The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khoryanchien, 2022-05-16 08:17:33

Laporan AGM ke 41_pagenumber

Laporan AGM ke 41_pagenumber

KOPERASI
KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN

PULAU PINANG BERHAD

LAPORAN TAHUNAN
DAN

PENYATA KEWANGAN
TAHUN 2021

Tarikh : 18 Mei 2022
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan KTEHZA

1

KOPERASI KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN

PULAU PINANG BERHAD

No. Telefon: 04-282 7933 No. Faksimili: 04-283 1799

Ruj. Kami : KTEHZA/600(2)-6/1/1(56)
Tarikh : 10 MEI 2022

Kepada:

Tuan Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Tingkat 5, Bangunan Tuanku Syed Putra
Peti Surat 429, 10750 Pulau Pinang
(U/P : Pn. Nur Aqilah Binti Abdullah)

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI
ZAINUL ABIDIN PULAU PINANG BERHAD TAHUNAN KALI KE-41

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Koperasi Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin
Pulau Pinang Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 seperti butiran
berikut:-

Tarikh : 18 Mei 2021 ( Rabu )
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan KTEHZA

2. Agenda Mesyuarat Agung Khas adalah seperti berikut :-
2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun lalu.
2.2 Menimbang Laporan Tahunan Lembaga Koperasi
2.3 Menimbang Laporan Jawatan Kuasa Audit Dalaman
2.4 Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi bersama dengan
laporan kewangan
2.5 Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan
2.6 Membubarkan ahli lembaga koperasi bagi sesi 2021/22
2.7 Memilih ahli lembaga koperasi bagi sesi 2022/23
2.8 Menimbang dan meluluskan Belanjawan Tahunan bagi tahun 2021/2022

2

3

KOPERASI KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN PULAU PINANG
BERHAD

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40

Mesyuarat Agung Kali Ke-40 Koperasi Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin Pulau Pinang Berhad telah
diadakan pada 09.09.21 (Khamis) pada pukul 3.00 petang secara atas talian. Mesyuarat dimulakan dengan
bacaan doa.

Ucapan Pengerusi Mesyuarat

Pengerusi koperasi, En Yusri bin Yusof dengan rasminya memulakan mesyuarat dan mengalu-alukan
kehadiran semua ahli. Beliau juga berharap pada tahun akan datang, aktiviti koperasi dapat dijalankan dengan
lebih lancar dan lebih dinamik.

Agenda-agenda:

2.1 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
Pengerusi mengimbas kembali minit mesyuarat agung yang lalu. Minit Mesyuarat Koperasi ke-40
yang telah diadakan pada 30/9/2020 telah disahkan.
Pencadang : Maha Daphminn Teo Ph Minn
Penyokong : Khaw Lin Xi

2.2 Menimbang Laporan Tahunan Lembaga Koperasi
Laporan Tahunan Lembaga Koperasi dibentang oleh Penolong Setiausaha Saudari Hani Syakira binti
Mahzan dan telah disahkan.
Pencadang : Tan Chuin Wern
Penyokong : Wong Yin-Ze

2.3 Menimbang Laporan Jawatan Kuasa Audit Dalaman
Laporan Jawatan Kuasa Audit Dalaman dibentangkan oleh Penolong Audit Dalaman Saudara Goh
Wei Zhun dan telah disahkan.
Pencadang : Hee Yong Jin
Penyokong : Megan Loh Jing Xin

2.4 Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi bersama dengan laporan
kewangan berakhir pada 31 Disember 2020.
Laporan kewangan dibentang oleh Penolong Bendahari Saudari Kim Hui Xin yang menyatakan
bahawa honorarium, zakat, dividen, dan saham telah diperuntukan.
Pencadang : Vanessa Neoh Yi Shuen
Penyokong : Goh Wei Zhun

4

2.5 Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan
Saudari Kim Hui Xin selaku Penolong Bendahari telah menyatakan bahawa dividen yang dicadangkan
bagi tahun kewangan 31 Disember 2020 adalah sebanyak 10%, daripada 10% ini 5% diberi dalam
bentuk tunai dan 5% lagi diberi dalam bentuk baucar koperasi. Manakala Honorarium anggota
lembaga sebanyak RM720.
Pencadang : Khaw E-Han
Penyokong : Grace Teow Xin Jie

