The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irdina Adnan, 2021-10-03 11:04:15

E-Majalah PMAPIUM (Edisi Kedua)

E-Majalah PMAPIUM (Edisi Kedua)

Keywords: PMAPIUM,E-MAJALAH,MAJALAH PMA,PMA

EDISI e-majalah
KEDUA
pmapium

SEPTEMBER2021

MARIKENALIPMAPIUM
10keluargaexco
aktivitikami
galeriapium

keranakitasatukeluarga

Slogankeram atdanpenuhm aknabuatsesiapa
sahajayangpernahberadadidalam keluarga
ini.Segalajatuhbangunyangdilaluibersam a
m enjaditunjangkekuatanuntukterusm aju
m encapairedhaIlahisertam erealisasikan
visidanm isiPMAPIUM.

Lam an Rasm ikam i:

PMAPIUM @mypmapium t.me/pmapium

PersatuanMahasiswaAkadem ipengajianIslam UniversitiMalaya
Sesi2020/2021

ISI
KANDUNGAN

03 KATA 42 AKTIVITI
66 KAMI
ALU-ALUAN
Wabak covid-19 bukan menjadi
Tiap butiran kata yang datang halangan untuk kami tetap terus
daripada hati memberi makna melaksanakan segala visi dan
buat para pembaca agar dapat misi kami bersama. Segalanya
dijadikan motivasi dan inspirasi. dapat direalisasikan meskipun
secara atas talian.
14 LATAR
GALERI
BELAKANG APIUM

PMAPIUM Segala kehebatan dan bakat
terserlah oleh warga APIUM
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam tidak mengira usia dan latar
Universiti Malaya (PMAPIUM) merupakan belakang. Semuanya
sebuah persatuan induk yang ditubuhkan pada mengharumkan nama baik bagi
tahun 1986. Maka, PMAPIUM telah bertapak di APIUM.
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
selama 35 tahun.

18 KELUARGA 71 KERANA KITA

PMAPIUM SATU KELUARGA

Jarak berjauhan yang Slogan keramat dan penuh makna
memisahkan bukan menjadi buat sesiapa sahaja yang pernah
halangan bagi memupuk rasa berada di dalam keluarga ini. Segala
kasih sayang dan sikap jatuh bangun yang dilalui bersama
kerjasama dalam perjuangan. menjadi tunjang kekuatan untuk terus
maju mencapai redha Ilahi serta
merealisasikan visi dan misi PMAPIUM.

KATA
ALU-ALUAN

Tiap butiran kata yang datang daripada hati
memberi makna buat para pembaca agar
dapat dijadikan motivasi dan inspirasi.
Selamat membaca dari hati!

03

KATA
ALU-ALUAN

PROF MADYA DR. MOHD FAUZI BIN HAMAT
PENGARAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Pemacu Mahasiswa Optimis.

Selawat dan salam juga buat junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ucapan
terima kasih kepada pihak Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya (PMAPIUM) atas ruang kesempatan yang diberikan kepada saya
untuk memberikan sepatah dua kata. Alhamdulillah, beryukur ke hadrat Allah SWT
dengan izin dan kurnianya dapat saya memberikan sepatah dua kata bagi
melengkapkan penghasilan naskhah E-Majalah PMAPIUM edisi kali ini.

Sukacita juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
PMAPIUM kerana telah berjaya menyempurnakan E-Majalah PMAPIUM edisi kedua
bagi sesi 2020/2021 ini untuk tatapan warga Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya (APIUM) khususnya. Saya mewakili pihak pentadbiran APIUM amat
menghargai segala komitmen dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam penghasilan E-Majalah PMAPIUM ini.

Bagi menjayakan visi "Pemacu Mahasiswa Optimis", semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan bekerjasama dalam usaha memastikan mahasiswa
kekal optimis dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada aspek akademik,
sahsiah, kebajikan mahupun kemahiran insaniah meskipun diuji dengan norma
baru akibat kehadiran wabak pandemik Covid-19 sejak penghujung tahun 2019
yang lalu. Segala nilai-nilai murni yang telah disemai melalui pelaksanaan program
yang telah dijalankan oleh PMAPIUM perlulah dipraktikkan agar ia menjadi nilai
tambah dan mendorong mahasiswa agar kekal bersemangat dalam segala
tindakan tanpa mengira apa sahaja dugaan yang datang menguji.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada PMAPIUM yang telah banyak membantu pihak pentadbiran APIUM
bagi melancarkan urusan penyebaran maklumat dan menjadi perantara di antara
mahasiswa APIUM dan pihak Pentadbiran APIUM sendiri khususnya. Ayuh, kita
bersama-sama berganding bahu bagi terus mengekalkan kegemilangan APIUM
tercinta. Sekian, terima kasih.

