The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58243767, 2021-09-04 05:36:48

BM P2 CIKGU ZUL EDIT 7 JANUARI 2020

BM P2 CIKGU ZUL EDIT 7 JANUARI 2020

AYAT MAJMUK
PANCANGAN KOMPLEMEN

1. Mengandungi klausa komplemen yang
berfungsi untuk melengkapkan ayat
tersebut.

Contoh:
1. Saya beranggapan bahawa dia tidak bersalah.
2. Memang sukar untuk datuk menebang pokok

yang besar itu.
3. Dia mengusulkan supaya ditubuhkan tabung

kebajikan.
4. Kami meminta agar permohonan itu diterima.

AYAT MAJMUK
PANCANGAN KETERANGAN

1. Mengandungi satu klausa bebas dan
satu atau lebih klausa tak bebas yang
berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat.

2. Keterangan memberikan huraian lanjut
dan menegaskan makna klausa bebas.

3. Keterangan boleh hadir sebelum atau
selepas klausa bebas.

Jenis Ayat Majmuk Keterangan

Bil Keterangan Kata Penanda

1 Akibat hingga, sehingga, jadi

2 Cara dengan

3 Harapan agar, semoga, supaya, moga-moga

4 Musabab kerana, oleh sebab, lantaran

5 Perbandingan bak, bagai, ibarat, seperti, daripada,

seakan-akan, seolah-olah, bagaikan

6 Pertentangan Walaupun, meskipun, namun, biarpun

7 Syarat jika, kalau, jikalau, asalkan, sekiranya

8 Tujuan bagi, demi, untuk

9 Waktu sejak, apabila, sewaktu, ketika, hingga

Apakah perbezaan agar dan
supaya sebagai kata komplemen

dan kata keterangan harapan?

1. Kami mengharapkan agar bantuan itu akan
cepat tiba.

2. Kami mencadangkan supaya dia dipindahkan
secepat mungkin.

3. Dia bertolak awal supaya tidak ketinggalan
bas.

4. Dia mendoakan agar adiknya lulus cemerlang
dalam peperiksaan STPM.

AYAT MAJMUK CAMPURAN

Mengandungi lebih daripada satu jenis
klausa, campuran klausa bebas dan
klausa tak bebas.

Contoh:
1. Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk

dijual bagi mendapatkan wang saku.
2. Pak Mat penjual kain batik cap Bunga Raya

masih lagi berniaga di setiap kampung
sejak beberapa tahun lalu.
3. Kami akan ke bandar apabila Hassan dan
Kamarudin tiba dari kampung.

KLON SOALAN STPM 34

Kehidupan rakyat pada zaman darurat ibarat kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun
mereka tetap bersyukur.

Tulis ayat yang menghasilkan ayat majmuk
campuran di atas.

TAJUK 9

PROSES
PEMBENTUKAN AYAT

ANALISIS AYAT

Teori Linguistik Teori Tatabahasa

Struktural Generatif (TG)
Analisis Konsistuen Terdekat
Rajah Pohon

Melihat hubungan Memaparkan rumus-
terdekat antara satu rumus binaan ayat
unsur dengan unsur dalam bentuk rajah
yang lain dalam satu
binaan yang lebih kecil, pohon dengan
iaitu sama ada dalam komponen ayat ditandai

binaan frasa atau oleh abjad-abjad
klausanya. tertentu.

ANALISIS KONSISTUEN TERDEKAT

1. Ibu Fatimah jatuh sakit.
(bagi ayat yang bermaksud “Ibu Fatimah
jatuh sakit)

2. Ibu Fatimah jatuh sakit

(bagi ayat yang bermaksud “Ibu, Fatimah
jatuh sakit)

RAJAH POHON

Mengambil konsep sebuah
ayat seperti sebatang

pokok yang mengandungi
dahan, ranting, dan cabang

yang lebih kecil

KLON SOALAN STPM 35

(a) Bina satu ayat berdasarkan rajah pohon di bawah.

