‘INDUSTRI GETAH YANG MODEN BERDAYA MAJU DAN DINAMIK’
111 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH 2 PERUTUSAN PENGERUSI 13 4 17 8 29 Perutusan khas daripada Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah MAKLUMAT KORPORAT Struktur Organisasi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi LIGS PENGENALAN KEPADA LIGS Visi, Misi, Dasar dan Strategi Sosioekonomi UNIT SEMAIAN Latarbelakang, Pencapaian, pengeluaran bibit getah dan buah-buahan sepanjang tahun 2021 BAHAGIAN KEMAJUAN PEKEBUN KECIL Pengenalan, Objektif, Strategi dan pelaksanaan Projek Penanaman Getah LIGS 2021 BAHAGIAN SKIM PENEMPATAN GETAH Pengenalan Bahagian, Pengeluaran Getah Skim, Ladang Getah Komuniti Kanibongan, Ladang Getah Nabawan, Projek Agropolitan Gana Kota Marudu, Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), Semaian Buah-buahan dan Naik Taraf Jalan Pertanian. ISI KANDUNGAN
37 52 40 58 47 66 70 UNIT LATIHAN PEKEBUN KECIL Latarbelakang, Maklumat Peserta Kursus, Tenaga Pengajar, Program Dialog/ Kursus Asas Menoreh dan Bantuan Kerajaan BAHAGIAN PEMBELIAN GETAH BAHAGIAN PEMPROSESAN DAN PEMASARAN Kegiatan dan Pencapaian, Insentif Pengeluaran Getah (IPG), Unit Penguatkuasan dan Urusetia Pelesenan dan Permit (UPP) Pemprosesan Getah, Ujian Getah, Pemasaran Getah BAHAGIAN PENTADBIRAN Fungsi/ Aktiviti, Pengisian Jawatan Anugerah, Kakitangan Bersara BAHAGIAN KEWANGAN Piagam Pelanggan, Fungsi, Peruntukan Pembangunan dan operasi dan Penyata Kewangan LIGS PROGRAM DAN LAWATAN MAKLUMAT PERHUBUNGAN Pejabat LIGS di Daerah dan Alamat Perhubungan Anak Syarikat LIGS
222 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH YANG BERBAHAGIA DATUK EDWARD LINGGU, JP PENGERUSI LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH
3 3 3 Tahun 2021 boleh dikatakan tahun yang berjaya bagi LIGS, bukan sahaja kerana usianya telah mencapai 71 tahun, tetapi juga kerana usaha yang dijalankan selama ini dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi para pekebun kecil getah negeri Sabah tanpa henti. Saya juga berharap dengan pencapaian sepanjang 71 tahun ini, LIGS mampu menangani apa jua cabaran yang bakal dihadapi dan menjadi semakin matang dalam mendepani cabaran serta bergerak seiring dengan aspirasi negara pada masa akan datang. Akhir kata, ucapan tahniah serta penghargaan kepada pihak Pengurusan dan seluruh warga LIGS yang telah memberikan komitmen jitu dalam usaha meningkatkan prestasi LIGS sebagai salah sebuah organisasi yang terulung di negeri Sabah. Sekian dan Selamat Maju Jaya. EDWARD LINGGU Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya, Dengan izin dan limpah kurnia Tuhan yang maha Esa, saya bersyukur kita telah berjaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2021. Walaupun dengan cabaran dan norma-norma baharu yang terpaksa kita hadapi ekoran daripada pandemik Covid-19, kita telah berjaya mengharunginya bersama. Syabas! Saya amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan perutusan dalam buku Laporan Tahunan Lembaga Industri Getah Sabah bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. Penerbitan Laporan Tahunan LIGS ini merupakan satu usaha yang sangat baik kerana ia merupakan satu wadah dan dokumentasi maklumat yang merakamkan pelbagai aktiviti, sumbangan, kejayaan dan pencapaian LIGS pada tahun 2021. Lembaga Pengarah mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan LIGS dan seluruh warga kerja LIGS atas khidmat yang cemerlang selama ini. "LIGS MAMPU MENANGANI APA JUA CABARAN” Perutusan Pengerusi
