The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayangazizah1974, 2021-04-28 01:17:55

Buku PPPP_2021

Buku PPPP_2021

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021 SK Rantau Kemiding Kanowit
SK Nanga Dap Kanowit
82 YBB3303 Kanowit
83 YBB3309 SK Rantau Dilang Kanowit
84 YBB3312 SK Nanga Ngemah Kanowit
85 YBB3324 SK St Francis Xavier Kanowit
86 YCB3301
87 YEA3302 SMK Kanowit Miri
88 YBA4104 SK Kuala Baram Miri
89 YBA4111 Miri
90 YBA4113 SK Tudan Miri
91 YBA4114 SK Merbau Miri
92 YBA4115 SK Kuala Baram II Miri
93 YBE4105 SK Senadin Miri
94 YCC4102 SK Lutong Miri
95 YCC4103 SJK (Cina) Chung Hua Krokop Miri
96 YEA4103 SJK (Cina) Chung Hua Lutong Miri
97 YEA4107 SMK Luak Miri
98 YEA4109 SMK Merbau Miri
99 YEE4101 SMK Pujut Miri
100 YFB4102 SMK Lutong Miri
101 YRA4101 SMK St. Columba Baram
102 YBB4340 SMK Agama Baram
103 YBB4360 SK Sg Arang Baram
104 YBE4301 SK Long Sepiling Baram
105 YCB4303 SK Dato Sharif Hamid Baram
106 YEA4301 SK Good Shepherd Baram
107 YEA4304 SMK Temenggong Datok Lawai Jau Baram
108 YEA4305 SMK Tutoh Apoh Baram
109 YEA4306 SMK Telang Usan Subis
110 YBA4402 SMK TinJAR Subis
111 YBA4404 SK Kelapa Sawit No. 4 Subis
112 YBB4416 SK Kpg. Masjid Subis
113 YBB4423 SK Kpg. Kuala Sibuti Subis
114 YBB4427 SK Kelapa Sawit No. 1 Subis
115 YBB4430 SK Kelapa Sawit No. 3 Subis
116 YEA4402 SK Rumah Essau Subis
117 YEB4401 SMK Bekenu Limbang
118 YBA5102 SMK Subis Limbang
119 YBA5104 SK Kubong Limbang
120 YBA5111 SK Kampung Pahlawan Limbang
121 YBA5118 SK Limpaki Limbang
122 YBA5123 SK Tiga Kampung Limbang
123 YCB5101 SK Bandar Limbang Limbang
124 YEB5101 SK St Edmund Limbang
125 YEE5101 SMK Medamit Lawas
126 YBA5201 SMK Limbang Lawas
127 YBA5202 SK Kuala Lawas
SK Merapok

132

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021 SK Punang Lawas
SK Awat-Awat Lawas
128 YBA5203 Lawas
129 YBA5204 SK Sundar Lawas
130 YBA5205 SK Kg Seberang Lawas
131 YBA5209 Sarikei
132 YEA5201 S SUNDAR Sarikei
133 YBA6102 SK Sg Sentebu Sarikei
134 YBA6107 SK Mandor Aris Sarikei
135 YBA6111 Sarikei
136 YBB6104 SK Sarikei Sarikei
137 YBB6111 SK Penghulu Andin Sarikei
138 YBB6114 Sarikei
139 YEB6101 SK Jawa Sarikei
140 YEE6101 SK Tanah Putih Julau
141 YFB6102 SMK Bandar Sarikei Julau
142 YBB6203 SMK Sg Paoh Julau
143 YBB6209 SMK St Anthony Julau
144 YBB6214 SK Nanga Meluan Julau
145 YBB6218 SK Nanga Pedanum Julau
146 YBB6220 SK Nanga Kota Julau
147 YCB6201 SK Tapang Punggu Maradong
148 YEB6201 SK Lubok Assam Maradong
149 YBB6306 SK St Alphonsus Maradong
150 YBB6310 Maradong
151 YBB6312 SMK Julau Maradong
152 YBB6319 SK Tulai Maradong
153 YBB6320 SK Mupong Maradong
154 YCB6301 SK Ulu Stras Maradong
155 YEA6301 SK Bandar Bintangor Kapit
156 YFB6301 SK Gemuan Kapit
157 YBA7102 SK St Augustine Kapit
158 YBB7103 SMK Bandar Bintangor Kapit
159 YBB7114 SMK Kai Chung Kapit
160 YBB7115 SK Bebangan Kapit
161 YBB7123 SK Temenggong Koh Kapit
162 YCB7103 SK Ng Kebiaw Belaga
163 YEE7101 SK Ng Trusa Belaga
164 YBA7203 SK Kg Baru Belaga
165 YBA7204 SK Ng Meluan Belaga
166 YBA7206 SMK Kapit Belaga
167 YBB7210 SK Long Urun Song
168 YEE7201 SK Lusong Laku Song
169 YBB7302 SK Metalun Song
170 YBB7303 SK Airport Song
171 YBB7306 SMK Belaga Song
172 YBB7308 SK Ng Beguang
173 YBB7310 SK Ng Nansang
SK Tan Sri Datuk Temenggong Jugah
SK Lupok Ipoh
SK Lubok Bedil

133

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021 SMK Katibas Song
SK Wira Jaya Samarahan
174 YEA7301 SK Meranek Samarahan
175 YBA1349 SK Kg Tanjung Tuang Samarahan
176 YBA8101 SK Dato Mohd Musa Samarahan
177 YBA8117 SK Jalan Muara Tuang Samarahan
178 YBA8120 SK (A) Ibnu Khaldun Samarahan
179 YBB8105 SMK Asajaya Samarahan
180 YCA8101 SMK Kota Samarahan Samarahan
181 YEA8101 SMK Sadong Jaya Samarahan
182 YEA8102 SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud Samarahan
183 YEA8401
184 YFA8101 SK Krusen Serian
185 YBB8206 SK Riih Daso Serian
186 YBB8238 Serian
187 YBB8255 SK Pridan Serian
188 YBE8201 SK Serian Serian
189 YCB8213 SK St Barnabas Baru Serian
190 YCB8214 SK St John Taee Serian
191 YEA8202 SMK Tebedu Serian
192 YEB8204 SMK Balai Ringin Serian
193 YEB8205 SMK Serian Simunjan
194 YBA8306 SK Sg Ladong Simunjan
195 YBA8307 SK Kg Gumpey Simunjan
196 YBA8308 SK Hj Bujang Sebangan Simunjan
197 YBA8315 SK Seruyuk Simunjan
198 YBB8305 SK Temiang Simunjan
199 YBB8327 SK Telagus/Jerok Simunjan
200 YEE8304 SMK Simunjan No 1 Bintulu
201 YBA9104 SK Kg Baru Bintulu
202 YBA9110 SK Bintulu Bintulu
203 YBA9111 SK Kidurong II Bintulu
204 YBA9114 SK Tanjung Batu Bintulu
205 YBB9111 SK Sg Kem Batu 18 Bintulu
206 YEA9101 SMK Bandar Bintulu Bintulu
207 YEA9102 SMK Baru Bintulu Bintulu
208 YEA9104 SMK Asyakirin Bintulu
209 YEE9103 SMK Bintulu Tatau (SB)
210 YBA9105 SK Pandan Tatau (SB)
211 YBA9107 SK Bukit Mawang Sebauh Tatau (T)
212 YBA9201 SK Kuala Tatau Tatau (SB)
213 YBB9104 SK Sg Sebungan Sebauh Tatau (SB)
214 YBB9105 SK Sg Genaan Sebauh Tatau (SB)
215 YBB9106 SK Sg. Sengian Labang Sebauh Tatau (SB)
216 YBB9114 SK Kuala Sigu Tatau (T)
217 YBB9203 SK Rumah Keseng Tatau Tatau (T)
218 YBB9204 SK Rumah Barrau Tatau Tatau (T)
219 YBB9205 SK Sangan Iban

