The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SK PERMATANG TOK MAHAT PULAU PINANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ceksue82, 2021-10-28 00:57:41

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SK PERMATANG TOK MAHAT PULAU PINANG

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

30 OKTOBER 2021 (SABTU)
2.00 PETANG
KEDIAMAN MASING-MASING
APLIKASI GOOGLE MEET
MyLink
https://bit.ly/pibgskptm

Perasmian disempurnakan oleh :
Pn Roslinda binti Mohd Khalib

Guru Besar Sek Keb Permatang Tok Mahat
1

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT
ISI KANDUNGAN
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG PENASIHAT PIBG 2
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG PENGERUSI PIBG 3
4
VISI,MISI MATLAMAT DAN OBJEKTIF SKPTM 5
PENGENALAN PIBG 6
ATURCARA MAJLIS 7
7
AGENDA MESYUARAT 8
JAWATANKUASA INDUK 8,9
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG 10
AHLI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2020 11-22
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2020 23
LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020/2021 24-25
LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020/21 26-27
CADANGAN DAN USUL 28-29
30
LENSA AKTIVITI PIBG
SEKALUNG PENGHARGAAN 2

Sekapur Sireh Seulas Pinang
PENASIHAT PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul
secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Permatang Tok Mahat tahun 2021
ini. Sesungguhnya, jauh di sudut hati, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan
secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SK Permatang Tok Mahat ini, saya
belum berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para waris di sekolah
ini. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan sahaja
kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia. Oleh itu kita perlu akur
kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita dapat
kembali ke dalam norma yang biasa.
Sedia maklum, kita sedang di dalam Fasa Ke-3 Pelan Pemulihan Negara , di mana
murid berkeperluan khas dan murid prasekolah mula belajar secara bersemuka
dengan guru di sekolah. Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi

keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP yang ditetapkan, kita
mampu mengekang penularan Covid-19 di kalangan warga sekolah. Dalam hal ini saya amat berharap para
waris dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Alhamdulillah, dalam menjana kecemerlangan sekolah, tidak dapat dinafikan, PIBG merupakan tunjang utama
yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah, terutama dalam usaha
memastikan perkembangan dan peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum murid-murid SK Permatang
Tok Mahat.Buktinya, pada awal tahun 2021, PIBG telah berusaha membantu pihak sekolah merealisasikan
Program Cakna PdP Norma Baharu 2021 supaya semua murid dapat belajar melalui modul yang
disumbangkan oleh PIBG .
Selain itu, sumbangan kepakaran di kalangan ibu bapa yang merupakan ahli PIBG juga telah berjaya
mengharumkan nama SK Permatang Tok Mahat dalam beberapa pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan
dan antarabangasa baru-baru ini. Begitu juga pencapaian ko-akademik dan kokurikulum yang sangat
memberangsangkan sehingga beberapa orang murid SK Permatang Tok Mahat telah berjaya mewakili Pulau
Pinang ke peringkat kebangsaan. Kejayaan ini sukar dicapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak.

Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada pemimpin yang berkesan dan guru yang
berkualiti, tetapi persekitaran pembelajaran yang bermakna dan sokongan ibubapa dan komuniti juga
memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang hebat. Oleh yang demikian, ayuhlah kita
sama-sama memainkan peranan dalam usaha mentransformasikan pendidikan di SK Permatang Tok Mahat ke
arah pendidikan Sains.Teknologi,Engineering dan Matematik (STEM) seiring dgn kemajuan Revolusi Industri
(IR 4.0) melalui pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di kalangan semua pihak.
Dalam mengejar kecemerlangan akademik, pemantapan sahsiah dan kebajikan anak-anak juga perlu diberi
perhatian oleh ibubapa supaya adab sopan, kesihatan emosi dan kecerdasan mental mereka dapat dipupuk
dengan baik. Kami, sebagai guru sangat bangga dan kagum apabila ibu bapa sentiasa mengambil berat dan
cakna dengan pembelajaran dan disiplin anak-anak walaupun dalam kesibukan kerja kerana ianya
membuktikan keprihatinan waris terhadap anak-anak.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan
komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Roslinda binti Mohd Khalib, 3
Guru Besar SK Permatang Tok Mahat.

Sekapur Sireh Seulas Pinang
PENGERUSI PIBG

‫ال َّسل َا ُم عَلَ ْيُُ ْك َو َر ْْ َح ُة اللِه َوبَ َرََكتُة‬

dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya
dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat
saya mencurahkan sepatah dua kata di ruangan
sekapur sireh seulas pinang ini sebagai perkongsian
bersama dalam mendokong misi dan visi gemilang
sekolah.

Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah membantu dan
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu menjadi medium
untuk bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada
secara dalaman atau luaran. Oleh yang demikian PIBG akan berusaha lebih keras,
berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan
menjadi sekolah gemilang.

segalaSakyearjsaesalamkau, Yasunmg bDainPgaenrtuaidePaIBGdasnekteonlaahgaini ysaannggadt-ibsearnikgaant boelretherimpihaakkasih atas
pseenggaularukseanrjasseakmolaah, ,sugumrub-agnugruandaidnekaakdiatanngteannaygaangyasnegntdiaibsaersikaamnao-sleahmapihseankapnegn, gurusan
saemkoal-asha,mgausrus-gauhrudadlaamn mkaeknijtaaynagkaann ysaetniagp saekntitviaitsi ayasnagmdaia-snajumrkaanseonleahngP,IBsGa.ma-sama
Tsuidsaakhludpaalajmugam, ejuntjaaaynaktaernimsaetkiaapsihakkteivpitaidyaansegmduianijbuurkbaanpaoledhanPpIBeGnja. gTaidyaaknlgupa juga,
mjuetanaynumtebraimngateknaasgiha,kmeepmadbaeriskeemrjuasaaimbua dbaanpakodmaitnmpeennbjagiamyeamnagstmikeanykuemjabyaaanng tenaga,
amneamk-banearikkdei rsjaeksoalmahaindi.an komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah
ini.

Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semuaAkyhainrgbtiecralirbaa,t seckaarlai llaagnigssuanyga amtaeuntgiduackalpaknagnsujnugtadaanlatmermimeanjakyaaskihankmepaajlidsa semua
MyaensgyuatreartlibAagt unsgecaPrIaBGlanSgKsuPnegrmaattaung tiTdoak MlaanhgastunSgesida2la0m21/2m02e2n.jaySaakyan majlis
mMeensgyhuaarraaptkanAgduenganPkIeBpGimpSinKan APJeKrmPaIBtaGngdapTaotkmeMnianhgkaat tkaSnespires2ta0s2i1a/2na0k2-2. Saya
amneankgdhiaSraKpPkTaMn. dMeundgaahn-mkuedpaihmapninpaenngAorJbKanPanIBdGandnaipaat tmmurenni iknigtakastekmanuapurentsutkasi anak-
maneamkbudaihkSaKnPkTeMja.yaMaundanha-mk-aundaakhaynanpgegnegmorilbaanngaankadnandimniaaktbumlkuarni okleitha Aslelamh.ua untuk
Ammeimn.buahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah. Amin.

Sekian, terima kasih.

…………………………………… 4
(EN FARID SUWARDI BINTI MAT YUSOFF)
YANG DI PERTUA PIBG SKPTM

Visi ,Misi,Matlamat dan Objektif
SKPTM

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA.

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMATUHI ASPIRASI NEGARA

MATLAMAT & OBJEKTIF

• Melahirkan generasi Malaysia yang beriman,
berilmu, berakhlak mulia,berketerampilan dan
berkeyakinan.

• Memberi Pendidikan, layanan dan peluang secara
adil tanpa mengira perbezaan tahap potensi murid.

• Memupuk semangat kerja berpasukan bagi
memastikan pengurusan dan pentadbiran

Pendidikan dapat dilaksanakan dengan cekap, telus
dan berkualiti.

• Mewujudkan persekitaran sekolah bersih,ceria,
kondusif dan selamat.

SLOGAN SEKOLAH
SUKAMAJU BERSAMA

5

KENALI BARISAN PENTADBIR
SK PERMATANG TOK MAHAT

GURU BESAR
ROSLINDA BINTI MOHD KHALIB

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PEN KANAN HAL EHWAL MURID
JANISHA BINTI MOHAMAD DAR ALIAS BIN DIN

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PEN KANAN PENDIDIKAN KHAS
MARIZA BINTI ARSHAD WAN MAIZATULHANA WAN MAHMUD

6

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan entiti penting dalam sesebuah
sekolah di mana penubuhannya termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.Ini
membuktikan PIBG adalah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai
masalah dan isu serta menjadi wadah forum dan khidmat bakti untuk kemajuan
pelajar di sekolah berkenaan.Di samping itu, pertubuhan ini membantu
melengkapkan keperluan fizikal serta membolehkan para ibu bapa dan guru-guru
berkongsi dan bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan cara-cara
meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar.(Perlembagaan PIBG,
Akta Pelajaran 1961).

Objektif penubuhan PIBG ini amat jelas sebagaimana yang dinyatakan di
atas.Oleh itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di Sekolah
Kebangsaan Permatang Tok Mahat berperanan membantu sekolah dalam
meningkatkan prestasi dan menjaga kebajikan murid.Selain itu, PIBG juga berfungsi
untuk menambah sumber kewangan sekolah bagi meningkatkan kemudahan serta
keceriaan premis sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif dan menjayakan
aktiviti pendidikan di sekolah.Peranan PIBG juga adalah mengambil inisiatif
menyediakan saluran komunikasi antara sekolah dan masyarakat setempat bagi
meningkatkan kemesraan dan interaksi secara positif.

Penubuhan PIBG bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa
dan guru di sekolah ini.Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan
komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga
mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang
kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah ini. Peranan PIBG di sekolah
ini diharapkan dapat membantu merapatkan lagi silaturahim di antara ibu bapa dan
sekolah khasnya serta masyarakat amnya.

7

CARTA ORGANISASI PIBG

PENASIHAT YANG DIPERTUA PIBG
ROSLINDA BINTI MOHD KHALIB FARID SUWARDI B MAT YUSUFF

NAIB YANG DIPERTUA PIBG SETIAUSAHA
NOR ASYIKIN BINTI ABDULLAH NURUL WAHIDA BINTI HAMDAN

PENGERUSI PIBK
DATIN SHAMSHINAR HASANUDDIN

BENDAHARI
KAMALIA BINTI ABD KARIM

SETIAUSAHA PIBK
RUSMAWATI BT ABD RAZI

8

ATURCARA MAJLIS

2.00 petang : Pendaftaran
2..30 petang : Nyanyian – Negaraku & Untuk Negeri Kita
: Bacaan Doa
5.30 petang : Ucapan aluan oleh Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Perasmian
: Mesyuarat Agung Bermula
: Cabutan bertuah
: Majlis tamat

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
2.0 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG 2020
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2020/21
5.0 Membentangkan dan menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG 2020

berakhir pada 30 September 2021
6.0 Membentangkan dan mempertimbangkan usul
7.0 Hal-hal lain
8.0 Ucapan penangguhan

9

JAWATANKUASA INDUK

Tarikh : 30 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kediaman masing-masing

Penasihat : Roslinda binti Mohd Khalib (GB)
Pengerusi : Farid Suwardi bin Mat Yusoff (YDP)
Naib Pengerusi : Norasyikin binti Abdullah (NYDP)
Pentadbir : Janisha binti Mohamad Dar (PK1)

Setiausaha : Alias bin Din (PK HEM)
Bendahari : Mariza Bt Arshad (PK KOKU)
AJK : Wan Maizatulhana binti Wan Mahmud (PK PPKI)
Nurul Wahida binti Hamdan
Kamalia binti Abd Karim
Semua AJK PIBG

JAWATANKUASA KERJA

JURUACARA MAJLIS BACAAN DOA
Siti Noorazah binti Jamil (K) Mohd Yusri bin Othman
Safinaz binti Mohamad Yusuf Shaharuddin bin Shaari

AJK ZOOM/HOST DOKUMENTASI& LAPORAN
Zazolnizam bin Zakaria (K)
Muhammad Haikal bin Mansor Wan Hafizah binti Wan Harun(K)
Mohd Shah Effendi bin Abdullah
Jamilah binti Omar Zetiazura binti Othman
Khairiyah binti Abdul Kadir
Nurul Asma binti Kamaruddin Fairuz Haznee binti Mohd Husni
Darwina binti Ariffin
Tan Yeit Fong