666 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH STRUKTUR ORGANISASI STRUKTUR LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH ORGANISASI
7 7 7
888 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH
9 9 9 Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) adalah sebuah Agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. LIGS telah memainkan peranan penting di dalam memajukan sektor industri getah pekebun kecil di negeri Sabah sejak ditubuhkan pada tahun 1950 melalui Enakmen Lembaga Tabung Getah 1950 (Pindaan No. 25 Tahun 1981), yang kemudiannya dipinda kepada Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2013. LIGS diketuai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Lima (5) orang Ahli Lembaga Pengarah, tiga (3) orang Ahli ex-officio dan seorang Pengurus Besar. Ketua Eksekutif Kumpulan Pengurusan adalah Pengurus Besar, yang dibantu oleh empat (4) orang Timbalan Pengurus Besar (TPB) iaitu TPB Pentadbiran, TPB Kemajuan Pekebun Kecil, TPB Skim dan TPB Pembelian Getah dan dua (2) Penolong Pengurus Besar (PPB) iaitu PPB Kewangan dan PPB Pemprosesan dan Pemasaran. PENGENALAN KEPADA LIGS Ibu pejabat LIGS terletak di Aras 3, Blok A, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang (Off Maktab Gaya), Beg Berkunci 2016, 88999 Kota Kinabalu
1010 Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengu rusan sektor pekebun kecil yang efisyen, meningkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global. Misi Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik Visi Dasar 1. Mewujudkan punca pendapatan yang tetap dan mapan kepada petani yang mengamalkan pertanian pindah randah, petani miskin dan miskin tegar. 2. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan kepada para pekebun kecil getah. 3. Menempatkan petani yang mengamalkan pertanian pindah randah atau petani yang tidak mempunyai tanah ke skim penempatan getah. 4. Mempergiatkan proses pemindahan teknologi baharu kepada para pekebun kecil getah. 5. Menyediakan kemudahan pemprosesan dan pemasaran getah untuk pekebun kecil getah. 6. Menggalakkan pertumbuhan industri hiliran yang berasaskan getah dan kayu getah.
1111 11 Strategi Sosioekonomi 1. Mewujudkan punca pendapatan yang tetap, mapan dan meningkatkan produktiviti. 1.1. Tanam Baru Getah dengan Klon Lateks Balak Berkelompok. 1.2. Tanam Semula Getah dengan Klon Lateks Balak Berkelompok. 1.3. Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ). 1.4. Projek Ladang Getah Agropolitan. 1.5. Skim Penempatan Getah. 1.6. Projek NKEA Getah. 2. Pemindahan teknologi kepada para Pekebun Kecil 2.1. Pemindahan teknologi melalui Latihan. 3. Menyediakan prasarana dan perkhidmatan kepada pekebun kecil 3.1. Membina dan menaiktaraf jalan pertanian dalam kawasan blok. 3.2. Perkhidmatan pembelian langsung di kebun pekebun kecil getah. 3.3. Perkhidmatan pengembangan.