134

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021 SK Kuala Muput Tatau (T)
SK Sg. Bagian Tatau (T)
220 YBB9207 Mukah
221 YBB9209 SK Mukah Mukah
222 YBA3400 SK Dua Sungai Mukah
223 YBA3403 SK Sungai Duan Mukah
224 YBA3406 SK Kuala Balingian Mukah
225 YBB3411 SK Kg Seberang Mukah
226 YBE3409 SK (A) Majlis Islam Sarawak Mukah Mukah
227 YCAB101 SMK Three Rivers
228 YEE3401 SK Kampung Kebuaw Dalat
229 YBA3202 SK Kampung Igan Dalat
230 YBA3203 SK Kg Bungan Dalat
231 YBB3224 SK Kg Klid/Plajau Dalat
232 YBE3507 SK St Luke Ng Baoh Dalat
233 YCB3502 Dalat
234 YCB3504 SK St. Jude Dalat
235 YEA3501 SMK Oya Daro
236 YBA6106 SK Abang Galau Daro
237 YBA6112 SK Tanjong Manis Daro
238 YBB6405 SK Kg Pergau Dari
239 YBB6407 SK Kg Tekajong Daro
240 YBE6402 SK Kuala Matu Daro
241 YBE6406 SK Nangar Daro
242 YEAB301 SMK Semop Daro
243 YEE6401 SMK Matu Betong
244 YBA2409 SK Beladin Betong
245 YBA2410 SK Pusa Betong
246 YBA2419 SK Bungin Betong
247 YCB2402 SK St. Christopher Debak Betong
248 YCB2405 SK St. Bartholomew Betong
249 YCB2409 SK St. Augustine Betong
250 YEA2401 SMK Pusa Betong
251 YEA2402 SMK Spaoh Betong
252 YEA2404 SMK Beladin Betong
253 YEE2402 SMK Datuk Patinggi Kedit Saratok
254 YBA2210 SK Haji Bollah Saratok
255 YBA2415 SK Batang Maro Saratok
256 YBB2205 SK Engkabang Saratok
257 YBB2213 SK Orang Kaya Temenggong Tanduk Saratok
258 YBB2232 SK Wong Besi Saratok
259 YCB2202 SK St Paul Roban Saratok
260 YEA2202 SMK Kabong Saratok
261 YEE2201 SMK Saratok

135

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) PENGAMBILAN NAZIR BAHARU

URUTAN PROSES KAEDAH PEMILIHAN

136

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

PROSES KERJA:

137

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
138

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

LATIHAN UNTUK KAKITANGAN JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK

139

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
140

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

ELAUN DAN BAYARAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM WP1.4

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN
BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA
MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK TENTERA DAN
POLIS)

TUJUAN

1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang
pegawai menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah
Am Bab B.

TAFSIRAN di bawah

2. Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran
ini hendaklah diikuti:

2.1 “Gred” bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 dan pindaannya. Pegawai yang membuat pilihan
untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia (SSM) boleh terus mengemukakan
tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan
Gred/Kategori masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau
Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976
(JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan
adalah seperti di Lampiran A;

2.2 "Ibu Pejabat" bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk
bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:

(a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalan raya;
(b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh

kenderaan bermotor; dan
(c) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai;

2.3 "Pegawai" bermakna seseorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan
Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang dilantik
secara tetap dan sementara;

2.4 "Perbendaharaan" bermakna Menteri Kewangan dan termasuk pegawai-pegawai
di bawah kawalan pentadbiran atau arahannya; dan

2.5 "Tugas Rasmi" bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain
daripada menghadiri kursus yang dibenarkan.

141

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

3. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan perkara-perkara
berikut:

3.1 memastikan tuntutan yang dikemukakan oleh pegawai yang menjalankan tugas
rasmi adalah teratur, munasabah dan berpatutan; dan

3.2 menyediakan garis panduan dalaman yang sesuai di Jabatan sebagai satu
bentuk kawalan bagi mengelakkan pembaziran.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

4. Pegawai adalah bertanggungjawab memastikan tuntutan yang dikemukakannya
adalah teratur, munasabah, berpatutan dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGERI

5. Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya
di dalam negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan
syarat seperti berikut:

5.1 Elaun Makan

5.1.1 seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu
bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar seperti
berikut:

Gred Semenanjung Sabah,
Malaysia Sarawak
Utama/Khas A dan ke atas dan Labuan
Utama/Khas B dan C (RM)
53 dan 54 115 165
45 hingga 52 100 130
41 hingga 44 85 115
17 hingga 40 60 80
16 dan ke bawah 45 65
40 55
35 50

5.1.2 Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi
tiga (3) bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan
mingguan;

142

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.1.3 Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan
oleh Kerajaan atau Penganjur. Sekiranya sebahagian daripada
kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut
bahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti
berikut:

(a) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan.
40% daripada Elaun Makan.
(b) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan

(c) makan malam -

5.1.4 sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang
bagi menampung perbelanjaan makan tersebut maka pegawai layak
menuntut perbezaannya.

143

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.2 Elaun Harian

5.2.1 seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh melebihi lapan (8) jam tetapi kurang dari 24
jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh
daripada kelayakan Elaun Makannya.

5.3 Bayaran Sewa Hotel

5.3.1 seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel
yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau
Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut:

(a) Semenanjung Malaysia

Gred Sewa Penginapan Elaun Lojing
(maksimum)(RM) (RM)
Utama/Khas A dan ke atas
Sebenar (Standard 80
Utama/Khas B dan C Suite)
75
53 dan 54 Sebenar (Bilik
45 hingga 52 Superior) 70
41 hingga 44 60
27 hingga 40 Sebenar (Bilik Biasa) 55
17 hingga 26 240 45
16 dan ke bawah 220 40
200 35
180
160

(b) Sabah, Sarawak dan Labuan

Gred Sewa Penginapan Elaun Lojing
(RM)
(maksimum)(RM)
85
Utama/Khas A dan ke atas Sebenar (Standard
Suite) 80

Utama/Khas B dan C Sebenar (Bilik 75
Superior) 70
60
53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) 50
45
45 hingga 52 270 40

41 hingga 44 250

27 hingga 40 230

17 hingga 26 210
16 dan ke bawah 190

144

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.3.2 tuntutan Bayaran Sewa Hotel bagi pegawai-pegawai hendaklah
berpatutan dan munasabah;

5.3.3 sekiranya tuntutan Bayaran Sewa Hotel tersebut adalah melebihi
kelayakan pegawai, Pegawai Pengawal boleh meluluskan tuntutan
tersebut dengan kadar tidak melebihi 20% daripada kadar kelayakan
pegawai selaras prinsip Let Managers Manager

5.3.4 Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang
melebihi tiga ( 3) bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan
mingguan;

5.3.5 seseorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai
perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada
maksimum kelayakannya; dan

5.3.6 seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau
Elaun Lojing jika tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan atau
Penganjur.

5.4 Elaun Gantian Tetap

5.4.1 seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu
Pejabatnya bagi tempoh melebihi tiga ( 3) bulan tetapi kurang dari enam
(6) bulan termasuk hari kelepasan am dan mingguan adalah layak
menuntut Elaun Gantian Tetap mengikut kadar seperti berikut:

(a) Melibatkan Bermalam
2/3 (Elaun Makan + Elaun Lojing) x jumlah hari bertugas rasmi;

(b) Tidak Melibatkan Bermalam
2/3 (Elaun Harian) x jumlah hari bertugas rasmi;

5.4.2 bagi tujuan perenggan 5.4.1 di atas, jumlah hari yang sebenar
pegawai itu menjalankan tugas di luar Ibu Pejabat hendaklah dikira
mulai dari hari ketibaannya. Seseorang pegawai yang pulang ke Ibu
Pejabatnya secara sementara selama tidak lebih dari tujuh (7) hari dan
kembali meneruskan tugas tidak akan dianggap sebagai menjalankan
tugas yang baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya; dan

5.4.3 seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun
Gantian Tetap sama ada Elaun Makan, Elaun Harian atau Elaun Lojing
jika komponen-komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan atau
Penganjur.

