The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN PSS 2021 skp-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jihan Nur, 2021-02-10 01:46:40

BUKU PENGURUSAN PSS 2021 skp-converted (1)

BUKU PENGURUSAN PSS 2021 skp-converted (1)

Keywords: #pss #pssskp

Pengurusan PSSKP 2021

Disediakan oleh:

NUR JIHAN BINTI ALIAS
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
SK Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.

0

Pengurusan PSSKP 2021

KANDUNGAN

1. 0 VISI, MISI & MOTTO
2. 0 PIAGAM & MATLAMAT
3. 0 LATAR BELAKANG PSS
4. 0 ORGANISASI PUSAT SUMBER 2021
5. 0 AGIHAN TUGAS DAN PERANAN AJK PSS 2021
6. 0 AGIHAN TUGAS PAMERAN BERTEMA TAHUN 2021
7. 0 JADUAL BERTUGAS GURU DI PSS SK PEDAS 2021
8. 0 SENARAI AGIHAN KUNCI PSS UNTUK KEGUNAAN
9. 0 JADUAL BERTUGAS PENGAWAS PSS
10.0 RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM PSS 2021
11.0 PENUTUP

0

Pengurusan PSSKP 2021

1.0 VISI, MISI DAN MOTTO

VISI

Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran

kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi

MISI

* Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang terkini
* Menyajikan koleksi khazanah informasi yang berkualiti
* Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi
* Insan yang berinformasi
* Membentuk warga sekolah yang berkualiti

MOTTO

PSS Peneraju Budaya Ilmu

2.0 PIAGAM DAN MATLAMAT

PIAGAM

1. Membantu meningkatkan kualiti pendidikan SK Pedas.
2. Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
3. Membentuk generasi yang gemar membaca dan berilmu pengetahuan.
4. Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyaluran maklumat kepada warga SK
Pedas.

MATLAMAT
1. Meningkatkan mutu pendidikan
2. Membentuk profession perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan

1

Pengurusan PSSKP 2021

berdisiplin untuk membantu guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan
dalam membangunkan negara, bangsa, dan agama.
3. Membentuk golongan murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membentuk
sahsiah murid supaya dapat memainkan peranan positif.
4. Mendedahkan murid dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan
komputer.

2

Pengurusan PSSKP 2021

3.0 LATAR BELAKANG PSS SK PEDAS

1. Pusat Sumber SK Pedas berada di bawah pengurusan akademik yang ditadbir oleh
Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Azlimaton binti Abas.

2. Pusat Sumber SK Pedas diuruskan oleh Puan Nur Jihan binti Alias selaku Guru
Perpustakaan dan Media (GPM).

3. Terdapat 10 orang guru unit pusat sumber dan dibantu oleh 50 orang pengawas pusat
sumber.

4. Waktu Operasi :
Pusat sumber dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu. Waktu beropeasi
ialah dari jam 8.30 pagi hingga hingga 2.30 petang (hari Isnin- Rabu) dan 8.00 pagi -
12.30 tengah hari (hari Khamis dan Jumaat)

5. Pusat sumber boleh memuatkan 50 orang pada satu-satu masa

6. Setiap murid dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu masa dalam tempoh
seminggu manakala pinjaman untuk guru ialah 3 buah buku dalam tempoh dua
minggu

7. Denda kelewatan satu hari bagi sebuah buku ialah RM0.10

8. Terdapat beberapa buah rak buku bagi menempatkan bahan bacaan, buku rujukan dan
buku fiksyen yang masih boleh digunakan di perpustakaan. Terdapat juga 3 almari
yang menempatkan bahan bacaan redspot, rujukan guru dan bahan permainan
akademik.

9. Terdapat ruang /sudut di PSS iaitu
- Ruang Bacaan Terbuka
- Ruang Red Spot
- Ruang santai / Rekreasi
- Ruang Pameran Bertema
- Ruang Karel (pembelajaran kendiri)
- Ruang Pidato/pentas
- Kaunter Sirkulasi
- Ruang Pameran Buku Baharu

3

Pengurusan PSSKP 2021

10. Rangkaian Pusat Sumber SK Pedas termasuklah:

- Bilik-Bilik Darjah
- Perpustakaan
- Bilik BBM
- Bilik Sains
- Taman Herba
- Bilik Muzik & Kesenian
- Bilik RBT
- Surau
- Gazebo Matematik
- Mini Perpustakaan (bawah tangga)
- Sudut Nilam
- Makmal Komputer
- Stor Sukan
- Bilik SAL
- Bilik BOSS
- Bilik Pemulihan
- Bilik Kaunseling

4

Pengurusan PSSKP 2021

4.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PSS SK PEDAS 2021

4.1 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SK PEDAS

5

Pengurusan PSSKP 2021

4.2 JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH SK PEDAS 2021

6

Pengurusan PSSKP 2021

4.3 JAWATANKUASA NILAM PUSAT SUMBER SEKOLAH SK PEDAS 2021

7

Pengurusan PSSKP 2021

5.0 AGIHAN TUGAS DAN PERANAN AJK PSS SK PEDAS

SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
TINDAKAN:

[ GPM : PN NUR JIHAN BINTI ALIAS ]

1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah..

