SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
4.6 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
Pertandingan melukis poster Jimat Tenaga ini merupakan acara tahunan yang kendalikan
oleh Kelab Alam Sekitar SMKTI. Aktiviti disertai oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Inderawasih mengikut kategori yang dinyatakan.Aktiviti ini dijalankan pada 27 Jun
2019
Poster yang dihasilkan oleh para pelajar ditampal di Papan Kenyataan sekolah untuk
menambahkan keceriaan dan kecantikan serta memberi input kepada seluruh warga SMK
Taman Inderawasih. Para pelajar menghasilkan poster yang menarik.
Pertandingan sedang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 42
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
4.7 KUIZ KECEKAPAN TENAGA
Kuiz ini diadakan pada setiap minggu pertama sama ada dijalankan di kelas atau semasa
berada di dalam kelas.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 43
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PROGRAM SOKONGAN LAIN
PROGRAM KITAR SEMULA
KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Program ini akan dijalankan sepanjang tahun. Kelab Pengguna bertanggunjawab terhadap
program ini akan memberi penerangan ringkas mengenai kitar semula dan seterusnya
menerangkan langkah-langkah yang betul dalam mengendalikan bahan-bahan yang boleh
dikitar semula. Bagi menarik minat pelajar untuk menyertai kempen ini, akan dijalankan
pertandingan pengumpulan bahan kitar semula yang paling banyak. Pertandingan akan
diadakan bagi dua tahap secara berasingan, iaitu tahap satu dan tahap dua. Pemenang
pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan berat bahan yang dikumpulkan.
Pertandingan akan dijalankan sepanjang tahun, dan pemenang akan diumumkan pada
perhimpunan rasmi sekolah. Pengumpulan akan dijalankan setiap hari di mana setiap kelas
akan mengumpul. Pengurusan pengumpulan bahan-bahan ini akan dibantu oleh para
pengawas alam sekitar sekolah dan guru-guru yang terlibat. Tarikh dan waktu pengumpulan
akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui perhimpunan pagi. Melalui program ini,
diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri setiap warga sekolah ,
menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih dan kondusif dan seterusnya mengurangkan
masalah pencemaran yang semakin membimbangkan kini.
Gambar 1: Pelancaran Sekolah Hijau Peringkat Sekolah
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 44
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
KEMPEN TANPA STRAW
Seperti yang kita tahu, bahan-bahan kegunaan harian kita yang dibina atau diperbuat
daripada plastik, adalah sangat berbahaya kepada alam sekitar kerana sifatnya yang sangat
sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan tanah.
Justeru pencemaran plastik ini sangat-sangat mengganggu ekosistem, di mana bahan-bahan
plastik terbuang ini dilapor memudaratkan haiwan liar di darat dan di laut.
Di bawah ini beberapa fakta yang aku temui berkenaan pencemaran plastik:
1. Lebih 100 juta haiwan marin maut setiap tahun berpunca daripada pencemaran plastik di
laut — National Georgraphic/John Cancalosi.
2. Pencemaran plastik di lautan menjejaskan sekurang-kurangnya sebanyak 267 spesies
hidupan-hidupan liar seluruh dunia yang terdiri daripada 86% spesies penyu, dan 43%
pelbagai spesies mamalia marin.
3. Kajian mendapati jika tren semasa berterusan, jumlah pencemaran plastik akan melebihi
jumlah ikan-ikan yang berada dalam lautan menjelang tahun 2050.
4. Negara kita Malaysia merupakan negara ke-8 dunia yang menyumbang kepada
pencemaran plastik paling besar di lautan.
Sumber — https://www.milosuam.net/2018/09/kenapa-straw-diharamkan-di-
malaysia.html#ixzz5yqVvzRP9
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 45
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
INOVASI MEMBUAT SABUN DENGAN MENGGUNAKAN MINYAK
MASAK TERPAKAI
Pada tanggal 30 April 2019 , Kelab Pengguna SMK Taman Inderawasih telah menganjurkan
satu Inovasi membuat sabun dengan menggunakan minyak masak terpakai. Program ini
telah diadakan di Dewan Ar-Rasid dan telah dihadiri oleh 30 orang pelajar daripada
Tingkatan 4. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Chew Eng Seng daripada
pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai yang menjadi penunjuk cara pembuatan sabun
dengan menggunakan minyak terpakai.