145

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.5 Elaun Bantuan Gaji Pemandu

5.5.1 seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menggaji seorang
pemandu adalah layak menuntut Elaun Bantuan Gaji Pemandu
mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

Gred Kadar

Khas B (tidak termasuk RM300 sebulan
Jawatan Utama B) dan
Utama/Khas C RM250 sebulan
53 dan 54 20 sen bagi satu km perjalanan rasmi
45 hingga 52 hingga tidak melebihi RM200
sebulan
41 hingga 44 15 sen bagi satu km perjalanan rasmi
hingga tidak melebihi RM160
sebulan

5.5.2 syarat tuntutan bulanan bagi mendapatkan Elaun Bantuan Gaji
Pemandu adalah seperti berikut:

i. pegawai berkenaan menggaji sepenuh masa seorang pemandu
yang berlesen;

ii. tuntutan dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan
seperti salinan surat lantikan pemandu oleh pegawai, Lesen
Memandu dan Kad Pengenalan pemandu;

iii. tiada pemandu Kerajaan yang diperuntukkan khas kepada
pegawai;

iv. pegawai tidak boleh menggunakan kereta dan pemandu
Kerajaan melainkan dalam keadaan tertentu; dan

v. elaun ini tidak boleh dibayar kepada ibu bapa, ibu bapa mertua,
suami/isteri dan anak pegawai.

5.6 Elaun Hidup Pemandu

5.6.1 seseorang pegawai yang menggaji seorang pemandu adalah layak
menuntut Elaun Hidup Pemandu semasa menjalankan tugas rasmi di
luar Ibu Pejabat dengan syarat pemandunya juga bermalam bersama,
mengikut kadar seperti berikut:

(a) Semenanjung Malaysia RM30 semalam

(b) Sabah dan Sarawak RM40 semalam

(c) Singapura dan Brunei Darussalam RM45 semalam

146

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.7 Elaun Perjalanan Kenderaan

5.7.1 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi
menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu
Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan
mengikut kadar seperti berikut:

Jarak Perjalanan Bertugas Kadar Mengikut
Rasmi Bagi Tiap-Tiap Satu Jenis Kenderaan

Bulan (sen/km) (sen/km)

500 km pertama Kereta Motosikal
501 km dan seterusnya
85 55
75 45

5.7.2 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan
oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak
layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan;

5.7.3 seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal
terbang atau kereta api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang
boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api adalah tidak
layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan melainkan di dalam
keadaan seperti berikut:

(a) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240
km;

(b) apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan
tugas rasminya di beberapa tempat di sepanjang
perjalanan;

(c) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang
pegawai berkenderaan sendiri; dan

(d) apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa
pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas
rasmi.

5.7.4 bagi peruntukan (b), (c) dan (d) di atas, kelulusan Ketua Jabatan
hendaklah dilampirkan dengan borang tuntutan pegawai tersebut.

147

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.8 Tambang Gantian

5.8.1 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk
bertugas di satu (1) tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240 km
daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus kapal
terbang atau kereta api, pegawai layak menuntut Tambang Gantian;

5.8.2 pegawai hendaklah menyatakan di dalam borang tuntutan bahawa
beliau menuntut Tambang Gantian. Syarat tuntutan Tambang Gantian
adalah seperti berikut:

(a) pegawai hendaklah menggunakan kenderaan persendirian;

(b) kadar tuntutan Tambang Gantian adalah bersamaan dengan
harga tiket bagi tambang kapal terbang atau kereta api mengikut
mana yang berkenaan, yang dibenarkan berdasarkan
kelayakan pegawai; dan

(c) Tambang Gantian hanya layak dituntut sekiranya ia lebih
menjimatkan berbanding tuntutan perjalanan menggunakan
kenderaan sendiri bagi menggalakkan perbelanjaan berhemat.

5.8.3 seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak
menuntut apa-apa tambang atau bayaran tambahan yang berkaitan
dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api seperti berikut:

(a) tambang dari rumah ke lapangan terbang/stesen kereta api dan
sebaliknya;

(b) tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke
tempat penginapan dan sebaliknya;

(c) bayaran Cukai Lapangan Terbang; atau

(d) bayaran tempat tidur dalam kereta api (berth charges).

5.9 Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut

5.9.1 seseorang pegawai yang dikehendaki menggunakan
motobot/motosangkut sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada
di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun
Perjalanan Motobot/Motosangkut mengikut kadar seperti berikut:

(a) 10 kuasa kuda (k.k) dan ke bawah 50 sen satu km
(b) lebih dari 10 k.k. hingga 25 k.k. 75 sen satu km
(c) lebih dari 26 k.k. 95 sen satu km

148

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.9.2 seseorang pegawai yang menggunakan motobot/motosangkut yang
disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas
rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut.

5.10 Elaun Basikal dan Elaun Motosikal

5.10.1 seseorang pegawai yang dikehendaki oleh Ketua Jabatan
menggunakan basikal sendiri bagi menjalankan tugas rasmi adalah
layak menuntut Elaun Basikal mengikut kadar seperti berikut:

(a) Menggunakan basikal RM90 sebulan atau 20 sen
melebihi 10 hari bagi bulan satu km mengikut mana yang
itu lebih tinggi

(b) Menggunakan basikal 20 sen satu km
selama 10 hari dan kurang
bagi bulan
itu

5.10.2 seseorang pegawai yang menggunakan basikal yang disediakan
oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi
tidak layak menuntut Elaun Basikal;

5.10.3 Elaun Motosikal diwujudkan dengan kadar dan syarat seperti berikut:

(a) pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa
bertugas rasmi 12 hari atau lebih dalam sebulan boleh menuntut
Elaun Motosikal sebanyak RM120 sebulan atau menggunakan
kadar Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih
tinggi; dan

(b) pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa
bertugas rasmi kurang daripada 12 hari hendaklah membuat
tuntutan mengikut kadar Elaun Perjalanan Kenderaan yang
sedang berkuat kuasa.

149

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.11 Tambang Pengangkutan Awam

5.11.1 seseorang pegawai yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau
kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur bagi
menjalankan tugas rasmi, sama ada di dalam atau di luar Ibu
Pejabatnya, adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam
seperti berikut:

(a) Teksi/ Kereta Sewa/ Bas/ Motobot/ jenis pengangkutan lain
dalam kategori ini.

Tambang lazim yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan
tersebut dan disokong dengan resit sekiranya resit ada
dikeluarkan.

(b) Kereta Api/ Kapal Laut/ jenis pengangkutan lain dalam kategori
ini.

Gred Kelas
27 dan ke atas Satu
26 dan ke bawah Dua

5.12 Belanja Pelbagai

5.12.1 seseorang pegawai sama ada bertugas di dalam atau di luar
Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Belanja Pelbagai seperti
berikut:

(a) bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas
urusan rasmi;

(b) belanja dobi yang disokong dengan resit apabila pegawai
menginap di luar Ibu Pejabat tidak kurang dari tiga (3) malam;

(c) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;

(d) bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang
disokong dengan resit; dan

(e) bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong
dengan resit.

150

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI

6. Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negeri adalah
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

6.1 Elaun Makan dan Elaun Harian

6.1.1 kadar Elaun Makan yang layak dituntut bagi tiap-tiap kali bermalam di
luar negeri adalah seperti berikut:

Gred Kadar (RM) Sehari

Utama/Khas A dan ke atas 370
Utama/Khas B dan C 340
53 dan 54 320
45 hingga 52 270
44 dan ke bawah Seperti di Lampiran B

6.1.2 Elaun Makan juga layak dituntut jika seseorang pegawai itu
meninggalkan tempat bertugas rasmi di luar negeri pada jam
6.00 petang atau selepasnya;

6.1.3 seseorang pegawai yang meninggalkan tempat bertugas rasmi di luar
negeri pada jam 1.00 tengah hari atau selepasnya tetapi sebelum jam
6.00 petang hanya layak menuntut Elaun Harian sahaja iaitu separuh
daripada Elaun Makan;

6.1.4 seseorang pegawai yang sedang dalam perjalanan tetapi terpaksa
menunggu penerbangan di sesuatu tempat di luar negeri yang
tempohnya melebihi enam (6) jam adalah layak menuntut Elaun Harian;

6.1.5 seseorang pegawai tidak layak menuntut Elaun Makan atau Elaun

Harian jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau

Penganjur. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan

disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak

disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:

(a) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan.

