MPU 21032 – ETIKAN DAN PERADABAN
FAKTOR PENINGKATAN JENAYAH SIBER
KUMPULAN 2:
NAMA NO MATRIK
RABANIAH VIDYA BINTI ISKANDAR (28DHM21F2014)
CAMELYA BINTI MOHD ADHARY (28DHM21F2010)
SARVESHINII A/P SELVAN (28DHM21F2022)
PUTERI NUR ATIKA BINTI MOHD SABRI (28DHM21F2016)
YUGENDRAN A/L SIT THAR THAN (28DHM21F2008)
DISEMAK OLEH : USTAZ MOHD ALIF AIMAN BIN ASARI
1
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
3
1 Pengenalan 4
2 Definisi 5
3 Faktor Jenayah Siber 8
4 Keburukkan 9
5 Langkah-Langkah Mengatasi 11
6 Peranan-Peranan Jenayah Siber 13
7 Kesimpulan 14
8 Lampiran 14
9 Rujukan 15
10 Pendapat
2
PENGENALAN
Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang teknologi turut
berkembang. Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa
sempadan telah melahirkan satu kelompak manusia yang hidup serba
mudah dan ringkas. Internet menjadi satu kemestian dalam kehidupan
masyarakat moden. Terdapat beberapa faedah yang boleh dapat daripada
penggunaan internet. Sesuatu maklumat bukan sahaja boleh diperoleh
dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik.
Bagaimanapun,disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah
pihak menjadikan internet sebagai jenayah medan untuk melakukan
jenayah siber. Contoh perbuatan jenayah siber ialah penipuan,perjudian
secara maya,kecurian maklumat peribadi,pornografi dan sebagainya.
3
DEFINISI
Teknologi baru mencipta peluang jenayah baru tetapi beberapa jenis
jenayah baru. Apa yang membezakan jenayah siber dengan kegiatan
jenayah tradisional? Jelas sekali, satu perbezaannya adalah penggunaan
komputer digital, tetapi teknologi saja tidak mencukupi untuk adanya
perbezaan yang mungkin wujud antara bidang kegiatan jenayah yang
berlainan. Penjenayah tidak memerlukan komputer untuk melakukan
penipuan, lalu lintas pornografi kanak-kanak dan harta intelek, mencuri
identiti, atau melanggar privasi seseorang. Semua aktiviti tersebut wujud
sebelum awalan "siber" menjadi tidak ada di mana-mana. Jenayah siber,
terutama yang melibatkan Internet, merupakan peluasan tingkah laku
jenayah yang ada bersama dengan beberapa aktiviti haram baru.
4
FAKTOR BERLAKU JENAYAH SIBER
Kejadian jenayah siber kian menganas di negara kita seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Jenayah siber ini
berleluasa di negara kita kerana didorong beberapa factor dan penyebab.
Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab
kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana, peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna
internet menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan
tanpa mengira betul atau salah. Misalnya, pengguna internet akan
menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan
dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya, peningkatan pengguna internet
mendorong ramai ramai pengguna internet menyalahgunakan kepakaran
mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dengan cara menggodam
sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya.
Selain itu, kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga merupakan
penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Kekurangan
pakar-pakar yang mahir dalam bidang forensik komputer menyebabkan
penjenayah siber sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, kekurangan pakar
forensik komputer menyebabkan banyak kejadian-kejadian penggodaman
sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat dikesan.
Kekurangan pakar-pakar forensik juga menyebabkan penjenayah siber
sukar untuk didakwa di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai
bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka. Hal ini berlaku kerana
pelaku jenayah siber ini kebiasaanya terdiri daripada golongan profesional
dan berpengetahuan tinggi dalam bidang IT.
5
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga penyebab
berleluasanya kejadian jenayah siber di negara kita. Penguatkuasaan
undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber
mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan
demikian kerana kurangnya keseriusan agensi-agensi kerajaan dalam
menangani jenayah siber. Misalnya, agensi-agensi kerajaan tidak saling
bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, penguatkuasaan yang
lemah menyebabkan akta dan undang-undang sedia ada tidak dapat
menangani jenayah siber ini. Hal ini kerana, akta dan undang-undang sedia
ada adalah lapuk dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi yang berkembang terlalu pantas. Sebagai
contoh, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber
tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.