Bahan-bahannya:-
1 liter minyak masak terpakai
120 grams caustic soda (sodium
hydroxide)
400 ml air
pewangi@ essential oils(untuk
mewangikan sabun)
Cara-caranya:-
1. Tapis minyak masak untuk
mengasingkan habuk2 dan masukkan
ke dalam bekas plastik.
2. Sukat air dalam botol mineral.
3. Gaul caustic soda (sodium hydroxide)
dengan air yang telah disukat tadi
sehingga larut.
4. Biarkan caustic soda sejuk lebih
kurang 15 minit. Boleh jugak diletak
boiler bagi mempercepatkan proses
penyejukan.
5. Tambahkan minyak masak tadi ke
dalam caustic soda yang telah sejuk.
Terus kacau sehingga sebati.
6. Masukkan pewangi atau essential
oils.
7. Tuangkan campuran ke dalam
bekas/acuan untuk membentuk sabun.
Tips berguna:-
1. Ketika mengendalikan caustic soda adalah digalakkan menggunakan mask
dan glove untuk mengelakkan dari terkena kulit anda. Jika terkena caustic soda
cepat2 basuh kawasan yang terkena dengan cuka.
2. Tambah 1 atau 2 sudu kecil gula kedalam larutan sebelum memasukkan
pewangi atau essential oils untuk menambahkan buih.
3. Biarkan campuran sabun lebih kurang 3-4 minggu untuk terbentuk.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 46
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PENGHASILAN BAJA KOMPOS
Objektif/matlamat :
Menguruskan sisa daripada taman, kawasan padang serta kantin sekolah dengan
berkesan.
Menghasilkan baja organik yang mesra alam serta kaya dengan nutrien.
Mengurangkan kos perbelanjaan penyelenggaraan taman dengan menghasilkan
baja sendiri.
Faedah :
Mengurangkan sampah di persekitaran dan menyuburkan tanah di taman serta
persekitaran sekolah.
Warga sekolah, khususnya pelajar berpeluang melibatkan diri dalam usaha
melestarikan sekolah.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 47
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PENGHASILAN BAJA F.E.M
Pengenalan
Aktiviti ini dibimbing oleh pegawai daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Kos
penghasilan baja F.E.M disumbang oleh Syarikat Think City. Pegawai daripada CAP, Encik
Theeban memberi penerangan mengenai cara-cara penghasilan baja F.E.M. Penghasilan
tersebut menggunakan buah-buahan yang rosak, telur dan gula merah. Para pelajar
menghasilkan sendiri baja F.E.M dengan mengikuti semua tunjuk ajar daripada Encik
Theeban. Seramai 5 orang pelajar dipilih untuk mengurus dan memantau hasil baja F.E.M
mengikut masa yang telah ditetapkan. Lebih 10 liter baja dihasilkan dan digunakan sebagai
projek (Butterworth Urban Garden for School)
Objektif / matlamat
- Menguruskan sisa daripada taman, kawasan padang serta kantin sekolah
dengan berkesan.
- Menghasilkan baja organik yang mesra alam serta kaya dengan nutrien.
- Mengurangkan kos perbelanjaan penyelenggaraan taman dengan menghasilkan baja
sendiri.
Faedah
- Mengurangkan sampah di persekitaran dan menyuburkan tanah di taman
serta persekitaran sekolah.
Warga sekolah, khususnya pelajar berpeluang melibatkan diri dalam usaha
melestarikan sekolah.
Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :
Penghasilan baja FEM ini telah melibatkan murid-murid, guru pembimbing dan juga tukang
kebun.
Jadual Tugas Penghasilan Baja FEM
Bil Kelas Hari
Pelajar Bertugas 4ST Isnin
1 Shamni 4ST Selasa
Chan Peng mun
4ST Jumaat
2 Kavilashini
Tanesh
3 Ramya
Heng Soo Yang
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 48
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
Tindakan Selanjutnya Sehingga Projek Tamat
Taklimat di beri kepada pekebun sekolah untuk penghasilan baja FEM yang berkesan.