LAPORAN UNIT SEMAIAN GETAH
141414 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH LAPORAN UNIT SEMAIAN Latar Belakang LIGS mempunyai tiga (3) tapak semaian yang mengeluarkan Bibit Getah Cantuman Muda Berpolibeg dan satu (1) tapak semaian buah-buahan bagi memenuhi keperluan pekebun kecil getah di negeri Sabah serta memastikan anak benih getah yang disediakan kepada para pekebun kecil tersebut adalah bermutu tinggi. Tapak-tapak semaian tersebut adalah seperti berikut:- Tapak Semaian Daerah Keluasan Catatan Kabang Papar 80 ekar Mengeluarkan bibit getah sahaja Sungai Damit Tuaran 150 ekar Mengeluarkan bibit getah sahaja Pamalan Keningau 10 ekar Mengeluarkan bibit getah sahaja Tuaran Tuaran 33.94 ekar Mengeluarkan buah-buahan sahaja Pencapaian Dalam tahun 2021, tapak semaian milik LIGS secara keseluruhannya telah berjaya mengeluarkan Bibit Getah Cantuman Muda Berpolibeg sebanyak 1,361,012 pokok. Pecahan pengeluaran tersebut adalah seperti dalam jadual berikut:- Tapak Semaian Bibit Getah Kabang 517,630 pokok Sungai Damit 711,152 pokok Pamalan 133,230 pokok Jumlah: 1,361,012 pokok
1515 15 Klon-klon getah dan bibit buah-buahan yang dikeluarkan oleh tapak-tapak semaian tersebut adalah seperti berikut:- Kumpulan I Kumpulan II Anak Benih Buah-Buahan RRIM 928 RRIM 2001 RRIM 2002 PB 350 PB 260 PB 347 RRIM 2023 RRIM 2024 RRIM 2025 RRIM 2027 Avocado Limau Lemon Belimbing Limau Sunkist Cempedak Limau Purut Ciku Longan Durian Kedondong Dokong Kanistal/ Mata Kucing Duku Langsat Mangga Langsat Manggis Jambu Air Madu Nangka Jambu Batu Durian Belanda Limau Besar Rambutan Limau Kapas Buah Naga Limau Kasturi Sukun Limau Manis Madu Tarap
181818 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH LAPORAN BAHAGIAN KEMAJUAN PEKEBUN KECIL Pengenalan Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil Fungsi Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil (KPK) adalah untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah membangunkan kawasan melalui Program Tanam Baru dan Tanam Semula Getah Secara Berkelompok berdasarkan peruntukan yang diterima daripada Kerajaan setiap tahun. Sehubungan itu, matlamat program ini adalah untuk mewujudkan sumber pendapatan yang mapan serta memastikan kesejahteraan sosioekonomi pekebun kecil dapat ditingkatkan melalui Program Khidmat Nasihat Ejen Pengembangan. Objektif Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil Objektif utama bahagian ini ialah untuk membantu pekebun kecil atau penduduk luar bandar bagi:- a. Mewujudkan punca pendapatan yang tetap mapan kepada pekebun kecil getah melalui Program Tanam Baru Berkelompok. b. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil dengan menggantikan pokok yang tidak ekonomik melalui Program Penanaman Semula Getah. c. Menggalakkan pertumbuhan industri hiliran berasaskan getah dan kayu getah. d. Mempergiatkan pertumbuhan sosioekonomi pekebun kecil dengan menaiktaraf infrastruktur asas ladang. e. Ejen pengembangan penyampaian teknologi berkaitan getah melalui khidmat nasihat. Strategi Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil Strategi yang digunakan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah melalui:- a. Program Tanam Baru Getah Berkelompok dengan Klon Lateks Balak di kawasan baharu; b. Program Tanaman Semula Getah Berkelompok dengan Klon Lateks Balak di kawasan getah tua yang tidak ekonomik.
