Modul Bahasa Melayu Semester 3 19 BAB 3 VARIASI BAHASA Dalam bab ini, pelajar akan dijelaskan tentang konsep variasi bahasa, jenis variasi bahasa dan cirinya. Setiap subtopik akan dipecah-pecahkan untuk memudahkan pemahaman pelajar. Beberapa kata kunci, nota dan perbandingan juga disertakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep. Sila baca dengan teliti. Berikut ialah beberapa panduan umum untuk membantu pelajar menguasai topik ini. 1. Pelajar perlu mengenal pasti setiap ciri variasi bahasa. 2. Pelajar juga perlu bijak membezakan setiap variasi bahasa terutama dalam kelompok yang sama. 3. Pelajar perlu bijak melihat perkaitan antara variasi bahasa terutama dalam kelompok yang sama. 3.1 Konsep Variasi Bahasa • kelainan pertuturan dalam sesuatu bahasa disebabkan oleh: a. faktor geografi b. faktor sosial c. faktor kontekstual Faktor geografi bermaksud faktor kawasan. Faktor ini menyebabkan timbulnya dialek misalnya dialek Kelantan di negeri Kelantan, dialek Terengganu di negeri Terengganu dan sebagainya. Faktor sosial merupakan faktor yang berkaitan dengan kumpulan penutur. Misalnya, slanga wujud dalam kalangan penutur yang terdiri daripada kelompok remaja. Faktor sosial juga menyebabkan lahirnya bahasa pijin, kreol dan bahasa pasar. Faktor kontekstual berkaitan dengan konteks pertuturan. Misalnya dalam konteks formal, bahasa baku dan bahasa formal digunakan. Dalam konteks tidak formal, wujud bahasa basahan dan bahasa mesra. Faktor kontekstual juga mewujudkan bahasa halus dan bahasa istana. 3.2 Jenis Variasi Bahasa dan Ciri-cirinya Terdapat 18 variasi bahasa yang akan dibincangkan. Variasi-variasi bahasa ini dikelompokkan mengikut perkaitan antara variasi bahasa dengan variasi bahasa yang lain. Pengelompokan ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk memahami, mengenal pasti dan membezakan setiap variasi. Pelajar perlu mengenal pasti setiap ciri variasi bahasa untuk membezakannya dengan variasi bahasa yang lain. Dialek Subdialek Idiolek Isoglos Pijin Kreol Bahasa Pasar Bahasa Baku Bahasa Formal Bahasa Halus Bahasa Istana Bahasa Tidak Formal Bahasa Basahan Bahasa Mesra Bahasa Kasar Slanga Diglosia Dwibahasa Multibahasa Jadual 1: Kelompok variasi-variasi bahasa
Modul Bahasa Melayu Semester 3 20 Dialek, Subdialek, Idiolek dan Isoglos DIALEK SUBDIALEK IDIOLEK ISOGLOS • dituturkan oleh sekumpulan penutur sesuatu bahasa di sesuatu kawasan • Tidak mementingkan aspek tatabahasa • Banyak menggunakan kependekan kata • Digunakan secara lisan • Banyak menggunakan kosa kata daerah. • Mempunyai sistem nahunya tersendiri • Sesetengah bunyi berbeza-beza sebutannya • merupakan variasi yang wujud dalam sesuatu dialek • Gaya pertuturan yang berbeza antara satu individu dengan individu yang lain • intonasinya yang berbeza • sebutannya yang berbeza • gaya pertuturannya yang berbeza • Garis pemisah antara sesuatu dialek (wujud di atas peta) Jadual 2: Dialek, Subdialek, Idiolek dan