04

KATA
ALU-ALUAN

PROF MADYA DR. FAISAL BIN AHMAD SHAH
TIMBALAN PENGARAH

BAHAGIAN IJAZAH DASAR
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala atas limpah kurnia dan izinNya,

maka E-Majalah PMAPIUM edisi kedua dapat diterbitkan dengan jayanya, selawat
dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Persatuan
Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) kerana sudi
memberi peluang sekali lagi untuk mecoretkan tinta bicara dalam ruangan ini.

Paparan kecemerlangan PMAPIUM dalam mencapai hasrat “Pemacu
Mahasiswa Optimis” dalam mendepani pasca Covid-19 yang terkandung dalam E-
Majalah PMAPIUM ini, bukan sahaja berperanan sebagai satu dokumentasi teteapi
juga diharapkan mampu meningkatkan semangat mahasiswa APIUM untuk
mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Meskipun pelbagai cabaran yang dlalui oleh barisan pimpinan PMAPIUM
sesi 2020/2021, syabas dan tahniah saya ucapkan kerana sentiasa komited dalam
setiap gerak kerja dan mampu menjayakan segala visi dan misi yang telah
persetujui serta banyak membantu pihak pentadbiran APIUM.
Sekian, terima kasih.

05

KATA

ALU-ALUAN

PROF MADYA DR. SITI ZUBAIDAH BINTI ISMAIL
TIMBALAN PENGARAH

(PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Pemacu Mahasiswa Optimis.

.................Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarganya, para sahabat dan semua umat pengikutnya sehingga ke hari
kiamat. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah
kurniaNya, bicara dalam dalam E-Majalah PMAPIUM untuk edisi ke-2 ini dapat
dilakarkan. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Barisan
Pimpinan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
(PMAPIUM) kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sepatah
dua kata menerusi ruangan ini. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi
penghargaan juga saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat
dalam penghasilan majalah ini.

Penerbitan E-Majalah PMAPIUM adalah kemuncak laporan kegiatan,
pencapaian, dan kejayaan mahasiswa/i APIUM secara umumnya sepanjang
sesi akademik 2020/2021. Selain itu, keberhasilan E-Majalah PMAPIUM ini juga
merupakan petanda betapa efektifnya kerjasama organisasi dan pengurusan
dalam organisasi PMAPIUM. Pihak Pentadbiran APIUM sentiasa menyokong
penuh sebarang aktiviti mahasiswa yang berorientasikan latihan
kepemimpinan, penyelesaian masalah dan daya saing.

Ucapan syabas dan tahniah kepada PMAPIUM kerana menjadi tonggak
utama dalam menyampaikan segala maklumat daripada Pihak Pentadbiran
kepada mahasiswa APIUM khususnya. Semoga Allah memberkati segala
pengorbanan dan jasa bakti yang telah kalian curahkan buat APIUM tercinta.
Semoga kerjasama yang jitu daripada semua pihak ini sentiasa berterusan
agar dapat merealisasikan setiap visi dan misi yang dirangka dengan jayanya.
Akhir kata, saya berharap agar mahasiswa APIUM terus cemerlang dan semua
bidang yang diceburi insya-Allah. Sekian, terima kasih.

06

KALAM
PIMPINAN

Bismillahiraahamanirrahim AMAR HAFIZI BIN SAIM
Assalamualaikum WBT. YANG DIPERTUA

PMAPIUM SESI 2020/2021

Salam Optimis, Salam Kerana Kita Satu Keluarga.
Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah hidayah-Nya

majalah PMAPIUM sudah menerjah ke edisi yang kedua.

Jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat barisan pimpinan PMAPIUM, majlis
tertinggi dan barisan exco yang sentiasa menunjukkan kesungguhan bermula awal dilantik sebagai
pimpinan pada awal sesi. Tidak lupa juga buat semua ahli jawatankuasa exco yang senantiasa
membantu dan meringankan beban exco dalam menjayakan program yang telah dirancang. Buat
penyokong PMAPIUM diluar sana, terima kasih jua sentiasa bersama dan ada buat kami.

Kejayaan pimpinan kali ini amat luar biasa. Dengan keadaan yang tidak mengizinkan untuk
tidak bersua muka, tidak dapat menjalankan program secara fizikal. Ini membuatkan para
pimpinan lebih kuat dalam hadapi segala hal yang berkemungkinan berlaku. Meski jarak
memisahkan kita, namun hati kita tetap bersatu. Program PMAPIUM sesi kali ini keseluruhannya
berjalan secara dalam talian sahaja. Saya cukup bangga dengan kecekalan kesemua ahli PMAPIUM
yang tidak pernah mengeluh dalam menggerakkan persatuan kendati dalam keadaan yang tidak
mengizinkan untuk bersua muka.

