The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azyen17, 2022-08-14 18:29:24

Kertas Kerja Projek Menaiktaraf Bilik Refleksologi

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob

KERTAS KERJA
PROJEK MENAIKTARAF BILIK
REFLEKSOLOGI PROGRAM PENDIDIKAN

KHAS INTEGRASI
(PPKI)

SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB
BATU GAJAH, TANAH MERAH
KELANTAN
2022

KERTAS KERJA
CADANGAN MENAIK TARAF BENGKEL REFLEKSOLOGI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB BATU GAJAH TANAH MERAH

KELANTAN.

1. PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan KSSM Pendidikan Khas yang
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah yang mula dilaksanakan pada tahun 1988. KSSM dan KSSM Pendidikan Khas
digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang mahu meningkatkan standard kandungan dan standard pembelajaran supaya
setanding dengan standard antarabangsa, serta memastikan kurikulum yang sesuai dan relevan
disediakan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Kemahiran Abad 21 dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi menjadi elemen utama mengangkat KSSM dan KSSM Pendidikan Khas
setanding dengan standard antarabangsa. Standard kandungan dan standard pembelajaran turut
disulami dengan standard prestasi atau kriteria pencapaian untuk mengukur tahap penguasaan atau
keterampilan murid.

KSSM Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah menengah akan menggunakan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), yang digubal berlandaskan Kerangka KSSM
yang mempunyai enam tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap & Nilai, Kemanusiaan,
Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal & Estetika serta Sains & Teknologi. Hasratnya supaya
melahirkan insan yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. DSKP
merupakan dokumen utama rujukan guru dalam merangka pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang
merangkumi pelbagai strategi, aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti berpandukan standard
pembelajaran dan standard prestasi atau kriteria pencapaian mengikut kesesuaian dan keupayaan
murid.

2. LATAR BELAKANG PROJEK

Bagi MBPK (Murid Berkeperluan pendidikan Khas) yang mengikuti bidang kemahiran
vokasional, kumpulan mata pelajaran teras yang digubal bertujuan menyediakan dan mengukuhkan
MBK dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan bagi membolehkan MBPK mengikuti
pembelajaran mata pelajaran kemahiran vokasional. Kumpulan MBPK ini akan juga mempelajari
mata pelajaran teras yang bertujuan menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran
mengurus diri, bahan, peralatan serta tempat kerja. Dalam KSSM Pendidikan Khas, terdapat beberapa
matapelajaran kemahiran yang telah ditawarkan dan PPKI SMK Tan Sri Mohamed Yaacob telah
memilih ASAS REFLEKSOLOGI.

Dalam melaksanakan p&p, guru perlu memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam DSKP. Antara pendekatan utama yang wajar
digunakan guru dalam menerapkan KBAT dalam p&p adalah pembelajaran berasaskan inkuiri
(Inkuiri), iaitu pendekatan yang mementingkan penyiasatan, pengumpulan dan penganalisisan data.
Pelaksanaan pendekatan Inkuiri boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah seperti pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan eksperimen dan
pembelajaran berasaskan kontekstual.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2017, PPKI SMKTSMY telah memulakan projek
membina satu Pusat refleksologi PPKI dengan harapan ia dapat menjadi pemangkin kepada subjek
Asas Refleksologi yang dimulakan di kelas PPKI selaras dengan KSSM Pendidikan Khas. Pada masa
depan, pusat refleksologi ini akan dijadikan tempat kerja atau ruang kerja kepada para pelajar
menjalani latihan dan praktikal mereka. Namun begitu, bilik refleksologi ini mempunyai banyak
kekurangan dari segi material, bahan dan keperluan dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sini.

Kertas kerja cadangan untuk projek tranformasi pusat atau BILIK REFLEKSOLOGI ini
adalah supaya pihak PPKI dapat menambahbaik kemudahan sedia ada pusat ini supaya berada dalam
keadaan yang lebih baik lagi untuk membantu proses pembelajaran anak-anak PPKI.

3. OBJEKTIF
● Pelajar dapat menjalani latihan urutan refleksologi dalam persekitaran yang selesa.
● Pusat refleksologi ini diharapkan dapat menyediakan peralatan dan bahan yang cukup dan
sesuai untuk kegunaan pelajar.
● Pelajar didedahkan dengan suasana pembelajaran yang mirip dengan keadaan sebenar untuk
memperoleh pengalaman.
● Pelajar dan pelanggan berada dalam suasana yang kondusif dan sesuai untuk proses
refleksologi.

4. BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SMK Tan Sri Mohamed Yaacob
Kod Sekolah : DEA 5416
Daerah : Tanah Merah
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 13 orang
Bil. Staf Sokongan (PPM) : 4 orang
Bil. Enrolmen Murid PPKI : 54 orang
Bil. Bilik Darjah Sedia Ada (PPKI) : 8 kelas
Sesi : 1 sesi
Lokasi : Bandar

5. SASARAN

● Semua pelajar PPKI yang mengambil subjek KSSM Asas Refleksologi.
● Semua guru dan kakitangan di SMK Tan Sri Mohamed Yaacob
● Semua bakal pelanggan.

6. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

● Pelajar dapat belajar dalam suasana kondusif.
● Pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran dan bergerak dengan selesa dan baik.
● Pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dalam suasana dan keadaan sebenar seperti

di ‘dunia luar’.

7. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bilik refleksologi ini adalah untuk :

● Membuktikan bahawa wujudnya usaha dari pihak sekolah untuk sentiasa membantu
menambahbaik keperluan dan kemudahan untuk aktiviti pembelajaran di PPKI.

● Bilangan pelajar yang semakin bertambah untuk menampung bilangan mereka supaya dapat
belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa serta lebih selamat.

● Meinngkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program pendidikan khas.

8. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat
dilaksanakan seperti:

● Suasana pembelajaran kurang selesa dan kurang kondusif kerana kelas yang sempit dan
pergerakan pelajar terbatas.

● Bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan pelajar kurang memberi
tumpuan kerana pelbagai kategori dalam satu kelas dan guru kurang dapat memberi
bimbingan kepada semua pelajar.

● Pelajar dapat menimba pengalaman seperti dalam suasana sebenar sebelum melangkah ke
alam pekerjaan

● Pusat refleksologi ini dibuka kepada semua guru dan kakitangan sekolah serta orang luar yang
berminat jadi jika keadaan pusat yang tidak menarik, orang luar dan pelanggan yang
berpotensi akan kehilangan minat mereka untuk berurut di sini

9. PEMILIHAN KAWASAN
Bilik refleksologi sedia ada dan proses permulaan pengubahsuaian)
(rujuk lampiran)

10. ANGGARAN KOS MENAIKTARAF BENGKEL REFLEKSOLOGI

Bil Alatan / Bahan yang diperlukan. Unit Anggaran Kos (RM)

1 Siling 1 bengkel RM4,000.00

2 Cat dinding 6 unit RM 1,000.00

3 Kipas 5 unit RM1000.00

4 Lampu 6 unit RM 300.00

5 Dinding kayu pembahagian ruang 5 ruang RM3000.00

6 Karpet 1 bengkel RM3000.00

7 Meja kaunter 1 unit RM1000.00

8 Hiasan dalaman(bunga tiruan dan pasu) 5 unit RM 300.00

9 Pendawaian elektrik 1 bengkel RM1000.00

10 Langsir 1 bengkel RM1000.00

11 Tanda amaran dan keselamatan 5 unit RM 250.00

12. Sinki 1 unit RM 500.00

Jumlah RM 16,350.00

11. PENUTUP

Diharapkan kertas cadangan ini mendapat perhatian pihak tuan. Cadangan mentransformasi
bilik refleksologi ini akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa sebagai satu usaha untuk
menyediakan satu tempat yang bersesuaian untuk para pelajar PPKI menjalani program pembelajaran
dan pendidikan dalam suasana yang lebih praktikal dan kondusif yang dapat disediakan oleh pihak
sekolah. Ia sangat diharap supaya anak-anak ini memperoleh pengalaman pendidikan yang lebih
mapan supaya apa yang dialami menjadi semangat untuk mereka berdikari pada masa depan.

LAMPIRAN

I. Lokasi bilik refleksologi yang sedia ada.

Gambaran di luar bilik asal, masih struktur binaan lama.
ii. Keadaan dalam bilik yang agak sempit.

Kelihatan Murid PPKI Refleksologi sedang belajar cara mengurut dengan betul daripada tukang urut
professional yang dijemput sebagai ilmu tambahan yang diperolehi dalam kelas.

iii. Keadaan bilik refleksologi sekarang yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Ianya masih memerlukan banyak peruntukan kewangan untuk menyiapkan bilik ini.
iv. Gotong-royong oleh guru-guru dan murid PPKI

Proses pengubahsuaian bilik ferfleksologi dilakukan secara gotong royong kudrat ahli PPKI sendiri
bagi menjimatkan belanja.

Sediakan oleh : Disemak oleh:

.......................................................... .....................................................
Mimi Aspahani binti Hamat Mat Nasir BIn Ismail
Guru PPKI (Refleksologi) Penolong Kanan PPKI
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob. SMK Tan Sri Mohamed Yaacob.
Tarikh: 4 Ogos 2022 Tarikh: 4 Ogos 2022

KERTAS CADANGAN
PROJEK MENAIKTARAF BILIK REFLEKSOLOGI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI(PPKI)

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas cadangan projek pengubahsuaian bilik refleksologi
Program Pendidikan Khas Intergrasi(PPKI)

atau

Tidak meluluskan Kertas cadangan projek pengubahsuaian bilik refleksologi
Program Pendidikan Khas Intergrasi(PPKI)

Ulasan:
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................

Ahmad Nizan Yahaya
Pengetua
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob.
Tarikh : 4 Ogos 2022


Click to View FlipBook Version