The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58243767, 2023-01-23 01:25:19

BAB 4 LARAS BAHASA 2023

BAB 4 LARAS BAHASA 2023

Modul Bahasa Melayu Semester 3 27 BAB 4 LARAS BAHASA Dalam bab ini, pelajar akan dijelaskan tentang konsep laras, jenis dan ciri laras. Pelajar perlu memahami ciri-ciri laras. Perkara ini perlu difahami dan dikuasai untuk memudahkan pelajar mengenal pasti dan membezakan setiap laras. Pelajar perlu memahami setiap ciri yang disenaraikan dan padankan dengan contoh yang diberikan. Dalam peperiksaan STPM, pelajar selalunya akan diminta untuk membina suatu wacana yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu. Jawapan pelajar mestilah mengandungi ciri-ciri yang diminta. Oleh hal yang demikian, bagi menguasai topik ini dengan baik, pelajar bukan hanya perlu memahami setiap ciri laras tetapi juga berkebolehan untuk menterjemahkan ciri tersebut dalam bentuk ayat. Selamat belajar. 4.1 Konsep Laras • Ciri khusus dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Kata kunci konsep laras ialah ciri khusus dan bidang penggunaan. Hal ini bermaksud sesuatu laras itu ditandai oleh ciri tertentu. Selain ciri khusus, setiap laras mengandungi istilah khusus mengikut bidang. Misalnya, dalam bidang geografi ada istilah latitud, luluhawa, dan sebagainya. Setelah memahami konsep laras, cuba jawab soalan berikutnya. 4.2 Jenis dan Ciri-ciri Laras i. Laras Sains ii. Laras Ekonomi iii. Laras Undang-undang iv. Laras Agama v. Laras Sastera vi. Laras Sukan vii. Laras Resepi viii. Laras Iklan Setiap jenis laras di atas akan dipermudahkan dalam bentuk jadual. Pelajar perlu memahami setiap ciri yang dipaparkan dan membandingkan dengan contoh yang diberikan. Laras Sains CIRI LARAS SAINS CONTOH LARAS SAINS i. Disampaikan secara formal dan objektif ii. Maklumat berdasarkan kajian, fakta dan eksperimen iii. Menggunakan formula atau rumus iv. Banyak mengggunakan kata nama v. Kurang mengggunakan kata adjektif vi. Penggunaan perkataan tepat dan tidak mengandungi unsur lewah Pancaran UV adalah sebahagian daripada sinaran matahari yang terpancar menerusi ruang angkasa dan sampai ke bumi dalam bentuk pancaran elektromagnet. Dalam spektrum UV, terdapat dua jenis pancaran ultra ungu, iaitu UVA dan UVB yang diakui ahli dermatologi membawa kesan buruk kepada manusia, terutama apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka panjang. Jadual 1: Laras Sains


Modul Bahasa Melayu Semester 3 28 Laras Ekonomi CIRI LARAS EKONOMI CONTOH LARAS EKONOMI • Mengemukakan bukti dalam bentuk data dan statistik • Maklumat disampaikan secara tersusun, jelas dan eksplisit (tersurat) • Banyak menggunakan graf, carta dan jadual • Pembelian semasa saham murah berpilih-pilih oleh dana tempatan dan asing mungkin meningkatkan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) minggu depan. Pembelian saham murah mungkin memberikan sedikit sokongan kepada Indeks Komposit melebihi 870 mata. Jadual 2: Laras Ekonomi Laras Undang-undang CIRI LARAS UNDANG-UNDANG CONTOH LARAS UNDANG-UNDANG • Tiada gambar, graf, unsur metafora, peribahasa, kiasan dsb. • Mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan dan keterperincian • Mempunyai cara pembahagian tertentu, spt. Seksyen, subseksyen, perkara, fasal dsb. • Menggunakan sistem penomboran • Mempunyai nota tepi • Mengandungi rujuk silang • Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) • Seksyen 3 Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya. Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan atau pendengaran, kecederaaan anggota tubuh badan dan kecederaan otak. Jadual 3: Laras Undang-undang Laras agama CIRI LARAS AGAMA CONTOH LARAS AGAMA • Menggunakan istilah agama • Menunjukkan pengaruh bahasa Arab, terutamanya dari segi ayat dan kosa kata • Digunakan untuk membincangkan isuisu keagamaan • Menggunakan tamsil dan ibarat untuk memberikan pengajaran dan penjelasan • Banyak memberikan tafsiran mengenai sesuatu berdasarkan al-Quran dan hadis • Allah SWT menjelaskan kewujudan syurga dalam al-Quran melalui surah Ali Imran yang bermaksud “Dan segeralah menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orangorang yang bertakwa. Jadual 4: Laras Agama [1]


