The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

245158261-KERTAS-KERJa-Jamuan-Akhir-Tahun

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fakhriyah Fazial, 2023-12-07 09:05:48

245158261-KERTAS-KERJa-Jamuan-Akhir-Tahun

245158261-KERTAS-KERJa-Jamuan-Akhir-Tahun

1 KERTAS KERJA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2014 1. Pengenalan. Majlis Jamuan AKhir Tahun merupakan salah satu daripada aktiviti tradisi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK Taman Kluang Barat di mana jamuan ini diadakan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan seluruh ahli KGKT yang telah berpenat-lelah untuk meningkatkan prestasi sekolah sepanjang tahun. Selain itu, majlis ini juga juga bertujuan untuk meraikan persaraan dan perpindahan guru-guru sama ada yang telah berpindah sekolah atas sebab kenaikan pangkat dan menyambung pelajaran. 2. Objektif. 2.1. Menghargai sumbangan dan pengorbanan semua ahli KGKT yang sentiasa berkerja keras ke arah kecemerlangan sekolah. 2.2. Menyemai budaya kekitaan di antara semua ahli KGKT tanpa mengira pangkat. 2.3. Meraikan persaraan Pn. Lateepa Nomokario dan perpindahan guru-guru seperti Pn. Norainal Ibrahim dan Pn Kavitha Kaur. 3. Cadangan Tarikh 3.1. 31 Oktober 2014 4. Cadangan Tempat 4.1. Kluang Rest House, Kluang 5. Cadangan Masa 5.1. Makan malam – 7.45 mlm hingga 11.00 mlm 6. Sasaran. 6.1. Semua ahli KGKT SMK Taman Kluang Barat, Kluang 7. Tema Pakaian 7.1. Merah & Hitam


2 8. Sumber Kewangan. Yuran ahli KGKT 9. Anggaran Perbelanjaan. BIL PERKARA HARGA/UNIT (RM) KUANTITI JUMLAH (RM) 1 Makanan + Tempat + Sistem Siaraya 33.00/orang 70 orang 2310.00 3 Cenderamata 10.00/orang 70 orang 700.00 4 Hadiah Persaraan 1000.00/orang 1 orang 1000.00 5 Banner 50.00/helai 1 helai 50.00 JUMLAH 4060.00 10. Jawatankuasa Kerja. PENGERUSI En. Ahmad Fadzly Bin Ayop Menyusun aturcara/protocol majlis. Menyambut kehadiran pentadbir/tetamu jemputan. TIMBALAN PENGERUSI En. Roslan Bin Ismail Menguruskan sistem siaraya. Menyambut kehadiran pentadbir/tetamu jemputan. SETIAUSAHA Pn. Rashima Binti Abdul Rashid Menyediakan kad jemputan kepada setiap ahli. Menyediakan surat jemputan kepada tetamu VIP (cadangan Tn. Hj. Saraji dan YDP PIBG) Menyediakan surat memohon tajaan. Menguruskan pendaftaran ahli untuk tujuan cabutan bertuah. Menyediakan laporan/dokumentasi majlis. BENDAHARI Pn. Rahimah Binti Mohd Memastikan kutipan yuran dapat diselesaikan selewatlewatnya seminggu sebelum majlis. Mengurus perbelanjaan majlis. PENOLONG BENDAHARI Pn. Shahrul Azwita Binti Mohd Fauzi Menyediakan rekod dan penyata kewangan majlis. Mengurus dan menyimpan segala dokumen seperti resit bayaran masuk dan keluar.


3 Menerima sumbangan kewangan daripada pihak luar (jika ada). AJK HADIAH PERASARAAN Pn. Norazah Binti Ngatiman Membeli dan menguruskan hadiah persaraan yang bernilai RM1500.00. Menguruskan tempat persiapan cenderamata pada hari majlis. AJK HADIAH CENDERAMATA Pn. Suri Azriyani Binti Mohd Lagis Menempah dan menguruskan cenderamata ahli dan tetamu jemputan. Menguruskan tempat persiapan cenderamata pada hari majlis. AJK TAJAAN/ CABUTAN BERTUAH Pn. Jasbir Kaur Mendapatkan tajaan kewangan/hamper daripada pelbagai pihak (cadangan: kontraktor kantin, PIBG, Koperasi, Pembekal Buku). Menyediakan/menguruskan cabutan bertuah. AJK TEMPAT /PERAKAM PERISTIWA En.Saha Bin Mat Deris Mencari dan menguruskan penempahan/pembayaran dengan pihak dewan/hotel. Merakam peristiwa majlis. AJK MAKANAN Pn. Norazizah Binti Md Jan Mencari caterer makanan. Menguruskan menu makanan. Menguruskan makanan untuk pentadbir/tetamu jemputan. PENGACARA MAJLIS Cik Nursyafiqah Pn. Juraidah Binti Mohd Noh Mengawal kelancaran majlis dengan memastikan setiap aturacara berjalan mengikut masanya.


4 11. Tentatif Program. MASA ATURCARA 7.45mlm Ketibaan ahli KGKT 8.00mlm Ketibaan para pentadbir/tetamu jemputan 8.15mlm Bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Azam Bin Mohd Yusof 8.20mlm Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KGKT Ucapan Tuan Pengetua Ucapan Tn. Hj. Saraji Bin Manap selaku wakil PPD Kluang Ucapan Pn. Norainal Binti Ibrahim Ucapan Pn. Lateepa Nomokario 8.45mlm Upacara Penyampaian Hadiah Persaraan Upacara Penyampaian Hadiah Kepada Tetamu Jemputan 9.00mlm Jamuan makan 9.30mlm Acara Cabutan Bertuah 10.00mlm Acara bergambar 10.30mlm Majlis Bersurai 12. Penutup. Diharapkan agar Majlis Jamuan Akhir Tahun ini dapat mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan sesama ahli KGKT seterusnya dapat mencapai setiap objektf yang telah digariskan. Disediakan oleh: ...................................................... (AHMAD FADZLY BIN AYOP) Pengerusi KGKT, SMK Taman Kluang Barat, KLuang


Click to View FlipBook Version