NOVEL PENGABDIAN.
BAB 11 BAHAGIAN 1
ISI KANDUNGAN KAJIAN BAB 11 BAHAGIAN 1 NOVEL
PENGABDIAN
• Senarai watak. • Nilai-nilai murni
• Pengajaran yang dapat diambil daripada bab 11
• Sinopsis bahagian 1
• Peristiwa-peristiwa penting
• Soal jawap
• -latar tempat
• -latar masa
• -latar masyarakat
• Watak dan perwatakan
SENARAI WATAK YANG ADA PADA BAB 11 BAHAGIAN 1
• Syukri
• Kamariah
• Siti Nur
• Osman
• Khalid
• Ibu syukri
SINOPSIS BAB 11 BAHAGIAN 1
Pada hari itu, Syukri menghadiri persidangan. Setelah keluar dari bilik persidangan, Syukri
memasuki sebuah opis yang dipintunya tertulis –Supt. Syukri Abdul Karim, Ketua Operasi Cawangan
Khas. Pada awalnya dia hendak menulis sesuatu di atas kertas memo yang berada di hadapannya
tetapi dia mengubah fikirannya. Dia melirik ke pintu sebelah kirinya yang tertulis Kerani Sulit
Cawangan Khas lalu menekan punat interkom dan meminta tolong daripada kamariah agar
memberikannya line keluar ke Rumah Sakit Besar. Setelah itu dia teringat akan persidangan tadi.
Dia berasa gembira apabila usahanya untuk menubuhkan semula komiti yang bertugas bagi
menelaah masalah tahanan- tahanan politik telah mendapat perkenan daripada Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia. Ia tahu Siti Nur tentu gembira mendengar berita ini kerana dia tahu
bagaimana Siti Nur mengambil berat tentang Khalid. Dia menyuruh untuk menyambung line ke
Rumah Sakit Besar kerana dia ingin memberitahu Siti Nur tentang perkara ini tetapi Siti Nur tidak
dapat dihubungi
Kini, Syukri telah berusia tiga puluh lapan tahun. Tugasnya sebagai pegawai kanan itu sudah boleh
dikatakan kukuh. Dari khabar-khabar yang didengarinya, kemungkinan dia akan dinaikkan pangkat
ke jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis tahun depan. Ibu syukri menyuruhnya kahwin kerana
kesemua adik beradiknya sudah berumah tangga
Dia cuba mengelak dengan berkata kepada ibunya bahawa dia belum lagi minat untuk berkahwin.
Kemudian ibunya mendesak bercampur rayuan bertanya bila lagi dia nak kahwin. Dia memujuk ibunya
dehingga ibunya menerima dengan gelengan kepalanya saja. Bagaimana syukri mahu menerangkan
pada ibunya bahawa hatinya telah diikat oleh kemanisan budi seorang gadis yang baginya tiada
bandingan dan selagi dia belum berkahwin selagi itu dia menaruh harapannya. Dia akan tunggu
sehingga gadis itu mahu menerimanya sebagai teman hidupnya.
Dia ingat pertemuannya pertama kali dengan Siti Nur iaitu di England pada enam tahun yang lalu.
Syukri sebenarnya mula-mula jatuh cinta kepada Siti Nur ketika dia mengikuti kursus pegawai polis di
England. Dia pertama kali bersua dengan Siti Nur ketika dia pergi ke Nottingham untuk melawat
seseorang temannya. Dia telah jatuh cinta dengan pandangan pertama. Sebelum ini dia pernah ditolak
lamaran oleh Siti Nur dengan cara yang baik dan hal ini menyebabkan dia masih membujang sehingga
kini. Dia berharap dan berdoa agar suatu hari, hati Siti Nur terbuka untuk menerima dirinya.
Dia kemudian teringat akan kamariah kerani sulit seksyen itu. Dia gadis yang baik hati dan muda lima
tahun dari siti Nur. Rakan-rakannya mengusiknya kerana dia belum berpunya dan syukri juga belum
berpunya. Semua rakan rakan sejawatnya sudah berumah tangga sehingga mempunya anak yang
belasan tahun. Dia ingat giat teman-temannya itu selalu menjadikan Kamariah tersipu sipu. Dia tahu
gadis itu menaruh hati padanya
Lalu osman iaitu rakan sejawatnya telah menjengkulkan kepalanya di Bilik opis Syukri
Jam telah menunjukkan jam dua belas lima belas tengahari. Syukri berjalan bersama Osman menuju
ke tempat letak kereta dan terserpak dengan Kamariah yang berdiri hadapan bangunan ibu pejabat
itu. Dia bertanya kepada kamariah adakah dia memandu hari ini dan kamariah berkata tidak.