(b) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan.

(c) makan malam - 40% daripada Elaun Makan.

6.1.6 Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi
tiga (3) bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan
mingguan; dan

6.1.7 sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan bagi menampung
perbelanjaan makan tersebut dalam bentuk wang, maka pegawai layak
menuntut perbezaannya.

151

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

6.2 Bayaran Sewa Hotel

6.2.1 seseorang pegawai layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atas kadar
sebenar seperti berikut:

Gred Jenis Bilik
Utama/Khas A dan ke atas
Standard
Pegawai selain daripada di atas Suite
Biasa

6.2.2 bagi maksud memohon Pendahuluan Diri, kadar Bayaran Sewa Hotel
seperti di Lampiran B adalah digunakan sebagai panduan;

6.2.3 Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk tempoh bertugas yang
melebihi tiga (3) bulan terus-menerus termasuk hari kelepasan am dan
mingguan;

6.2.4 bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang
wajib ke atas sewa hotel adalah layak dituntut dan dikira sebagai
sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

6.2.5 seseorang pegawai adalah layak menuntut Elaun Lojing mengikut
kadar-kadar seperti di Lampiran B jika tidak menuntut Bayaran Sewa
Hotel; dan

6.2.6 seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau
Elaun Lojing jika penginapan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.

6.3 Elaun Dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan

6.3.1 seorang pegawai yang melakukan penerbangan melebihi
12 jam terus-menerus, dibenarkan singgah bermalam untuk satu (1)
malam sahaja di sesuatu tempat dalam perjalanan itu, iaitu sekali
semasa perjalanan pergi dan sekali dalam perjalanan pulang, dengan
syarat perjalanan yang ditempuh (route) itu adalah merupakan
perjalanan yang diperakui paling singkat. Bagi tempoh persinggahan
tersebut, pegawai layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian
seperti yang dinyatakan di perenggan 6.1 dan Bayaran Sewa
Hotel/Elaun Lojing seperti yang dinyatakan di perenggan 6.2; dan

6.3.2 seseorang pegawai yang perlu singgah bermalam semasa dalam
perjalanan disebabkan oleh ketiadaan kapal terbang atau kemudahan
pengangkutan lain dan juga perbelanjaan bermalam itu tidak
diimbuhkan oleh mana-mana syarikat penerbangan juga layak
menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian seperti yang dinyatakan di
perenggan 6.1 dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing seperti yang
dinyatakan di perenggan 6.2.

152

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

6.4 Elaun Gantian Tetap

6.4.1 seseorang pegawai layak menuntut Elaun Gantian Tetap jika tempoh
bertugas rasmi itu adalah melebihi tiga (3) bulan tetapi kurang dari
enam (6) bulan termasuk hari kelepasan am dan mingguan mengikut
kadar seperti berikut:

(Elaun Makan + Elaun Lojing) x jumlah hari bertugas rasmi;

6.4.2 bagi tujuan perenggan 6.4.1 di atas jumlah hari yang sebenar pegawai
itu menjalankan tugas di luar negeri hendaklah dikira mulai dari hari
ketibaannya. Seseorang pegawai yang pulang ke Ibu Pejabatnya
secara sementara selama tidak lebih dari tujuh (7) hari dan kembali
meneruskan tugas tidak akan dianggap sebagai menjalankan tugas
yang baharu tetapi dikira sebagai menyambung tugas asalnya; dan

6.4.3 seseorang pegawai layak menuntut mana-mana komponen Elaun
Gantian Tetap sama ada Elaun Makan atau Elaun Lojing, jika
komponen tersebut tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.

6.5 Belanja Pelbagai

6.5.1 seseorang pegawai layak menuntut Belanja Pelbagai seperti berikut:

(a) tambang pengangkutan awam tempatan jika kenderaan tidak

disediakan;

(b) bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan

rasmi;

(c) belanja dobi yang disokong dengan resit;

(d) bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;

(e) bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong

dengan resit;

(f) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan sebagai ganti rugi berkaitan

dengan pertukaran kepada mata wang asing;

(g) 15% daripada Elaun Makan bagi maksud bayaran tips, gratuities atau

porterage; dan

(h) bayaran pasport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit.

153

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

6.6 Belanja Keraian

6.6.1 seseorang pegawai layak menuntut Belanja Keraian tertakluk kepada
syarat-syarat seperti berikut:

(a) seseorang pegawai yang dibenarkan oleh Perbendaharaan
membuat perbelanjaan bagi mengadakan keraian rasmi semasa
bertugas rasmi di luar negeri hendaklah mengehadkan jumlah
perbelanjaan di paras yang berpatutan dan tiap-tiap perbelanjaan
itu hendaklah disokong dengan resit;

(b) kelulusan bagi sesuatu keraian rasmi seperti jamuan makan dan
sebagainya boleh diberi jika sesuatu perwakilan itu diketuai oleh
seorang Menteri. Belanja mengadakan keraian yang diberi secara
peribadi iaitu yang bersifat persendirian tidak boleh
dipertanggungkan kepada Kerajaan; dan

(c) sekiranya ahli-ahli sesuatu perwakilan itu terdiri daripada
pegawai-pegawai sahaja, peruntukan kewangan untuk
mengadakan keraian hanya dapat dipertimbangkan oleh
Perbendaharaan jika dapat ditunjukkan terlebih dahulu bahawa
keraian rasmi terpaksa diadakan untuk kepentingan Kerajaan.

6.7 Elaun Pakaian Panas

6.7.1 seseorang pegawai, tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di
luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan, adalah
layak menuntut Elaun Pakaian Panas sebanyak RM1,500 sekali dalam
tempoh tiga (3) tahun apabila dikehendaki bertugas di luar negeri di
negara/kawasan beriklim sederhana/sejuk;

6.7.2 bagi tujuan pembayaran elaun ini, negara/kawasan beriklim
sederhana/sejuk bermakna, negara/kawasan yang terletak di utara
Garisan Sartan (Tropic of Cancer) dan negara/kawasan yang terletak
di selatan Garisan Jadi (Tropic of Capricorn);

6.7.3 elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar negeri atau
selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas pulang dari luar negeri.
Kelulusan elaun hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan
Kerajaan pegawai tersebut; dan

6.7.4 Pegawai Pengawal adalah dibenarkan untuk meluluskan Elaun
Pakaian Panas mengikut syarat-syarat seperti di perenggan 6.7.1.

154

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

6.8 Belanja Perubatan

6.8.1 seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar
negeri dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah
layak menuntut Belanja Perubatan tertakluk kepada syarat-syarat
seperti berikut:

(a) Belanja Perubatan hendaklah munasabah. Jika terdapat
Perkhidmatan Kesihatan Negara di negara berkenaan, seberapa
boleh ianya hendaklah digunakan;

(b) Belanja Perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan
perubatan biasa sahaja;

(c) seseorang pegawai yang mendapat rawatan wad tidak layak
menuntut Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing
semasa di dalam hospital tersebut;

(d) bayaran hospital adalah ditanggung oleh Kerajaan dan
pegawai hanya dikenakan bayaran wad menurut kadar yang
ditetapkan bagi dalam negeri kecuali kecederaan yang berlaku
semasa menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya
adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan; dan

(e) bagi negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan
untuk mendapatkan rawatan hospital, bayaran premium bagi
seseorang pegawai itu adalah ditanggung oleh Kerajaan.