Pemantauan pelajar juga dijalankan sepanjang masa untuk memastikan penghasilan baja
FEM yang baik dan berkualiti tinggi. Pihak CAP telah memberi tunjuk ajar dalam penghasilan
baja FEM. Pada peringkat awal pihak CAP yang menyediakan bahan-bahan untuk
menghasilkan baja FEM. Pada sesi yang berikutnya, pelajar-pelajar sendiri yang
menghasilkan baja FEM. Baja FEM yang telah siap diproses telah digunakan terhadap
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam Projek Sayur-sayuran Mega SMK Taman
Inderawasih. Baja ini juga telah dijual kepada staf-staf SMK Taman Inderawasih.
Perancangaan seterusnya
Projek penghasilan baja FEM akan terus dijalankan kerana dilihat sebagai suatu
tanggungjawab kepada warga sekolah khususnya, serta masyarakat amnya, bagi menjamin
kehidupan lestari. Ahli-ahli Kelab pengguna dari tingkatan 4ST yang mahir dalam
penghasilan baja FEM akan membimbing ahli tingkatan 1,2,dan 3 dengan memberi tunjuk
ajar kepada mereka dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang berbudaya celik alam
sekitar.
Bantuan agensi luar
Pihak sekolah mendapat khidmat nasihat bagi penghasilan baja FEM daripada Pegawai
CAP. Pegawai-pegawai bertugas dari badan ini membuat lawatan dan memberi tunjuk ajar
secara berkala dari semasa ke semasa.
Keberkesanan Program
Pelajar sangat teruja kerana mendapat pelbagai maklumat tentang cara-cara penghasilan
baja F.E.M daripada Encik Theeban.
Diharap perkongsian ilmu ini dapat diadakan semula dan melibatkan semua warga SMK
Taman Inderawasih
Gambar 1: Penerangan awal mengenai Gambar 2: Pegawai CAP menerangkan
baja F.E.M cara menghasilkan memotong bahan F.E.M
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 49
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
Gambar 3: Murid memotong bahan Gambar 4 :Bahan F.E.M :
untuk menghasilkan F.E.M
3 kg Betik, 3 kg Pisang, 3 kgLabu, 5
Antaranya buah-buahan yang telah Telur,Gula merah 3 kg, 10 liter Air.
rosak seperti betik, labu. Sediakan tong besar kedap udara.
Gaulkan.
Gambar 5: Aktiviti menggaul baja Gambar 6: Baja F.E.M perlu mengambil masa
F.E.M . 45 hari. Perlu gaul 10 hari sekali untuk 3 kali.
Seterusnya, selepas 30 hari, perlu gaul setiap
hari untuk tempoh 15 hari berturut-turut. Selepas
siap, bahan perlu di tapis.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 50
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
HERBAL CORNER
Taman Herba sekolah merupakan satu usaha Kelab Pengguna Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Inderawasih untuk mewujudkan suasana persekitaran yang segar dan
nyaman disamping memelihara warisan ubat-ubatan dan herba kulinari agar tidak dilupakan
oleh generasi masa kini.Taman Herba SMK Taman Inderawasih atau lebih dikenali sebagai
“Herbal Corner” adalah dibawah pengawasan Kelab Pengguna. Di harap dapat memberi
pendedahan kepada ahli kelab tentang manfaat dan khasiat tanaman herba ubatan dan
herba kulinari. Diharap taman herba ini dapat memupuk semangat cintakan bumi hijau dalam
kalangan ahli khususnya dan warga SMK Taman Inderawasih amnya.
Dalam proses mewujudkan taman herba ini, banyak ilmu yang dapat dpelajari oleh semua
ahli kelab pengguna khususnya dan warga SMKTI amnya. Antaranya proses penanaman
pokok, penjagaan pokok dan khasiat setiap tanaman herba.
Dihiasi tanaman herba dan kulinari
Kerjasama & gotong roByoEnNg dGalKamELkalPanEgRanTaAhlNi kIeAlaNb aBdaAlaNh kDuAncRi kejayaan
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 51
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
KERJASAMA JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG
Bengkel Pertanian Bandar ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Pulau Pinang.