1919 19 Pelaksanaan Projek LIGS 2021 Projek-projek utama yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil dalam tahun 2021 adalah Projek Tanam Baru Getah Berkelompok, Tanam Semula Getah Berkelompok, Penyelenggaraan Projek Tanam Baru dan Tanam Semula Berkelompok 2016-2020 dan Penyelenggaraan Projek Khas Penampang. Projek-projek ini menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di bawah Program High Impact Project (HIP). Butiran dan peruntukan projek adalah seperti berikut:- Program Keluasan (Hektar) Jumlah Blok Jumlah Peserta Jumlah Peruntukan (RM) Tanam Baru Getah Berkelompok 2,410 40 699 20,246,601 Tanam Semula Getah Berkelompok 302 8 72 2,542,601 JUMLAH 2,712 48 771 22,789,202 Program Keluasan (Hektar) Jumlah Blok Jumlah Peserta Jumlah Peruntukan (RM) Penyelenggaraan Tanam Baru – 2016 Tanam Baru – 2017 Tanam Baru – 2018 Tanam Baru – 2019 Tanam Baru – 2020 2,927 1,182 3,215 4,016 2,800 45 21 61 64 46 953 340 1,101 1,221 859 3,810,954 2,645,316 5,320,825 7,405,504 4,370,800 Penyelenggaraan Tanam Semula – 2016 Tanam Semula – 2017 Tanam Semula – 2018 Tanam Semula – 2019 Tanam Semula – 2020 1,999 952 1,285 1,000 1,450 20 28 28 19 27 1590 314 418 383 234 2,602,698 2,130,576 2,126,675 1,844,000 2,263,450 JUMLAH 20,826 359 6,413 34,520,798 Seluas 2,712 hektar kawasan getah telah ditanam di 18 daerah yang merangkumi 48 buah kampung dan melibatkan seramai 771 orang pekebun kecil dengan peruntukan sebanyak RM22,789,202. Kerajaan Persekutuan juga telah memberi peruntukan sebanyak RM34,520,798 untuk penyelenggaraan kawasan HIP yang ditanam pada tahun 2016 hingga 2020 seperti yang berikut:- Kerja-kerja penyelenggaraan kawasan blok dengan jumlah keluasan 20,826 hektar di 359 kampung dan melibatkan seramai 6,413 orang pekebun kecil telah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
202020 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH NO DAERAH NAMA KAMPUNG/PROJEK BIL. PESERTA KELUASAN HEKTAR 1 Kanibongan Manduring 25 72 2 Kanibongan Tilugan 26 72 3 Kota Belud Komborungon 16 54 4 Kota Belud Botor 11 53 5 Kota Marudu Nantaban Sarazo 29 86 6 Kota Marudu Lingoyong 20 49 7 Kota Marudu Nokok 21 56 8 Kudat Bodu 20 70 9 Kudat Rabtak Ulu 11 35 10 Paitan Uu'od Kiboton 13 51 11 Paitan Kiboton 29 70 12 Paitan Tangkarason Baru 18 47 13 Paitan Kg Baru 14 45 14 Paitan Telidusen 30 88 15 Papar Kiapu 11 71 16 Pitas Kituwo 21 86 17 Pitas Pagawon 14 63 18 Ranau Pudau 11 50 19 Ranau Tasapang 12 52 20 Ranau Mangason 20 50 21 Ranau Rinangkatan Koopit 21 50 22 Tuaran Ratau Piasau 16 60 23 Tuaran Ratau Kadil 19 66 24 Kota Marudu Selingkawang 23 73 25 Kota Marudu Minindai 10 39 26 Nabawan Somugi Ulu 22 58 27 Penampang Pinahawon Ulu 18 55 28 Sipitang Kesili 12 35 29 Sipitang Sungai Lukutan 6 25 30 Telupid Tudan Kutut 14 34 31 Tongod Osem 7 30 32 Tuaran Mangga 17 54 33 Tuaran Komburon 18 56 34 Keningau Sarayo 43 90 35 Keningau Pomotodon 24 86 36 Tambunan Patau 16 76 37 Tenom ULU BOLOK 10 85 38 Tenom BUKIT LOCK 11 72 39 Tenom KUALA ROLOK 10 75 40 Tenom ROLOK KEMABONG 10 71 JUMLAH 699 2,410 PROJEK TANAM BARU GETAH BERKELOMPOK TAHUN 2021 (HIP) Pada tahun 2021, seluas 2,410 hektar telah dibangunkan dengan Tanaman Baru Getah yang telah memberi manfaat kepada seramai 699 keluarga pekebun kecil. Butir-butir kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
2121 21
2222
2323 23 TANAM SEMULA GETAH BERKELOMPOK DI BAWAH HIP Seluas 302 hektar pula telah dibangunkan pada tahun 2021 untuk seramai 72 pekebun kecil. NO DAERAH NAMA KAMPUNG/PROJEK BIL. PESERTA KELUASAN HEKTAR 1 Beaufort Sokid Pulutan 10 33 2 Bongawan Sinangawan 9 48 3 Bongawan Salingkawang Talantang 15 48 4 Papar Kimanis 6 30 5 Kota Belud Kambirilan 9 35 6 Kota Belud Narinang Sogoh 9 40 7 Tenom Batu Angalor 7 30 8 Tenom Jawa Sumbiling 7 38 JUMLAH 72 302
242424 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH BLOK TBB BUKIT LOCK -& TBB ULU ROLOK HIP 2021, TENOM
2525 25
