Modul Bahasa Melayu Semester 3 34 BAB 5 SEMANTIK Dalam bab ini, pelajar akan dijelaskan tentang konsep semantik, makna denotatif dan makna konotatif, konsep perkataan dan rujukan, perkaitan makna dari segi leksikal dan perubahan makna. Setiap subtopik akan dipecah-pecahkan untuk memudahkan pemahaman pelajar. Beberapa kata kunci, nota dan perbandingan juga disertakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep. Sila baca dengan teliti. Selamat belajar. 5.1 Konsep semantik • Ilmu yang mengkaji perkaitan antara lambang atau perkataan atau ayat dengan maknanya • Kajian berkenaan dengan makna sesuatu perkataan, frasa dan ayat Kata kunci konsep semantik ialah makna. Perkaitan makna sesuatu perkataan atau ungkapan dilihat dari dua sudut, iaitu makna denotatif (makna tersurat atau makna asal) dan makna konotatif (makna tersirat). 5.2 Makna Denotatif dan Makna Konotatif Makna denotatif untuk sekolah adalah tempat untuk belajar dan mengajar. Makna konotatif untuk bunga ialah gadis. Makna konotatif untuk kumbang ialah lelaki atau jejaka atau pemuda. Kedua-dua makna ini boleh wujud serentak dan boleh wujud bersendirian. Contoh - kaki ayam Makna denotatifnya ialah anggota badan ayam yang digunakan untuk berjalan, melompat dan sebagainya. Makna konotatifnya ialah orang yang tidak memakai kasut. Kaki ayam mempunyai makna denotatif dan makna konotatif. 5.3 Konsep Perkataan dan Rujukan • Makna sesuatu perkataan dapat dihubungkaitkan dengan tiga aspek, iaitu: 1. Kata (lambang) 2. Konsep 3. Rujukan (benda) Perkara ini dapat digambarkan melalui Segi Tiga Semiotik oleh Ogden dan Richard (1923). Penjelasan Garis lurus menunjukkan hubungan langsung. Garis putus-putus menunjukkan hubungan tidak langsung atau arbitari. Hubungan antara lambang dengan konsep bersifat langsung. Misalnya kucing (dieja - kucing) mempunyai hubungan dengan konsep haiwan peliharaan, berkaki empat, berbulu, bermisai dan sebagainya yang dapat memberi gambaran tentang kucing. Hubungan antara konsep dan benda juga
Modul Bahasa Melayu Semester 3 35 bersifat langsung. Walau bagaimanapun, hubungan antara kata (lambang) dengan rujukan (benda) bersifat tidak langsung. Hal ini dipengaruhi oleh bahasa. Misalnya cat dalam bahasa Melayu ialah sejenis cecair yang digunakan untuk mewarnai sesuatu. Dalam bahasa Inggeris cat itu ialah kucing . Oleh sebab itu hubungan antara kata (lambang) dengan rujukan (benda) bersifat tidak lansung. 5.4 Perkaitan Makna dari segi Leksikal 1. Sinonim 2. Antonim 3. Hiponim 4. Meronim 5. Homonim 6. Polisemi SINONIM ANTONIM • Ungkapan / perkataan / frasa yang maknanya sama atau hampir sama Cth: ibu bersinonim dengan emak gemuk bersinonim dengan gempal • Hubungan bersifat dua hala • Ada kalanya kata bersinonim tidak mempunyai kesamaan makna seratus peratus Cth: kereta dan motokar bersinonim. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu katakata ini tidak bersinonim. Cth: kereta lembu tidak boleh ditukar kepada motokar lembu. • Perkataan yang berlawanan makna • Hubungan antara perkataan berantonim bersifat dua hala Cth: Panjang lawannya pendek; pendek lawannya panjang Jadual 1: Sinonim dan Antonim HIPONIM MERONIM • Perkaitan dilihat dari sudut umum dan khusus • Perkataan umum disebut superordinat • Perkataan khusus disebut hiponim • Perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada keseluruhan yang lebih besar • Ahli kepada holonim Cth Komputer - skrin, CPU, tetikus (holonim) (meronim) Jadual 2: Hiponim dan Meronim
Modul Bahasa Melayu Semester 3 36 HOMONIM • Perkataan / ungkapan yang sama dari segi sebutan, ejaan atau kedua-duanya tetapi berbeza makna. • Meliputi homofon dan homograf Cth Daki a. Daki Kotoran yang melekat pada badan / pakaian b. Perbuatan memanjat HOMOGRAF Ejaan sama Sebutan berbeza Makna berbeza Cth Perang a. Pertempuran b. Warna kekuning-kuningan HOMOFON Sebutan sama Ejaan dan makna berbeza Cth Kuota - kota a. Kuota - bilangan maksimum yang diperuntukkan b. Kota - bandar Jadual 3 : Homonim, Homograf dan Homofon POLISEMI • Perkataan yang memiliki banyak makna (lebih daripada dua) Contoh Kering 1. Tidak berair 2. Tidak basah atau tidak lembap 3. Tidak mendapat hujan yang agak mencukupi 4. Tidak berwang Jadual 4: Polisemi
Modul Bahasa Melayu Semester 3 37 5.5 Perubahan Makna PELUASAN MAKNA PENYEMPITAN MAKNA • Peluasan makna: perkataan yang asalnya mendukung makna yang khusus diberikan makna lain yang lebih luas atau bersifat umum (khusus >>>>>umum) Saudara Makna asal: Orang yang ada pertalian darah Peluasan makna: 1. Orang yang ada hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. 2. Orang yang sesama beragama Islam. 3. Kata panggilan sebagai ganti nama diri kedua, khususnya untuk golongan lelaki. 4. Rujukan atau kata sapaan untuk hadirin dalam sesuatu majlis untuk mewujudkan kemesraan. • Penyempitan makna: sesuatu kata yang pada asalnya memiliki makna yang umum tetapi kemudiannya makna kata itu menjadi lebih khusus. (umum >>>>>>khusus) Ustazah Makna asal: Guru wanita Penyempitan makna: Guru wanita yang mengajar Pendidikan Islam Khalwat Makna asal: Perihal mengasingkan diri / bersunyi-sunyi untuk beribadah Penyempitan makna: Hal berdua-berduaan antara lelaki dengan perempuan di tempat yang tersembunyi dan dianggap sebagai perbuatan yang sumbang Jadual 5: Perubahan Makna Perubahan makna melibatkan peluasan makna dan penyempitan makna. [2] Bab ini tamat