The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64349505, 2021-03-29 10:42:19

KBVR 2021 SYARAT PENYERTAAN GURU

KBVR 2021 SYARAT PENYERTAAN GURU

SYARAT PENYERTAAN GURU

1. Penyertaan terbuka kepada semua guru lelaki dan perempuan serta
kakitangan SKKB.

2. Guru dan kakitangan perlu membuat pendaftaran melalui Google
Form yang diberikan.

3. Semua guru dan kakitangan tidak diwajibkan tetapi digalakkan
menyertai Kebun Baharu Virtual Run ini. Walau bagaimanapun,
semua guru dan kakitangan wajib membeli T-SHIRT KHAS
VIRTUAL RUN yang akan digunakan sebagai T-shirt rasmi
program anjuran Unit Kokurikulum sepanjang tahun 2021.

4. Bayaran boleh dibuat kepada Puan Azura Mat Adam
(Sesi pagi) dan Puan Zuraida Mat Nawi (Sesi petang).

5. Setiap guru dan kakitangan yang menyertai Virtual Run ini perlu
menamatkan larian sejauh 5 kilometer. Larian boleh dilakukan
secara terus (1 larian) ataupun secara terkumpul (beberapa larian).

6. Larian boleh direkod menggunakan aplikasi atau gajet yang dapat
mengesan larian anda seperti Strava, Runtastic, Nike atau aplikasi
yang sedia ada dalam telefon bimbit anda.

7. Guru dan kakitangan perlu menghantar bukti larian dan gambar
semasa membuat larian kepada AJK Kehakiman melalui Google
Form yang diberikan.

8. Guru dan kakitangan yang tidak menghantar bukti larian tidak akan
mendapat medal dan hadiah.

9. Semua guru dan kakitangan yang menyertai larian serta menghantar
bukti larian akan mendapat medal.

10. Medal dan hadiah akan diberikan kepada 10 orang
guru/kakitangan lelaki dan 10 orang guru/kakitangan perempuan
yang mencatat masa terpantas manakala hadiah galakan akan
diberikan kepada 10 orang guru/kakitangan lelaki dan perempuan
yang seterusnya.

#MajulahSukanUntukSKKB

KEBUN BAHARU VIRTUAL RUN 2021
(KBVR 2021)

Tarikh: 29 Mac 2021 – 12 April 2021
Tempat: Terbuka

TARIKH PERKARA

29 MAC 2021 - Pendaftaran Peserta melalui Google Form

12 APRIL 2021

29 MAC 2021 Larian Dimulakan

12 APRIL 2021 Larian Tamat

16 APRIL 2021 Jangkaan Pengumuman Keputusan KBVR 2021

Setelah tamat larian, setiap peserta hendaklah mengisi Google Form untuk

memuatnaik bukti larian.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan:
(i) Cikgu Fakhruddin (016-2201974)
(ii) Cikgu Hanif (018-9721553)
(iii) Cikgu Azura (019-6888455)

LAMPIRAN A

KEBUN BAHARU VIRTUAL RUN 2021

LAMPIRAN B


Click to View FlipBook Version