2.6 Membubarkan Ahli Lembaga Koperasi bagi sesi 2020/2021
Tuan Pengerusi, En. Yusri bin Yusof membubarkan Ahli Lembaga Koperasi 2020/2021 dan
mengucapkan terima kasih kepada ALK sesi 2020/2021 atas segala tugas yang dijalankan dengan baik
dan sempurna.
Pencadang : Darshan A/L Sivalingam
Penyokong : Rhajeswhari A/P Murugesu

2.7 Memilih ahli lembaga koperasi bagi sesi 2021/2022
Tuan Pengerusi, En. Yusri bin Yusof telah mencadangkan 15 orang Ahli Lembaga Koperasi yang
terdiri daripada 8 orang guru dan 7 orang pelajar.

Senarai ALK Guru
1. Pengetua – En. Yusri Bin Yusof
2. Penolong Kanan Kokurikulum – Pn. Ruzita Binti Samsudin
3. Pn. Khor Yan Chien
4. Pn. Khoo Chee Bee
5. Pn. Farah Shahida Binti Othman
6. Cik Tang Lee Hoon
7. En. Chuah Seong Teng
8. Pn. Daria Rosemary A/P Anthony

5

Senarai ALK Guru diterima secara sebulat suara. KELAS
Senarai cadangan untuk ALK pelajar
Bil NAMA

1. Megan Loh Jing Xin Mobizen

2. Darshan A/L Sivalingam Mathway

3. Rhajeswhari A/P Murugesu Slader

4. Grace Teow Xin Jie Wizer

5. Zeynep Yar Yumi Wizer

6. Muhammad Hakimi Bin Mohd Fadhli Wizer

7. Loke Wei Yang Mobizen

Cadangan ini disokong sebulat suara oleh semua anggota koperasi.

2.8 Menimbang dan meluluskan anggaran belanjawan tahunan bagi tahun 2020/2021
Saudari Kim Hui Xin selaku penolong bendahari telah membentangkan belanjawan 2020/2021.
Cadangan belanjawan 2020/2021 telah diluluskan.
Pencadang : Muhammad Hakimi bin Mohd Fadhli
Penyokong : Hani Syakira binti Mahzan

2.9 Menimbang dan meluluskan had keberhutangan.
Pengerusi menetapkan had keberhutangan sebanyak RM200000 untuk segala urusniaga.
Pencadang : Maha Daphminn Teo Ph Minn
Penyokong : Hee Yong Jin

2.10 Mendengar dan menimbang usul-usul yang diterima
Tiada usul dikemukakan.

2.11 Hal-hal lain
En. Ab Wahab Saarani Mat Rejab dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Pembantu Pegawai
Wilayah Timur Laut mencadangkan pindaan undang-undang kecil boleh dipinda secara keseluruhan.
Akhirnya pindaan undang-undang kecil yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung kali ke 39 pada 2020
akan dibetulkan dan dihantar semula..

6

Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(GOH MEI YI) (PN. KHOR YAN CHIEN)
Setiausaha minit mesyuarat Setiausaha koperasi

Disahkan oleh,

(EN. YUSRI BIN YUSOF)
Pengerusi Koperasi Kolej Tingkatan Enam
Haji Zainul Abidin Pulau Pinang Berhad.

7

LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN PULAU

PINANG BERHAD UNTUK TAHUN 2021

1.0 PENGENALAN
1.1 Kini koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali-41 setelah data,
maklumat dan akaun yang kemas kini diserahkan dan diluluskan oleh pihak
juruaudit.

2.0 KEAHLIAN
2.1 Bilangan ahli pada sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2021 ialah 26 orang dan saham terkumpul sebanyak RM4 400.

2.2 Pada dasarnya, koperasi ini mengamalkan prinsip keahlian secara terbuka.
Guru, pelajar atau kakitangan sekolah boleh menjadi ahli dengan membeli
saham minimum RM10 untuk pelajar, minimum RM50 untuk guru dan
kakitangan sekolah, manakala maksimum RM100 untuk pelajar, maksimum
RM200 untuk guru dan kakitangan sekolah. Yuran bagi seorang guru dan
kakitangan sekolah ialah RM10 manakala bagi pelajar yurannya ialah RM2.