Zunita binti Hassan

Fadirah binti Aziz 10

JAWATANKUASA KERJA

AJK PENDAFTARAN JURUFOTO
Norhaida binti Yahya (K)
Nor Rishah binti Bakar Mohd Hazaini bin Zainuddin (K)
Rojiah binti Yusof Mohd Firdaus
Hanani binti Che Zabani Amalina binti Ahmad
Azlinda binti Mat Kavitha a/p Renganatha

CENDERAHATI PERASMI AJK PENYEDIAAN HADIAH CABUTAN
Sarina binti Che Yob (K) BERTUAH
Noor Aniza binti Saad Habibah binti Hashim (K)
Noorbaizura binti Kamal Siti Nadzirah binti Ahmad Nazir
Yushaniza binti Mohd. Yusoff Santhi a/p Narayanasamy
Siti Zubaidah binti Hj. Abdullah
BUKU PROGRAM Roswati binti Ibrahim @ Zainuddin
Suhana binti Che Hamid (K) Ramani a/p Saravanan
Norsuriyati binti Ahmad Sabariah binti. Sulaiman
Nor Rasyidah binti Abdullah Salina binti Ahmed
Asnizawati binti Zakaria Sarifah binti Ismail
Zolieda binti Ismail
PENCATAT
Saniah binti Hussin (K) AJK PEMBERIAN HADIAH CABUTAN
Jarina binti Abdul Hamid BERTUAH
Siti Nurzahirah binti Mohd Basarudin Noor Mila binti Hj. Mohd Sahimi (K)
Norliza binti Haji Hadran Norani binti Ibrahim
Hazatul Nasra binti Mohd Noor Hafizah binti Yun
Siti Hamidah binti Kassim Abdurazak bin Hassan
Haslinawati binti Hashim Norhani binti Che Mat
Azlina binti Hassan Habibah binti Hj. Abdullah
Zuraini binti Ibrahim Rosmawati binti Abdul Razi
Zamnah binti Musa Rosma binti Abu Bakar
Hasnah binti Ramli
Mazilah binti Mustaffa AJK RODA NAMA UNTUK CABUTAN
BERTUAH
PENGERUSI SEMENTARA Ainul Mardiyah binti Abdul Rahim (K)
Alias bin Din Nurul Atiq binti Ishak
Lina binti Hj. Mohammad
Noorasmida binti Nordin
Siti Soleha binti Shafie
Markhiyah binti Abdul Kadir

11

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021

Jawatan 2021 2022

YDP PIBG FARID SUWARDI BIN MAT YUSOFF 12
NYDP PIBG NOR ASYIKIN BT ABDULLAH
Setiausaha
NURUL WAHIDA BT HAMDAN
Naib S/U
Bendahari SITI SOLEHA BINTI SHAFIE

AJK PIBG KAMALIA BINTI ABD KARIM
IBUBAPA MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD
DR MOHAMED FAUZI BIN PACKEER MOHAMED
PN ZAMILAH BT ISHAK
SYALINDA BINTI WAN CHEK
HARIY BT FAUZI

AJK PIBG NOORMILA BINTI MOHD SAHIMI
Wakil Guru ZAZOLNIZAM BIN ZAKARIA
SUHANA BINTI CHE HAMID
MUHAMAD HAIKAL BIN MANSOR
SITI ZUBAIDAH BINTI HJ ABDULLAH

Pengerusi PIBK DATIN SHAMSHINAR BINTI HASANUDDIN
S/U PIBK
RUSMAWATI BINTI ABDUL RAZI
Pen.S/U PIBK SARINA BINTI CHE YOP

AJK KSIB Guru NURUL ASMA BINTI KAMARUDDIN
MOHD YUSRI BIN OTHMAN
AJK KSIB
IBUBAPA AHMAD SAIFUDDIN BIN ABDULLAH
NOOR ZURIANI BINTI MD DAUD
Biro Maklumat HASNORAMIR BIN HAMID

RASIDI BIN SAIDIN
DANISH SUFFIAN BIN GALOH

Juruaudit TAN YEIT FONG
HASLIZA BINTI GHADZALI

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tarikh : 14 Februari 2020 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sri Gemilang SKPTM

Agenda

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
2.0 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020
5.0 Membentangkan dan menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31
DISEMBER 2019
6.0 Membentangkan dan mempertimbangkan usul -usul Pembubaran AJK PIBG sesi
2019/2020
7.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020
8.0 Perlantikan Jawatankuasa Kerja PIBG sesi 2020/2021
Seorang Yang Dipertua PIBG
• Seorang Naib Yang Dipertua PIBG
• Seorang setiausaha
• Seorang naib setiausaha
• Seorang Bendahari
• Enam orang wakil ibu bapa
• Lima orang wakil guru
• Dua orang juruaudit
• Seorang pengerusi PIBKS
• Seorang setiausaha PIBKS
• Seorang naib setiausaha PIBKS
• Dua orang biro maklumat & seorang guru dan tiga orang AJK KSIB
• Hal-hal Lain
9.0 Ucapan penangguhan
10.0

13

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat Agung

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada barisan
pentadbir sekolah, AJK PIBG dari kalangan waris, AJK PIBG dari kalangan guru dan waris-
waris yang hadir. Pengerusi juga turut berterima kasih kepada semua guru dan waris kerana
atas segala kerjasama yang telah diberikan, PIBG SKPTM telah melakarkan banyak
kejayaan. Beliau juga turut mengharapkan sokongan yang berterusan agar banyak lagi
kejayaan yang dapat dilakarkan pada masa akan datang. Beliau juga memohon kemaafan
andai ada kesilapan daripada pihak beliau ataupun AJK yang lain.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Disahkan : En Shamsul Bahrain bin Abd Rahman

2.2 Disokong : Pn Nor Fitratul Ain binti Abd Rahim

3.0 Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2018/2019
4.1 Setiausaha PIBG, Pn Suhana binti Che Hamid telah membentangkan laporan
tahunan PIBG 2019/2020 yang boleh dirujuk dalam buku program halaman 13. Beliau
membentangkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sesi 2019/2020

1. Program Motivasi Sikap dan Jayawaris Tahun 6
2. Mesyuarat Agung PIBG 2019

3. Kelas Anakku Cantik dan Ceria & Pelancaran Whatsapps Kelas
KSIB

4. Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber, PRS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

5. Kutipan Derma Kasih Sayang setiap jumaat
6. Temasya Sukan Tahunan Perpaduan
7. Gotong Royong mengecat bangunan dan tandas kerjasama

dengan PPDSPS dan PIBK
8. Sambutan Hari Guru
9. Program Kembara Terima Kasih Cikgu Kerjasama PPDSPS
10. Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah

11. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri
12. Lawatan Muhibbah Thailand dan Indonesia
13. Perkhemahan Perdana Ko -Kurikulum

14

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 5.0 Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG

5.1 Bendahari PIBG, Pn Norsuriyati binti Ahmad telah membentangkan laporan
penyata kewangan PIBG mulai Januari 2019 dan berakhir pada 31 Disember 2019 dengan
merujuk buku program halaman 14, 15 dan 16.