2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi
maklumat dan literasi teknologi pendidikan.

3. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program
tahunan Pusat Sumber Sekolah.

4. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi
yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

5. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti,
mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar
Pusat Sumber Sekolah.

6. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang
dapat menyokong tindakan pengajaran dan pembelajaran.

7. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf
berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

8. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai
kaedah instraksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang
berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

9. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian
dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.

10. Bekerjasama dengan Guru ICT dalam memberi bantuan penggunaan
teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang
berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.

11. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi
berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan maklumat warga sekolah.

12. Mewujudkan satu platform/laman khas untuk PSS berkaitan bahan bacaan
dan aktiviti.

8

Pengurusan PSSKP 2021

13. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.

14. Menilai keberkesanan Tindakan program, perkhidmatan dan penggunaan
Pusat Sumber Sekolah.

15. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat
Sumber Sekolah.

16. Berhubung dan bekerjasama dengan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Daerah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, dan agensi berkaitan
untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

17. Melaporkan tindakan program Pusat Sumber Sekolah kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan.

18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/GPK 1

GURU PERPUSTAKAAN
TINDAKAN:

Cik Nuramirah Diyana bt Kanarzaman (Ketua)
Cik Nur Syafna bt Yusof (Penolong)
Pn Nor Azimah bt Khamis(AJK)
Pn Zalina bt Abd Karim (AJK)
Pn. Siti Nurbaya bt Daut (AJK)

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan.
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira

koleksi/bahan perpustakaan.
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat murid

menggunakan perpustakaan.
5. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan

yang bersesuaian dengan objektif PSS.
6. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima

untuk makluman guru dan murid.
7. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di

sekolah

9

Pengurusan PSSKP 2021

8. Melatih dan menyelia Pengawas Perpustakaan untuk membantu
menguruskan perpustakaan.

9. Membantu penyelaras dalam pengurusan fail berkaitan PSS.
10. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog

daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui
jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
11. Mengemaskini dan mengendalikan buku-buku (e-book) di dalam web.
12. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan murid
mengikut keperluan.
13. Membantu Guru Perpustakaan & Media Sekolah memilih dan melatih
Pengawas PSS.
14. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.

SENARAI TUGAS GURU NILAM
TINDAKAN:

Pn Marzanah bt Suboh (Ketua)
Pn Siti Hajar bt Ahmad@Ismail (Penolong)

1. Memberi taklimat NILAM
2. Melancarkan Program NILAM peringkat sekolah.
3. Mengagih buku secara pinjaman kelompok.
4. Merancang dan melaksana aktiviti NILAM
5. Memilih, menyedia dan mengedar rekod pembacaan
6. Mendapat data daripada guru kelas untuk di analisis
7. Membuat pengesahan dan menandatangani rekod pembacaan murid.
8. Menganalisis data NILAM menikut aliran kelas dan secara keseluruhan.
9. Membuat graf rekod bacaan NILAM keseluruhan.
10. Mengenalpasti pemenang NILAM peringkat sekolah.
11. Mengenalpasti tokoh NILAM untuk dibawa ke peringkat daerah - negeri -

kebangsaan.
12. Menyediakan panduan/pemudahcara untuk murid mengisi NILAM.
13. Melaksanakan program galakkan membaca bersama panitia-panitia mata

pelajaran.
14. Menyediakan laporan berkaitan NILAM.

10

Pengurusan PSSKP 2021

SENARAI TUGAS AJK GURU NILAM
TINDAKAN:

Semua guru kelas

1. Mengumpul rekod bacaan murid.
2. Membuat analisis/rumusan rekod bahan bacaan murid.
3. Membantu guru NILAM melaksanakan aktiviti galakan membaca.
4. Mempromosi aktiviti galakan membaca pada murid.
5. Menyediakan sudut NILAM santai di dalam kelas untuk kegunaan
murid/guru.
6. Membantu murid yang menghadapi masalah mengisi maklumat NILAM.