262626 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH TBB MOSOKOHON, TAMBUNAN - HIP 2018
2727 27
303030 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH LAPORAN BAHAGIAN SKIM PENEMPATAN GETAH SKIM PENEMPATAN GETAH, LADANG-LADANG GETAH TERANCANG DAN AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) Buat masa ini, (5) buah Skim Penempatan Getah, tiga (3) ladang terancang dan satu program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). (i) Skim Penempatan Getah Kuala Tomani, Tenom (ii) Skim Penempatan Getah Lagud Sebrang, Tenom (iii) Skim Penempatan Getah Tulid, Keningau (iv) Skim Penempatan Getah Tuaran, Tuaran (v) Skim Penempatan Getah Mendulong, Sipitang (vi) Ladang Getah Komuniti Kanibongan, Pitas (vii) Ladang Getah Nabawan, Nabawan (viii) Projek Agropolitan Gana, Kota Marudu (viiii) Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) SKIM PENEMPATAN GETAH Jumlah kawasan Skim Penempatan Getah di Kuala Tomani, Lagud Sebrang, Tulid, Tuaran dan Mendulong adalah seluas 8,197.36 hektar yang mana seluas 7,363 hektar telah dimajukan, manakala baki seluas 834.36 hektar lagi merupakan kawasan (curam, perkampungan dan Pusat Pentadbiran) yang tidak sesuai untuk dimajukan. Setakat 2021, seluas 3,662 hektar telah pun ditoreh. Pengeluaran Getah Skim 2021 Sepanjang tahun 2021, pengeluaran hasil (KGK) di ladang untuk kelima-lima skim tersebut adalah seperti berikut; Berat (KG) Nilai (RM) Hasil getah dalam skim 1,451,305 4,837,591.24 Hasil getah luar skim 2,672,172 11,142,734.52 JUMLAH 4,123,477 15,980,325.76
3131 31 Ladang Getah Komuniti Kanibongan (LGKK) Ladang ini mempunyai keluasan keseluruhan 3,544.16 hektar. Daripada keluasan tersebut, seluas 2,856 hektar telahpun mengeluarkan hasil yang melibatkan seramai 1053 peserta. Manakala bagi kawasan seluas 688 hektar dijangka akan ditoreh pada tahun 2021. Sepanjang tahun 2021, pengeluaran hasil getah (KGK) di ladang ini adalah seperti berikut; Berat (KG) Nilai (RM) Hasil getah LGKK 1,419,599 5,008,634.92 Hasil getah di luar LGKK 106,360 374,487.51 JUMLAH 1,525,959 5,383,122.43
323232 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH Projek Agropolitan Gana, Kota Marudu Fasa 1 Seluas 491.53 hektar telah dimajukan untuk tanaman getah di bawah Projek Agropolitan Gana Kota Marudu pada tahun 2013. Kawasan tersebut telahpun matang dan dijangka akan ditoreh pada 2022. Walau bagaimanapun, penorehan bergantung kepada pengambilan peserta yang mana pengambilan peserta adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah. Fasa 2 Keluasan keseluruhan Projek Agropolitan Gana Fasa 2, adalah 1,000 hektar dan ianya dibangunkan secara berperingkat. Sepanjang tahun 2021, seluas 354 hektar dibangunkan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Sejak tahun 2019 sehingga tahun 2021, seluas 743.82 hektar dibangunkan melibatkan peruntukan 8 juta. Ladang Getah Nabawan (LGN) Ladang Getah Nabawan mempunyai keluasan keseluruhan 760 hektar di mana 400 hektar telah dimajukan pada tahun 2012 dan seluas 360 hektar pada tahun 2013. Ladang tersebut telahpun siap ditanam sepenuhnya dan sedang diselanggara. Setakat 2021, seluas 632.94 hektar telahpun ditoreh, melibatkan seramai 206 peserta. Sepanjang tahun 2021, pengeluaran hasil getah (KGK) di ladang ini adalah seperti berikut; Berat (KG) Nilai (RM) Hasil getah dalam LGN 275,749 1,087,927.65
3333 33 Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Sepanjang tahun 2021, LIGS telah menerima peruntukan sebanyak RM 4,390,000.00 daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLB) untuk projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang merangkumi tanaman halia, nanas MD2, pisang Sabah dan ternakan ikan air tawar. Di bawah program ini, seramai 335 orang pekebun kecil terlibat dimana 25 peserta untuk halia, 212 peserta untuk nanas MD2, 88 peserta untuk pisang Sabah dan 10 peserta untuk projek ternakan ikan air tawar.