5.2 Baki Tabung berakhir pada 31 Disember adalah RM 18,842.29

5.3 Bendahari memaklumkan bahawa kutipan untuk Tabung Kasih Sayang bagi
bulan Februari adalah sebanyak RM 592.00 dan masih belum lagi dimasukkan dalam
penyata kewangan PIBG. Pengerusi turut memaklumkan bahawa Tabung Kasih Sayang itu
bertujuan menyumbang untuk meringankan beban ketika ditimpa bencana dan membantu
kecemerlangan murid.

5.4 Pengerusi juga turut dimaklumkan bahawa jumlah kutipan Tabung Kasih
sayang daripada Januari – November 2019 adalah sebanyak rm 7270.00.

5.5 En. Mohd Jamil b. Said mencadangkan laporan penyata kewangan 2019
disahkan dan disokong oleh En Rozaini bin Idrus

6.0 Membentangkan dan mempertimbangkan usul -usul.
6.1 Usul 1

Perkara : Mencadangkan pihak sekolah dan PIBG dapat membuat

semula garisan kuning ditepi bangunan kelas yang tinggi atau tingkat atas

supaya pelajar faham dan tahu garisan keselamatan untuk menghampiri

tembok.

Ulasan/maklum balas:

Cadangan tersebut telah diterima. Perancangan untuk menerangkan kembali
garisan kuning akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pengerusi turut
mencadangkan agar dijalankan gotong royong dengan penglibatan para
waris juga. Ini kerana agar sukar untuk mengharapkan para pekerja swasta
yang hanya ada seramai 6 orang sahaja untuk menerangkan kembali garisan
kuning di semua bangunan sekolah.

6.2 Usul 2

Perkara : Jualan pakaian dan peralatan persekolahan di koperasi

sekolah amat mendukacitakan. Mohon pihak PIBG dapat menyelesaikan isu

jualan pakaian yang lambat seperti tahun ini dan waris yang mengusulkan

cadangan ini mencadangkan agar pihak sekolah membuka tender koperasi

yang baru pada tahun hadapan.

Ulasan/maklum balas:

Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun hadapan (2021) akan dibuka
tender yang baharu. Namun cadangan agar koperasi diletakkan dibawah
pengurusan PIBG, beliau sendiri tidak dapat memberi kata putus. Namun hal
ini akan cuba dibawa dalam perbincangan dan kata putus akan diberikan oleh
barisan jawatankuasa yang baharu.

15

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 Guru Besar memberi respon bahawa sebelum ini sekolah telah membuka
tender, namun hanya ada 3 syarikat sahaja yang memohon. Panel
jawatankuasa pemilihan telah bersepakat dan bersetuju untuk memilih
syarikat daripada En Ismail untuk mengendalikan koperasi sekolah, namun
En Ismail pula telah didapati tidak sihat akibat penyakit kencing manis. Guru
Besar turut memaklumkan juga bahawa syarikat ini akan tamat tempoh
tender nya pada hujung tahun ini dan akan membuka tender baru. Guru
Besar juga memaklumkan bahawa pihak sekolah tiada masalah sekiranya
pihak PIBG ingin menguruskan koperasi dan bergantung kepada
perbincangan dan kemampuan daripada pihak PIBG.

6.3 Usul 3

Perkara : Tingkatkan kebersihan kantin sekolah. Turut di cadangkan

juga agar diadakan kempen kitar semula di sekolah pada setiap bulan

disamping dapat menambah tabung PIBG. Pihak sekolah juga diminta untuk

memantau harga dan kualiti jualan makanan serta tahap kebersihan kantin.

Pihak kantin juga disaran agar dapat menyediakan pekerja yang mencukupi

untuk memastikan kebersihan lantai kantin sentiasa dalam keadaan bersih

dan kantin juga dicadangkan untuk mempelbagaikan menu jualan buah

buahan segar, roti dan minuman yang berkualiti.

Ulasan/maklumbalas

Pengerusi memaklumkan bahawa hal ini telah diberi perhatian yang teliti dan
mengadakan beberapa kali perjumpaan dan perbincangan dengan PK HEM.
PK HEM juga telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan pihak
kantin untuk memaklumkan hal ini. Pengerusi memaklumkan juga inisiatif
yang telah dibuat oleh pihak PK HEM dan AJK yang telah terlibat dengan
kantin ini dengan memberikan maklum balas oleh anak -anak (anak -anak
memberikan respon sendiri) berkaitan dengan tahap kebersihan dan harga –
harga yang ditawarkan dikantin. PK HEM sendiri pun telah berdialog dengan
pihak kantin dan diharapkan mendapat keputusan yang positif hasil daripada
dialog tersebut.

Bagi cadangan kempen kitar semula ini pengerusi sendiri amat bersetuju
dengan cadangan ini, hal ini kerana dapat mendidik anak -anak membuang
bahan kitar semula ini dalam tong yang disediakan. Beliau sendiri menerima
cadangan ini dan akan diperhalusi lagi perbincangan dalam mesyuarat
seterusnya oleh AJK yang bakal dilantik nanti.

Bagi masalah tahap kebersihan kantin, pengerusi menegaskan bahawa
kantin sekolah telah digunakan oleh dua sesi iaitu sesi pagi untuk
persekolahan harian dan sesi petang pula untuk Kelas Fardu Ain (KAFA).
Jadi memang agak sukar pihak kantin mengekalkan tahap kebersihan. Pihak
sekolah dan PIBG juga telah dimaklumkan oleh pihak kantin bahawa mereka
telah menyediakan seorang pekerja untuk memantau dan menjaga
kebersihan dikantin. Untuk hal tersebut, pihak pengerusi juga berharap agar
akan ada perubahan yang positif daripada pihak kantin sekolah.