Ianya dijalankan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru dan murid-murid cara-cara
untuk menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik. Dengan harapan, program
seperti ini dapat melahirkan murid yang berkemahiran serta memupuk sikap berjimat cermat
sesuai dengan keaadan ekonomi semasa.
Gambar 1: Murid melakukan sendiri aktiviti
Gambar 2: Peserta diberi tunjuk ajar Gambar 3: Hasil aktiviti semaian.
oleh Pegawai Jabatan Pertanian
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 52
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PROGRAM PATROL DENGGI
Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Pelajar-pelajar
diiringi guru yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan di seluruh kawasan sekolah dan
sekitar sekolah. Misi program ini dijalankan adalah untuk memperlengkap dan memperkasa
murid sebagai pendidik dan insan berpengaruh dengan bertindak sebagai duta untuk
mencegah denggi. Pameran kesihatan daripada Klinik Kesihatan SPT bagi menambah input
kepada semua warga SMKTI berkaitan penyebaran wabak Denggi. SMKTI merupakan salah
sebuah sekolah yang mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Patrol Denggi Peringkat
Kebangsaan.
Gambar 1: Sebaran Maklumat Patrol Gambar 2: Replika Nyamuk Aedes
Denggi di Facebook
Gambar 3: Murid melakonkan watak Gambar 4: Penerangan daripada Pegawai
sebagai nyamuk Aedes. Kesihatan mengenai Nyamuk Aedes
Gambar 5: Persiapan gotong royong Gambar 6:Kitaran pembiakan nyamuk
mencegah pembiakan nyamuk Aedes Aedes.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 53
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PROGRAM ‘KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR’
Program ini merupakan merupakan salah satu program Unit sekolah Hijau SMK Taman
Inderawasih di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program ini dijalankan serentak di sekolah setiap Hari Rabu Minggu Pertama dan Minggu
Ketiga pada pukul 9.20 minit pagi - 9.30 pagi.
Pelajar diberikan bahan bacaan dan membaca selama 10 minit bagi menerapkan amalan
minat membaca dalam kalangan murid. Jawatankuasa Unit Sekolah Hijau SMK Taman
Inderawasih mengambil kesemptan ini untuk mengedarkan risalah dan brosure berkaitan
alam sekitar. Pelajar mempunyai pelbagai pilihan bahan bacaan. Semoga program tersebut
dapat menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar di samping memupuk amalan suka
membaca dalam diri mereka.
Gambar 1: Murid kyusuk membaca
risalah berkaitan penjimatan elektrik,
air dan kitar semula.
Gambar 2: Kempen turut melibatan semua pihak termasuk guru-guru & kakitangan. 54
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
SEBARAN MAKLUMAT
& PROMOSI
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 55
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
SUDUT SEKOLAH HIJAU & PAPAN KENYATAAN
Sebaran maklumat agak penting untuk memupuk kesedaran dalam kalangan
warga sekolah mengenai kepentingan alam sekitar dan kitar
semula. Pembangunan sebaran maklumat meliputi empat bahagian iaitu sebaran
melalui papan kenyataan kelas, papan kenyataan Kelab, bahan sebaran maklumat
di Pusat Sumber Sekolah dan perpustakaan sekolah.
SMK Taman Inderawasih menjadi satu medium sebaran maklumat yang berkesan
mengenai kepenggunaan dan hak-hak sebagai pengguna kepada murid-
murid. Pusat sumber sekolah dijadikan sebagai salah satu pusat pembelajaran
kepenggunaan di sekolah.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 56
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
FACEBOOK
Merupakan medium dengan capaian pantas mengikut peredaran masa di mana
semua maklumat berada dihujung jari.
Ia merupakan sudut sekolah hijau secara maya yang sentiasa memberi info terkini
berkaitan alam sekitar dan program-program di bawah Unit Sekolah Hijau.
Ia juga dapat memberi alternatif kepada warga SMK Taman Inderawasih dan
dunia luar bagi mendapatkan info terkini.
Kegiatan Unit Sekolah Hijau dikemaskini diruangan ini agar maklumat yang lebih
cepat dapat diterima oleh semua.
https://www.facebook.com/KPSSMKTamanInderawasih
https://www.facebook.com/KPSSMKTamanInderawasih 57
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
APLIKASI ‘WhatsApp’
Maklumat dikongsi didalam Aplikasi WhatsApp secara individu dan berkumpulan
seiring dengan peredaran masa dan dunia dihujung jari. Semoga maklumat yang
disebarkan dan dikongsi dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak.