KEMUDAHAN PERJALANAN DENGAN KAPAL TERBANG

7. Seseorang pegawai adalah digalak menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk
menjalankan tugas rasminya jika ianya adalah lebih murah dan menjimatkan masa tertakluk
kepada syarat-syarat seperti berikut:

7.1 Kelayakan kelas tempat duduk penerbangan pegawai adalah seperti berikut:

7.1.1 Penerbangan Di Dalam Negeri

Gred Kelas

53 dan ke atas Perniagaan
52 dan ke bawah Ekonomi

155

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

7.1.2 Penerbangan Ke Luar Negeri

Gred Kelas

Utama/Khas A dan ke atas Satu
53 hingga Utama/Khas B Perniagaan
52 dan ke bawah
Ekonomi

1.1 perjalanan udara hendaklah melalui arah perjalanan yang paling dekat;

1.2 sekiranya pegawai dikehendaki menjadi ketua sesuatu delegasi, beliau adalah
layak mendapat kemudahan penerbangan mengikut kelayakannya atau
kelayakan ahli yang paling kanan dalam delegasi tersebut; dan

1.3 sekiranya Penganjur menyediakan kemudahan penerbangan tetapi Kelas yang
diberi adalah lebih rendah dari Kelas yang dilayaki, maka pegawai layak
mendapat kemudahan sebagaimana kelayakannya dengan perbezaan tambang
ditanggung oleh Kerajaan.

1.4 semua perjalanan udara hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan Sistem
Penerbangan Nasional (merujuk kepada syarikat penerbangan Malaysia
Airlines – MAS). Walau bagaimanapun, pegawai boleh juga memilih untuk
menggunakan perkhidmatan penerbangan yang lain iaitu Syarikat AirAsia
Berhad (AirAsia) dan Malindo Air atau Sistem Penerbangan Negara [merujuk
kepada mana-mana syarikat penerbangan yang diluluskan lesen
perkhidmatan udara (penumpang) oleh Kerajaan] seperti mana yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2013 dan Pekeliling
Perbendaharaan WP2.5 serta pindaan-pindaan yang dibuat dari semasa ke
semasa.

PENDAHULUAN DIRI

2. Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat sama ada di
dalam atau di luar negeri adalah layak memohon Pendahuluan Diri sebelum bertolak untuk
menjalankan tugas rasminya tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Pekeliling
Perbendaharaan WP3.2 serta apa-apa peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Seseorang pegawai tidak layak diberi sebarang Pendahuluan Diri selanjutnya jika beliau
belum menjelaskan sepenuhnya sebarang Pendahuluan Diri berkaitan dengan tuntutan
perjalanan yang telah diluluskan kepadanya. Pemberian Pendahuluan Diri tidak boleh
dianggap sebagai satu kelulusan bagi membuat perjalanan ke luar negeri.

BAYARAN SAGU HATI PERSIDANGAN

3. Seseorang pegawai yang ditugaskan dalam urus setia sesuatu Persidangan
Kebangsaan atau Antarabangsa (tetapi tidak termasuk urus setia tetap yang
bertanggungjawab untuk mengelolakan persidangan berkenaan mengikut fungsi/
tugasannya) atau seseorang pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai protocol di dalam
Persidangan Antarabangsa atau Majlis-majlis Rasmi Kerajaan peringkat Persekutuan dan

156

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

Negeri termasuk mengiringi tetamu asing yang diberi taraf Tetamu Negara layak menuntut
Bayaran Sagu Hati mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat seperti berikut:

3.1 kadar Bayaran Sagu Hati Persidangan adalah seperti berikut:

Gred Kadar (RM/sehari)

41 dan ke atas 50
17 hingga 40 30
16 dan ke bawah 20

3.2 syarat tuntutan Bayaran Sagu Hati Persidangan adalah seperti berikut:

9.2.1 Persidangan tersebut hendaklah berasal daripada keputusan Jemaah
Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha
Negara atau Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianjurkan oleh
Kementerian atau Jabatan Kerajaan Peringkat Persekutuan atau
Negeri;

9.2.2 pegawai bertugas sekurang-kurangnya tiga (3) jam selepas waktu
pejabat;

9.2.3 Bayaran Sagu Hati Persidangan layak dituntut bagi tiap-tiap hari
Persidangan, satu (1) hari sebelum dan satu (1) hari selepasnya;

9.2.4 tuntutan Bayaran Sagu Hati untuk Pegawai Protokol adalah bermula
pada hari tibanya wakil-wakil Persidangan atau Tetamu Negara dan
sehinggalah tamat persidangan/lawatan rasmi;

9.2.5 Bayaran Sagu Hati layak dituntut atas kadar 50% sahaja jika
kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur; dan

9.2.6 seseorang pegawai yang menuntut Bayaran Sagu Hati tidak layak lagi
menuntut Elaun Lebih Masa dan Elaun Makan.

ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA HADIR DI MAHKAMAH

4. Seseorang pegawai yang disapina (subpoena) oleh Mahkamah untuk memberi
keterangan bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar adalah layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi. Segala bayaran yang biasanya
dibuat oleh Mahkamah ataupun pihak-pihak lain kepada pegawai tersebut hendaklah
diserahkan kepada Kerajaan kecuali yang dibenarkan untuk disimpan di bawah Fees (Public
Officers) Regulations, 1953.

ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN

5. Seseorang pegawai atau pesara yang diundang dan menghadiri Istiadat

157

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

Pengurniaan untuk menerima Pingat atau Darjah Kebesaran Persekutuan atau Negeri adalah
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah ia bertugas rasmi. Bagi pesara,
tuntutan boleh dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan kadarnya adalah mengikut
gred jawatan yang akhir sebelum pegawai bersara.

6. Dua (2) orang tetamu yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat atau
Darjah Kebesaran bagi seseorang pegawai adalah juga layak menuntut elaun, kemudahan
dan bayaran di mana kadarnya adalah mengikut kelayakan pegawai tersebut. Bagi tetamu
pesara pula, kadarnya adalah mengikut gred jawatan akhir sebelum pegawai tersebut
bersara.

7. Seseorang pegawai yang diundang dan hadir untuk menerima Pingat Posthumous dan
(2) orang tetamu yang diundang dan hadir bersama pegawai tersebut adalah layak menuntut
elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan kelayakan pegawai yang meninggal
berkenaan. Tuntutan ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

8. Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan
layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang
jawatan yang ditawarkan terhad kepada perkara-perkara berikut:

8.1 pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Elaun
Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana
tempat yang diarahkan untuk melapor diri/ berkursus/ menghadiri taklimat dan
sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; dan

8.2 Tambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal
terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke
tempat penempatan tetap pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud
bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan
ialah suami dan anak- anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak
yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur
21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh
undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh
kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.

TUNTUTAN PERJALANAN SELEPAS WAKTU BEKERJA DAN HARI CUTI

9. Seseorang pegawai tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan iaitu Elaun
Perjalanan Kenderaan, Elaun Perjalanan Motobot/Motosangkut dan Tambang Pengangkutan
Awam bagi perjalanan dari rumah ke Pejabat atau sebaliknya pada setiap hari bekerja biasa.

10. Walau bagaimanapun, pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika diarahkan
secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk datang ke Pejabat atau ke mana-mana tempat
yang diarahkan bagi menjalankan tugas rasmi selepas waktu bekerja biasanya atau pada hari
rehat mingguan dan hari kelepasan am.

158

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

TUNTUTAN PERJALANAN BAGI MENGHADIRI ACARA RASMI KERAJAAN
11. Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan
untuk menghadiri acara rasmi Kerajaan pada hari bekerja biasa, hari rehat mingguan dan hari
kelepasan am terhad kepada syarat-syarat berikut:

11.1 majlis berkenaan merupakan acara rasmi anjuran Kerajaan bagi sambutan hari-
hari kebesaran yang diisytiharkan sebagai kelepasan cuti am di peringkat
kebangsaan/negeri sahaja seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan
seumpamanya; dan

11.2 pegawai mendapat arahan bertulis daripada Ketua Jabatan untuk hadir ke
majlis tersebut.