Ayat

Subjek Predikat

Frasa nama Frasa Adjektif

Kata Nama Penerang Penentu Penguat Kata Adjektif

KLON SOALAN STPM 36

Bina rajah pohon bagi ayat berikut.
Adik saya masih membaca buku itu

JAWAPAN KLON SOALAN STPM 37

A

SP

FN FK

KN Pen. KB KKtr FN

KN Pent

Adik saya masih membaca buku itu

PROSES
PELUASAN

Penambahan unsur baharu ke dalam ayat
– subjek, predikat, objek

1. Peluasan frasa nama sebagai subjek

Contoh : Kereta Proton Saga yang berwarna biru
itu kereta adik saya.

2. Peluasan frasa predikat

Contoh : Pelajar saya mencipta inovasi yang
memenangi anugerah di peringkat negeri itu.

3. Peluasan dengan kata hubung

Contoh : Kakak dan abang saya suka makan ikan
keli masak lemak cili padi.

4. Peluasan melalui proses komplementasi

Contoh : Dia sudah mengakui bahawa dia yang
melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

PROSES
PENGGUGURAN

Menggugurkan sesuatu unsur ayat
Ayat yang terhasil tidak mempunyai unsur yang
digugurkan itu lagi

Tiga jenis pengguguran, iaitu:

Pengguguran frasa nama sebagai subjek

1 • Berhenti. (Awak berhenti)
• Merokok membahayakan kesihatan. (Amalan)

2 Pengguguran frasa predikat
• Hana dan Hani pekerja kilang.
• Kemalangan itu menggerunkan. (amat)

Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

3 • Yang berdiri itu guru Bahasa Melayu kelas kami.
• Kami mengenali yang sopan itu.

KLON SOALAN STPM 38

Ayat 1 : Kereta itu dipandu laju.
Ayat 2 : Kereta itu melanggar tembok pagar sekolah.

Jika ayat 1 dan ayat 2 digabungkan,
apakah konsistituen ayat yang perlu
digugurkan?

PROSES
PENYUSUNAN

SEMULA

Perkataan dalam ayat asal diubah susunannya
dan terhasillah ayat baharu tetapi maksud ayat
tetap sama

Tiga jenis penyusunan semula, iaitu:

Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

1 a. Bilik itu telah dibersihkan oleh tukang cuci.
b. Nasi tomato dihidangkan oleh Puan Salmah.

2 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
a. Kakak meniupkan belon untuk adik.
b. Emak menjahitkan baju untuk kakak.

Penyusunan semula melalui ayat songsang.

3 a. Tahun depan, dia akan berkahwin dengan tunangnya.
b. Ke kelas tambahan petang semalam Aminah.

KLON SOALAN STPM 39

X Pokok rambutan dipanjat oleh mereka berdua.
Y Nenek memasak nasi lemak untuk kami sekeluarga

Apakah jenis proses penyusunan semula ayat bagi
ayat X dan ayat Y?

BAHAGIAN C
ANALISIS

KESALAHAN BAHASA
(9 markah)

STPM 2013

Tujuan seminar itu adalah untuk menyedarkan orang ramai
tentang kepentingan sektor pertanian. Kertas kerja-kertas kerja
seminar pula dibentang oleh pakar dalam bidang tersebut.
Sambutan pelbagai pihak amat menggalakkan. Baru-baru ini,
beberapa agensi swasta telah menawarkan kemudahan
tertentu kepada petani untuk memajukan bidang yang tanah
mereka yang kebanyakannya terbiar. Walau bagaimanapun,
antara masalah yang dihadapi diceburi mereka. Peluang
tersebut sewajarnya direbut oleh penduduk di luar bandar,
khususnya untuk memanfaatkan ialah kekurangan tenaga kerja,
terutamanya daripada generasi muda. Di kampung-kampung,
golongan tua sahaja yang mengusahakan dengan bertungkus-
lumus sedangkan anak-anak muda lebih senang mencari rezeki
di kilang-kilang. Kesimpulannya, usaha untuk mengubah cara
berfikir anggota masyarakat adalah sukar meskipun kita berada
di era kemajuan.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Kertas kerja- Menggandakan Kertas-kertas kerja

kertas kerja keseluruhan kata

majmuk. Perkataan

pertama sahaja yang

perlu digandakan.