Dalam kita meniliti sesebuah tonggak, ada 1 cogan atau visi yang tersemat dalam hati kami.
“Pemacu Mahasiswa Optimis”. Secara terperinci, PMAPIUM sesi kali ini membawa visi ini demi
mencapai sikap optimis dalam diri mahasiswa dalam apa jua keadaan yang menimpa. Seperti kita
sedia maklum bahawa keadaan yang kita lalui sekarang ini bukanlah satu norma kebiasaan kita.
Justeru, PMAPIUM membawa visi dan misi yang selari demi mahasiswa APIUM dalam mendepani
keadaan ini.

Pengalaman bersama keluarga PMAPIUM ini terlalu banyak untuk dikongsikan. Sejujurnya,
saya bersyukur dan berasa sangat gembira bersama keluarga ini. Keluarga inilah yang banyak
mengajar saya erti perjuangan, kehidupan dan persahabatan. Dalam pada itu, misi membantu
mahasiswa dalam konteks kerohanian, sahsiah, dan juga kebajikan. Ini membawa kepada erti
PMAPIUM itu sendiri untuk membimbing mahasiswa APIUM.

Akhirul kalam, saya mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada para pensyarah,
pimpinan PMAPIUM, sahabat sekalian dan seluruh warga APIUM yang sentiasa menyokong dan
mendorong persatuan ini dalam menggerakkan misi dakwah kepada masyarakat umum. Semoga
dengan pengorbanan dan kesungguhan kalian dikurniakan ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Jalan ini sebuah kehidupan
Jangan lelah sehingga utuh
Misi utama menuju kejayaan
Mahasiswa optimis bersama teguh

07

KALAM
PIMPINAN

NUR ADILA BINTI AZIJAN
NAIB YANG DIPERTUA

PMAPIUM SESI 2020/2021

Bismillah. Assalamualaikum WBT.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad SAW. Seiring berlalunya masa maka tampuk kepimpinan PMAPIUM sesi 2020/2021
kini telah tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, E-Majalah PMAPIUM dapat
diterbitkan lagi untuk edisi yang kedua. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya
rakamkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menyiapkan E-Majalah ini sama ada yang
terlibat secara lansung mahupun tidak untuk tatapan mahasiswa/i APIUM tercinta.

Dengan berpandukan empat misi utama iaitu sahsiah dan intelek, lensa informatif, kebajikan
dan yang terakhir karisma, kepimpinan PMAPIUM sesi kali ini sedaya upaya bergerak selari
berdasarkan pelaksanaan program-program yang telah dirancang bagi menjayakan visi Pemacu
Mahasiswa Optimis meskipun gerak kerja sepanjang sesi berlangsung secara dalam talian. Barisan
kepimpinan PMAPIUM juga sangat optimis walaupun pelaksanaan program tidak berlaku secara
bersemuka kerana penularan pandemik Covid-19 namun, program-program yang dilakukan
mampu menterjemahkan objektif yang telah ditetapkan jika menuju misi dan visi yang sama.
Kesefahaman, keserasian dan sinergi yang dibina sejak dari awal tampuk kepimpinan memberi
impak yang positif terutamanya diperingkat pelaksana program. Tidak dinafikan, keterlibatan ahli
jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan mahasiswa/i tahun satu ambilan sesi 2020/2021
sangat-sangat memberi kekuatan kepada kami untuk menggerakkan kepimpinan sesi kali ini.
Pendokumentasian bagi program-program yang telah dijalankan boleh disaksikan melalui helaian
E-Majalah ini. Diharapakan E-Majalah ini mampu menjadi rangkuman kenangan bagi setiap
memori yang telah dibina sepanjang sesi.

................Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan infiniti ucapan terima kasih kepada pihak
pentadbiran APIUM, barisan pensyarah, barisan pimpinan PMAPIUM, ahli jawatankuasa serta
mahasiswa/i APIUM yang banyak memberikan tunjuk ajar, membantu setiap gerak kerja serta
melibatkan diri dalam program yang telah dianjurkan. Tidak dilupakan juga penghargaan buat
para staf Bahagian Ijazah Dasar APIUM yang sentiasa menyalurkan maklumat tekini, memberi
tunjuk ajar kepada kami dan menjawab segala persolan berbangkit dalam usaha PMAPIUM
menjadi perantara antara mahasiswa dan pihak pentadbiran APIUM sendiri. Semoga setiap usaha
yang dilakukan oleh PMAPIUM sama ada pelaksanaan program mahupun penyebaran makluman
terkini berkaitan urusan akademik dan sebagainya mampu memberi manfaat berpanjangan
kepada semua mahasiswa/i APIUM khususnya, mahasiswa/i UM umumnya. Sekian, terima kasih.