Kemudian dia keluar dari kawasan itu dan fikirannya kembali kepada Siti Nur
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 11 BAHAGIAN 1
• 1. Pada hari itu, Syukri menghadiri persidangan. Dia berasa gembira apabila usahanya untuk
menubuh semula komiti yang bertugas bagi menelaah masalah tahanan-tahanan politik telah
dapat perkenan daripada kerajaan kebawah Duli Yang Maha Mulia
• 2. Dia tahu bahawa Siti Nur pasti gembira mendengar berita ini kerana Siti Nur yang telah meminta
pertolongan daripadanya mengenai masalah tersebut
• 3. Pada mulanya Syukri ingin menyampaikan berita ini kepada Siti Nur tetapi Siti Nur tidak dapat
dihubungi
• 4. Syukri teringat kisah lamanya dengan Siti Nur
• 5. Dahulu dia pernah jatuh cinta kepada Siti Nur ketika mengikuti kursus pegawai polis di England
• 6. Hal ini membuatkan dia masih berbujang kerana dia pernah melamar Siti nur tetap Siti Nur
menolak lamaran tersebut
• 7. Syukri berharap agar suatu hari nanti, hati siti Nur terbuka untuk menerima dirinya
• 8. Syukri kemudian teringat akan gadis yang baik hati iaitu Kamariah kerani sulit seksyen
itu
• 9. Rakan-rakannya mengusiknya bersama Kamariah kerana rakan-rakan sejawatnya
semua sudah berumah tangga sehingga sudah ada abak yang berusia belasan tahun
• 10. Perbuatan rakan-rakannya itu membuatkan Kamariah tersipu-sipu dan syukri dapat
menangkap reaksi kamariah yang menaruh hati padanya
• 11. Kemudian Osman menjengkulkan kepalanya di pintu opis Syukri bertanya dia belum
pulang dan dia memberi Syukri satu senyum yang mengandung makna
• 12. Syukri dan osman menuju ke tempat letak kereta lalu terserempak dengan Kamariah
yang sedang berdiri di hadapan ibu pejabat
• 13. Akhirnya fikiran Syukri kembali kepada siti nur
LATAR ATAU SETTING
• Latar atau setting ialah tempat,masa dan memperihalkan tentang budaya dan
suasana sesebuah masyarakat
Di bilik Opis syukri iaitu dimana syukri mahu menulish sesuatu di atas kertas memo yang
berada dihadapannya tapi kemudian dia mengubah fikirannya kerana ingin menghubungi
Siti Nur
Di sini juga tempat dia terkenang kisah silamnya bersama Siti Nur
Latar masa: Pada waktu pagi,ketika jam 8 setelah
menghadiri persidangan.
Pada waktu tengahari, ketika jam 12 15 iaitu waktu
habis bekerja
LATAR MASYARAKAT
• 1. Golongan remaja perempuan yang mengambil berat tentang usunya. Contohnya ialah Siti
Nur yang mengambil berat terhadap khalid dan Siti Nur pernah bertanya tentang
berkemungkinan komiti yang baru diluluskan tadi itu dapat diadakan semula
• 2. Golongan masyarakat yang menepati janji. Contohnya ialah Syukri yang pernah berjanji
kepada Siti Nur bahawa dia akan mengusahakan tentang hal yang diminta oleh Siti Nur dan
kini perkara itu diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
• 3. Golongan remaja yang tidak berputus asa. Contohnya ialah Syukri sanggup membujang
sehingga kini kerana dia berharap agar suatu hari Siti Nur akan mengerti cintanya sia-sia
terhadap Sam dan ketika itu dia akan menyedari kesetiaan Syukri selama ini
• 4. Golongan masyarakat yang hatinya tidak sama mencintai. Contohnya ialah kamariah yang
menaruh perasaan terhadap syukri yang ada hati pada siti nur tetapi siti nur tidak ada hati
padanya
WATAK DAN PERWATAKAN
Perwatakan syukri
Syukri ialah seorang pegawai polis yang bertugas sebagai ketua operasi cawangan khas. Dia berusia 38 tahun dan
masih bujang. Dia pernah berjanji kepada Siti Nur untuk melakukan hal yang diminta oleh siti Nur dan akhirnya
ketika dalam persidangan, dia mencadangkan agar kerajaan dapat mengadakan semula komiti bagi menelaah
masalah tahan politik tersebut. Dengan usahanya itu, kerajaan memperkenankan perkara itu dengan tujuan untuk
mempertimbangkan nasib tahanan ketika menjelang kemerdekaan nanti.Selain itu, syukri juga pernah melamar Siti
nur tetapi lamarannya itu ditolak dengan baik oleh siti nur. Dia tahu bahawa di dalam hati siti nur ada samuel. Dia
berharap agar suatu hari nanti hati siti nur terbuka hati menerimanya, oleh itu dia sanggup membujang walaupun
usianya sudah 38 tahun
Perwatakan Siti Nur
Siti Nur pernah meminta tolong daripada syukri agar kerajaan dapat mengadakan semula komiti bagi menelaah
masalah tahanan-tahanan politik.