Atas perbincangan bersama antara PK HEM dan pihak kantin, pihak kantin
juga telah bersetuju untuk mempelbagaikan menu buah -buahan segar dan
pelbagai menu roti.

16

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 6.4 Usul 4

Perkara : Lalu lintas trafik yang lebih sistematik. Mohon pihak sekolah

khususnya PIBG mengambil berat mengenai isu lalulintas dan diwujudkan

laluan sehala diwaktu kemuncak semasa waktu pagi dan waktu pulang

sekolah. Turut dicadangkan agar sekolah mengadakan kerjasama dengan

penduduk Taman Harapan dan Majlis Daerah / JKR untuk memasang papan

tanda laluan sehala mengikut skala masa tertentu. Sekolah dan PIBG juga

dicadangkan untuk menyediakan tempat untuk menurunkan murid yang

menaiki kenderaan seperti van sekolah yang sesuai supaya keselamatan

lebih terjaga.

Ulasan/maklumbalas

Pengerusi memaklumkan bahawa isu ini adalah isu yang sering dibangkitkan,
boleh dikatakan saban tahun. Pihak sekolah, Pihak PIBG dan pengawal
keselamatan juga telah sering memaklumkan kepada semua para waris
bahawa pada waktu kemuncak, laluan dihadapan sekolah akan menjadi
laluan sehala (para waris tidak dibenarkan membuat laluan patah balik, tetapi
sebaliknya menggunakan jalan Di Taman Harapan sebagai jalan untuk
keluar, supaya tidak berlaku kesesakan. Namun, hal ini sukar diatasi kerana
para waris mengamalkan sikap penting diri sendiri dan tidak mengendahkan
teguran yang telah diberi. Pengerusi mencadangkan masalah yang akan
diambil dalam masa terdekat ini ialah untuk memanggil pihak JKR, pihak KRT
Taman Harapan, pihak PPD serta pihak Polis untuk membincangkan
masalah yang berlaku. Cadangan lain juga ialah mewujudkan garisan kuning
dengan tujuan memberitahu bahawa garisan tersebut merupakan kawasan
tidak boleh parking kereta. Pengerusi turut mengemukakan cadangan agar
diadakan program untuk mendidik kesedaran waris dalam masa seminggu
agar mematuhi peraturan di waktu kemuncak (iaitu waktu datang dan pulang
dari sekolah). Pengerusi memaklumkan bahawa sekiranya cadangan ini
dipersetujui, ia akan dibincangkan dan diperhalusi lagi dalam mesyuarat
jawatankuasa baru nanti.

Bagi isu ini, guru besar telah memberi maklum balas dengan mengatakan
bahawa pada tahun lepas, semasa isu ini dibangkitkan jawatankuasa taman
harapan telah mempersoalkan hak dengan mengatakan bahawa laluan
tersebut merupakan hak laluan penduduk Taman Harapan dan bukan jalan
sekolah. Guru besar memaklumkan lagi bahawa isu ini sendiri timbul
disebabkan sikap waris itu sendiri yang tidak mahu bertolak ansur dan
mementingkan diri sendri. Bagi isu menempatkan pengangkutan untuk
mengambil atau menurunkan anak-anak, sebenarnya pihak sekolah telah
memohon kepada JPN untuk merobohkan sebuah kuaters guru di sebelah
sekolah untuk dijadikan kawasan parking mengambil dan menurunkan anak-
anak, cadangan tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak JKR,
namun malangnya pihak JPN tidak mempunyai kos untuk melaksanakan
projek tersebut. Pihak sekolah juga telah ditegur oleh pihak JKR, agar tidak
meneruskan projek tersebut sekiranya tiada peruntukan.

17

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 6.5 Usul 5

Perkara : Cadangan potongan rambut pelajar lelaki seperti potongan 2

inci atau 3 inci ini diselaraskan kepada semua pelajar lelaki.

Ulasan/maklumbalas

Pengerusi memaklumkan bahawa beliau bersetuju sekiranya diselaraskan
potongan rambut kepada semua pelajar. Namun beliau perlu mendapatkan
persetujuan semua waris untuk isu tersebut. Kerana tidak mahu timbul
masalah dikemudian hari, pelajar tidak mahu kesekolah kerana malu dengan
potongan rambut.

Respon daripada gurubesar pula, semua waris harus memberikan
maklumbalas terhadap isu ini, sekiranya semua bersetuju untuk menetapkan
kadar ukuran untuk potongan rambut anak-anak maka akan dibuat
perubahan dalam buku peraturan, sekiranya tiada. Memadailah dengan
mengikut dalam buku peraturan iaitu potongan rambut yang kemas dan
pendek.

Hasil daripada maklum balas daripada semua waris, semua bersetuju untuk
mengikut ketetapan dalam buku peraturan sekolah iaitu memotong rambut
dengan pendek dan kemas.

6.6 Usul 6

Perkara : Cadangan meletakkan peti Tabung Kasih Sayang di tepi

pintu pagar berhadapan dengan tempat menunggu pelajar, supaya

memudahkan waris yang ingin menderma

Ulasan/maklumbalas

Pengerusi memaklumkan bahawa isu ini diterima majoriti yang hadir dan
meminta AJK yang baharu nanti untuk menghalusi kaedah perlaksanaannya.

6.7 Usul 7

Perkara : menggalakkan kepelbagaian Bahasa di sekolah selain

daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Mohon diadakan kelas Bahasa

Mandarin sebagai Bahasa tambahan. Selain itu, mengadakan sekolah angkat

dengan badan korporat dan mengadakan lawatan ke industri sebagai

pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah turut

dicadangkan agar dapat mengadakan Majlis Makan Malam untuk mencari

dana tambahan PIBG.