08

KALAM
PIMPINAN

Bismillahirrahmanirrahim. AMINUN NABIL BIN AHMAD SYAHIR
Assalamulaikum wbt. TIMBALAN YANG DIPERTUA
PMAPIUM SESI 2020/2021

Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Jalla Wa ‘Ala
kerana telah mengizinkan saya untuk menukilkan sedikit kata-kata untuk dikoleksikan di
dalam E-Majalah PMAPIUM ini.

Apresiasi tertinggi saya ucapkan kepada setiap pihak yang terlibat dalam penerbitan
dan penghasilan sebuah karya yang agung ini. Penerbitan e-majalah ini bukan sahaja
dapat memberikan liputan yang jelas mengenai setiap aktiviti dan program yang telah
dijalankan sepanjang satu sesi, malah dapat juga disisipkan segala pengalaman serta
kenangan manis bersama supaya dapat menjadi sinopsis memori untuk tatapan pada
masa akan datang insya-Allah.

Buat sahabat semua, teruslah memaknai erti kemenjadian mahasiswa itu sedalam
mungkin sehingga matlamat APIUM untuk melahirkan pemimpin yang bertakwa serta
berilmu pengetahuan dapat dicapai dan direalisasikan dengan sebaiknya. Setiap
daripada kita sama ada mahasiswa mahupun pensyarah perlu sedar bahawa matlamat
yang ingin dicapai ini merupakan satu perjalanan yang jauh serta dihiasi dengan
bermacam-macam cabaran dan mehnah. Semua pihak perlu ada objektif yang jelas serta
matlamat yang jitu untuk direalisasikan dalam konteks individu, kumpulan mahupun
generasi. Kesatuan pemikiran atau wehdatul fikr dalam melestarikan matlamat ini perlu
dipupuk agar wehdatul amal atau kesatuan bekerja dalam menggerakkan setiap ruang
dan peluang yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Dalam mencapai aspirasi mahasiswa yang unggul, proses membina ilmu perlulah
seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan
menghormati dengan menjaga adab dan tatatertib khususnya kepada pensyarah amat
perlu dititikberatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar
generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi
dan mempunyai sahsiah terpuji.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga APIUM dan rakan
mahasiswa untuk terus berusaha mencipta kejayaan yang berkat. Bersama-samalah kita
membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia
umumnya dan Universiti Malaya khususnya berada di puncak kegemilangan insya-Allah.

“Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”

Sekian, terima kasih.

09

KALAM
PIMPINAN

NIK NUR IRDINA BINTI MOHD ADNAN
SETIAUSAHA AGUNG

PMAPIUM SESI 2020/2021

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Pertamanya, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipersembahkan kepada Allah
SWT kerana atas izin-Nya dapat diterbitkan E-Majalah PMAPIUM edisi kedua ini
dengan jayanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang
yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Umum ketahui bahawa segala gerak kerja PMAPIUM pada sesi ini berjalan
sepenuhnya secara atas talian. Ianya merupakan satu keunikan dan kelainan
berbanding tampuk kepimpinan sebelum ini. Poster, video, rakaman mahupun
gambar disimpan sebagai tanda kenang-kenangan. Media sosial rasmi PMAPIUM
dijadikan sebagai lensa infomatif yang sahih untuk mahasiswa/i memperoleh
maklumat dan berita semasa mengenai APIUM.

Penerbitan E-Majalah PMAPIUM ini tidak lain dan tidak bukan sebagai tanda
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan pimpinan PMAPIUM dan
seluruh ahli jawatankuasa sesi 2020/2021. Lebih manis ianya juga buat tatapan
kenangan untuk mahasiswa/i APIUM umumnya. E-Majalah ini merangkumi
segala aktiviti anjuran PMAPIUM sepanjang satu sesi dan beberapa coretan indah
karya pimpinan.

Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakumullahu
khayr atas segala penglibatan mahasiswa/i APIUM dan barisan pensyarah dalam
menjayakan semua program yang dilaksanakan. Tidak dilupakan juga, kakitangan
dan staff Bahagian Ijazah Dasar APIUM yang sentiasa menyokong dan
mempermudahkan segala urusan kami. Moga-moga kita dapat bersua kembali
di bumi APIUM sebaik pandemik ini reda.

Salam Optimis!