343434 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH Aktiviti Semaian Buah-buahan LIGS juga mengendalikan satu unit semaian buah-buahan iaitu Unit Semaian Buah-Buahan Tuaran. Pada tahun 2021 sebanyak 28,403 anak benih buah-buahan telah dijual dengan nilai RM546,529.00.
3535 35 Menaiktaraf Jalan-Jalan Pertanian di Skim Penempatan Getah Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM2.0 juta untuk menaiktaraf jalan-jalan pertanian di Skim Penempatan Getah Tuaran, Kuala Tomani, Lagud Sebrang, Mendulong dan Tulid. Sepanjang 33 km jalan pertanian telah pun dinaiktaraf di skim-skim tersebut.
383838 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH Maklumat Peserta Kursus Pada tahun 2021, Unit Pusat Latihan telahpun memberi khidmat latihan kepada seramai 1,709 orang dengan pecahan seperti berikut:- Pekebun Kecil Getah - 1,621 orang (In-Situ) Orang Persendirian - 79 orang (In-Situ) Kakitangan LIGS - 9 orang Kursus Komersial - ___-_______ JUMLAH 1,709 orang LAPORAN UNIT LATIHAN PEKEBUN KECIL Latar Belakang Unit Pusat Latihan bertanggungjawab memastikan pekebun kecil getah di seluruh Sabah, kakitangan LIGS dan kakitangan syarikat komersial menerima latihan asas penorehan, penyelenggaraan ladang, dan memproses getah ke arah melahirkan peserta/ pekebun kecil di negeri ini yang berkemahiran, berpengetahuan dan mampu menghadapi cabaran global serta mewujudkan sinergi di kalangan para pemilik ladang. LIGS melatih para pekebun kecil getah di luar bandar untuk memberi pengetahuan berkenaan dengan teknologi getah seperti penyediaan ladang, penanaman, penyelenggaraan ladang, penorehan dan pengurusan ladang. Kursus-kursus ini dijalankan secara in situ di projek-projek tanaman getah berkelompok di merata daerah di seluruh Sabah. (Pusat Latihan Tuaran)
3939 39 Tenaga Pengajar Unit ini juga mempunyai 5 orang jurulatih yang berpengalaman untuk membantu para pekebun kecil mengenai asas menoreh, memproses getah kepada getah kepingan/ kentalan. Para peserta juga diberi tunjuk ajar cara-cara penyelenggaraan ladang. Bantuan Kerajaan Pada tahun 2021, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM1.75 juta untuk latihan dan pengembangan pekebun kecil getah di seluruh kawasan di negeri Sabah. LIGS telah memberi bantuan berupa peralatan penorehan iaitu pancuran, dawai sangkut dan mangkuk kepada para peserta yang layak. Para peserta pekebun kecil getah juga diberi bantuan pisau menoreh dan batu asah semasa menghadiri kursus asas penorehan anjuran LIGS. Sebanyak 505,007 peralatan telah diberikan secara percuma kepada pekebun kecil yang layak. Sejumlah RM51,210 elaun kursus telah diperuntukkan kepada para peserta kursus. Kesimpulan Objektif utama Pusat Latihan khususnya pekebun kecil getah adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada pekebun kecil di kawasan luar bandar dengan melaksanakan pendekatan merakyatkan pentadbiran kepada mereka supaya dapat diberi bimbingan yang berterusan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka. Objektif utama pelaksanaan dialog dan kursus penorehan adalah untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya menambahkan pendapatan pekebun kecil sejajar dengan hala tuju LIGS ke arah mewujudkan sebuah masyarakat pekebun kecil yang sejahtera. Pada tahun 2021 program perancangan latihan pekebun kecil telah dilaksanakan di 74 blok yang telah diserah melibatkan seramai 1,621 orang pekebun kecil dan 79 orang persendirian. Program Dialog/ Kursus Asas Menoreh Unit ini juga bertanggungjawab dan berperanan mengadakan Program Dialog dan seterusnya mengadakan kursus kepada pekebun kecil getah di seluruh Sabah. Pada kebiasaannya, Program Dialog akan diadakan 2 minggu lebih awal sebelum program kursus asas penorehan diadakan. Ini bertujuan untuk memaklumkan kepada peserta sebagai persiapan kursus.