159

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

PERATURAN MENGENAI KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT BAYARAN SAGUHATI
KEPADA PENSYARAH/PENCERAMAH DAN FASILITATOR SAMBILAN (PEKELILING
PERBENDAHARAAN MALAYSIA WP 1.8)

2. Kadar
2.1 Semua pegawai tetap, kontrak, sementara, sambilan yang memberi syarahan /
ceramah sambilan atau menjadi fasilitator sambilan adalah layak dibayar saguhati
atas kadar seperti berikut:

Kadar Bayaran Saguhati Per Jam

Kumpulan Perkhidmatan Pensyarah / Fasilitator Had
Penceramah Sambilan Maksimum Sebulan
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Kumpulan Pengurusan & Sambilan Tidak melebihi½
Profesional Gred 52-54 daripada gaji bulanan
Kumpulan Pengurusan & RM300.00 RM100.00
Profesional Gred 45-48 pegawai
Kumpulan Pengurusan & RM200.00 RM100.00
Profesional Gred 41-44
Kumpulan Sokongan RM150.00 RM90.00

RM120.00 RM80.00
RM80.00 RM60.00

3. Syarat

3.1 Kelayakan bayaran saguhati ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

3.1.1 pegawai yang memberi syarahan / ceramah atau dilantik sebagai fasilitator
hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatannya;

3.1.2 memberi syarahan / ceramah atau menjadi fasilitator bukan merupakan
sebahagian daripada tugas rasmi pegawai;

3.1.3 pegawai dari unit / institusi latihan / pengajian, maktab / institusi perguruan
dan sekolah di mana tugas memberi syarahan / ceramah adalah sebahagian
daripada tugas mereka, bayaran saguhati boleh dibayar sekiranya kursus /
bengkel / majlis rasmi dan bukan merupakan program jabatan / maktab /
sekolahyang sama;

3.1.4 urus setia yang memberi syarahan / ceramah atau menjadi fasilitator dalam
program yang dianjurkannya tidak layak bayaran saguhati di bawah
pekeliling ini;

3.1.5 bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi setiap
setengah jam yang genap sekiranya waktu syarahan / ceramah yang
ditetapkan oleh penganjur kursus / bengkel / majlis rasmi melebihi satu jam;
dan

162

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

3.1.6 pensyarah / penceramah / fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata
adalah tidak layak dibayar saguhati di bawah pekeliling ini.

MAJLIS RASMI KERAJAAN

W.P 5.2 Peraturan Mengenai Perbelanjaan Untuk Meraikan Pegawai Perkhidmatan Awam Yang
Bersara

2. Peraturan

2.1 Jamuan

2.2.1 Kadar penyediaan jamuan untuk pegawai bersara dan jemputan adalah tidak
melebihi RM30.00 seorang. Bilangan jemputan hendaklah dihadkan kepada
mereka yang perlu sahaja.

2.2 Cenderamata

2.2.1 Pegawai yang bersara boleh diberikan hadiah penghargaan dalam apa-apa
bentuk difikirkan sesuai atas kadar keseluruhannya tidak melebihi RM400.00
seorang.

2.3 Sijil Penghargaan

2.3.1 Pegawai yang bersara boleh diberikan sijil penghargaan.

2.4 Syarat-syarat

2.2.1 Pegawai Perkhidmatan Awam yang layak diraikan terdiri daripada pegawai yang
bersara wajib, bersara atas sebab kesihatan dan bersara pilihan;

2.4.2 Bagi pesara wajib, pegawai hendaklah telah berkhidmat dengan kerajaan tidak
kurang daripada 15 tahun;

2.4.3 Bagi pesara yang bersara atas sebab kesihatan, pegawai boleh diraikan tanpa
mengambil kira tahun perkhidmatan pegawai dengan kerajaan;

2.4.4 Majlis hendaklah dirancang dan diadakan sekali setahun sahaja. Setakat mana
yang boleh, majlis hendaklah diadakan di peringkat Kementerian yang meliputi
semua jabatan dan agensi dibawahnya;

2.4.5 Pegawai layak diraikan sekali sahaja sama ada dianjurkan oleh KPM atau jabatan;

2.4.6 Majlis hendaklah seboleh-bolehnya diadakan di perkarangan atau dalam kawasan
Kementerian / Jabatan masing-masing; dan

2.4.7 majlis seboleh-bolehnya diadakan semasa pegawai masih dalam perkhidmatan
untuk mengelakkan perbelanjaan kepada pegawai seperti perbelanjaan
perjalanan dan penginapan sekiranya pegawai berpindah ke tempat lain selepas
bersara.

3 Hal-hal Lain

3.1 Kementerian / Jabatan yang berhasrat untuk mengadakan majlis melebihi kadar yang
dinyatakan di atas, boleh menampungnya melalui sumber lain seperti Kelab Kebajikan
dan Sukan atau sumbangan daripada pegawai lain.

3.2 Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan pelaksanaan
peraturan ini dipatuhi sepenuhnya oleh Kementerian / Jabatan masing-masing.

163

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN

1. Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/ Mesyuarat/
Persidangan/ Seminar/ Bengkel

(a) Menggabungkan beberapa program dalam satu penganjuran bagi mengoptimumkan
sumber kewangan dan tenaga kerja;

(b) Semua Bahagian perlu mengoptimumkan penggunaan premis milik Kerajaan/ Institusi
Latihan Awam (ILA)/kampus-kampus INTAN bagi penganjuran program/
kursus/bengkel/ latihan dan sebagainya. Pelaksanaan kursus/=bengkel/ latihan dan
sebagainya hendaklah mengambil kira perancangan dan peruntukan yang diluluskan.

(c) Sekiranya terdapat keperluan untuk diadakan selain daripada lokasi yang dinyatakan
di perenggan (ii) di atas, ia perlu dirujuk kepada pihak Pejabat Belanjawan Negara
(NBO), MoF untuk pertimbangan dan kelulusan terlebih dahulu

(d) Penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) adalah terhad bagi program
melibatkan perasmian oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua
Setiausaha Negara (KSN) atau Anggota Pentadbiran berkaitan;

(e) Jamuan hendaklah diadakan secara sederhana dengan tidak melebihi kadar berikut:

(f) Perkara-perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
(i) membuat gimik pelancaran yang melibatkan implikasi kewangan;
(ii) menggunakan perkhidmatan event manager;
(iii) pembelian baju korporat/ baju seragam/ pemberian pakaian/ door gift kepada
peserta/ pengunjung; dan
(iv) Pemberian cenderamata tidak dibenarkan tetapi sekiranya benar-benar perlu,
hendaklah dihadkan kepada buku/ kraf tangan tempatan.