Ulasan/maklumbalas

Guru besar memaklumkan bahawa beliau bersetuju dan menyokong
cadangan ini. Beliau juga turut memaklumkan bahawa pada tahun 2018,
pihak sekolah sendiri ada memberikan surat kepada waris untuk memohon
persetujuan sekurangnya 15 orang untuk membolehkan kelas bahasa asing
dibuka. Pihak sekolah pernah mengemukakan surat kepada JPN, sekiranya
berminat untuk membuka kelas Bahasa asing. Namun permohonan pihak
sekolah telah ditolak oleh pihak JPN atas alasan tiada guru pakar untuk
dihantar mengajar. Pada tahun lepas juga permohonan ditolak kerana guru
besar sendiri tidak setuju dengan cadangan bahawa, untuk mewuju1d8kan

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 Bagi isu/ cadangan mengadakan sekolah angkat bagi badan korporat, guru
besar memaklumkan agar jawatankuasa yang baharu nanti akan
membincangkan cadangan ini.

Pengerusi turut memaklumkan bahawa ada sebuah badan korporat yang
telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan pihak sekolah. Dan isu ini akan
dibincangkan kemudian oleh jawatankuasa yang baharu nanti.

Pengerusi turut memaklumkan akan dilaksanakan kutipan Bachaton untuk
menambahkan dana, namun masih menunggu lagi keputusan

8.8 Usul 8
6.9
6.10 Perkara : Masalah kehadiran murid yang lambat ke sekolah semakin

ramai dan mohon cara untuk menangani masalah tersebut dikalangan waris

dan murid. Selain daripada itu, waris turut diminta untuk mematuhi cara dan

etika berpakaian ketika memasuki kawasan sekolah.

Ulasan/maklumbalas

Pengerusi telah mengemukakan beberapa cadangan untuk menangani isu
ini:

Cadangan 1: Membuat tayangan video/ cerita yang menarik / menayangkan
ayat-ayat al-quran yang mempunyai ilustrasi/ gambar yang menarik dan
menyeronokkan. Hal ini untuk menarik minat / keterujaan anak-anak untuk
datang awal kesekolah.

Cadangan 2: Mengenakan bayaran sebanyak 20 sen/50 sen kepada tabung
PIBG bagi murid yang lewat.

Cadangan ini akan diperbincangkan dalam jawatankuasa PIBG yang baharu
nanti

Usul 9

Perkara : Mohon kepada pihak sekolah supaya memantau kawalan

keselamatan daripada pengawal keselamatan yang agak kurang memuaskan

di awal pagi dan waktu pulang sekolah.

Ulasan/maklumbalas

Makluman daripada guru besar, pengawal keselamatan pada tahun 2020
merupakan pengawal yang baharu sahaja bertugas di SKPTM. Guru besar
turut memaklumkan berkaitan isu ini, beliau telah memanggil pengawal
keselamatan dan menjelaskan agar pengawal keselamatan mesti mempunyai
sifat tanggungjawab dan menjalankan tugas sebaik mungkin. Guru besar juga
turut memberi jaminan bahawa sekolah akan memastikan semua pengawal
mempunyai aspek keyakinan dan keterampilan diri serta berintegriti

Usul tergempar.

6.10.1 Usul 1: (Pn Hairy bt Pauzi)

Mencadangkan agar pihak sekolah dan PIBG mengadakan platform untuk
para waris menyuarakan suara atau pandangan, komen atau menghebahkan
maklumat / aktiviti yang dijalankan oleh PIBG

19

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 Usul 2:

Mohon pihak sekolah atau PIBG menyatakan secara jelas dan terperinci
tentang aktiviti pengukuhan yang dijalankan dan sumber kewangan iaitu
meliputi bagaimana kewangan itu dijana. PIBG juga harus memikirkan
bagaimana kewangan itu boleh mendatangkan keuntungan

Usul 3

Berdasarkan pencapaian UPSR sebelum ini, mohon pihak sekolah dengan
kerjasama PIBG agar menjalankan program dari awal yang boleh
meningkatkan pencapaian sekolah khususnya tahun 6.

Ulasan /maklumbalas

Merujuk kepada sumber kewangan PIBG dalam buku program, memang tiada
dinyatakan sumber kewangan. Namun PIBG ada mewakafkan projek
tanaman pokok kelapa pandan dan pokok limau Kasturi dan tanaman
tersebut akan mengambil masa 2 tahun. Dalam anggaran pada pertengahan
tahun ini, penanaman tersebut akan mengeluarkan hasil dan boleh memberi
pulangan yang besar terhadap pendapatan dalam tabung PIBG.

Bagi program memantapkan akademik, PIBG akan menyerahkan kepada
pihak sekolah khususnya guru-guru tahun 6 untuk merangka dan
melaksanakan program. Hanya waris-waris tahun 6 sahaja yang akan terlibat
dengan program ini. Setiap murid tahun 6 juga turut dikenakan kutipan wang.
Program tahun 6 tidak melibatkan PIBG

Maklumbalas daripada guru besar, berkaitan keputusan UPSR tahun lepas,
aspek penurunan peratus memang berlaku, tetapi melibatkan matapelajaran
tertentu sahaja. Sedangkan mata pelajaran yang lain dan peratus lulus, masih
lagi tinggi. Namun pihak sekolah, terutamanya guru tahun 6 telah merangka
strategi dan program untuk meningkatkan lagi peratusan dan pencapaian.

Usul 4 (En Farid Suwardi)

Mencadangkan dan meminta persetujuan ramai agar ditambah lagi 2
keahlian AJK dari kalangan waris, walaupun waris tersebut tidak hadir, namun
dirasakan waris itu layak dan komited iaitu dari 6 orang ahli jawatankuasa
kepada 8 orang.

Ulasan / maklumbalas.

Cadangan dipersetujui dan mendapat undian majoriti daripada semua.

Usul 5 (Tuan Guru Besar)

Guru Besar telah mengemukakan usul dan cadangan agar para waris
bersetuju sekiranya pihak sekolah memohon sumbangan atau bayaran untuk
membuat lawatan atau rombongan sekolah.

Ulasan / maklumbalas

Cadangan dan usul daripada Tuan Guru Besar ini telah mendapat sokongan
dan persetujuan daripada semua para waris.

20

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 Usul 6 (Pn Herdawati)

Memohon jasa baik daripada pihak sekolah agar dapat sediakan atau
usahakan laluan yang lebih besar untuk memudahkan pergerakan kerusi
roda. Ini kerana laluan yang sedia ada agak sempit dan menyukarkan
pergerakan kerusi roda.

