The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58243767, 2023-01-23 01:23:18

BAB 2 RETORIK 2023

BAB 2 RETORIK 2023

Modul Bahasa Melayu Semester 3 10 BAB 2 RETORIK Dalam bab ini, pelajar akan dijelaskan tentang konsep retorik, jenis retorik dan cirinya dan teknik penyampaian idea. Setiap subtopik akan dipecah-pecahkan untuk memudahkan pemahaman pelajar. Beberapa kata kunci, nota dan perbandingan juga disertakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep. Sila baca dengan teliti. Selamat belajar. 2.1 Konsep Retorik Kata kunci konsep retorik ialah seni penggunaan atau seni pemakaian bahasa. Pemakaian bahasa yang dimaksudkan termasuklah tatabahasa yang betul, penggunaan diksi atau kosa kata atau perkataan yang tepat dan persembahan yang baik untuk menyampaikan idea. Ujilah pemahaman pelajar dengan menjawab soalan-soalan yang berikut: 2.2 Jenis Retorik dan Cirinya Bagi membantu pelajar menguasai subtopik ini, pelajar perlu mengetahui, memahami dan menghafal ciri setiap retorik. Pelajar perlu menghafal sekurang-kurangnya dua ciri bagi setiap retorik. Pelajar juga perlu memahami ciri tersebut untuk memudahkan pelajar memberikan contoh retorik. Terdapat lima jenis retorik iaitu: 1. Retorik pemerian 2. Retorik penceritaan 3. Retorik pemujukan 4. Retorik penghujahan 5. Retorik pendedahan Dalam perbincangan seterusnya, retorik pemerian dan penceritaan dibandingkan untuk membantu pelajar mudah mengenal pasti perbezaan kedua-duanya. RETORIK PEMERIAN PENCERITAAN DEFINISI Retorik yang mengandungi pemerihalan tentang sesuatu secara objektif, tepat dan jelas. Seni pemakaian bahasa yang digunakan untuk memaparkan urutan peristiwa mengikut turutan. CIRI i. mementingkan ketepatan dalam memperincikan sesuatu ii. tiada penilaian, pandangan atau ulasan peribadi iii. memberikan gambaran yang realitstik iv. bersifat deskriptif dan informatif i. mempunyai pelbagai genre ii. bersifat imaginatif dan kreatif iii. mengandungi mesej tertentu iv. kurang menitiberatkan ketepatan aspek tatabahasa v. menggunakan gaya bahasa yang menarik dan indah vi. sering menggunakan retorik pemerian CONTOH Memerihal tempat: Bangunan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan cantik. Dindingnya diperbuat daripada bahan yang terpilih dan dihiasi pula dengan gambar burung berwarnawarni. Menggambarkan suasana: Contoh I: Suara-suara itu sering mengganggu, melemaskan diriku. Suara itu makin menghantui diriku. Masih terngiangngiang di telingaku. Aku sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menentangnya. Contoh II:


Modul Bahasa Melayu Semester 3 11 Suara cengkerik dan ungga bergemersik. Mentari mula mengintai, menyemarakkan cahaya keemasannya. Burung-burung serindit berdecat-decit, mengembangkan sayap, meredah samudera langit mencari rezeki. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada hari Jumaat, 20 Disember 1925. Beliau digelar ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Meneri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang 22 tahun beliau memgang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan oleh beliau. Jadual 1: Perbandingan antara Retorik Pemerian dan Retorik Penceritaan Perbezaan yang ketara antara retorik pemerian dan retorik penceritaan ialah retorik penceritaan mempunyai urutan peristiwa atau jalan cerita atau plot manakala retorik pemerian tidak ada. RETORIK PEMUJUKAN PENGHUJAHAN DEFINISI Seni pemakaian bahasa digunakan untuk mempengaruhi atau mendorong audiens untuk melakukan tindakan yang disarankan. Seni pengucapan bahasa dalam penulisan atau pengucapan yang mengandungi usul, gagasan, saranan atau cadangan yang disokong oleh hujah. CIRI i. mempunyai persamaan erat dengan retorik penghujahan ii. tujuan - mempengaruhi dan mengubah pendirian khalayak iii. mempengaruhi khalayak supaya bertindak mengikut usul iv. mempunyai hujah dan cadangan tindakan v. mementingkan penggunaan bahasa yang berkesan vi. memanfaatkan unsur emosi dan psikologi khalayak i. disampaikan dengan jelas, berkesan dan menyakinkan ii. tujuan - memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan iii. usul jelas dan hujah bernas iv. teknik penyampaian adalah secara deduksi, induksi, atau analogi CONTOH Pemujukan rasional: Kami menawarkan perkhidmatan pakej pelancongan yang istimewa untuk semua lapisan masyarakat. Pakej yang kami sediakan meliputi harga tambang yang murah, destinasi pelancongan yang terkenal dan penginapan yang selesa. Pemujukan tidak rasional: Jom kembali langsing dan cantik. Produk kami sudah terbukti berkesan. Ada yang berjaya turun 8 kilogram dalam seminggu. Wow Justin Bierber tergilagilakan anda selepas ini. Cubalah produk kami. Malaysia patut dijadikan negara pertanian. Dengan cara ini, Malaysia dapat mengurangkan kadar pengimportan bahan makanan. Pada masa yang sama kadar pengaliran wang ke luar negara apat dikurangkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan matlamat tersebut direalisasikan. Jadual 2: Perbandingan antara Retorik Pemujukan dan Retorik Penghujahan.


