The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PENGUKUHAN PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58243767, 2021-09-24 23:25:17

MODUL PENGUKUHAN PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL

MODUL PENGUKUHAN PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL

MODUL PENGUKUHAN
PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL
DEFINISI VOKAL
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa sekatan udara.
Udara keluar dari paru-paru ke rongga tekak seterusnya ke
rongga mulut tanpa sekatan.

JENIS BUNYI VOKAL
a. vokal depan sempit [i] – cth – ikan
b. vokal depan separuh sempit [e] - – e taling – bunyinya
seakan-akan – cth. enak
c. vokal depan luas [a] – cth - ayam
d. vokal tengah [e] – e pepet – bunyi e sebenar - cth. emak
e. vokal belakang sempit [u] – cth - ulam
f. vokal belakang separuh sempit [o] – cth – orang

1

PERKAITAN ANTARA NAMA VOKAL DAN BAHAGIAN LIDAH
Nama vokal dikaitkan dengan bahagian lidah yang terlibat
sewaktu menghasilkan bunyi vokal tersebut, iaitu:
a. Vokal depan melibatkan bahagian depan lidah.
b. Vokal tengah melibatkan bahagian tengah lidah.
c. Vokal belakang melibatkan bahagian belakang lidah.

2

KETINGGIAN LIDAH
a. Lidah dinaikkan setinggi-tingginya
b. Lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti membunyikan
vokal sempit
c. Lidah diletakkan di antara kedudukan vokal separuh luas
dan vokal separuh sempit
d. Lidah diletakkan rendah / serendah-rendahnya

PENENTUAN JENIS VOKAL
Penentuan jenis vokal boleh dilakukan dengan mengenal pasti:
a. bahagian lidah yang terlibat
b. ketinggian lidah

3

Contoh:

Bagi menjawab soalan di atas, lihat bahagian lidah yang terlibat
dan ketinggian lidah.

• Bahagian hadapan lidah dinaikkan dua pertiga dari
kedudukan paling bawah
(rujuk Rajah Kedudukan Vokal)

Jawapan
vokal depan separuh sempit [e] bunyi seakan-akan ‘a’.
D lempar, leher

4

SOALAN
1. Nyatakan bahagian lidah yang terlibat sewaktu
menghasilkan bunyi vokal berikut: [4]
a. Vokal depan luas
…………………………………………………………………….…..
b. Vokal depan sempit -
…………………………………………………………………………
c. Vokal tengah -
…………………………………………………………………………
d. Vokal belakang sempit -
…………………………………………………………………………

2. Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan vokal yang
dihasilkan. [3]
a. Depan lidah dinaikkan tinggi.
…………………………………………………………………………

b. Kedudukan depan lidah adalah rendah.
…………………………………………………………………………
c. Belakang lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti
menghasilkan vokal [u]
………………………………………………………………………..

5

3.
• Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tetapi
tidak terlalu tinggi.
• Hujung lidah diundurkan dari gigi bawah.
• Lelangit lembut dan anak tekak diangkat.
• Keadaan bibir hampir bundar.

Perkataan yang mengandungi bunyi vokal yang
penghasilannya seperti di atas ialah
A tular
B bolos
C alang
D tiris

4.
• Kedudukan depan lidah adalah rendah.
• Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan.
• Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
sekatan.
• Bibir berada dalam keadaan neutral.

Apakah nama vokal yang cara penghasilannya seperti di

atas dan perkataan yang manakah yang

mengandunginya?
A Vokal depan sempit – mati
B Vokal depan separuh luas – mewah
C Vokal depan luas – kawah

D Vokal belakang separuh luas - botol

Tamat

6


Click to View FlipBook Version