Ulasan / maklumbalas.

Usul diterima dan pengerusi mengharapkan agar jawatankuasa baharu yang
dilantik dapat membincangkan isu ini.

7.0 Pembubaran AJK PIBG 2019 / 2020

7.1 En Farid Suwardi b. Mat Yusoff mewakili barisan jawatankuasa PIBG
membubarkan jawatankuasa sesi 2019/2020 secara rasminya.

7.2 Ahli mesyuarat bersetuju melantik En Mat Saad b. Osman sebagai pengerusi
sementara.

8.0 Melantik AJK PIBG sesi 2020 / 2021

8.1 Proses pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021 dimulai dengan Tn Guru Besar
memaklumkan wakil jawatankuasa PIBG bagi pihak guru ialah seperti berikut:

BIL NAMA JAWATAN
1 PN NURUL WAHIDA BT HAMDAN SETIAUSAHA

2 PN SITI SOLEHA BT SHAFIE NAIB S/U
3 PN KAMALIA BT ABD KARIM BENDAHARI
4 PN HAJAH NOORMILA BT HJ MOHD SAHIMI AJK GURU

5 PN WAN MAIZATUL HANA BT WAN MAHMUD AJK GURU
6 PN ZUBAIDAH BT HJ ABDULLAH AJK GURU
7 EN MAT SAAD B. OSMAN AJK GURU
8 EN ZAZOL NIZAM B. ZAKARIA AJK GURU
9 PN SUHANA BT CHE HAMID AJK GURU
10 PN TAN YEIT FONG JURUAUDIT
11 PN SITI NOORAZAH BT JAMIL S/U PIBKS
12 PN SARINA BT CHE YOB NAIB S/U PIBKS
13 EN MOHD YUSRI B. OTHMAN AJK KSIB GURU
14 PN NURUL ASMA BT KAMARUDDIN AJK KSIB GURU

21

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 8.2 Cadangan lantikan untuk pihak ibubapa. Untuk jawatan YDP PIBG, En Mohd Jamil b
Said mencadangkan barisan AJK PIBG sesi 2019 dikekalkan. En Bujang
mencadangkan pelantikan baru iaitu En Firdaus. En Firdaus pula mencadangkan En
Farid Suwardi supaya kekal sebagai YDP PIBG dan disokong oleh majoriti ibubapa.

8.3 Cadangan lantikan jawatan NYDP PIBG. En Firdaus mencadangkan Pn Noorashikin
dan disokong oleh majoriti hadirin.

8.4 Pelantikan barisan AJK PIBG Waris seramai 6 orang ahli. Sekali lagi, En Mohd Jamil
mengusulkan agar dikekalkan barisan yang lama tetapi dibantah oleh Pn
Noorashikin. Akhirnya majlis sebulat suara melantik barisan AJK waris seperti
berikut:

- Pn Hairy binti Fauzi, waris murid 1 Gamma

- Pn Noor Zuraini binti Md Daud, waris murid 6 Delta

- En Hasnul Amir

- Pn Zamilah binti Ishak

- En Mohd Firdaus bin Mat Saad

8.5 Pn Janariah mencadangkan seorang wakil dari PPKI iaitu Dr Fauzi. En Jamil
mencadangkan agar cadangan ditutup.

8.6 En Farid mencadangkan agar jawatan pengerusi PIBK dikekalkan iaitu Datin
Shamshinar dan mendapat sokongan majoriti.

8.7 Pn Zamilah mencadangkan AJK KSIB iaitu En Saifuddin Abdullah. Biro maklumat
dulunya disandang oleh dua individu iaitu En Rashidi bin Saidin dan En Jamain.
Maka Pn Noorashikin mencadangkan nama En Danish sementara En Firdaus
mencadangkan nama En Rashidi.

8.8 Untuk jawatan juruaudit PIBG waris, En Firdaus mencadangkan waris murid
bernama Manja Amsyar Hanani bt Mohd Zamri iaitu Pn Hasliza binti Ghadzali.

8.9 Setelah menerima cadangan dan sokongan daripada waris yang hadir, maka
terbentuklah barisan AJK PIBG 2020/2021 seperti berikut:

22

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 BIL NAMA JAWATAN
YDP
1 EN FARID SUWARDI BIN MAT YUSOFF NYDP
SETIAUSAHA
2 PN NOR ASYIKIN BT ABDULLAH NAIB S/U
BENDAHARI
3 PN NURUL WAHIDA BT HAMDAN AJK PIBG
AJK PIBG
4 PN SITI SOLEHA BT SHAFIE AJK PIBG
AJK PIBG
5 PN KAMALIA BT ABD KARIM AJK PIBG
6 DR MOHAMED FAUZI BIN PACKEER MOHAMED AJK PIBG
7 EN MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD AJK PIBG
8 EN AHMAD SAIFUDDIN BIN ABDULLAH AJK PIBG
9 PN ZAMILAH BT ISHAK AJK GURU
10 PN HAIRY BT FAUZI AJK GURU
11 EN HASNOR AMIR AJK GURU
12 PN NOOR ZURAINI BINTI MD DAUD AJK GURU
13 PN SYALINDA BINTI WAN CHEK AJK GURU
14 PN HAJAH NOOR MILA BT HJ MOHD SAHIMI AJK GURU
15 PN WAN MAIZATUL HANA BT WAN MAHMUD JURUAUDIT
16 PN ZUBAIDAH BT HJ ABDULLAH JURUAUDIT
17 EN MAT SAAD B. OSMAN BIRO MAKLUMAT
18 EN ZAZOL NIZAM B. ZAKARIA BIRO MAKLUMAT
19 PN SUHANA BT CHE HAMID PENGERUSI PIBKS
20 PN TAN YEIT FONG S/U PIBKS
21 PN HASLIZA BT GHADZALI NAIB S/U PIBKS
22 EN DANISH SUFFIAN B GALOH AJK KSIB GURU
23 EN RASIDI B SAIDIN AJK KSIB GURU
24 DATIN SHAMSHINAR BT HASANUDDIN
25 PN SITI NOORAZAH BT JAMIL
26 PN SARINA BT CHE YOB
27 EN MOHD YUSRI B. OTHMAN
28 PN NURUL ASMA BT KAMARUDDIN

23

MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 9.0 Hal-hal lain

9.1 YDP PIBG mencadangkan yuran PIBG untuk tahun 2020 adalah ditetapkan
sebanyak RM 50.00 untuk satu keluarga dan mendapat sokongan daripada para
waris

9.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG yang lalu di atas
bimbingan dan kerjasama.