424242 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH LAPORAN BAHAGIAN PEMBELIAN GETAH RINGKASAN Pada tahun 2021, prestasi pembelian getah telah meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2020. Ini adalah disebabkan penghasilan getah oleh pekebun kecil yang konsisten ditambah lagi dengan harga getah ladang yang amat memberansangkan di samping impak daripada pandemik COVID-19 masuk fasa endemik disepanjang tahun tersebut. Walaubagaimanapun hasil lateks tidak begitu memberansangkan atas faktor purata hujan yang tinggi disepanjang tahun. Pencapaian pada tahun 2021 adalah seperti berikut:- KEGIATAN DAN PENCAPAIAN Pembelian Getah Kegiatan pembelian getah dijalankan oleh 16 buah Unit Pembelian di seluruh negeri seperti berikut:- Unit Pembelian Kawasan Diliputi 1) Beaufort Beaufort, Weston 2) Bongawan Bongawan 3) Kanibongan Kanibongan, Pitas 4) Keningau Keningau, Tambunan, Sook 5) Kota Belud Kota Belud 6) Kota Marudu Kota Marudu, Kudat 7) Kuala Penyu Kuala Penyu 8) Nabawan Nabawan 9) Papar Papar 10) Ranau Ranau, Kaingaran 11) Sipitang Sipitang 12) Tawau Tawau, Lahad Datu, Semporna 13) Telupid Telupid, Tongod 14) Tenom Tenom 15) Tuaran Penampang, Inanam, Menggatal, Tenghilan, Tamparuli, Kiulu, Telipok Pembelian getah dijalankan di ladang/kampung dan juga di pejabat setiap unit pembelian. Jenis getah yang dibeli adalah kepingan tidak diasap (USS), kentalan dan sekerap. Disamping itu pembelian lateks juga dijalankan oleh Unit Pembelian Beaufort, Bongawan, Membakut, Keningau, Sipitang dan Tenom. SASARAN (TAN) SEBENAR (TAN) PENCAPAIAN Pembelian Getah:- - Lateks 840 253 30.23% - Kepingan 9,733 7,519 77.25% - Kentalan/ Sekerap 24,825 25,843 103.56% Jumlah Belian: 35,528 33,615 94.62%
4343 43 Gred 2021 2020 Tan Nilai (RM) Tan Nilai (RM) Getah Kepingan tidak diasap (USS) 7,519 36,091,515.89 5,654 20,661,499 Kentalan/Sekerap 25,843 126,134,799.16 20,837 75,711,470 Lateks 253 1,606,722.33 508 2,655,448 JUMLAH 33,615 163,837,037.38 26,999 99,028,417 Pada tahun 2021, jumlah getah yang dibeli adalah 33,617 tan (100% kandungan getah kering atau KGK bernilai RM 163,833,037.38 seperti berikut:- Jumlah pembelian getah telah meningkat sebanyak 6,616 tan atau 24.5% jika dibandingkan dengan tahun 2020. Ini disebabkan harga getah yang agak baik sepanjang tahun. Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk membantu pekebun kecil semasa harga getah rendah diteruskan pada tahun 2021 untuk bulan Januari hingga Disember. Ini adalah disebabkan harga di peringkat ladang untuk kentalan gred 2 adalah lebih rendah daripada paras pengaktifan iaitu RM2.50/kg di sepanjang tahun 2021. Sumber dana untuk IPG adalah daripada Kerajaan Pusat. Jumlah IPG yang telah dibayar kepada pekebun kecil/penoreh pada tahun 2021 adalah sebanyak RM 38,908,878.26 yang melibatkan 16,719 orang pekebun kecil/penoreh.