2 mengusahak Kata kerja transitif
an dengan “mengusahakan” perlu mengusahakan ladang

bertungkus- diikuti oleh kata nama dengan bersungguh-

lumus sebagai objek. sungguh

3 …berada di Kata sendi nama “di”

era kemajuan merujuk kepada berada pada era

tempat, bukan kepada kemajuan

masa dan waktu.

STPM ULANGAN 2013

Sikap sesetengah pengguna kenderaan yang memandang
rendah kepentingan beg udara sebagai komponen keselamatan
dilihat sama seperti melepaskan batuk di tangga. Mereka tidak
mengguanakannya dengan betul. Sama ada kita sedar atau tidak,
antara peralatan keselamatan yang sewajarnya ada pada
kenderaan ialah beg udara. Beg udara merupakan alat yang
berfungsi sebagai sokongan keselamatan dan menjadi pelindung
kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yang serius,
kesan hentakan yang kuat semasa berlakunya kemalangan.
Terdapat juga pengguna bersikap endah tak endah memandang
rendah terhadap peri pentingnya fungsi beg udara, khususnya
dari segi aspek keselamatan. Persepsi ini harus diubah bagi
memastikan keselamatan mereka lebih terjamin ketika berada di
jalan raya.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 memandang Kesalahan tidak memandang remeh tentang
remeh
menggunakan kata sendi kepentingan beg udara

kepentingan nama sebelum frasa nama

beg udara kepentingan beg udara

2 melepaskan Kesalahan penggunaan memandang dengan
batuk di tangga peribahasa/peribahasa sebelah mata

yang tidak tepat

3 Terdapat juga Tidak menggunakan kata Terdapat juga pengguna
pengguna hubung gabungan ‘dan” bersikap endah tak endah

bersikap endah dalam ayat majmuk dan memandang rendah

tak endah gabungan.

memandang Terdapat juga pengguna

rendah Tidak menggunakan kata bersikap endah tak endah

hubung relatif “yang” yang memandang rendah

dalam ayat majmuk

pancangan relatif.

STPM 2014

Setengah pemaju swasta ghairah
membangunkan kawasan bukit untuk dijadikan
tempat kediaman kerana kedudukannya yang
begitu menarik sekali. Pemaju swasta
berlumba-lumba memajukan kawasan bukit
berdasarkan pada permintaan pembeli yang
begitu tinggi. Namun begitu, di sebalik
keghairahan itu, alam semula jadi yang kita
harus pelihara telah terjejas sehingga
membawa bencana kepada kita. Akibatnya,
hakisan tanah berlaku kerana pemaju tidak
menutup kawasan yang digondolkan dengan
menanam pokok semula.

STPM 2014

JAWAPAN CADANGAN

Setengah pemaju swasta ghairah membangunkan
kawasan bukit untuk dijadikan tempat kediaman
kerana kedudukannya yang begitu menarik sekali.
Pemaju swasta berlumba-lumba memajukan kawasan
bukit berdasarkan pada permintaan pembeli yang
begitu tinggi. Namun begitu, di sebalik keghairahan
itu, alam semula jadi yang kita harus pelihara telah
terjejas sehingga membawa bencana kepada kita.
Akibatnya, hakisan tanah berlaku kerana pemaju tidak
menutup kawasan yang digondolkan dengan
menanam pokok semula.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Setengah Setengah ialah kata Sesetengah