2. Kadar Penyediaan Makanan dan Minuman bagi Mesyuarat/ Kursus

(a) Penyediaan makanan dan minuman bagi mesyuarat hanya disediakan bagi
mesyuarat yang dipengerusikan oleh KSN, KPPA
atau mesyuarat yang melibatkan jemputan pegawai dari luar JPA/
INTAN;

(b) Bagi tujuan penyelarasan dan mengambil kira dasar semasa
Kerajaan, kadar maksimum penyediaan makanan dan minuman bagi
mesyuarat/ kursus hendaklah tidak melebihi daripada kadar yang
ditetapkan seperti berikut:

2. Penggunaan Utiliti

164

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

3. Kelayakan Tiket Penerbangan dan Bertugas Rasmi di Luar Kawasan
(a) Kelayakan tempat duduk penerbangan untuk perjalanan domestic adalah seperti
berikut:

4. Penggunaan Kertas Cetak dan Aktiviti Percetakan
(a) Dokumen yang telah dimuktamadkan seperti minit mesyuarat, kertas kerja, memo
dalaman dan sebagainya hendaklah dicetak pada kedua-dua belah muka surat. Bagi
draf dokumen, ia hendaklah dicetak menggunakan kertas terpakai;
(b) Edaran dokumen hendaklah dibuat melalui e-mel;
(c) Cetakan dokumen berwarna hanya dibenarkan untuk program/ aktiviti yang
melibatkan kepentingan/ penyertaan Jabatan di peringkat Kebangsaan/ Negeri atau
melibatkan kehadiran Menteri/ KSN/ KPPA/ Ketua Setiausaha (KSU)/ Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA) atau setaraf sahaja. Cetakan berwarna hanya
dibenarkan kepada tetamu kehormat
(d) Cetakan helaian berwarna yang melibatkan fakta-fakta perbandingan seperti carta dan
graf dalam laporan/ buletin/ majalah/ risalah/ poster/ kalendar aktiviti/ buku atur cara
adalah dibenarkan; dan
(e) Pegawai tidak dibenarkan membuat cetakan untuk tujuan peribadi.

165

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

PANDUAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS
MULAI TAHUN 2020

166

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
167

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
168

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
169

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
170

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
171

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

PANDUAN MENGHADAPI KECEMASAN DI JNN SARAWAK

Tanggungjawab Pegawai dan Staf Sokongan JNNS

1. Peka terhadap amaran kecemasan sama ada melalui sistem amaran atau melalui
siaraya.

2. Mengambil tindakan segera untuk membawa barang-barang milik peribadi dan
dokumen penting. Elakkan membawa barang peribadi dan dokumen yang berat dan
sukar untuk dibawa bersama. Mohon ditutup peralatan komputer dan elektrik
sebelum keluar.

3. Berbaris dan bergerak ke arah pintu kecemasan dan seperti yang diarahkan oleh fire
warden dan penolong fire warden. Kenal pasti rakan-rakan yang masih ada di bilik
dan maklumkan kepada fire warden dan penolong fire warden jika ada rakan yang
tertinggal untuk tindakan selanjutnya.

4. Laluan untuk tingkat 10 bagi sebelah kanan sila gunakan pintu C dan bagi
sebelah kiri gunakan pintu A. Laluan tingkat 11 sila gunakan pintu A. Tidak
dibenarkan menggunakan lif kerana operasi lif akan terganggu jika berlaku
kecemasan. Hanya lif bomba yang akan digunakan oleh pihak bomba untuk laluan
ke tempat kebakaran.

5. Berhimpun di tapak assembly point jabatan masing-masing. Penolong fire warden
akan membuat counting check untuk laporan kepada fire warden. Lokasi assembly
point JNN adalah AP2A.

6. Tidak dibenarkan naik semula ke jabatan masing-masing atas alasan mengambil
barang yang tertinggal. Pintu jabatan akan dikunci setelah dikenal pasti tiada orang
yang tertinggal.

Tanggungjawab Fire Warden

1. Memastikan semua sudah berbaris dan bergerak ke pintu kecemasan serta
mengarahkan mereka turun menggunakan tangga kecemasan yang behampiran.

2. Membuat semakan dan mengenalpasti pegawai dan staf sokongan yang hadir dan
tidak hadir.

3. Memastikan semua orang yang berada di bilik dan jabatan mengosongkan bangunan.
4. Memastikan semua peralatan komputer dan peralatan elektrik ditutup.
5. Tutup dan kunci pintu hadapan jabatan serta pintu kecemasan.

Tanggungjawab Penolong Fire Warden

172

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

1. Membantu fire warden dan mengarahkan semua orang berbaris serta bergerak ke
pintu kecemasan.

2. Memberi makluman berkenaan laluan kecemasan dan lokasi berkumpul di Assembly
Point.

3. Membuat counting check setelah semua pekerja di jabatan berkumpul.
4. Melaporkan bilangan pekerja yang telah berkumpul kepada fire warden untuk

pelaporan kepada ketua insiden.

PRINSIP UMUM PENYEDIAAN LAPORAN PEMERIKSAAN
1. Pendekatan penulisan laporan hendaklah mengambil kira beberapa prinsip seperti
DDPP (diagnosis, descriptive, prognosis, prescriptive); DEEP (describe, explain,
evaluate, prescribe); 7C (clear, concise, concrete, correct, coherent, complete dan
courteous); atau prinsip-prinsip penulisan dapatan lain yang relevan.
2. Laporan yang ditulis mestilah menjawab objektif pemeriksaan dan mempunyai
kaitan atau kesinambungan antara satu aspek dengan aspek yang lain.
3. Laporan hendaklah dianalisis secara mendalam dengan mengambil kira sebab,
akibat, indikator dan bukti (bukan hanya simptom).
4. Sekiranya data dipersembahkan dalam jadual atau rajah, huraian yang ditulis
hendaklah dalam bentuk tafsiran dan penilaian serta menjadi sokongan kepada
dapatan/laporan pemeriksaan.
5. Huraian tentang jadual atau rajah hendaklah ditamatkan dengan penulisan seperti
‘Rujuk Jadual 1’ atau ‘seperti di Jadual 1/Rajah 1’.
6. Gaya penulisan perlu dipelbagaikan dan bersesuaian dengan kandungan dapatan
serta keperluan pembaca/khalayak bagi mengelakkan pengulangan yang boleh
membosankan pembaca/khalayak.
7. Perkara yang perlu dielakkan dalam penyediaan laporan pemeriksaan:
i. Kesalahan dalam ejaan, tanda baca, tatabahasa, penggunaan istilah dan
petikan punca kuasa (SPI, Surat Siaran, Akta Pendidikan)
ii. Percanggahan ayat.
iii. Pengulangan (redundancy dan overlapping).
iv. Dapatan yang tidak disokong dengan data atau bukti yang mencukupi.
v. Tiada kesinambungan dan tiada hubung kait antara sesuatu perkara serta
terpisah-pisah.
vi. Ayat panjang, berbelit-belit dan mengelirukan.
vii. Ayat yang tidak jelas atau kabur maksudnya dan tergantung.
viii. Ketidakselarasan antara cadangan dan dapatan.
ix. Ketiadaan unsur penilaian

173

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

DI RUMAH
VERSI 2.0

2021

174

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

PENGENALAN

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti
pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

2. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk
membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
sebagai alternatif pembelajarannorma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk
pentadbir sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian PendidikanMalaysia (KPM).

3. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 dibangunkan sebagai
penambahbaikan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang dikeluarkan
pada 2 Oktober 2020.

4. Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekelilingikhtisas, surat
siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM berkaitan yang sedang berkuat
kuasa.

PRINSIP ASAS

5. Pelaksanaan PdPR mestilah memenuhi prinsip asas yang diperlukanbagi memberikan
ruang dan peluang kepada pihak sekolah mengaturstrategi untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaranberlaku secara optimum. Hal ini demikian kerana setiap
sekolah unik dan mempunyai keperluan serta cabaran tersendiri. Prinsip asasyang
perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut:
5.1. Tiada murid tercicir dalam pembelajaran.

Sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR berdasarkan
keperluan dan kesediaan mereka. Guru perlu mengenal pasti kaedah PdPR
yang sesuai supaya muriddapat menguasai kandungan mata pelajaran yang
ditetapkan.Guru hendaklah meneroka cara yang berbeza dan bersesuaian
untuk kelangsungan dan peningkatan pelibatan murid dalam PdPR.

175

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

5.2. Asas pembelajaran dipenuhi.

Guru perlu memastikan standard kandungan dan standard pembelajaran yang
disampaikan melalui kaedah yang pelbagai dan bersesuaian serta mengambil
kira kecenderungan, minat, gaya pembelajaran dan keupayaan murid. Guru
hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil dan menyeluruh bagi
memastikan murid mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan.
5.3. Kesejahteraan sosioemosi murid diutamakan.