-
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 58
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
BANNER / BUNTING
Salah satu kempen dan alternatif yang dijalankan bagi memberi kesedaran dan
peringatan kepada semua tentang tanggungjawab sosial semua pihak dalam
melestarikan alam sekitar.
MURAL
Memberi kesedaran dan peringatan yang bermaklumat dalam melahirkan generasi
yang kreatif dan secara langsung murid lebih menghargai mesej yang di
sampaikan kerana ianya dihasilkan oleh mereka.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 59
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PAMPLATE / BROSURE/ BAHAN BACAAN/ BUKU SKRAP
Salah satu bahan bacaan yang diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan ramai
seperti Pusat Sumber Sekolah, Kantin dan sudut- sudut bacaan yang menjadi
laluan utama warga SMK Taman Inderawasih. Dengan harapan, masa yang
terluang dapat dimanfaatkan dengan pihihan bahan bacaan yang menarik dan
bermaklumat.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 60
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
TAKLIMAT
Taklimat ringkas dan perkongsian idea sentiasa dikongsi dalam setiap mesyuarat
dan perjumpaan guru-guru dan kakitangan secara ringkas bagi memberi
kesedaran kepada semua tentang kepentingan kelestarian alam sekitar.
LAWATAN HIJAU & MARIN
Memberi peluang dan ruang kepada guru-guru dan kakitangan SMK Taman
Inderawasih dalam meneroka khazanah alam dan menghargai keindahan alam
dalam usaha memelihara dan menghargai sumber alam semula jadi.
“Guru adalah pemangkin masa depan negara’.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 61
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
KERJASAMA DENGAN
AGENSI LUAR
BERKAITAN
KELESTARIAN ALAM
SEKITAR
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 62
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
KERJASAMA DENGAN AGENSI LUAR BERKAITAN
KELESTARIAN ALAM SEKITAR
a) Majlis Perbandaran Seberang Perai Pulau Pinang
b) Jabatan Pertanian Pulau Pinang
c) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal
Pengguna
d) Suruhanjaya Tenaga
e) FOMCA
f) Persatuan Pengguna Pulau Pinang
g) Jabatan Perhutanan Pulau Pinang
h) Kementerian Kesihatan Malaysia
i) Perpustakaan Awam Pulau Pinang
j) My Match
k) Island College
l) Penang Scient Cluster (PSC)
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 63
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
MPSP PERPUSTAKAAN AWAM P.PINANG
KPDNHEP Putrajaya ISLAND COLLEGE
KPDNHEP P.Pinang JABATAN PERTANIAN P.PINANG
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 64
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PENYERTAAN/
PERTANDINGAN/
PENCAPAIAN
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 65
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PENANG INTERNATIONAL DESIGN (PPID) 2019
JOHAN (ANTARABANGSA)
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 66
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
ANUGERAH KELAB PENGGUNA SEKOLAH TERBAIK
JOHAN (KEBANGSAAN)
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 67
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PERTANDINGAN EDIBLE LANDSKAP
JOHAN (NEGERI)
PERTANDINGAN TERRARIUM 68
SAGUHATI (NEGERI)
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PENILAIAN SUDUT KEPENGGUNAAN TERBAIK
PERINGKAT NEGERI – NAIB JOHAN NEGERI
PENILAIAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 69
PERINGKAT NEGERI
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PERTANDINGAN EDIBLE LANDSKAP
SEMPENA AGOROFEST 2019
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Pertandingan Edible Landskap dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Pulau Pinang
Sempena Agrofest. Pertandingan ini diadakan bertempat di Tapak Ekspo
Seberang Jaya ,Pulau Pinang. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Inderawasih diwakili oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada 4 orang pelajar dan
2 orang guru.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 70
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
PERTANDINGAN TERRARIUM
SEMPENA AGOROFEST 2019
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Berasaskan inisiatif memperkayakan sektor pertanian dan membangunkan
pertanian baru, aktiviti ini di harap dapat mendorong dan memotivasi
pembangunan generasi muda dalam industri asas tani.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih diwakili oleh 3 orang peserta
yang terdiri daripada dua orang pelajar dan seorang guru. Bekas terrarium
disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian.Walaubagaimanapun, setelah tamat
ekspo, hasil terrarium diberi kepada pihak sekolah dan dipamerkan di sekolah
untuk perkongsian bersama warga SMKTI.