2 begitu menarik bilangan pecahan, bukan
sekali
kata bilangan tak tentu.
3 berdasarkan
pada Sekali ialah kata penguat menarik sekali / begitu
permintaan
darjah penghabisan yang menarik

tidak memerlukan kata

penguat hadapan

Kata kerja tak transitif berdasarkan permintaan

yang berapitan ber-…-kan

mesti diikuti pelengkap

4 Kita harus Kesalahan struktur ayat harus kita pelihara
pelihara pasif kata ganti nama diri
orang pertama.

STPM 2014 ULANGAN

Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai aktiviti
kokurikulum sering pihak sekolah tekankan, namun terdapat sebahagian
besar pelajar tidak berminat untuk menyertainya. Pelajar kurang meminati
aktiviti kokurikulum kerana mereka beranggapan aktiviti tersebut
membuang masa. Mereka lebih berminat dengan aktiviti yang tidak
berfaedah, seperti melepak di pusat beli-belah. Mereka tidak sedar bahawa
aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh selain
memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Dengan lain perkataan,
aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati
diri pelajar.

JAWAPAN STPM 2014 ULANGAN

Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar
menyertai aktiviti kokurikulum sering pihak sekolah
tekankan, namun terdapat sebahagian besar pelajar tidak
berminat untuk menyertainya. Pelajar kurang meminati
aktiviti kokurikulum kerana mereka beranggapan aktiviti
tersebut membuang masa. Mereka lebih berminat dengan
aktiviti yang tidak berfaedah, seperti melepak di pusat beli-
belah. Mereka tidak sedar bahawa aktiviti kokurikulum
dapat melahirkan pelajar yang serba boleh selain memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar. Dengan lain perkataan,
aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam
pembentukan jati diri pelajar.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 pihak sekolah Kesalahan ayat pasif ganti ditekankan oleh pihak
tekankan
nama diri ketiga sekolah

2 beranggapan Tiada kata hubung beranggapan bahawa aktiviti
aktiviti tersebut komplemen dalam ayat tersebut

komplemen yang

menggunakan kata kerja tak

transitif

3 lain perkataan Kesalahan hukum D-M. perkataan lain
Unsur yang diterangkan

ialah “perkataan” mesti

mendahului unsur yang
menerangkan “lain”

STPM 2015

Setiap tahun kita membaca berita mengenai pengguna
yang tertipu akibat kerakusan peniaga. Hal ini kerana
kejahilan pengguna sendiri yang tidak mengetahui
peranan mereka sebagai pembeli. Pengguna juga tidak
menyedari hak mereka sebagai pengguna. Keadaan ini
menyebabkan kita terfikir apa peranan persatuan
pengguna dalam menangani masalah pengguna di
negara ini. Sebenarnya, persatuan pengguna memainkan
peranan penting untuk membantu pengguna mengatasi
masalah penipuan oleh penjual. Walau bagaimanapun,
kita juga tidak dapat menafikan bahawa pengguna
sendiri mempunyai peranan untuk mengelakkan diri
mereka daripada ditipu oleh peniaga.

JAWAPAN STPM 2015

Setiap tahun kita membaca berita mengenai
pengguna yang tertipu akibat kerakusan peniaga. Hal ini
kerana kejahilan pengguna sendiri yang tidak
mengetahui peranan mereka sebagai pembeli. Pengguna
juga tidak menyedari hak mereka sebagai pengguna.
Keadaan ini menyebabkan kita terfikir apa peranan
persatuan pengguna dalam menangani masalah
pengguna di negara ini. Sebenarnya, persatuan
pengguna memainkan peranan penting untuk
membantu pengguna mengatasi masalah penipuan oleh
penjual. Walau bagaimanapun, kita juga tidak dapat
menafikan bahawa pengguna sendiri mempunyai
peranan untuk mengelakkan diri mereka daripada ditipu
oleh peniaga.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 tertipu akibat Tiada kata sendi nama tertipu oleh

2 Hal ini kerana “oleh” selepas kata kerja
pasif berawalan “ter-”
3 Membantu
pengguna Klausa utama tidak Hal ini demikian kerana /
mengatasi
masalah mempunyai predikat Hal ini berlaku kerana /