Di samping itu, sikap individu yang sukar dikawal juga adalah salah satu
faktor terjadinya peningkatan penggunaan internet yang menyebabkan
berleluasanya kejadian jenayah siber. Sikap individu yang inginkan
keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya golongan
remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran
mereka dengan cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan,
mencuri maklumat dan pengodaman computer. Hal ini menyebabkan,
ramai masyarakat yang kurang pengetahuan tentang media massa tertipu
dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, individu
yang melakukan jenayah siber ini bermotifkan keuntungan. Contohnya,
penjenayah siber mengaut keuntungan dengan cara menipu kepada
masyarakat melalui internet untuk mendapatkan sejumlah wang yang
banyak. Oleh itu, masyarakat harus lebih peka dengan isu-isu semasa agar
tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.
6
Seterusnya, kekurangan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan
masyarakat. Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber ini
tidak menyedari bahawa perbuatan mereka seperti menggodam, mencuri
maklumat, menyebar virus, menghantar mesej sampah dan pencerobohan
adalah satu jenayah. Oleh itu, mereka tidak menyedari bahawa perbuatan
mereka salah dan memberikan kesan buruk kepada orang lain.
Individuindividu tersebut hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan
diri tanpa berfikir kesan buruk yang akan menimpanya. Oleh sebab itu,
pihak kerajaan yang berkepentingan dalam menjalankan tanggungjawab ini
mempunyai peranan penting untuk memberikan didikan yang efektif
kepada masyarakat dalam menangani penyalahgunaan internet yang boleh
mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Sukar mengenal pasti penjenayah siber juga merupakan faktor
berleluasanya jenayah siber. Hal ini dikatakan demikian kerana, penjenayah
siber ini melakukan kegiatan jenayah di alam maya yang tanpa sempadan.
Oleh itu, lokasi penjenayah siber ini sukar untuk dikenal pasti. Jika dikenal
pasti pun, pendakwaan terhadap penjenayah siber ini sukar dilakukan di
mahkamah kerana ketiadaan bukti yang kukuh. Hal ini menyebabkan
kegiatan jenayah siber ini terus berleluasa.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada
berlakunya jenayah siber. Oleh itu, kegiatan jenayah siber ini perlu
dipandang serius oleh semua pihak demi kebaikan bersama.
7
KEBURUKKAN JENAYAH SIBER
Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera Dan meluas memandangan
kn serangan pembuli boleh berlaku dalam masa 24 jam Dan dikenal
kapasiti yang sangat luas.
Orang yang dibuli berasa tidak Selamat di mana sahaja. Hal ini
menyebabkan kebimbingan yang berterusan serta mangsa buli sukar
mendapat perlindungan. Kemudian, maklumat yang kebiasaannya
bersikap terbuka. Di samping itu, buli siber terlalu sukar untuk dikenal
pasti kerana tidak berlaku didepan mata selain mangsa buli sukar
berterusan. Graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila
penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada
online. Mudah menjimatkan masa dan tenaga juga menyebabkan ramai
pengguna beralih arah penggunaan menggunakan aplikasi ini. Seterusnya,
jenayah siber didorong oleh kemunculan internet sebagai alat komunikasi
yang menjanjikan wadah penyebaran maklumat yang cepat dan mudah
diakses.
8
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
Terdapat banyak peranan – peranan tentang jenayah siber.Pihak kerajaan
juga perlu bersedia berdepan pelbagai ancaman jenayah siber yang
merebak ketika ini dengan mengadakan dan menentukan prasarana ICT
yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan
praktikal. Seterusnya,satu unit khas yang celik komputer dan
berpengetahuan tinggi dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk
menangani penularan jenayah siber dengan Iebih berkesan.Selain
itu,kerajaan perlu menaik taraf kompetensi pengamal keselamatan siber
sedia ada, selain memupuk golongan profesional keselamatan siber
berwibawa yang baharu serta meningkatkan daya saing dalam
mempertahankan keselamatan siber negara.Kerajaan juga perlu
menyediakan Iebih banyak kursus komputer kepada semua pengawai
kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya
mereka boleh tingkatkan keselamatan di alam siber.
