The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah SK Seri Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIVENA HAASHINI, 2024-06-22 23:50:02

Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah SK Seri Selangor

Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah SK Seri Selangor

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELANGOR


BIODATA KAMI DIVENA HARSHINI Umur : 12 Tahun Hobi : Melukis, Membaca Buku Cerita dan Berenang MICAH Umur : 12 Tahun Hobi : Membaca, Bermain Permainan Komputer, Bermain Badminton Umur : 12 Tahun Hobi : Bermain Badminton, Membaca dan Melukis


Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan dari segi biologikal dan psikologikal. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. PENGENALAN APA ITU DADAH? APAKAH MAKSUD DADAH DALAM KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA? 1. ubat-ubatan 2. bahan-bahan seperti ganja, heroin, marijuana yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berlanjutan (merosakkan kesihatan dan membawa maut) BILAKAH SESEORANG ITU DI ANGGAP MENYALAHGUNAKAN DADAH? Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan. Seseorang itu akan terus menggunakan dadah walaupun menghadapi masalah semasa menggunakannya.


Ketum Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : a) Ketum b) Opiat c) Stimulan d) Inhalan e) Halusinogen f) Ganja g) NPS (New Psychoactive Substances) h) Depresen Opiat Ganja Stimulan Depresen Halusinogen Inhalan NPS JENIS-JENIS DADAH GENERASI MADANI adalah sebuah konsep yang menekankan pembentukan karakter dan kecakapan hidup yang ditubuhkan oleh generasi muda untuk menjadi individu yang produktif, bertanggungjawab, dan berpotensi memimpin perubahan di masa depan. GENERASI MADANI


KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Menyebabkan ketagihan, menjejaskan kesihatan, membawa kepada pergantungan fizikal serta psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. DADAH sikap ingin tahu pengaruh rakan sebaya pengaruh internet kurang bimbingan ibu bapa


GEJALA PONTENG Dadah boleh mendorong seseorang bertindak agresif. Maka tidak hairan akan berlakunya masalah disiplin yang kronik seperti pergaduhan dan kes buli. Gejala ponteng di kalangan pelajar berleluasa kerana kebiasaannya orang yang menghisap dadah tidak suka duduk setempat . AKADEMIK MEROSOT Prestasi akademik akan merosot kerana dadah boleh mencacatkan fungsi otak. Daya ingatan berkurangan dan ketajaman fikiran akan tumpul akibat pengambilan dadah. MASALAH DISIPLIN IMPAK DADAH Dadah boleh menyebabkan kita hilang fokus pada pelajaran kerana dadah menyebabkan kita khayal. Penagih dadah sering terganggu akibat halusinasi. HILANG FOKUS DALAM PELAJARAN MATA MERAH / ANAK MATA MENGECIL BADAN ATAU ANGGOTA BADAN MENGGELETAR KERAP BERSIN DAN HIDUNG BERAIR BERAT BADAN MENURUN PERCAKAPAN TIDAK LANCAR KESAN TERBAKAR DI MULUT/JARI PERNAFASAN BERBAU HIDUNG KERAP BERDARAH HILANG KONSENTRASI Penyalahgunaan dadah menjadi isu besar di negara kita. Umum tahu kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Lebih memeritkan penyalahgunaan dadah ini menyebabkan pelakunya ketagihan dan membuatkan mereka bergantung hidup kepada dadah. Pelajar juga harus sedar gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh berlaku dalam kalangan orang terdekat dan rapat. Kadangkala disebabkan perasaan malu dan takut untuk berhadapan kecaman dan masyarakat, bantuan sepatutnya diberikan kepada penagih dadah ini seperti menghantar mereka ke pusat pemulihan, diabaikan. Oleh itu, usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah memerlukan bantuan setiap individu. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi sesuatu keadaan, ia boleh disalurkan kepada pihak berwajib seperti polis ataupun agensi bertanggungjawab untuk membanteras penyalahgunaan dadah iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


SEKOLAH BEBAS DADAH Menghentikan Dadah: "Menghentikan dadah melibatkan usaha untuk membantu pelajar yang sudah terlibat dengan penggunaan dadah melalui program pemulihan dan sokongan psikologi di sekolah." Melewatkan Dadah: "Melewatkan dadah adalah usaha untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang bahaya dadah supaya mereka dapat membuat keputusan untuk tidak mencuba atau menggunakan dadah." Mencegah Dadah: "Mencegah dadah melibatkan langkah-langkah pencegahan awal seperti kempen kesedaran, pendidikan tentang bahaya dadah di sekolah, dan kerjasama dengan komuniti untuk mencipta persekitaran yang selamat dan sihat bagi pelajar." PENYALAHGUNAAN DADAH” MELEWATKAN


Terima Kasih PENU Semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negara dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri kita menjadi berkualiti juga. Kita tidak mahu masalah penyalahgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa dan negara khususnya. TUP Kami, Divena, Harshini dan Micah dari kelas 6 Iris ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami untuk menghasilkan buku skrap digital yang bertajuk “Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah’ ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Cikgu Anis dan Cikgu Syafiyah serta ibu bapa diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan dalam menyiapkan buku skrap digital ini. Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha kami menyiapkan buku skrap ini. PENG HARGAAN ARTIKEL PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH


Click to View FlipBook Version