10

KALAM
PIMPINAN

SITI HAJAR BINTI DARUL AZAHAR
TIMBALAN SETIAUSAHA
PMAPIUM SESI 2020/2021

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam sayang buat semua warga APIUM dari kejauhan. Alhamdulillah ala kulli hal wa kulli
nikmat. Segala puji bagi Allah kerana mengizinkan E- Majalah PMAPIUM diterbitkan buat kali
yang kedua. Edisi khas dikeluarkan kepada semua pelajar APIUM khususnya.

Dalam menghadapi fasa pandemik Covid-19, masih belum dapat untuk kita bersua seperti
dahulu kala. Namun, tidak menjadi satu halangan untuk terus kita bersua dari jauh dengan
adanya pelbagai alat berkomunikasi yang serba canggih saban hari. Justeru itu, E-Majalah
PMAPIUM sesi 20/21 ini diterbitkan bagi menceritakan kepada semua tentang APIUM yang
tercinta. Tempat dimana kita belajar, saling mengenali, saling merasakan jatuh bangun dalam
kehidupan mahasiswa. Sungguh, jiwa ini sangat merindukan suasana belajar di APIUM. Buat
keluarga PMAPIUM, kerana kita satu keluarga saya ukhwah ini sangat indah tidak mampu
diungkapkan semua. Saya sangat menyayangi keluarga ini kerana Allah. Selama dua tahun
berada dalam tampuk kepimpinan yang hebat ini mengajarkan saya banyak perkara tentang
kehidupan sebagai seorang pelajar, manusia, dan seorang pemimpin Islam. Terlalu banyak
kenangan dan peristiwa pahit manis, suka duka, sedih gembira dan bahagia. Dicoretkan serba
sedikit ceritera dan kenangan tentang keluarga ini dalam majalah ini. Rasa ini tidak mampu
diluahkan semua diatas kertas ini, namun harus semua tahu bahawa tanpa sokongan para
pelajar, para pensyarah dan semua warga APIUM kami bukanlah sesiapa di PMAPIUM andai
tidak utuh kepercayaan kalian kepada kami.

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pentadbiran Bahagian Ijazah Dasar
yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta pertolongan. Para pensyarah yang
sentiasa ada dan menyokong di belakang kami dengan penuh cinta. Para pelajar APIUM yang
dirindui, yang sentiasa menjadi pelengkap kepada semua program kami. Sokongan semua
hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Saya sentiasa doakan agar semuanya sentiasa
dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah Taala. Buat adik-adik exco
yang disayangi, lantunan doa sentiasa menjadi kiriman rindu. Walaupun tidak pernah bersua,
namun ikatan itu utuh dan penuh cinta kerana tulus. Terima kasih buat jasa dan pengorbanan
kalian menjadi tulang kepada kami. Maaf dipinta andai ada silap kata atau terguris hati tanpa
disengajakan. Akhir kalam, saya mengucapkan selamat maju jaya buat pimpinan akan
datang. Teruskan dalam memantapkan lapangan kepimpinan yang hebat sejak dahulu
hingga kini sehingga digeruni. Teruskan menyokong kami hingga akhirnya.

Salam optimis dan rindu buat kalian. Selamat membaca buat semua!

11

KALAM
PIMPINAN

MAWARDI BIN ZULKFLE
BENDAHARI KEHORMAT
PMAPIUM SESI 2020/2021

Bismillah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kita melafazkan syukur atas keizinan-
Nya untuk kita menyiapkan E-Majalah PMAPIUM edisi sesi kali ini. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada semua warga kerja dan editor E-Majalah yang terlibat.
Tidak lupa, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

PMAPIUM atas talian itulah keunikan pimpinan kali ini sejak pertama kali
ditubuhkan pada tahun 1986, gerak kerja yang pastinya sedikit berbeza kerana
semuanya berlaku secara atas talian. Situasi dan keadaan yang berubah secara
menyeluruh namun gerak kerja masih utuh berjalan menuju visi dan misi yang
sama.

Berbekalkan slogan “Kerana Kita Satu Keluarga” program yang dirancang,
pelan strategik yang dibina, taqwim yang disusun berjaya dilaksanakan secara
jayanya. Sikap optimis setiap exco dan ahli jawatankuasa sewajarnya diberi pujian
atas komitmen selama satu sesi sehingga ke penghujungnya. Biarpun ada
kekangan sepanjang tempoh tersebut, hal berkenaan tidak melunturkan
semangat profesionalisme yang ada untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Untuk lebih lanjut jemputlah bacalah E-Majalah PMAPIUM bagi merungkai
segala persoalan.