Yang kedua,peranan sekolah tentang kelab ICT.Guru-guru wajib
memberikan pendedahan bahaya siber kepada murid-murid.Sementara
itu,melatih murid-murid menggunakkan perkhidmatan mengesan
maklumat,membuat kerja,serta menggunakan alat-alat
berkomputer.Selain itu,Pelajar dapat mendapat pendedahan awal tentang
cara yang betul menggunakan ICT.Sebagai contoh,pihak kelab mengajak
orang luar untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang ICT.
9
Yang ketiga,peranan pihak swasta tentang jenaya siber. Di samping
itu,syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan
Iangkahlangkah keselamatan dengn meningkatkan keupayaan mereka
dalam mengekang pencerobohan penjenayah siber.Pihak swasta telah
memperkukuhan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat dan
pengguna komputer.Hal ini mengakibatkan,pihak swasta meningkatkan
keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber.
10
PERANAN-PERANAN JENAYAH SIBER
Terdapat banyak peranan – peranan jenayah siber dari segi siber
komputer.Contohnya dari pihak kerajaan perlu bersedia berdepan
pelbagai ancaman jenayah siber yang merebak ketika ini dengan
mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan
melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal.
Seterusnya,satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuan tinggi
dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk menangani penularan
jenayah siber dengan Iebih berkesan.Selain itu,kerajaan perlu menaik taraf
kompetensi pengamal keselamatan siber sedia ada, selain memupuk
golongan profesional keselamatan siber berwibawa yang baharu serta
meningkatkan daya saing dalam mempertahankan keselamatan siber
negara.Kerajaan juga perlu menyediakan Iebih banyak kursus komputer
kepada semua pengawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam
transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan di alam
siber.Yang kedua,peranan sekolah tentang kelab ICT.Guru-guru wajib
memberikan pendedahan bahaya siber kepada murid-murid.Sementara
itu,melatih murid-murid menggunakkan perkhidmatan mengesan
maklumat,membuat kerja,serta menggunakan alat-alat
berkomputer.Selain itu,Pelajar dapat mendapat pendedahan awal tentang
cara yang betul menggunakan ICT.Sebagai contoh,pihak kelab mengajak
orang luar untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang ICT.Yang
ketiga,peranan pihak swasta tentang jenaya siber. Di samping itu,syarikat
yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan Iangkah-langkah
keselamatan dengn meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang
pencerobohan penjenayah siber.Pihak swasta telah memperkukuhan
kerjasama antara kerajaan dengan syarikat dan pengguna komputer.Hal
11
ini mengakibatkan,pihak swasta meningkatkan keupayaan dalam
menghadapi serangan penjenayah siber.
12
KESIMPULAN
Berdasarkan daripada perbincangan sebentar tadi, peranan ataupun
langkah mengatasi jenayah siber tidak seharusnya kita harapkan untuk
melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa
sempadan ini, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang
beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran
dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlulah berhati-hati dan memainkan
peranan masing-masing untuk membanteras kes-kes jenayah siber
semakin berleluasa pada zaman kini.
13
LAMPIRAN
RUJUKAN
- https://www.sinarharian.com.my/article/184523/BERITA/Semasa/Ma
syarakat-perlu-waspada-trend-terkini-jenayah-siber
14
PENDAPAT
Pada pandangan kami, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
mengatasi faktor dan perkara yang boleh mencetuskan fenomena ini.
Kerana kesannya boleh mencetuskan kearah jenayah siber sekirannya
perbuatan seseorang itu tidak terkawal. Usaha dan idea berterusan dalam
mengekang jenayah siber oleh setiap lapisan masyarakat dan pihak
kerajaan serta pihak berwajib amat diperlukan untuk tangani tujuan ini
agar tidak menjadi duri dalam daging yang akan memberi impak negative
dalam kehidupan seharian kita.
15