Modul Bahasa Melayu Semester 3 29 Laras Sastera CIRI LARAS SASTERA • Mementingkan penyusunan, pengolahan dan pemilihan kata yang berkesan • Laras kreatif kurang mementingkan ketepatan tatabahasa • Menggunakan gaya bahasa yang menarik, kreatif dan imaginasi (perlambangan, personifikasi, metafora, simile, peribahasa, kiasan, ilusi dsb). CONTOH LARAS SASTERA KREATIF • Sejurus itu, Volvo merah keluar dari perkarangan rumah besar itu dengan angkuhnya. Enjin yang keras mengaum-ngaum memecah kesunyian malam yang baru bermula. Kereta itu keluar dari Jalan Kenangan kemudian membelok ke kiri menuju ke bandar Tanjung Puteri yang punya keistimewaan tersendiri. Lampulampu di Jalan Tebrau terangbenderang. Manusia-manusia di sekitar bandar indah ini masih bertali aurs menuju hala masing-masing. Kereta-kereta masih merayap-rayap ke sana ke mari. CONTOH LARAS SASTERA BUKAN KREATIF • Sasterawan Negara Dato’ (Dr) Usman Awang @ Tongkat Warrant @ Adi Jaya @ Atma Jaya @ Pengarang Muda @ Amir @ Manis @ Rose Murni @ Setiabudi @ Zaini @UA adalah antara nama pena/samaran beliau. Sebagai insan yang prihatin, peka, bertanggungjawab dan tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara, pasti sahaja sumbangannya dan pengorbanannya pada jagat sastera bukan sedikit. Oleh itu, pelbagai anugerah dan penghormatan telah diberikan kepada beliau, antaranya: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982) dan Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) daripada Universiti Malaya (1983), Zamalah Sastera dari akhbar Berita Harian (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995). Jadual 5: Laras Sastera Laras Sukan CIRI LARAS SUKAN CONTOH LARAS SUKAN • Kurang menitiberatkan aspek tatabahasa • Mementingkan kesan emotif kepada khalayak • Menggunakan istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan • Menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan • Selepas rehat, Mario Balotelli masuk selaku pemain gantian dan tidak lama kemudian Daniel Sturridge menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Adam Lallana memberi gol kemenangan pada minit ke-58. Ini merupakan kemenangan pertama untuk pasukan Liverpool di Palace sejak 1997. Jadual 6: Laras Sukan


Modul Bahasa Melayu Semester 3 30 Laras Resepi CIRI LARAS RESEPI CONTOH LARAS RESEPI • Bahasanya ringkas, tepat dan jelas • Banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal • Banyak menggunakan ayat perintah • Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa • Kosa kata berkaitan dengan pemakanan dan masakan • Penjelasan mengikut turutan dan kesinambungan • Sediakan bara api (seperti membakar lemang). • Bersihkan buluh. • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. • Bersihkan ayam. • Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan • Gaulkan dengan garam/perasa secukup rasa. • Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh. Jdual 7: Laras Resepi Laras Iklan CIRI LARAS IKLAN CONTOH LARAS IKLAN • Bahasanya ringkas • Mementingkan ketepatan diksi • Bahasanya kreatif dan berkesan • Banyak menggunakan kata adjektif • Kurang menitiberatkan aspek ketepatan tatabahasa • Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi • Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan atau mengubah sikap dan seterusnya melakukan tindakan Iklan jualan murah Jualan Gedung di Pasar Raya Mesra. Potongan harga sehingga 80% untuk semua barang keperluan. Pelanggan berbelanja sehingga RM500.00 dalam satu resit pembelian akan diberikan baucer bernilai RM50.00. Datanglah beramai-ramai ke pasar raya kami. Iklan pekerjaan Tukang masak diperlukan segera. Tiada kelulusan akademik. Janji pandai masak. Gaji RM2000.00 sebeluan. Makan percuma. Tempat tinggal percuma. Jadual 8: Laras Iklan Bab ini tamat


Click to View FlipBook Version