Hal ini dikatakan demikian

kerana

Hal ini disebabkan

Tiada kata hubung Membantu pengguna

keterangan tujuan dalam untuk / bagi mengatasi

ayat majmuk masalah

STPM ULANGAN 2015

Tidak dapat dinafikan bahawa produk kecantikan
menarik perhatian kebanyakan wanita. Antara produk
yang paling mendapat sambutan ialah produk yang
dirumus khusus untuk pelangsingan badan dan
produk anti-penuaan. Kebanyakan wanita sanggup
menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk
membeli produk tersebut. Mereka mudah
terpengaruh dengan iklan-iklan yang sering disiarkan
melalui media massa. Daripada beberapa kajian jelas
menunjukkan bahawa industri kosmetik akan terus
berkembang pesat dengan adanya sokongan padu
daripada golongan tersebut.

STPM ULANGAN 2015

Tidak dapat dinafikan bahawa produk kecantikan menarik
perhatian kebanyakan wanita. Antara produk yang paling
mendapat sambutan ialah produk yang dirumus khusus untuk
pelangsingan badan dan produk anti-penuaan. Kebanyakan
wanita sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata
untuk membeli produk tersebut. Mereka mudah terpengaruh
dengan iklan-iklan yang sering disiarkan melalui media massa.
Daripada beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa industri
kosmetik akan terus berkembang pesat dengan adanya
sokongan padu daripada golongan tersebut.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 produk anti- Awalan anti dipisahkan produk antipenuaan
penuaan daripada kata dasarnya

2 mudah Kata kerja pasif terpengaruh mudah terpengaruh oleh
terpengaruh diikuti oleh kata sendi nama iklan-iklan
dengan
dengan iklan-
iklan

3 Daripada Ayat tergantung tanpa Beberapa kajian lepas jelas

beberapa kajian subjek ..

lepas jelas Kajian lepas jelas …

menunjukkan Hasil daripada beberapa

bahawa kajian jelas ...

STPM 2016

Keindahan panorama alam sekitar yang
dinikmati di negara kita akan pudar sekiranya
kita tidak menjaga dan memeliharanya dengan
sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana kita
dan alam sekitar memainkan peranan penting
di dalam kehidupan seharian disebabkan ia
saling berkait antara satu sama lain.
Pencemaran dan pemanasan global adalah
antara yang memberikan kesan buruk terhadap
alam sekitar. Sehubungan dengan itu, alam
sekitar perlulah kerajaan kita pulihara demi
kesejahteraan kita semua.

JAWAPAN STPM 2016

Keindahan panaroma alam sekitar yang
dinikmati di negara kita akan pudar sekiranya
kita tidak menjaga dan memeliharanya dengan
sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana kita
dan alam sekitar memainkan peranan penting
di dalam kehidupan seharian disebabkan ia
saling berkait antara satu sama lain.
Pencemaran dan pemanasan global adalah
antara yang memberikan kesan buruk terhadap
alam sekitar. Sehubungan dengan itu, alam
sekitar perlulah kerajaan kita pulihara demi
kesejahteraan kita semua.

CARA MENJAWAB

BIL KESALAHA SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
N

1 Panaroma Kesalahan ejaan panorama

2 Hal ini Klausa bebas dalam ayat tersebut Hal ini dikatakan
demikian tidak lengkap. Kata ‘demikian’ demikian kerana
kerana
merupakan keterangan bagi
predikat

3 Saling berkait Kesalahan lewah. Kata ‘saling’ saling berkait atau
rapat antara sudah membawa maksud ‘antara berkait antara satu sama

satu sama lain satu sama lain’. lain

4 Perlulah Kesalahan struktur ayat pasif perlulah dipulihara oleh

kerajaan kita kata ganti nama diri orang ketiga kerajaan kita

pulihara


Click to View FlipBook Version