BAB 9: SUSUNAN KONSTITUEN AYAT
Berpandukan nota pelajar dalam bab ini, sila jawab soalan-soalan berikut. Bagi membantu pelajar
menjawab soalan, terdapat beberapa langkah yang pelajar boleh gunakan, iaitu:
i. analisis kehendak soalan
ii. lihat kata kunci dalam soalan atau pernyataan
iii. kaitkan kata kunci dengan nota yang berkaitan (relevan)
iv. analisis pilihan jawapan
v. pangkah atau abaikan pilihan jawapan yang kurang tepat
Bahagian A: Soalan Aneka Piihan
1. Yang manakah ayat songsang?
I Nama kakak sulung awak siapa?
II Saya tendang bola itu sekuat hati.
III Orang muda itukah pengurusnya?
IV Budak itu duduk di belakang saya.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
Bimbingan Menjawab Soalan
1. Analisis kehendak soalan: ayat songsang
2. Kata kunci dalam soalan atau pernyataan: ayat songsang
3. Bagi menjawab soalan ini, pelajar perlu mengetahui ciri ayat songsang. Ayat songsang ialah ayat
susunan songsang. Ayat ini terdiri pada predikat diikuti oleh subjek. (P+S).
4. Analisis pilihan jawapan. Kenal pasti subjek dan predikat dalam setiap ayat.
5. Pangkah (X) pilihan jawapan yang kurang tepat.
2.
X: Pendepanan seluruh predikat
Y: Pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Yang manakah ayat yang betul bagi X dan Y?
X Y
A Nakal anak jiran saya itu. Untuk perlawanan akhir mereka berlatih.
B Belum tiba peserta itu agaknya. Untuk pekerja cemerlang surat tawaran itu.
C Melukis budak itu pada waktu petang. Bagi penduduk luar bandar bantuan itu.
D Di luar negara pengurus syarikat itu. Ke pasar tani Pak Leman dan isterinya setiap
minggu.
3. Yang manakah ayat yang mengalami pendepanan kata kerja dengan objek?
I Menangis dia semalaman kerana dimarahi ibu.
II Menyihatkan badan, program yang diadakan itu.
III Menyusuri pantai perahu-perahu nelayan kampung itu.
IV Menjadi genting perselisihan kedua-dua orang rakan itu.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
36
4. Yang manakah ayat yang mengalami proses pendepanan kata bantu dengan kata kerja?
I Masih belum mahir lagi pekerjanya itu.
II Pasti sampai juga tetamu kehormat kita.
III Sudah terlalu berat masalah yang dihadapinya.
IV Sedang bergerak ke selatan pasukan penyelamat itu.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
5.
Frasa adjektif sebagai predikat mendahului subjek.
Yang manakah ayat yang susunannya menepati binaan di atas?
A Seperti dahulu dia masih peramah.
B Terdedah begitu sahaja kuih-muih di gerai itu.
C Belum pulih lagi kemelesetan ekonomi negara itu.
D Meremang bulu romanya apabila terhidu bau yang wangi itu.
Bahagian B: Soalan Struktur
1. Berikan contoh ayat yang mengalami proses
(i) pendepanan seluruh predikat
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
(ii) pendepanan sebahagian predikat
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
[2]
2.
Kami belum menonton filem terbaharu itu.
(a) Tukarkan ayat di atas kepada ayat pasif.
……………………………………………………………………………………………………….
[1]
(b) Songsangkan ayat pasif yang dibina dalam jawapan di atas.
……………………………………………………………………………………………………….
[1]
Soalan tamat
37