Gambar 1 : Pertandingan sedang Gambar 2 : Hasil Terrarium sekolah
dijalankan selama 3 jam.
Gambar 3: Hasil Terrarium sekolah Gambar 4 : Acara Penyampaian Hadiah
(pandangan atas) kepada pemenang. SMKTI merupakan
pemenang hadiah saguhati.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 71
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
INOVASI
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 72
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
BAHAN KITAR SEMULA (Terowong Pengguna)
Sudut Kepenggunaan banyak menggunakan bahan kitar semula dalam
menghasilkan sudut yang menarik dan kreatif.
Dengan penggunaan bahan kitar semula, diharap ianya memberi didikan awal
kepada semua murid agar berjimat cermat dan cintakan alam sekitar. Antara
bahan yang digunakan ialah:
Kayu Kambir(Papan Kayu Pallet (Rak) Cawan Plastik Terpakai
Tanda)
Kertas Warna (Rama- Raga Bawang (Tong Plastik Barang (Bunga)
rama) Sampah)
Botol Sabun Kotak (Buku Skrap) Surat Khabar (Bakul)
Sudu Plastik Botol Minuman
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 73
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
L) LAIN-LAIN
*Masukkan maklumat lain yang dirasakan perlu disini.
10. AKTIVITI YANG DIJALANKAN
BIL NAMA PROJEK KLASIFIKASI PROJEK
1 Sudut Kepenggunaan/Papan Kenyataan Maklumat/ Motivasi
Kelab Pengguna/Terowong Pengguna
2 "Kempen Makan Sampai Habis" Kempen Kesedaran
3 ‘ Herbal Corner’
Hak Pengguna,
4 ‘Self Watering System’ Kesedaran Alam Sekitar
5 ‘ Program 5-minute Talks’
Kreativiti
Daya Pintar
6 Pelancaran Sekolah Hijau Kesedaran Alam Sekitar
7 ‘Program 5R’ Kesedaran Alam Sekitar
8 Inovasi Sabun daripada Minyak Terpakai Kesedaran/
Keusahawanan
9 Penghasilan Baja Kompos Kesedaran/
Keusahawanan
10 Penghasilan Baja F.E.M Kesedaran
/Keusahawanan
11 Ceramah Kepenggunaan Maklumat/ Motivasi
12 Pertandingan Melukis Poster Anjuran FOMCA Kreativiti
Peringkat Sekolah Tahun 2019
13 Pertandingan Menulis Esei Anjuran FOMCA Daya Pintar
Peringkat Sekolah Tahun 2019
14 Tinjauan Jualan & Harga Barangan Koperasi Hak Pengguna
SMKTI
15 Pameran Kepenggunaan Sempena Bulan Kesedaran/Maklumat
Sains & Matematik
16 Taklimat Piawaian Keselamatan & Pemakaian Kesedaran
Helmet
17 Projek Sistem Pendawaian Elektrik Kesedaran/Maklumat
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 74
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
di Rumah
18 Karnival Kepenggunaan Maklumat/ Kempen
Kesedaran
19 Pelancaran Sudut Kepenggunaan Kempen Kepenggunaan
20 Kempen Jimat Elektrik Kempen Kesedaran &
Galakan
21 Kempen Jimat Air Kempen Kesedaran &
Galakan
22 Kempen Jimat Kertas Kempen Kesedaran &
Galakan
23 Edible Landskap/Terrarium Kreativiti & Kesedaran
24 Mural Kepenggunaan Kreativiti & Kempen
Kesedaran
25 Program Galakan Membaca (Pengguna Bijak) Maklumat
26 Pameran Kepenggunaan Hak Pengguna
12. PENUTUP
Di harap, dengan adanya program-program ini dapat meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang penjimatan tenaga, setiap sen yang telah
dijimatkan bermaksud memanjangkan kelestarian alam sekitar.