Dia juga pernah menolak lamaran syukri kerana ketika itu hatinya ada samuel dan dia menolak lamaran itu
secara baik
Siti Nur pernah memasakkan makanan kegemaran syukri iaitu ikan rebus asam walaupun ketika itu dia sibuk
dalam pengajian akhirnya.
Dia seorang gadis melayu yang diikat oleh unsur unsur agama
Perwatakan kamariah
Kamariah ialah kawan kepada syukri. Dia seorang gadis yang baik hati dan berumur 25 tahun iaitu muda
lima tahun dari Siti Nur. Dia mempunyai suara yang lunak dan merdu. Kamariah menaruh hati pada syukri
tetapi syukri seolah olah tidak memberi tindak balas. Kamariah merasa malu dan tersipu-silu apabila rakan
rakan syukri selalu mengusik mereka. Dia adalah seorang kerani sulit seksyen cawangan khas. Syukri
pernah memintanya agar menyambung line keluar untuk menghubungi siti nur di rumah sakit besar
Perwatakan osman
Osman merupakan kawan atau rakan sejawat syukri. Dia sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Dia
selalu mengusik syukri dan cuba menjodohkan syukri dengan kamariah kerana mereka berdua belum lagi
berkahwin sedangkan hampir semua di tempat mereka itu sudah berumahtangga dan mempunya anak
yang berumur belasan tahun
Perwatakan ibu syukri
Ibu syukri pernah menyuruh anaknya berkahwin kerana anak anaknya yang lain sudahpun berkahwin.
Lagipun, umurnya sudah tua dan dia memiliki pekerjaan yang tetap. Jika dia tidak tahu memilih, ibunya
sahaja yang akan carikan seorang gadis yang cantik, pandai mengurus rumah dan pandai mengambil hati
buatnya. Ibunya sering membangkitkan soal ini kerana umurnya sudah melebihi 70 tahun dan sering sakit.
Walaupun ibunya bertanya tanya tentang itu, dia tetap memberitahu bahawa dia belum lagi minat
berkahwin, dia memujuk ibunya sehingga orang tua itu menerima dengan gelengan kepalanya sahaja
PERANAN WATAK
Syukri
Seorang anak
-seorang anak sulung yang belum lagi berkahwin
Seorang lelaki yang sangat setia dan tidak berputus asa
-dia tahu bahawa di dalam hati siti nur ada sam, dia tetap menunggu siti nur
Seorang ketua polis
-bertugas sebagai ketua operasi cawangan khas
Siti Nur
Seorang perempuan yang menjaga hati orang
-dia menolak lamaran syukri secara baik
Seorang yang pemedulian
-mengambil berat terhadap usunya, khalid
Kamariah
Seorang gadis
-seorang gadis yang baik hati
Sebagai seorang kerani
-dia yang oleh syukri agar menyambung line ke rumah sakit besar
Osman
Seorang rakan
-rakan sejawat syukri dan kamariah
Ibu syukri
Seorang ibu
-seorang ibu yang mahu anaknya iaitu syukri berkahwin sebelum dia meninggal
Khalid
Seorang usu kepada siti nur
-ditahan di dalam penjara
NILAI-NILAI MURNI
Tolong menolong
Contohnya syukri menolong siti nur dan akhirnya perkara itu telah diperkenankan oleh
kebawah duli yang maha mulia
Tidak berputus asa
Contohnya syukri tetap menantikan siti nur walaupun
lamarannya itu ditolak kerana di dalam hati siti nur ada
samuel
Lemah lembut
Contohnya Siti Nur melayan syukri dengan baik. Dia juga menolak
lamaran syukri dengan baik
Pemedulian
Contohnya siti nur mengambil berat tentang usu nya iaitu
khalid
PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARIPADA BAB 11
BAHAGIAN 1
• 1. Hendaklah kita menjadi seorang yang menepati janji
• 2. Kadang kala, kita tidak boleh terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang mustahil untuk kita miliki
• 3. Hendaklah kita menjadi seperti syukri kerana dia tidak mudah berputus asa
• 4. Jangan terlalu percaya kepada cinta pandang pertama
• 5. Hendaklah kita menjadi seperti sifat siti nur yang pemedulian terhadap usunya walaupun usunya berada di
dalam tahanan
TAMAT
ADA PERTANYAAN?