Untuk kali terakhirnya, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua
warga APIUM terutamanya mahasiswa/i, para pensyarah dan staff yang sentiasa
menyokong setiap program yang dilaksanakan. Lontaran idea dan
penambahbaikan yang diberikan sangat membantu kami sehingga dapat
bertahan sampai ke tahap ini.

Mudah-mudahan wabak pandemik ini diangkat oleh Allah dan kita dapat
bersua kembali. Insya-Allah.

12

KALAM

PIMPINAN

MOHAMMAD FAUZAN BIN MOHD NOR AZLI
TIMBALAN BENDAHARI

PMAPIUM SESI 2020/2021

Bismillah,
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas peluang dan ruang yang diberikan
untuk berada dalam keluarga PMAPIUM. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua Exco PMAPIUM sesi 2020/2021 atas segala usaha dan penat lelah kalian
dalam menjayakan Visi dan Misi sesi kali ini melalui program-program tuntas yang
kalian jalankan. Kalungan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga
Akademi Pengajian Islam khususnya dan warga Universiti Malaya umumnya atas
segala sokongan yang diberikan sepanjang sesi ini.

Pemacu Mahasiswa Optimis menjadi visi PMAPIUM sesi kali ini. Berbekalkan
tunjang ini, besar harapan kami untuk membantu mahasiswa agar sentiasa
bersemangat dan teguh memperjuangkan kecemerlangan akademik dalam
suasana yang perit ketika ini. Tidak dilupakan juga kebajikan-kebajikan mahasiswa
yang memerlukan dari pelbagai aspek. Khidmat kami sepanjang sesi 2020/2021
ikhlas buat mahasiswa sekalian.

Hamparan kenangan pahit manis ketika berada dalam bahtera PMAPIUM
mendidik diri ini untuk menjadi figura yang lebih baik. Sungguh, sosok-sosok
manusia yang turut berada dalam bahtera ini sangat hebat perwatakannya. Segala
pengalaman yang diperoleh ini akan dimanfaatkan pada masa yang akan datang
untuk kebaikan ummah.

E-Majalah PMAPIUM edisi kedua ini menghimpunkan seribu satu kenangan
yang digarab indah sepanjang sesi 2020/2021. Semoga setiap bait-bait kenangan
indah ini dapat dikenang kembali di kemudian hari. Akhir kata, ayuh sahabat
sekalian sama-sama kita mendoakan agar wabak Covid-19 yang melanda di negara
kita ini diangkat oleh Allah SWT. Aamiin.

Terima kasih atas segalanya. Kerana kita satu keluarga.

13

MARI MENGENALI PMAPIUM

LATAR
BELAKANG
PMAPIUM

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
(PMAPIUM) merupakan sebuah persatuan induk yang ditubuhkan

pada tahun 1986. Maka, PMAPIUM telah bertapak di Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya selama 35 tahun.

14

LATAR BELAKANG PMAPIUM

Mengenali PMAPIUM

VISI

PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

MISI

SAHSIAH DAN INTELEK

·Mencorakkan mahasiswa yang berkepribadian unggul dan berprinsip
bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah.
·Menerapkan budaya ilmu dan memperkasakan keintelektualan bagi
memaknakan diri mahasiswa dengan nilai-nilai ilmu.

LENSA INFORMATIF platform

·Mengoptimumkan penggunaan media PMAPIUM sebagai
pemusatan informasi dan publisiti kepada mahasiswa APIUM.

KEBAJIKAN

·Menitikberatkan kebajikan mahasiswa secara efisien menerusi program-
program yang dilaksanakan.

KARISMA kredibiliti mahasiswa dalam melahirkan

·Membentuk personaliti dan
teknokrat yang profesional.

15

LENSA INFORMATIF Penerangan Misi PMAPIUMSAHSIAH DAN INTELEK

16

KEBAJIKANPenerangan Misi PMAPIUM

KARISMA 17

7 AHLI MAJLIS TERTINGGIKELUARGA
10 EXCO PELAKSANAPMAPIUM
SESI

2020/2021

JARAK BERJAUHAN YANG MEMISAHKAN BUKAN
MENJADI HALANGAN BAGI MEMUPUK RASA KASIH

SAYANG DAN SIKAP KERJASAMA DALAM
PERJUANGAN.

