BIODATA TOKOH
NASIONALISME NEGARA
DIGITAL-Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj
Pengenalan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah perdana Menteri Malaysia
yang pertama dan merupakan bapa kemerdekaan Malaysia. Setiap kali
tibanya 31 Augus setiap tahun, pastinya kita akan mendengar laungan
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”semasa Malaysia diisyhtiharkan sebagai
sebuah negara merdeka dari penjajahan British. Istimewa untuk
mengingati semula perjuangan dan sumbangan beliau kepada tanah air
tercinta, hari ini kami akan kongsikan biodata dan sejarah Tunku Abdul
rahman untuk merdeka.
Biodata ringkas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
● Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor
Star, Kedah.
● Anak kelahiran Kedah
● Merupakan putera kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah iaitu Sultan
Kedah yang ke-24 dan bonda beliau bernama Nearng
● Beliau adalah putera ke20 bagi pasangan diraja tersebut.
● Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu pertama yang memasuki
universiti inggeris dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan
Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1933, beliau berkahwin
dengan Meriam, seorang gadis cina yang memeluk agama islam. Mereka
dikurniakan dua orang anak iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang.
● Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Alor Star
dan Sekolah Inggeris sebelum di hantar ke Bangkok dan dimasukkan
ke Sekolah Debsurin. Tidak lama kemudian beliau pulang ke Kedah
dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu sebelum memasuki
Penang Free School. Akhirnya beliau dihantar untuk melanjutakan
pelajaran ke St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England.
Kerjaya Tunku Abdul Rahman
Tunku memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Daerah dan kemudiannya
dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah di beberapa Daerah di Kedah
termasuk Kuala Nerang dan Pulau Langkawi. Semasa bertugas di Kuala Nerang,
daerah tersebut mengalami wabak demam malaria dan isterinya meninggal dunia
akibat demam malaria di sana. Kemudian Tunku Abdul Rahman berkahwin dengan
Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakhah dan perkahwinan ini kekal sehingga ke
akhir hayat beliau.
Pada tahun 1940 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah
Selatan. Apabila Jepun menyerahkan Kedah kepada negara Thai pada tahun 1941, Tunku dilantik
menjadi Penyelia Pelajaran dan beliau menyandang jawatan tersebut hingga British menjajah Tanah
Melayu semula.
Setelah tamat perang dunia kedua, Tunku Abdul Rahman menyertai politik menentang Malayan Union
dan membangkitkan kesedaran kemerdekaan di kalangan rakyat Tanah Melayu. Bersama pemimpin
UMNO, beliau berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau berpindah ke Kuala
Lumpur untuk menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Undang-Undang Persekutuan dan
kemudiannya menjadi Presiden Session Court. Setelah Dato On Jaafar meletak jawatan, Tunku Abdul
Rahman dilantuk sebagai Dipertua UMNO yang ke-2 .
Sumbangan dan perjuangan Tunku Abdul Rahman untuk
kemerdekaan Malaysia
Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di antara kaum dan
dalam masa yang sama menjaga keutuhan bangsa Melayu seperti hak-hak
istimewa bagi orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama
rasmi. UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC dan membentuk konsensus
dalam Perikatan dan pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan rombongan
pertama Perikatan ke London pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan.
Pada Julai tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan di Malaysia dan
Perikatan mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 51 daripada 52 kerusi
yang ditandingi. Dengan majoriti yang diperolehi, Perikatan melakukan
rombongan kali ke dua ke London dan ia diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai
Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Dalam rombongan ini Tunku Abdul Rahman
berusaha untuk menamatkan keganasan komunis secara damai.
Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
pengampunan bagi komunis yang menyerah diri. Rundingan Baling telah
diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 di antara Parti Komunis Tanah
Melayu dengan kerajaan. Parti Komunis Tanah Melayu telah diwakili oleh
Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin sementara Kerajaan pula diwakili
oleh Tunku Abdul Rahman danTun Tan Cheng Lock. Namun rundingan ini
gagal apabila Chin Peng menolak cadangan Tunku agar komunis
meletakkan senjata tanpa syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya
mengalahkan komunis lima tahun kemudian.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang
dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini
beliau membawa empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang
wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan
bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam bendera
Tanah Melayu pun dinaikkan bagi menggantikan bendera Union Jack.
Keesokan harinya di Stadium Merdeka, Tunku membaca
Pengisytiharaan Kemerdekaan dan kedengaran pekikan “Merdeka!”
sebanyak tiga kali oleh Tunku Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan,
Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.
Di antara usaha pertama beliau sebagai Perdana Menteri ialah untuk
menyatu-padukan rakyat dan meningkatkan kemajuan ekonomi.
Tunku Abdul Rahman memperkenalkan Rancangan Malaya yang
pertama pada tahun 1956 dengan fokus untuk membangunkan Tanah
Malaya. Pada tahun 1960, darurat selama 12 bulan diisytiharkan
tamat apabila komunis berjaya dihentikan.
Sekian Terima Kasih