SENARAI TUGAS GURU UNIT BBM / BAHAN BANTU MENGAJAR

TINDAKAN:

Pn Zahrah bt Musa (Ketua)

Pn Azimah bt Khamis (Penolong)

1. Mewujudkan, mengelolakan serta memastikan alat BBM yang berkuasa
elektrik dan bahan software / hardware sentiasa dalam keadaan baik.

2. Mengemaskini rekod bahan BBM yang ada secara berterusan.
3. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau

kehilangan.
4. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut

sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
5. Mewujudkan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM dan dipamerkan.
6. Mempamerkan carta organisasi Unit BBM.
7. Menguruskan penggunaan BBM secara berterusan.
8. Mewujudkan sistem fail (folder) yang terancang untuk bahan BBM jika

bahan dalam bentuk softcopy.
9. Membantu Guru Besar/Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga

alat alat BBM/ Ketua Panitia

11

Pengurusan PSSKP 2021

10. Menggalakkan penggunaan alat BBM dalam pengajaran dan direkodkan
dengan kemas.

11. Memastikan bilik BBM sentiasa kemas, selamat dan ceria.
12. Membantu Guru Perpustakaan & Media Sekolah memilih dan melatih

Pengawas PSS.
13. Menyediakan Laporan Rekod Penggunaan BBM.

PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN DALAM PSS

1. Memproses pembelian bahan buku dan bahan bukan buku panitia yang
dibeli dengan wang PCG.

2. Menyenaraikan dan membuat nota minta tempahan BBM setiap tahun
3. Merancang dan melaksanakan program panitia bersama unit PSS.
4. Memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai untuk kegunaan semua guru dan murid
5. Membantu PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli

atau dihasilkan sendiri
6. Merancang dan membina pembangunan koleksi bahan bantu mengajar

mengikut mata pelajaran.
7. Melakukan saringan BBM sama ada masih sesuai digunapakai untuk PdP

terkini atau perlu dilupuskan.
8. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan

mengikut kemudahan guru-guru.
9. Melaksanakan pameran bertema mengikut sesuaian peredaran masa
10. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Guru Besar

PENGURUSAN PSS

Urusan awam (PENGAWAS PSS)
a. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
b. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
c. Menjaga kebersihan perpustakaan

12

Pengurusan PSSKP 2021

Pinjaman (GURU PERPUSTAKAAN)
a. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
b. Menyemak buku-buku yang dipulangkan
c. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang
belum memulangkan buku
d. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman

Pembelian (GPM)
a. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti
menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak
bahan-bahan yang baru dibeli

Memproseskan buku-buku (GURU PERPUSTAKAAN Dibantu AJK

PENGAWAS PSS)
a. Menyediakan senarai rak
b. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
c. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
d. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan
memproses buku, majalah dan sebagainya

Memperbaiki dan melupuskan buku rosak (GURU PERPUSTAKAAN Dibantu

AJK PENGAWAS PSS)
a. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
b. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

Memproses bahan-bahan yang bukan berbentuk buku (GURU BBM)
a. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti
gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya

Rekod (GPM)

a. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan

PSS

b. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock

Checking'/Penyemakan Stok

c. Menyusun Kad-kad Katalog

Seranta (GPM, PENGAWAS PSS DAN GURU PERPUSTAKAAN)
a. Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya

Lain-lain tugas
a. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
b. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh
Guru Besar dan GPK 1.

13

Pengurusan PSSKP 2021

6.0 AGIHAN TUGAS PAMERAN BERTEMA 2021

KUMP GURU TERLIBAT BULAN TEMA

1 PUSAT SUMBER FEBRUARI - TAHUN BARU CINA
MAC

2 PANITIA BAHASA MELAYU APRIL - MEI HARI RAYA
AIDILFITRI

3 PANITIA AGAMA JULAI - HARI RAYA
SEPTEMBER AIDILADHA

4 PANITIA BAHASA INGGERIS OKTOBER - DEEPAVALI
NOVEMBER

5 PANITIA SEJARAH, SENI & MUZIK DISEMBER TEMPAT MENARIK
DI MALAYSIA

14

Pengurusan PSSKP 2021

7.0 JADUAL BERTUGAS GURU DI PSS 2021

Hari Sesi 1 (8.30 - 11.30 pagi) Sesi 2 (11.30 - 2.30 petang)
Isnin Pn Zalina Cik Nur Syafna
Pn Siti Norbaya
Selasa Pn Azimah Cik Nuramirah Diyana
Sesi 2 (10.15 - 12.30 tengah hari)
Rabu Pn Nur Jihan Pn Zahrah
Pn Nur Jihan
Hari Sesi 1 (8.00 - 10.15 pagi)