18

CARTA
ORGANISASI

PENGARAH
PROF MADYA DR. MOHD

FAUZI BIN HAMAT

TIMBALAN PENGARAH
IJAZAH DASAR

ROF MADYA DR. FAISAL
BIN AHMAD SHAH

YANG DIPERTUA
AMAR HAFIZI BIN SAIM

TIMBALAN YANG NAIB YANG SETIAUSAHA BENDAHARI
DIPERTUA DIPERTUA AGUNG KEHORMAT

AMINUN NABIL NUR ADILA NIK NUR MAWARDI BIN
BIN AHMAD BINTI AZIJAN IRDINA BINTI ZULKFLE
SYAHIR MOHD ADNAN

TIMBALAN TIMBALAN
SETIAUSAHA BENDAHARI

SITI HAJAR MOHAMMAD
BINTI DARUL FAUZAN BIN
MOHD NOR AZLI
AZAHAR

19

SENARAI
EXCO

PMAPIUM

EXCO NAMA

EXCO AKADEMIK DAN MUHAMMAD FATHI BIN NAZRUDIN
INTELEKTUAL NURUL NADHIRAH BINTI KAMISAN

EXCO KEROHANIAN DAN HAZIM ZAKWAN BIN ZOBIDI
PEMBANGUNAN SAHSIAH HANNA MAISARA BINTI MOHAMMAD
SHARIFUDDIN
EXCO KEBAJIKAN DAN
PERPADUAN ADLIN SHAIMI BIN BAHAROM
NUR ATIRAH BINTI MOHD NIZAM
EXCO EKONOMI DAN
KEUSAHAWANAN MUHAMMAD AKHMAL BIN ZAMAN
NOR SHAFIQAH BINTI SOBAHUL
EXCO KESENIAN DAN KHAIRI
KEBUDAYAAN
MUHAMMAD AISAR ZAFRAN BIN
EXCO PERHUBUNGAN MOHD ASRI
LUAR SITI FATIMAH BINTI MOHD SALLEH

EXCO SUKAN DAN MOHD FAKHRU RAZI BIN MOHD
REKREASI SIDIN
AINUN RADHWA BINTI HAMZAH
EXCO HAL EHWAL
WANITA MUHAMMAD HAZIQ IKHMAL BIN
HUZAIRI
EXCO PENYELIDIKAN FATHIN NAJWA BINTI MD SHUKRI
DAN PEMBANGUNAN
MAIZATUL ANNISAH BINTI MOHD
EXCO MULTIMEDIA DAN FARRID
PUBLISITI NURA KHALILA BINTI HAMDAN

20 UZAIR SHAFIQ BIN BAHRIN
FARAH SYUHADA BINTI ZULKEPLI

MUHAMMAD AFIQ BIN AB RAKIB
SYAHMI HAIKAL BIN SYAHRUDDIN
SHARIFAH NURAINI BINTI SYED
KHIR ANUAR

21

22

23

24

25

26

27

28

KELUARGA PMAPIUM AGRAULEK

SESI 2021/2022

Sinergi yang dibina sejak awal kepimpinan menatijahkan kefahaman dan keserasian antara satu sama
lain. Sikap tolak ansur dan tolong menolong menjadikan bahtera ini kuat melalui satu sesi atas talian.
"Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa". Itulah perumpaan yang membolehkan keluarga ini berprinsip
sehingga hari ini. Segala tohmahan yang dilontarkan dijawab dengan gerak kerja yang sangat
memberangsangkan. Terima kasih keluarga PMAPIUM untuk satu sesi yang penuh kenangan.

29

AGRAULEK Keluarga

Qudwah Hasanah AKADEMIK &
Aspirasi Mahasiswa INTELEKTUAL

Intelek Keluarga

30 AKADEMIK &
INTELEKTUAL

Ekonomi Progresif Perkasa APIUM

AGRAULEK

Keluarga

EKONOMI &
KEUSAHAWANAN

31

AGRAULEK

Keluarga

HAL EHWAL
WANITA

Srikandi Pencetus Mahasiswi Madani

32

Keluarga AGRAULEK

KEBAJIKAN &
PERPADUAN

Mahasiswa Prihatin
Kebajikan Terjamin

33

AGRAULEK Keluarga

Mahasiswa KEROHANIAN &
Bertakwa Peneraju PEMBANGUNAN
SAHSIAH
Ummah
Keluarga
34
KEROHANIAN &
PEMBANGUNAN
SAHSIAH

Keluarga AGRAULEK

KESENIAN &
KEBUDAYAAH

Seni Budaya
Pembentuk Kreativiti

Mahasiswa

35

AGRAULEK Dakwah Digital
Mahasiswa Cakna

Keluarga

MULTIMEDIA &
PUBLISITI

36

Keluarga AGRAULEK

MULTIMEDIA &
PUBLISITI

Dakwah Digital
Mahasiswa Cakna

37

AGRAULEK Keluarga

SUKAN &
REKREASI

Sukan Nadi
Mahasiswa

Keluarga

SUKAN &
REKREASI
38

AGRAULEK

Wasilah
Interaksi
Mahasiswa

Keluarga

PERHUBUNGAN
LUAR

39

AGRAULEK Mahasiswa Pragmatik Generasi Realistik

Keluarga

PENYELIDIKAN &
PEMBANGUNAN
40

Mahasiswa Pragmatik Generasi Realistik

AGRAULEK

Keluarga

PENYELIDIKAN &
PEMBANGUNAN

41

PMA
AKTIVITI KAMI

PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

Wabak covid-19 bukan menjadi halangan
untuk kami tetap terus melaksanakan
program untuk mencapai visi dan misi
kami bersama. Pelbagai aktiviti menarik
yang telah diaturkan sejak bulan Ogos
2020. Segalanya dapat direalisasikan