Pentadbir sekolah dan guru perlu sentiasa peka kepada keperluan murid untuk
mengikuti PdPR. Sosioemosi merujuk pelbagai aspek seperti motivasi untuk
belajar, hubungan dengan guru dan rakan, dan mempunyai matlamat dalam
kehidupan. Oleh itu, guru hendaklah mengambil kira aspek sosioemosi murid
dalam merancang PdPR supaya murid berasa seronok dan selesa untuk
belajar. Guru bimbingan kaunseling berperanan dalam membantu murid yang
memerlukan sokongan supaya mereka bersedia mengikutiPdPR.

DEFINISI OPERASI

1. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermaksud pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-
mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar
talian secara berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat
hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebabbencana atau wabak
atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

OBJEKTIF

2. Objektif Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2ialah:
2.1. Sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPRsecara
berstruktur dan terancang.
2.2. Membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum.

176

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

PENDEKATAN

3. PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara luar kawasan
sekolah (off-site). Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu
daripada kaedah ini ataugabungan kaedah mengikut kesesuaian.

3.1. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian
berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang
membolehkan murid belajar secaramasa sebenar (real time). Guru boleh
melaksanakan PdPR melalui:

3.1.1. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative
Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media
3.1.2. sosial; atau
3.1.3. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas
langsung (live streaming); atau
E-Permainan (gamification), video, klip audio, e-Bukudan rakaman
atau tugasan dalam talian.

3.2. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara luar talian berlaku
tanpa capaian Internet tetapi murid belajar menggunakan peranti seperti
komputer, komputer riba, tabletatau telefon pintar. Pembelajaran juga boleh
berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan
pembelajaran lain. Pendekatan ini boleh dilaksanakan sepertiyang berikut:

3.2.1. Bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan
3.2.2. boleh dimuat turun daripada sumber seperti di para 8.1.1 dan
8.1.3.

Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian
Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi
yang bersesuaian.

177

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

3.3. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara off-site ialah
pendekatan pembelajaran yang berlaku di lokasiseperti di pusat komuniti, atau
di mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara
akibat bencana atau wabak. Pelaksanaan pendekatan ini adalah seperti yang
berikut:

3.3.1. Pembelajaran secara luar kawasan (off-site) dilaksanakan mengikut
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun
2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Akibat Bencana.

3.3.2. Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan
Academic Support Team (AST) yang terdiri daripada pegawai
PPD atau guru sekolahyang dilantik.

3.3.3. PdPR secara luar kawasan juga boleh dilaksanakan di lokasi yang
bersesuaian dengan persetujuan pihak sekolah dan ibu
bapa/penjaga serta komuniti. Pasukan PdPR secara off-site
terdiri daripada guru- guru yang dikenal pasti oleh pihak sekolah.

4. Pelaksanaan PdPR dalam talian dan luar talian yang melibatkan penggunaan peranti
perlu mengambil kira tempoh layar (screentime). Tempoh layar merujuk kepada masa
yang diluangkan bagi penggunaan peranti seperti televisyen, komputer, komputer riba,
tablet dan telefon pintar. Penggunaan peranti semasa PdPR secaraberterusan tanpa
melibatkan sebarang pergerakan fizikal yang aktif dalam satu tempoh yang lama boleh
memberi kesan negatif kepadakesihatan dan perkembangan murid.

5. Guru adalah disarankan memperuntukkan waktu rehat pendek (shortbreak) 2-5 minit
pada setiap 30 minit sesi PdPR (2-5 minit) dan padawaktu peralihan mata pelajaran (5-
10 minit) dengan meminta murid melakukan aktiviti seperti regangan atau senaman
ringan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti PdPR yang interaktif dan melibatkan
pergerakan fizikal semasa PdPR dalam talian.

178

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

KAEDAH PdPR

1. Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaranmenggunakan modul
dan pembelajaran berasaskan projek.

1.1. Modul pembelajaran perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi
keperluan mata pelajaran dan dilaksanakandalam tempoh yang bersesuaian.

1.2. Modul pembelajaran yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara
berikut:

1.2.1. Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah).
1.2.2.
1.2.3. Tajuk atau tema modul.

1.2.4. Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen
1.2.5.
1.2.6. Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
1.2.7.
1.2.8. Tempoh pelaksanaan aktiviti.

Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti.

Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul.

Aktiviti yang relevan dengan topik PdP (contoh).

Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid

1.3. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.

1.4. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir dan
mendapatkan maklum balas daripada guru sebelum menerima modul
pembelajaran seterusnya.

179

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

1.5. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berasaskan projek
dilaksanakan mengikut mata pelajaran atau gabungan beberapa mata
pelajaran. Pelaksanaannya adalah seperti berikut:

1.5.1. Memberi tajuk kepada murid.
1.5.2. Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek
yang diberikan.
1.5.3. Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan,peralatan dan
kos yang diperlukan.
1.5.4. Menentukan jangka masa menyiapkan projek.
1.5.5. Membimbing murid menyelesaikan projek.
1.5.6. Membentangkan hasil projek.
1.5.7. Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek.

1.6. Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain sepertikelas balikan
(flipped classroom), pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran
masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran penyelesaian
masalah.

PELAKSANAAN

2. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu dirancang mengikut keupayaan
murid dan kesediaan sumber yang ada. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu
dengan merujuk Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
Di Rumah.

3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi
menentukan tahap penguasaan murid samada secara pemerhatian, lisan atau
penulisan.

4. Guru berperanan dalam melaksanakan perkara berikut:

4.1 Menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim
persekolahan yang berkuat kuasa.

4.2 Merancang RPH dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat
disampaikan secara optimum.

180

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

4.3 Menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa
dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid.

4.4 Menyediakan bahan PdPR yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian
dengan kaedah PdPR yang digunakan.

4.5 Memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancangoleh guru.

4.6 Mengadakan perbincangan antara guru untuk mengelakkan murid menerima
tugasan/kerja rumah yang banyak pada satu-satu masa.

4.7 Menetapkan masa perbincangan dengan murid selain waktu PdPR.
4.8 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/latihan dan

projek untuk menentukan pencapaian murid.

4.9 Merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakankaedah yang

bersesuaian.

4.10 Melaporkan pelaksanaan PdPR di dalam templat pelaporanyang

disediakan.

4.11 Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga untukmenyokong

pembelajaran murid di rumah.

4.12 Memaklumkan ibu bapa/penjaga jika kelas tidak dapat

dijalankan seperti yang dijadualkan.

5. Pentadbir berperanan untuk:

5.1 Memastikan perancangan dan pengurusan PdPR

dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan.

5.2 Memastikan semua guru melaksanakan PdPR mengikut

jadual yang ditetapkan.

5.3 Mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dalamjadual waktu.

5.4 Memastikan tiada lambakan tugasan/kerja rumah yang

d, iberikan kepada murid.

5.5 Mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi

menguruskan aktiviti PdPR yang berkesan.

5.6 Memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokonganyang bersesuaian

kepada guru.

181

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021

6. Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:
6.1 Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan dengan sesi
PdPR bersama-sama guru ataupunarahan/tugasan/kerja rumah yang
diberikan guru.
6.2 Membantu anak/anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, Eduweb TV
(koleksi video) dan Cikgootube.

7. Komuniti berperanan untuk:
7.1 Memberi bantuan kepada sekolah dari segi material sepertibahan atau
peralatan.
7.2 Memberi sokongan dan perkhidmatan dalam bentuk idea,tenaga dan
kemahiran.

PENUTUP

1. Manual PdPR ini merupakan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara
berstruktur dan terancang supaya muriddapat mengikuti pembelajaran secara optimum.
Kejayaan PdPR murid memerlukan sokongan semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD,
sekolah, guru, ibu bapa/ penjaga dan komuniti.

182

JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK 2021
183


Click to View FlipBook Version
Previous Book
PAMPLETE PENUTUP PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1442H 2021M-aira78 ( 2 )
Next Book
TERAPI KETAWA nik_ubk