Isoglos Jadual di atas menunjukkan perbezaan antara dialek, subdialek, idiolek dan isoglos. Dialek dituturkan mengikut kawasan manakala subdialek merupakan variasi yang wujud dalam sesuatu dialek. Idiolek ialah gaya pertuturan individu. Idiolek berbeza antara individu dengan individu yang lain dari aspek intonasi, sebutan dan gaya pertuturan. Pijin, Kreol dan Bahasa Pasar PIJIN KREOL BAHASA PASAR • bahasa yang terhasil daripada campuran dua atau lebih bahasa yang berlainan • digunakan dalam hubungan yang paling asas • tidak ada penutur jati • berasal dari bahasa pijin tetapi dijadikan bahasa ibunda • ada penutur jati • Cth: Bahasa Baba Nyonya – gua mo masak nasik dulu, Lu orang mo pegi mana? • Dituturkan oleh orang Cina, India dan penutur bahasa lain apabila mereka bertutur dengan penduduk tempatan atau antara sesama mereka • Juga dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu • Konteks yang amat tidak formal Jadual 2: Bahasa Pijin, Kreol dan Bahasa Pasar Bahasa Pijin akan melahirkan bahasa kreol dan bahasa pasar. Bahasa pijin tidak mempunyai penutur jati, manakala bahasa kreol mempunyai penutur jati. Ciri inilah yang membezakan bahasa pijin dengan
Modul Bahasa Melayu Semester 3 21 kreol. Bahasa Kreol iaitu bahasa Baba-Nyonya menggunakan kata bantu ‘mo’ manakala bahasa pasar menggunakan ‘mau’ untuk mahu. Bahasa pasar dituturkan antara masyarakat tempatan (orang Melayu) dengan masyarakat Cina, India dan penutur bahasa lain. Bahasa pijin, kreol dan bahasa pasar memiliki ciri-ciri yang sama. Pelajar perlu memahami dan mengenal pasti ciri-ciri yang dinyatakan. Setelah memahami dan mengenal pasti ciri-ciri tersebut, cubalah jawab soalan berikutnya. CIRI-CIRI BAHASA PIJIN, KREOL DAN BAHASA PASAR 1. Tidak menggunakan imbuhan 2. Tidak mematuhi tatabahasa 3. Tidak menggunakan kata ganti nama diri 4. Menggunakan kata nafi yang salah 5. Menggunakan kata bilangan tak tentu sebagai penguat 6. Kosa katanya tidak baku 7. Sebutan dipengaruhi bahasa asing (pelat bahasa ibunda) 7. Sebutan dipengaruhi bahasa asing (pelat bahasa ibunda) Contoh: Dia mana mali? Lu pigi mana? (pijin dan bahasa pasar) Jadual 3: Ciri-ciri Bahasa Pijin, Kreol dan Bahasa Pasar Bahasa Baku dan Bahasa Formal BAHASA BAKU BAHASA FORMAL bahasa yang diiktiraf dan diterima sebagai betul dan menjadi rujukan Bahasa yang digunakan dalam hubungan rasmi, seperti majlis rasmi kerajaan, dalam perbincangan rasmi dan media massa. CIRI • Mematuhi aspek tatabahasa • Tidak menggunakan unsur singkatan • Tiada unsur percampuran kod • Menggunakan KGND & sapaan yang betul • Mengutamakan penggunaan kosa kata yang lebih halus dan sopan Jadual 4: Bahasa Baku, Bahasa Formal dan Ciri Bahasa Baku dan Bahasa Formal Bahasa formal merupakan variasi bahasa baku. Oleh hal yang demikian, ciri bahasa baku dan bahasa formal memiliki persamaan. Pelajar perlu mengenal pasti ciri-ciri ini. Setelah itu, uji pemahaman pelajar dengan menjawab soalan berikutnya.