Modul Bahasa Melayu Semester 3 12 Retorik pemujukan dapat dibezakan dengan retorik penghujahan. Retorik pemujukan bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah pendirian khalayak agar bertindak mengikut usul. Hal ini dapat dilihat dalam pemujukan tidak rasional. Ayat ‘cubalah produk kami’ bertujuan untuk mempengaruhi khalayak untuk membeli produk tersebut. Selain itu, retorik pemujukan memanfaatkan unsur emosi dan psikologi khalayak. Hal ini dapat dilihat dalam frasa langsing dan cantik, terbukti berkesan, turun 8 kilogram dan penggunaan nama artis terkenal Justin Bierber. Retorik penghujahan selalunya dimulai dengan usul dan diikuti oleh hujah. Dalam contoh di atas, usulnya ialah Malaysia patut dijadikan negara pertanian. Ayat-ayat seterusnya merupakan hujah untuk menyokong usul. Retorik penghujahan bertujuan untuk mempengaruhi khalayak bersetuju dan yakin dengan usul yang dikemukakan. Bagi menyakinkan khalayak, hujah dikemukakan untuk menyokong usul. Retorik penghujahan tidak meminta khalayak bertindak mengikut usul. Inilah perbezaan antara retorik pemujukan dan retorik penghujahan. Retorik pendedahan ialah seni pemakaian bahasa yang memaparkan takfrifan, mengandungi contoh, huraian, pengkelasan, perbandinga dan lain-lain. Retorik ini selalunya digunakan dalam taklimat dan kertas kerja. Antara ciri retorik pendedahan ialah: i. digunakan untuk memberikan maklumat ii. digunakan untuk menjelaskan konsep atau istilah iii. menghuraikan sesuatu topik secara objektif iv. menggunakan teknik pentakrifan dan analisis v. huraian jelas dan maklumat berdasarkan fakta sebenar Subtopik yang terakhir ialah Teknik Penyampaian Idea. Bagi membezakan setiap teknik penyampaian idea, pelajar perlu memahami ciri setiap teknik. Setelah memahami ciri, rujuk dan teliti contoh bagi setiap teknik. Sila baca nota berikutnya. 2.3 Teknik Penyampaian Idea Terdapat lima jenis teknik penyampaian idea, iaitu: i. Teknik Deduksi ii. Teknik Induksi iii. Teknik Eklektik iv. Teknik Analogi TEKNIK DEDUKSI INDUKSI EKLEKTIK ANALOGI CIRI PU + PK PK + PU PU + PK + PU(kesimpulan) mengusulkan sesuatu gagasan dengan dengan memberikannya bandingannya dengan sesuatu yang mempunyai kaitan yang erat. Jadual 3: Perbandingan antara Teknik Deduksi, Teknik Induksi, Teknik Eklektik dan Teknik Analogi Petunjuk PU - Pernyataan umum PK - Pernyataan khusus Pelajar perlu memahami ciri teknik deduksi, induksi, elektif dan analogi. Teknik deduksi dimulai oleh PU diikuti oleh PK. Teknik induksi dimulai oleh PK dikuti oleh PU. Teknik eklektif merupakan gabungan teknik deduksi dan teknik induksi. Oleh itu teknik eklektik dimulai oleh PU diikuti oleh PK