Di samping itu, dapat memupuk semangat berpasukan dan bersatu padu
di kalangan semua kelab dan persatuan sekolah di dalam membuat
keputusan serta dapat menyuarakan pendapat berkaitan dengan hal-hal
kepenggunaan. Semua kelab dan persatuan sekolah, dapat bergabung
dalam melahirkan pengguna yang bijak
Di harap ianya dapat menyemarakkan lagi semangat cintai alam sekitar
dalam kalangan generasi muda dan masyarakat secara amnya
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 75
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
15. BILANGAN PESERTA YANG TERLIBAT
Sudut Sekolah Hijau ini dikawal selia oleh AJK yang dilantik khas bagi
menceriakan dan mengemaskini maklumat atau informasi kepenggunaan
agar manfaat semasa dapat dikongsi dengan lebih berkesan.
Sudut Sekolah Hijau ini melibatkan semua warga SMKTI iaitu seramai
lebih kurang 760 orang murid.
Kakitangan, guru dan murid terlibat secara tidak langsung dalam
menyumbang idea dan bahan untuk manfaat bersama.
Penglibatan semua ahli kelab sangat memberansangkan.
16. KEBERKESANAN AKTIVITI
Aktiviti Sudut Sekolah Hijau ini di lihat telah memberi impak yang besar
kepada semua ahli Kelab Alam Sekitar secara khas dan semua warga
SMK Taman Inderawasih dan tetamu secara amnya untuk mengatahui
dengan lebih dekat berkaitan dengan melestarikan alam sekitar.
Paling mengujakan,apabila pihak PIBG turut memberi peluang dan ruang
serta sokongan kepada Kelab Alam Sekitar Sekolah dalam melaksanakan
aktiviti yang berkaitan dengan kepenggunaan.
Terowong Pengguna dirasmikan pada 30 April 2019 oleh Tuan Abd Hafidz
Bin A Rahim, Ketua Seksyen Harga dan Antipencatutan, Bahagian
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna. Turut hadir bersama Ketua Seksyen Kepenggunaan Pulau
Pinang, Puan Barathi.
Tujuan perasmian diadakan bagi mempromosikan lagi kewujudan Sudut
Sekolah Hijau disamping mendapat pengiktirafan daripada pihak sekolah.
Sokongan yang padu daripada pihak sekolah amat penting dalam
merealisasikan harapan Kelab Alam Sekitar untuk menyampaikan
maklumat berkaitan Kelestarian alam demi generasi masa hadapan.
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 76
SMK TAMAN INDERAWASIH EEC2019/049
17. PENUTUP
Unit Sekolah Hijau SMK Taman Inderawasih ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
menjayakan program yang telah dijalankan ini.
Dengan usaha dan kerjasama daripada semua pihak terutama guru
penasihat dan ahli kelab pengguna serta fasilitator yang terlibat, program
yang telah dijalankan mencapai objektif iaitu kelestarian alam sekitar
sekaligus menyedarkan generasi muda betapa penting penjimatan tenaga
kepada semua.
Sumbangan idea dan tenaga daripada semua warga SMK Taman
Inderawasih sangat bermakna kerana dapat memupuk semangat
kerjasama di samping menarik minat semua pihak untuk lebih peka
terhadap isu-isu alam sekitar.
Diharap juga ruang dan peluang yang diberikan dalam menyertai
Pertandingan Sudut Kepenggunaan ini dapat memberi cabaran dan
dorongan kepada semua ahli Kelab Pengguna dalam mewujudkan Sudut
Pengguna yang dapat memberi pendedahan yang maksimum kepada
semua warga SMK Taman Inderawasih seiring dengan motto kelab iaitu
‘Ke arah Generasi Celik Pengguna’.
Sekian, terima kasih.
Nota: Penghantaran softcopy boleh dibuat di http://bit.do/hantarlaporaneec.
Markah kreativiti hanya dikira berdasarkan laporan hardcopy
Penghantaran Hardcopy hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 Oktober 2019 di:
Urus Setia EE Challenge 2019
Jabatan Operasi Industri
Suruhanjaya Tenaga
No. 12, Jalan Tun Hussein,
Presint 2, 62100 Putrajaya
[email protected] / 03 – 8870 8762
LAPORAN ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 77