444444 LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH Unit Penguatkuasaan Fungsi Unit Penguatkuasa adalah untuk menguatkuasakan Enakmen Lembaga Industri Getah berkaitan dengan pungutan ses-ses getah untuk getah yang dibawa keluar daripada Sabah. Seksyen Penguatkuasa ini terdiri daripada 4 unit seperti berikut:- 1) Unit Penguatkuasa Pelabuhan Sepanggar 2) Unit Penguatkuasa Pelabuhan Tawau 3) Unit Penguatkuasa Sindumin 4) Unit Pencegahan dan Perisikan (Ibu Pejabat) Unit Penguatkuasa Sandakan ditutup pada tahun 2018 dan kakitangan dipindahkan ke Unit Sindumin. Pada tahun 2021, jumlah ses-ses daripada getah mentah yang dikutip adalah RM 69,102.33 (88.46 tan) berbanding dengan RM 70,439.94 (109.49 tan) pada tahun 2020. Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan sepanjang tahun 2021 dan tiada tindakan pengkompaunan dikenakan. Satu pengauditan rekod pembelian dan penjualan pelesen A dan B telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2021.
4545 45 Nota : A = Lesen untuk membeli, menjual dan menyimpan getah di premis B = Lesen untuk mengeksport getah/ getah mentah C = Lesen untuk merawat, membungkus, memproses getah/ getah mentah D = Lesen bergerak untuk membeli dan menjual getah mentah E = Lesen untuk membeli, menyimpan getah/ getah mentah bagi pembuatan produk getah F = Lesen untuk semaian Jenis Lesen/ Daerah A B C D E F Jumlah 2021 2020 Beaufort 2 1 1 2 0 0 6 5 Keningau 3 2 0 0 0 2 7 8 Kota Belud 1 1 0 5 0 1 8 10 Kota Kinabalu 1 2 0 0 1 0 4 5 Kota Marudu 2 0 0 5 0 0 7 7 Kuala Penyu 0 0 0 1 0 0 1 2 Papar 0 0 0 1 0 0 2 2 Penampang 0 0 0 1 0 0 1 1 Ranau 0 0 0 0 0 1 1 1 Tawau 0 0 0 1 0 0 1 2 Tenom 1 0 1 5 0 1 7 8 Tuaran/ Tamparuli 3 1 1 2 0 0 7 8 Sipitang 0 0 0 1 0 0 1 1 Jumlah: 13 7 3 24 1 5 53 60 Urusetia Pelesenan dan Permit (UPP) UPP ini telah di tubuhkan pada tahun 2015 dan bertindak sebagai urusetia kepada Panel Pelesenan dan Permit (PPP). Dalam tahun 2021 satu mesyuarat PPP telah diadakan. Bilangan permohonan lesen yang telah diluluskan oleh PPP pada tahun 2021 adalah sebanyak 53 berbanding kepada 60 lesen pada tahun 2020 seperti berikut:-