TEORI
KECERDASAn PELBAGAI
Disediakan oleh :
Hajjah Rohaizan binti Othman
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
SK Merlimau (1)
rohaizan-othman.blogspot.my
• Diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner
(1983).
• Profesor dalam bidang pendidikan di Harvard
Universiti.
• Menurut Gardner, kaedah lama untuk
mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
• Telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang
berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan
dewasa
IZAN/PA21
IZAN/PA21
IZAN/PA21
KECERDASAN
i) Verbal/Linguistik :
Sifat: Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan
bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori
yang optimum.
: Belajar paling baik melalui pendengaran .
: Tidak membina gambaran mental.
: Suka bercakap.
: Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
Aplikasi dalam P & P secara hubungan : Perkataan
Kerjaya : Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah,
Pensyarah dalam bidang sastera)
Contoh : A. Samad Said, William Shakespeare
IZAN/PA21
ii) Logikal-Matematik:
:
Sifat : Pemikiran secara konsep, abstrak
: Berkebolehan menjelajahi dan
menghubungkait.
: Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan,
permainan berasaskan kepada logik dan
penyelesaian puzzle.
Aplikasi dalam P & P secara hubungan: nombor atau logik
Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.
IZAN/PA21
iii) Kinestetik:
Sifat : Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran.
: Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan
badan dan aktiviti fizikal.
: Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'.
: Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk
memberikan tumpuan dan fokus.
Aplikasi dalam P & P secara hubungan: Pengalaman fizikal
Kerjaya : Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari,
pelakon, tentera, polis.
Contoh : Nicol David, Jackie Chan, Rosyam Noor.
IZAN/PA21
iv) Visual-Ruang :
Sifat : Mereka yang mempunyai kecerdasan ini dikatakan
memerlukan visual bagi membina kefahaman mereka.
: Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan
menggunakan gambar dan imej.
: Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan
didengar kepada bentuk gambaran mental.
: Kebiasaannya cemerlang dalam pembelajaran bilik
darjah.
Aplikasi dalam P & P secara hubungan: Gambar
Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi
IZAN/PA21
vi) Interpersonal :
Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai
petanda interpersonal dan kebolehan untuk
berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik
terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan
empati, latihan kolaboratif, memberi maklumbalas,
strategi pembelajaran koperatif dan sedia bekerja
sama.
Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
Contoh: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj.
Nawawi
IZAN/PA21
vii) Intrapersonal :
Sifat : Mempunyai ciri yang sensitif.
: Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan
secara individu.
Aplikasi dalam P & P secara hubungan: Refleksi Kendiri
Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling,
Ahli Psikologi.
Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.
IZAN/PA21
viii) Naturalis :
Sifat : Mereka mempunyai kebolehan untuk
berinteraksi dengan persekitaran.
Aplikasi dalam P & P secara hubungan: Pengalaman
dengan alam semula jadi.
Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
Contoh: Charles Darwin.
IZAN/PA21
Mengapa teori ini penting
di Dalam Pendidikan?
1. Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut
saranan JERIS selaras dengan FPN.
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai
kecerdasan yang pelbagai.
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai.
IZAN/PA21
4. Wujudkan suasana kolaboratif.
5. Tingkatkan profesionalisme guru
dan galakkan inovasi penyelidikan dalam p&p.
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri.
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang
pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri.
IZAN/PA21
TEORI KECERDASAN PELBAGAI :
Kebolehan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sebenar.
Kebolehan menjana masalah baru untuk
diselesaikan.
Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan
perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan
sesuatu budaya.
IZAN/PA21
IZAN/PA21