Modul Bahasa Melayu Semester 3 22 Bahasa Halus dan Bahasa Istana BAHASA HALUS BAHASA ISTANA • Menggunakan kiasan pemanis • Ungkapan yang sopan dan bertatasusila • Kata rujukan diri yang sopan • Menggunakan gelaran atau panggilan hormat yang betul dan lengkap • Digunakan dalam kalangan kerabat diraja, kalangan rakyat biasa dengan kerabat diraja • Menggunakan ungkapan pendinaan (merendah diri) dan pemulukan (kata-kata sanjungan • Menggunakan kosa kata khusus • Menggunakan kata ganti nama diri dan sistem sapaan yang formal • Mempunyai sistem kedudukan kekeluargaan tertentu dengan gelaran tertentu • Tidak mengalami perkembangan (bersifat jumud) • Mengandungi ungkapan rutin seperti ampun tuanku Jadual 5: Bahasa Halus dan Bahasa Istana Bahasa Istana merupakan variasi bahasa halus. Perbezaan antara kedua-dua bahasa ini ialah bahasa halus digunakan dalam kalangan rakyat manakala bahasa halus dituturkan dalam kalangan kerabat diraja dan antara rakyat dengan kerabat diraja. Walaupun kedua-dua bahasa ini mempunyai perkaitan namun bahasa istana mempunyai ciri yang agak berbeza dengan bahasa halus. Teliti ciri-ciri dalam jadual di atas untuk membantu pelajar menguasai bahasa halus dan bahas istana dengan baik. Pelajar perlu memberi tumpuan pada ciri-ciri yang dihitamkan di samping boleh memberikan contoh yang betul. Bagi menguji pemahaman pelajar, cuba jawab soalan di bawah. Bahasa Tidak Formal, Bahasa Basahan dan Bahasa Mesra BAHASA TIDAK FORMAL BAHASA BASAHAN BAHASA MESRA 1. Tidak mementingkan tatabahasa 2. Kata ganti nama diri, kata sapaan dan sesetengah kosa kata dipengaruhi oleh dialek – cth - ambo, dak 3. Menggunakan singkatan – cth – tak, 4. Mengandungi percampuran kod - cth – I, you 1. Sama dengan ciri bahasa tak formal 2. Digunakan dalam hubungan adik beradik 1. Menunjukkan hubungan yang mesra 2. Menggunakan kosa kata dan intonasi yang lembut dan sopan 3. Menggunakan kata ganti nama diri 4. Menggunakan katakata kiasan Cth: hubungan suami isteri Jadual 6 : Bahasa Tidak Formal, Bahasa Basahan, Bahasa Mesra Bahasa mesra dan bahasa basahan merupakan variasi bahasa tidak formal. Hal ini bermaksud bahasa basahan dan bahasa mesra termasuk dalam bahasa tidak formal. Walaupun demikian, terdapat sedikit perbezaan antara bahasa tidak formal, bahasa basahan dan bahasa mesra. Bahasa tidak formal digunakan dalam situasi yang tidak formal, manakala bahasa basahan biasanya digunakan dalam pergaulan adik beradik. Bahasa mesra pula biasanya digunakan dalam pertuturan suami isteri.
Modul Bahasa Melayu Semester 3 23 Misalnya panggilan ‘sayang’, ‘manja’ dan sebagainya. Teliti ciri-ciri di atas terutamanya ciri yang dihitamkan. Bahasa Slanga SLANGA 1. Dituturkan oleh sekumpulan penutur misalnya kumpulan remaja 2. Situasi tidak formal 3. Kosa katanya mempunyai makna tertentu cth – cun, kantoi, jambu 4. Kosa katanya diambil daripada bahasa lain – cth – bro, brader 5. Kosa katanya ada yang kekal, ada yang bersifat musiman 6. Tidak mementingkan tatabahasa Jadual 8: Slanga Bahasa slanga sangat berbeza dengan variasi bahasa yang lain. Slanga hanya dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu dan biasanya dikaitkan dengan golongan remaja. Teliti dan fahami ciriciri slanga. Pelajar sepatutnya boleh menyatakan contoh yang betul bagi ciri 3 dan 4. Pelajar juga sepatutnya boleh membina ayat slanga jika diminta. Caranya dengan memasukkan kosa kata slanga dalam ayat. Contohnya, Cintan-cintan, gua tak main la bro. Cuba jawab soalan di bawah untuk menguji pemahaman pelajar. Diglosia, Dwibahasa dan Multibahasa DIGLOSIA DWIBAHASA MULTIBAHASA Menggunakan dua bahasa atau dua variasi bahasa. Satu daripada bahasa atau variasi bahasa itu diberikan prestij yang tinggi manakala yang lagi satu lebih rendah. Menguasai dua bahasa Menguasai lebih daripada dua bahasa Jadual 9 : Diglosia, Dwibahasa dan Multibahasa Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah lebih tinggi tarafnya berbanding bahasa Melayu yang digunakan di rumah atau dalam situasi tidak formal. Keadaan inilah yang disebut diglosia. Dwibahasa ialah penutur yang menguasai dua bahasa. Misalnya, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dan bahasa Cina dan sebagainya. Penutur yang menguasai lebih daripada dua bahasa dikenali sebagai multibahasa. Setelah memahami ketiga-tiga variasi bahasa di atas, ujilah pemahaman pelajar dengan menjawab soalan di bawah. Bab ini tamat