Modul Bahasa Melayu Semester 3 13 dan diakhiri oleh PU yang lebih berbentuk kesimpulan. Teknik Analogi dimulai dengan usul diikuti oleh hujah atau bukti. Pelajar perlu memahami ciri setiap teknik ini untuk membantu pelajar membina wacana. Teliti contoh PU dan PK dalam jadual di bawah. Deduksi Induksi Eklektik PU Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap negatif ibu bapa. PK Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi msalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah. PU Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap negatif ibu bapa. PK Sebagai bukti, ibu bapa tidak pernah menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke sekolah atau tidak. PK Terdapat ibu bapa yang langsung tidak berkomunikasi dengan anak-anak meeka tentang hal persekolahan. PK Sebagai bukti, ibu bapa tidak pernah menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke sekolah atau tidak. PK Mereka juga tidak pernah mengambil tahu sama ada anak mereka membuat kerja rumah atau tidak. PK Mereka juga tidak pernah mengambil tahu sama ada anak mereka membuat kerja rumah atau tidak. PK Mereka juga tidak pernah mengambil tahu sama ada anak mereka membuat kerja rumah atau tidak. PK Terdapat ibu bapa yang langsung tidak berkomunikasi dengan anak-anak meeka tentang hal persekolahan. PK Mereka juga tidak pernah menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke sekolah atau tidak. PK Terdapat ibu bapa yang langsung tidak berkomunikasi dengan anak-anak meeka tentang hal persekolahan. PK Mereka menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi msalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah. PU Oleh itu, kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap negatif ibu bapa. PK Mereka menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. PU Tegasnya, kita tidak dapat menafikan bahawa sikap sambil lewa ibu bapa terhadap masalah ini menyebabkan masalah ponteng sekolah semakin berleluasa. Jadual 4: Perbandingan Contoh Mengikut Teknik Deduksi, Teknik Induksi dan Teknik Eklektik


Modul Bahasa Melayu Semester 3 14 TEKNIK ANALOGI Contoh 1 2 Idea atau gagasan Potensi kita untuk berjaya dalam melakukan aktiviti mencari gali petroleum dan gas cecair asli di luar negara adalah besar. Saya yakin, di Universiti Sains Malaysia nanti, Jamal akan berjaya menamatkan pengajiannya sehingga peringkat doktor falsafah. Hujah atau alasan berbentuk analogi Kita maklum bahawa telah sekian lama Petronas Berjaya mencari gali bahan tersebut di negara ini dan berjaya mengeluarkan bahan tersebut di kawasan perairan beberapa buah negeri di negara ini. Dalam usaha tersebut, pada peringkat awalnya kita memperoleh pengalaman mencari gali daripada syarikat gergasi minyak dunia, seperti Shell. Pengalaman kita pada peringkat tempatan dalam bidang ini juga sudah agak lama. Di samping itu, kita juga telah membuktikan bahawa pencarian bahan fosil tersebut di Dubai telah berjaya. Jadi, peluang kita untuk berjaya dengan cemerlang jika kita mahu melangkah ke negara-negara lain untuk tujuan itu adalah cerah. Hal ini demikian disebabkan dia merupakan pelajar pintar yang amat rajin. Dia berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan seterusnya memperoleh ijazah Kelas Pertama dalam bidang linguistik. Dia berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Memandangkan kecerdasan dan kegigihannya selama ini memang amat besar, kemungkinan dia akan memperoleh ijazah tertinggi itu sebelum dia mencapai usia 30 tahun. Jadual 4: Teknik Analogi Teknik Analogi tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana teknik sebab ciri teknik ini sangat berbeza. Teknik analogi dimulakan dengan idea atau gagasan dan diikuti oleh hujah atau alasan yang berbentuk analogi. Analogi bermaksud membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang mempunyai kaitan yang erat. Dalam contoh 1, potensi Malaysia untuk berjaya dalam melakukan aktiviti mencari gali petroleum dan gas cecair asli di luar negara dibandingkan dengan kejayaan Malaysia di dalam dan di luar negara. Dalam contoh 2, keyakinan ‘saya’ terhadap Jamal disokong oleh hujah bahawa Jamal seorang pelajar yang pintar dan rajin. Perkara ini ditambah lagi dengan kejayaan Jamal di peringkat ijazah pertama di samping azam Jamal untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.


Click to View FlipBook Version