Saham Yuran (RM) Minimum (RM) Maksimum (RM)
Pelajar 2 10 100
Guru 10 50 200
Kakitangan 10 50 200

2.3 Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2021, koperasi mendapat
keuntungan sebanyak RM 5881.10. Oleh itu, koperasi mampu membayar
dividen kepada ahli-ahlinya. Dividen yang akan diagihkan adalah sebanyak
10% kepada semua ahli yang layak.

3.0 PENTADBIRAN/PENGURUSAN
3.1 Pentadbiran dan pengurusan koperasi ini dipertanggungjawab kepada Ahli
Lembaga Koperasi (ALK) yang terdiri daripada 15 orang ahli, iaitu 8 orang
guru dan 7 orang pelajar.

3.2 Mesyuarat ALK diadakan dari semasa ke semasa untuk mengkaji prestasi
projek-projek yang sedang dijalankan di samping mencadangkan pelaksanaan
projek-projek baru yang dapat memberi manfaat kepada semua ahli. Segala
masalah yang dihadapi oleh koperasi akan dibincangkan dan diatasi bersama
oleh ALK dalam mesyuarat.

3.3 Urusan jualan tunai dilaksanakan oleh ALK yang terdiri daripada pelajar di
bawah kawalan guru. Manakala urusan jualan kredit (pembelian daripada
pihak kolej) diuruskan oleh setiausaha.

8

3.4 Segala urusan penjualan diawasi oleh guru koperasi. Wang kutipan jualan
pula diserahkan kepada bendahari setiap hari untuk dicatatkan di dalam buku
akaun.

4.0 AKTIVITI JUALAN DAN BELIAN
4.1 Aktiviti jualan koperasi ini diubahsuai dari semasa ke semasa untuk
memenuhi keperluan dan kehendak ahli-ahli. Barangan yang dibekalkan
adalah dijual pada harga yang berpatutan. Margin keuntungan adalah 15-25%
daripada harga kos barang.

4.2 Aktiviti jualan tidak tertumpu hanya di kedai koperasi tetapi pihak koperasi
juga mengambil peluang membuat jualan semasa Hari Ko-akademik, tetapi
memandangkan keadaan tidak mengizinkan.

4.3 Aktiviti jualan juga datangnya daripada belian pihak kolej, misalnya urusan
pembelian daripada unit pentaksiran, unit bimbingan dan kaunseling, panitia
mata pelajaran, kelab dan persatuan juga melalui koperasi.

4.4 Koperasi ini mengendalikan tiga jenis pembelian iaitu:

a) belian tunai b) belian kredit c) belian konsainan

5.0 PENGURUSAN KEWANGAN
5.1 Pengurusan kewangan koperasi ini adalah tanggungjawab bendahari, Pn.
Khoo Chee Bee. Segala pembelian, pembayaran, penerimaan dan jualan tunai
harian akan direkodkan dalam buku akaun.

5.2 Buku-buku akaun dan baucar-baucar bayaran akan disemak oleh juruaudit
dalaman yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi dan disemak oleh seorang
pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dari semasa ke semasa.

5.3 Koperasi mempunyai Akaun Deposit Semasa di Malayan Banking Berhad,
cawangan Greenlane, Pulau Pinang.

5.4 Koperasi akan membuka Akaun Deposit Tetap di Malayan Banking Berhad
cawangan Greenland, Pulau Pinang.

5.5 Koperasi juga akan menukarkan Akaun Konvensional kepada Akaun Islamik
atas nasihat Maybank dan telah diluluskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga
Koperasi.

5.6 Koperasi juga mengikut perkembangan semasa iaitu menyediakan
perkhidmatan bayaran melalui mengimbas QR kod akuan koperasi di
Maybank.

9

6.0 PENGURUSAN STOK
6.1 Pengurusan stok dikendalikan oleh Puan Khor Yan Chien bersama ALK
pelajar.

6.2 Pengambilan dan pemeriksaan stok diadakan pada setiap 4 bulan sekali oleh
ALK pelajar. Tujuannya adalah untuk mengemaskinikan stok.

