e-Pembelajaran bmmb 3193 pengantar kesusasteraan melayu Disediakan oleh Kumpulan Abdullah Hussein -Audrea Flennysha, Fixly, Hasshira, Felicia Wendy & Elvis Roland
soalan Teroka maklumat (maya) tentang latar belakang cerpen (sejak kemunculan cerpen sehinggalah perkembangan pada hari ini), novel ( sejak kemunculan novel sehingga hari ini) dan drama ( sejak kemunculan drama sehinggalah perkembangan pada hari ini) serta memindahkannya dalam bentuk e-book. Letakkan pautan hasil ePembelajaran kumpulan anda dalam ruangan yang disediakan. Letak nama kumpulan dan senaraikan nama ahli kumpulan anda 1. 2. 3.
Cerpen
Apa itu Cerpen ? Cerpen ialah singkatan bagi Cerita Pendek. Merupakan suatu bentuk prosa naratif dan bersifat cereka. Biasanya cerpen mengandungi jumlah watak yang sedikit di antara satu hingga empat orang dengan satu tema dan plot yang ringkas. Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas dan cepat sampai ke kemuncaknya selari dengan tradisi penceritaan lisan.
DEFINISI CERPEN MENURUT TOKOH Hashim Awang mengatakan cerpen ialah cereka pendek yang membawa persoalan bagi menghasilkan kesan yang indah dan juga memusatkan diri kepada watak dalam situasi, di tempat dan ketika yang sesuai. Othman Puteh pula mengatakan cerpn ialah cerita pendek yang direka, berbentuk prosa, relatif pendek dan mengutamakan kekuatan daya imaginasi, kreativiti, kecerdasan akal bagi dikemukakan pada halaman pertama editorial dan berbeza dengan cerita kerana cerita hanya deretan peristiwa, sedangkan cerpen ialah peristiwa ataupun cerita yang mempunyai plot yang kemas dengan sejumlah watak yang terhad.
Cerpen pertama di Tanah Melayu, secara rasminya bertajuk “Kecelakaan Pemalas” ditulis oleh Nor bin Ibrahim Al-Madrasi dalam penerbitan majalah Pengasoh (Jil. 2.40, 4 Februari 1920) Menurut Hashim Awang, terdapat 1500 buah cerpen yang diterbitkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Sekretariat Penel Hadiah Karya Sastera pula pada tahun 1976 berjaya mengumpul 614 buah cerpen dari berbagai majalah, akhbar dan kumpulan atau antologi cerpen. Perkembangan Cerpen Di Tanah Melayu
Novel
pengenalan terhadap novel Kata "novel" berasal dari bahasa Itali iaitu novella yang bermaksud "baru" , "berita" , atau "cerita pendek mengenai sesuatu yang baru” Novel turut pernah disebut sebagai “Roman” yang bermaksud cerita panjang atau karangan berprosa yang melukiskan perbuatan pelakunya menurut watak dan isi jiwa masing-masing Istilah “novel” kembali popular pada lewat abad ke-20
Novel-novel terawal di dunia Novel pertama yang ditulis di dunia bertajuk Genji Monogatari karya Murasaki Shikibu pada tahun 1010 Novel terawal yang wujud di Eropah bertajuk Don Quixote karya Miguel de Cervantes pada tahun 1605
Perkembangan Novel Di Tanah Melayu SEJARAH PERKEMBANGAN NOVEL MELAYU SEBELUM PERANG “Hikayat Faridah Hanun” merupakan novel pertama yang lahir dalam Kesusasteraan Melayu. Sebuah novel yang diterjemahkan oleh karyawan iaitu Syed Syeikh al-Hadi pada 1925 untuk jilid 1 dan 1926 bagi jilid 2. Novel yang menceritakan tentang pergelutan hidup. Terdapat watak dan latar belakang yang terdiri daripada golongan bangsawan Arab (Mesir)
Drama
Pengenalan terhadap DRAMA Drama adalah karya sastera yang disusun untuk melukiskan hidup dan aktiviti menggunakan pelbagai tindakan, dialog dan permainan watak. Drama penuh dengan permainan lakonan dan watak yang mampu memukau penonton. Drama merupakan karya yang dirancang bagi pentas teater. Oleh kerana itu drama sangat mementingkan kreativiti serta unsur seni supaya drama yang dilakonkan itu dapat menarik perhatian penonton. (Endraswara 2003)
Definisi drama Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama sebagai jenissastera yang tercipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkan aksi-aksi yang ditetapkan dan melafazkan dialog yang disediakan. Hal ini bertepatan dengan konsep drama moden yang memerlukan skrip untuk dihafal seterusnya dilafazkan dalam lakonan.
Definisi drama Sharif Shaary dalam Mohammad (1994) pula menghuraikan, drama sebagai satu daripada genre kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi. Berbeza daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis untuk teater, dan parapelakon mengambil alih peranan watak-watak yang memainkan aksi yang diarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal.
Sejarah drama di Malaysia Menurut Mana Sikana (1988), kewujudan drama di dunia ini ada kaitannya dengan agama. Sebagai contoh, di Mesir Tua ada upacara agama berbentuk nyanyian dan tarian, manakala di Malaysia pula ada aktiviti yang sama bentuk dan isinya seperti main pantai, puja pantai, main puteri dan lain-lain yang mempunyai unsur-unsur animisme. Drama tradisional Melayu yang pertama ialah wayang kulit, wayang kulit telah wujud sejak abad ke-13 dan ke-14 yang mana ia dikatakan berasal dari Jawa dan berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Mana Sikana 1988). Pada tahun 1930-an, drama-drama Shakespeare telah mula menular ke dalam drama Melayu. Antara drama masyhur yang dipentaskan pada tahun 1930 ialah drama Anak Setia oleh Shaharom Husain dan drama Nasib Si Buta pada tahun 1932 (Mana Sikana, 1988).
Sekian terima kasih