9.3 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG dan PIBK yang baru
dan berharap AJK yang dilantik dapat memberikan komitmen dengan penuh integriti
untuk melahirkan sekolah yang cemerlang.

9.4 Pihak ibu bapa bersetuju membenarkan kutipan untuk aktiviti-aktiviti luar seperti
rombongan, perkhemahan dan sebagainya.

10.0 Penangguhan Mesyuarat

10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………. …………………………….
(NURUL WAHIDA BT HAMDAN) (FARID SUWARDI BIN MAT YUSOFF)

Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG

SK Permatang Tok Mahat SK Permatang Tok Mahat
Sek Kluster Kecemerlangan Sek Kluster Kecemerlangan

24

LAPORAN TAHUNAN PIBG 20/21

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SKPTM SESI 2021

Mesyuarat Pertama 22 Januari 2021 Jumaat
Mesyuarat Kedua 26 Mac 2021 Jumaat

Mesyuarat Ketiga 24 September 2021 Jumaat

AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2020/2021

BIL SENARAI AKTIVITI

1 Mesyuarat Agung PIBG 2020/2021

2 Jom Cakna PDP Norma Baharu Tajaan PIBG 2021

3 Kutipan Derma Kasih Sayang setiap Jumaat 2020/2021

4 Temasya Sukan Tahunan Perpaduan 2020

5 Sambutan Hari Guru 2020/2021

6 Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020

7 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Murid Tahun 6 2020

8 Pertandingan Inovasi Sains Peringkat Antarabangsa (INTERNATIONAL
INNOVATION, CREATIVITY & TECHNOLOGY EXHIBITION 2021)

9 TEKNOVASI 2021

10 Projek Mega Pertanian PPKI (Projek Cendawan) 2021

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

------------------------------- -------------------------------------- 25
(Nurul Wahida binti Hamdan) (Farid Suwardi B Mat Yusoff)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Permatang Tok Mahat Sek Keb Permatang Tok Mahat

LAPORAN PENYATA KEWANGAN
TAHUN 2020/2021

26

LAPORAN PENYATA KEWANGAN
TAHUN 2020/2021

27

CADANGAN & USUL

1 Nama Mohd Amirul Bin Mohd Snin

Nama anak Muhammad Qaish Ramadhan

Kelas 5 Sigma

Usul 1 Cadang untuk buat soalan dwi bahasa untuk math dan

sains (anak ada masalah memahami soalan dan keliru

dengan term2 digunakan ketika sekolah di UK dahulu)

tambah 2tahun pembelajaran secara online memberi

masalah kepadanya untuk faham bahasa melayu

dengan baik bagi subjek teras seperti math dan sains.

2 Nama Noriza Ahmad

Nama anak Rayyan Danish Bin Roshisham

Kelas Beta

Usul 2 Saya mencadangkan agar anak pendidikan khas diberi

makanan tidak terlalu pedas supaya dapat

mengelakkan pembaziran,sayang juga makanan

tersebut dibuang begitu saja dalam hal ini saya tidak

menyalahkan sesiapa Cuma nak maklum supaya ianya

tidak berulang.maaf jika kata-kata saya menyinggung

perasaan semua.Bagi saya cikgu2 dan pembantu cikgu

semuanya terbaik alhamdulilah...Harap maklum sekian

Terima kasih.

3 Nama Hasniza Binti Hamid

Nama anak Nur Iman Fatini Binti Khairi

Kelas 5 Sigma

Usul 3 Persekolahan secara bersemuka amat diharapkan .

28

CADANGAN & USUL

04 Nama NOR ASMAH BINTI REDZUAN

Nama anak Muhammad Adam Amsyar

Kelas 3 delta

Usul 4 Tempoh untuk selesaikan tugasan dan kehadiran

online pelajar. Khusus kepada ibu bapa bekerja/tiada

internet/dll

05 Nama ROSLIZAWATI MAT DERIS

Nama anak Muhammad Darwisy Bin Mohd Fauzol

Kelas 4Beta

Usul 5 Jika pdpr masih dalam talian mohon juga untuk buat 1

subjek waktu malam bagi ibubapa yang bekerja tidak

sempat untuk pdpr waktu siang...boleh ka 1 subjek 1

hari cikgu?masalah juga bagi ibubapa yang terpaksa

berkongsi tel dengan anak-anak yang ramai..terima

kasih

06 Nama KAMALIA ABD KARIM

Usul 6 Melantik mana-mana consultant untuk mengurus

akaun pibg seandainya PIBG ingin meneruskan hasrat

berniaga contoh cendawan dan lain2.(mengikut garis

panduan audit)

07 Nama MOHD AZIZI BIN AHMAD

Nama Anak Nur Ulya Humaira’ binti Mohd Azizi

Usul Mencadangkan kutipan sumbangan PIBG pada tahun

2022 dikekalkan sebanyak RM50 satu keluarga dan

bagi keluarga yang mempunyai kekangan dalam

membuat bayaran boleh membuat bayaran secara

berperingkat.

29

LENSA AKTIVITI PIBG

30

LENSA AKTIVITI PIBG

31

SEKALUNG
PENGHARGAAN

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:

SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 ,

PENGERUSI DAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
PN ROSLINDA BINTI MOHD KHALIB (Guru Besar SKPTM)

EN FARID SUWARDI BIN MAT YUSUFF (YDP PIBG)
GURU-GURU PENOLONG KANAN SKPTM
GURU-GURU DAN KAKITANGAN SKPTM
AHLI JAWATANKUASA PIBG SKPTM

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2021
SEMUA WARIS,IBUBAPA /PENJAGA SKPTM
dan

SEMUA PIHAK YANG MEMBERI KERJASAMA SERTA SUMBANGAN
SECARA LANSUNG ATAU TIDAK LANSUNG DALAM MENJAYAKAN

MAJLIS INI.
SEGALA JASA BAIK DAN SUMBANGAN TUAN/PUAN HANYA

ALLAH S.W.T SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.
TERIMA KASIH..

32

33


Click to View FlipBook Version