7.0 PRESTASI PERNIAGAAN

Perkara Tahun 2021 (RM) Tahun 2020 (RM)
Jualan RM 28 340.67 RM 38 576.53
Keuntungan kasar RM 9 084.62 RM 9 694.03
Keuntungan bersih RM 5 881.10 RM 7 226.73

8.0 RANCANGAN MASA DEPAN
8.1 Pihak ALK akan bermesyuarat untuk berbincang mengenai rancangan
menambahkan aktiviti dan rancangan mempelbagaikan jenis barangan jualan
koperasi untuk memenuhi keperluan ahli.

8.2 Koperasi akan menjaga kebajikan ahli-ahli dan memberi bantuan terutamanya
kepada ahli-ahli yang menghadapi masalah kewangan dengan menubuhkan
Tabung Khas, Tabung Dermasiswa, Tabung Sukan dan Rekreasi dan Tabung
Keceriaan.

8.3 Koperasi juga menyediakan perkhidmatan seperti bind, laminate, print dan
fotostat kepada pelajar. Perkhidmatan ini amat diperlukan oleh pelajar kolej
yang perlu menghasilkan kerja kursus. Perkhidmatan printing masih boleh
dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan warga KTEHZA.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh,

Setiausaha dan Bendahari
Koperasi Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin Pulau Pinang Berhad

10

KOPERASI KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN PULAU PINANG
BERHAD

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) BAGI TAHUN
KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021

1. TUJUAN
Laporan tahunan ini adalah untuk mematuhi kehendak Seksyen 49 Akta Koperasi 1993 dan
Undang-Undang Kecil Koperasi untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Koperasi Kolej
Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin Pulau Pinang kali ke-41.

2. SKOP AUDIT
Skop audit yang telah kami jalankan ialah Hal Ehwal Kewangan dan Pengurusan Kedai
Koperasi.

3. KEKERAPAN PENGAUDITAN
Sepanjang tempoh tersebut kami telah membuat pengauditan setiap empat bulan sekali.

4. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIAUDIT
Resit Rasmi, Baucar Bayaran, Invois Jualan dan Invois Belian.

Perisian SPBA (Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA)
Memeriksa catatan dalam Perisian SPBA Perakaunan 123 yang terdiri daripada Buku Catatan
Pertama ( Buku Tunai, Jurnal Jualan, Jurnal Belian dan Rekod Jualan Harian), Lejar Am,
Penyata Penyesuaian Bank dan Penyata Terima dan Bayaran Bulanan ( Lejar Am dan
Kawalan) serta dokumen-dokumen lain yang terdiri Senarai Saham dan Daftar Ahli.

5. KESIMPULAN DAN PANDANGAN
Tertakluk kepada perkara tersebut, jadi kami JAD berpendapat bahawa pengurusan koperasi,
rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang disimpan telah diselenggarakan dengan
sempurna mengikut kehendak seksyen 58 Akta Koperasi 1993. Urusan penerimaan,
perbelanjaan, perolehan aset-aset harta pelaburan wang adalah mengikut Akta, Peraturan-
peratuan dan Undang-undang Kecil Koperasi. Kedudukan aset-aset dan liabiliti serta hutang-
hutang belum jelas koperasi adalah dalam kedudukan munasabah.

6. UCAPAN TERIMA KASIH
Kami JAD Koperasi Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin Pulau Pinang Berhad ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Anggota Lembaga
Koperasi dan pihak pengurusan koperasi yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan
kami menjalankan tugas dan tanggungjawab pengauditan dan kawalan yang diamanahkan.

11

Sekian, Terima Kasih

………………………… ………………………………… …………………………………
(MUHAMMAD IKMAL BIN MOHD NIZAM)
(HONG CHYE HAR) (KIVHESHEN A/L SINGARAVELLU)
ANGGOTA JAD (PELAJAR)
ANGGOTA JAD (GURU) ANGGOTAJAD (PELAJAR)

12

13

14

15

16

17

18

19


Click to View FlipBook Version