Khamis Cik Nur Syafna

Jumaat Cik Nuramirah Diyana

* tugas guru bertugas adalah untuk memastikan :
1. Peralatan Pusat Sumber dan pintu dikunci sebelum tamat sesi persekolahan
2. Pengawas Pusat Sumber bertugas mengikut giliran yang telah ditetapkan

**** Sebarang perubahan hari bertugas maklumkan kepada GPM.

8.0 SENARAI AGIHAN KUNCI PSS UNTUK KEGUNAAN

BIL KUNCI NAMA
1 1 Set Pn Nur Jihan bt Alias
2 1 Set Cik Nuramirah Diyana bt Kamarzaman
3 1 Set Pn Zahrah bt Musa
4 1 Set Pejabat Sekolah

15

Pengurusan PSSKP 2021

9.0 JADUAL BERTUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

16

Pengurusan PSSKP 2021

10.0 RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM 2021

RANCANGAN TAHUNAN PUSAT SUMBER SK PEDAS 2021

Bil Program Strategi Pelaksanaan Tempoh Tindakan
1. PROGRAM KPM 1. NILAM Januari hingga
Oktober • GPM
• Sepanjang tahun • Guru NILAM
• Guru Pusat
2. Dekad Membaca Kebangsaan
• Bulan April Sumber
• Pengawas Pusat
3. 10 minit membaca
• KIV Sumber

2. MEMANFAATKAN 1. Menambah bilangan bahan bacaan Januari hingga • GPM
FUNGSI PUSAT • Mencukupkan nisbah buku per murid Oktober • Penyelaras ICT
SUMBER 1:15 • Guru Pusat
• Buku mengikut keperluan pengguna
Sumber
2. Menambah kemudahan Pusat Sumber • Pengawas Pusat
• Ruang bacaan santai
• Papan Kenyataan Informasi Sumber
• Permainan Interaktif

3. Mengimarahkan Pusat Sumber

• Promosi (media sosial, google sites

PSS, Transisi tahun 1)

• pelbagaikan aktiviti

• Ganjaran

• Buku-buku baharu

3. MEMPERKASAKAN 1. Anugerah NILAM Januari hingga GPM

NILAM • Iktiraf murid capai bintang – beri sijil di November Guru NILAM

perhimpunan rasmi sekolah Guru Pusat Sumber

Pengawas Pusat

2. Perbincangan Professional Sumber

• Pengurusan Data Nilam

• Taklimat NILAM kepada guru-guru

3. Rak Maya
• Promosi kepada warga sekolah
• Pengkelasan Rak

4. MEMPERKASAKAN 1. Sahsiah PPSS Mac hingga GPM
Oktober Guru NILAM
PENGAWAS PUSAT • Kepimpinan Pusat Sumber SK PEDAS Guru Pusat Sumber
Pengawas Pusat
SUMBER 2021 Sumber

2. Pelantikan Pengawas Pusat Sumber
• Watikah Pelantikan

17

Pengurusan PSSKP 2021

• Anugerah pengawas terbaik

3. Bengkel Pengurusan PSS
• Kursus (peminjaman dan pemulangan
buku, proses buku baru – sistem
dewey, susun buku)

4. Persatuan PSS - latihan pemantapan
penulisan buku NILAM (permentoran) -
murid diberi badge mentor

5. PROGRAM 5. Lawatan sambil belajar ke Pusat Sumber Januari hingga GPM
KOLABORASI Cemerlang Oktober Guru NILAM
Guru Pusat Sumber
6. Menjana 1. Panitia Januari hingga Pengawas Pusat
Pendapatan PSS • Pameran Bertema Oktober Sumber
• Minggu PSS
• Minggu Panitia Guru Pusat Sumber
Pengawas Pusat
1. Majalah Teman Pintar Sumber

** Tertakluk kepada perubahan semasa

11.0 PENUTUP

Setiap tahun Pusat Sumber SK Pedas sentiasa mengalami perubahan
yang positif dari segi bilangan buku, peralatan, perabot, kepelbagaian aktiviti
dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menjadikan Pusat Sumber SK Pedas
sebagai pusat informasi yang terunggul bagi memudahkan warga SK Pedas
untuk menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran. Semoga
segala usaha dan kerjasama daripada semua pihak yang melaksanakan aktiviti
ini akan sentiasa beroleh keberkatan daripada Allah SWT.

18

Pengurusan PSSKP 2021

CATATAN

19

Pengurusan PSSKP 2021
20


Click to View FlipBook Version