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2006. Laporan Tahunan 2006. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia.
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2008. Laporan Tahunan 2008. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia.
Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2011. Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2002. Laporan Ekonomi 2002/2003.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2004. Laporan Ekonomi 2004/2005.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2005. Laporan Ekonomi 2005/2006.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2009. Laporan Ekonomi 2009/2010.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2010. Laporan Ekonomi 2010/2011.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2011. Laporan Ekonomi 2011/2012.
Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

21

Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, 2012.
Laporan MITI 2012. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia.

Malaysia. Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, 2006. Laporan Tahunan PKS
2006. Kuala Lumpur: Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan.

Mohd Anwar Patho Rohman (2019). Malaysia Capai Guna Tenaga Penuh-Dr
Mahathir. Dicapai pada Ogos 26, 2020 dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/583604/malaysia-capai-
guna-tenaga-penuh-dr-mahathir

Mohd Hafiz Aziz (2013). Tenaga Buruh Binaan di Malaysia. Dicapai pada September
2, 2020 dari https://www.scribd.com/doc/120031398/tenaga-buruh

Mstar (2009). Ucapan Penuh Pakej Rangsangan Kedua. Dicapai pada September 22,
2020 dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/03/10/ucapan-penuh-
pakej-rangsangan-kedua

Thailand. Bank Of Thailand, 2009. Labour Force Survey 2009/2010. Bangkok:
National Statistical Office.

Theng Kock Leing, 2018. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3.
Selangor: Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

22

9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

23

24

LAMPIRAN 2

25

26

LAMPIRAN 3

27

28

29


Click to View FlipBook Version