BAB 10: JENIS AYAT
Berpandukan nota pelajar dalam bab ini, sila jawab soalan-soalan berikut. Bagi membantu pelajar
menjawab soalan, terdapat beberapa Langkah yang pelajar boleh gunakan, iaitu:
i. analisis kehendak soalan
ii. lihat kata kunci dalam soalan atau pernyataan
iii. kaitkan kata kunci dengan nota yang berkaitan (relevan)
iv. analisis pilihan jawapan
v. pangkah atau abaikan pilihan jawapan yang kurang tepat
Bahagian A: Soalan Aneka Pilihan
1.
• Pergi dari tempat ini sekarang juga.
• Bersilalah ketika kalian mendengar khutbah Jumaat di masjid.
• Sebelum anda memulakan perjalanan bacalah panduan di papan notis.
Ayat di atas ialah ayat
A silaan
B suruhan
C larangan
D permintaan
Bimbingan Menjawab Soalan
1. Analisis kehendak soalan: -
2. Kata kunci dalam soalan atau pernyataan: -
3. Bagi menjawab soalan ini, pelajar perlu menganalisis pilihan jawapan. Pilihan jawapan berfokus
pada ayat perintah.
4. Analisis contoh-contoh ayat.
5. Bulatkan kata kunci yang boleh membezakan jenis ayat perintah. Perbezaan ayat perintah terletak
pada kata kerja yang digunakan.
6. Pangkah (X) pilihan jawapan yang kurang tepat.
2. Yang manakah ayat tanya yang betul?
I Adakah mereka yang telah berpaling tadah itu telah dihukum?
II Apakah kita sanggup membiarkan generasi muda terus hanyut ditelan arus pemodenan?
III Adakah kita tergamak melihat keindahan alam yang kita pelihara selama ini terus
dicemari?
IV Apakah masalah kekurangan bahan ah yang kita hadapi mentang telah dirancang oleh
pihak tertentu?
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
38
3. Jenis ayat
Ayat P Larangan
Q Permintaan
I Tolong pindahkan beg itu ke situ. R Silaan
II Engkau bawalah adikmu ke kedai buku. S Suruhan
III Jemput datang ke rumah saya besok.
IV Usahlah kaurapat dengannya lagi.
Yang manakah padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenis ayatnya.
I II III IV
AQ S RP
BS Q RP
CQ S PR
DS P QR
4.
• Diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas
• Tujuannya adalah untuk memberitahu sesuatu
Yang manakah ayat yang menepati ciri jenis ayat seperti pernyataan di atas?
I Kedatangan mereka disambut dengan baik.
II Mohon semua ahli tidak bertindak sendirian.
III Encik Lim mengharapkan kejayaan anaknya.
IV Bersabarlah dengan karenah budak-budak itu.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
5.
Asal kapas menjadi benang
Benang ditenun dibuat baju
Barang yang lepas usah dikenang
Bukalah sahaja lembarang baru
Jenis ayat perintah yang terkandung dalam pantun di atas ialah
I ayat ajakan
II ayat suruhan
III ayat larangan
IV ayat permintaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
Bahagian B: Soalan Struktur
1.
Dia pulang pagi tadi.
(a) Tukarkan ayat penyata di atas menjadi dua bentuk ayat tanya.
i. …………………………………………………………………………………………
39
ii. ………………………………………………………………………………………….
[1]
(b) Bina ayat tanya dengan menggunakan
i. kata tanya
………………………………………………………………………………………………
[1]
ii. kata ganti nama diri tanya
………………………………………………………………………………………………
[1]
iii. frasa sendi nama tanya
………………………………………………………………………………………………
[1]
Soalan tamat
40