P Imeskipun secara atas talian.
U

42

Program Semester 1

1. Hari Terbuka PMAPIUM 2020/2021

P A2. Sepetang Bersama Freshies
3. E-Eksplorasi Insani 1.0
M4. Daurah Nuqaba'
5. Akulah Permata Ummah
6. Diskusi Ilmiah

7. Ohana Circle I
8. Kuliah Tafaqquh Fiddin (KTF)
9. Show Your Talent
10. Lensa Multimedia
11. E-Sport Tournament

P12. Talk About TikTok

13. Semarak Seni Islam (SeSi)
14. Kuliah Fiqh Mar'ah (KFM)

15. Liqa' Al-Furqan

16. Live Mega Muslimah Permata Ummah

U17. Bicara Alumni
18. Happy Lunch For Needy 5.0

19. Sayembara Jawi : Menelusuri Perjuangan Rasulullah
PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

43

Program Semester 1

20. Sharing Session with PMAPIUM

P A22. Talk With Expert
23. Economy Mega Sale
M24. Bengkel Analisis Data 2.0
25. Bengkel Google Form 2.0
26. Bengkel Microsoft 365 (Tips and Tricks) 2.0
27. Final Year : Make It Perfect
28. Sedetik Bersama Seabad Terasa
29. Sesi Baru, Norma Baru : Membantu Mahasiswa
Dalam Menghadapi Pasca Covid-19
30. Kelana Ceritera
P I31. Quiz Time! bersama PMAPIUM
32. Live Al-Mulk Bersama PMAPIUM
33. Oh My Khat 2.0
34. Happy Lunch 5.0

U PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

44

Program Semester 2

1. Kempen Budaya Optimis

P A2. Fit Siswa
3. Virtual Run Siswa
4. E-Eksplorasi Insani 2.0
M5. An Inspirational Moment
6. Kelas Eksklusif Microsoft 365

7. Connaissance Talk
9. Bengkel Multimedia : Kini Anda Tahu
10. Oh My Khat 2.0
11. Poster Tinta Adab : Untukmu Penuntut Ilmu
12. Risalah Cinta Murabbi
13. Tinta Jumaat

P I14. PMA Channel
15. Poster Info Arena

16. Poster Srikandi Islam

17. Careline

U18. E-The Muslim Reminder 5.0
19. Usrah PMAPIUM
PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

45

Program Semester 2

P A20. Live Al-Mulk Bersama PMAPIUM
21. Poster Hari Lahir PMAPIUM
22. Retreat PMAPIUM
M23. Live Kembara Bitara
24. 15 Hari Menuju Ramadan

25. Challenge 1 Hari 1 Juzuk I

26. Agihan Makanan Sahur Ramadan

27. Agihan Makanan Iftar Ramadan

UP
28. Dialog Manifesto APIUM
PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

46

LIQO MAHABBAH
MT PMAPIUM


Liqo Mahabbah antara barisan

pimpinan Majlis Tertinggi PMAPIUM
secara bersemuka selama 4 hari
bermula dari 5 hingga 8 September
2020 di Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Beberapa agenda telah dibincangkan
sepanjang pertemuan kali ini,
antaranya ialah :

1) Sesi pengenalan diri dan gerak kerja
2) Pembawakan dan hala tuju
PMAPIUM 2021
3) Pertemuan khas bersama Pengarah
APIUM
4) Perbincangan mengenai
pelaksanaan program-program yang
bakal berlangsung
5) Hal-hal berbangkit

Di samping perbincangan yang

diadakan, aktiviti seperti solat

berjemaah dan makan bersama-sama

juga dititikberatkan bagi

mengeratkan ukhuwah antara satu

sama lain. Secara tidak langsung

setiap dari individu mampu

merasakan kesan daripada aura

cogan kata PMAPIUM yang selalu

diulang saban sesi

#KeranaKitaSatuKeluarga. Natijahnya,

segala gerak kerja yang dilakukan

meskipun memenatkan namun

segalanya digarap indah menjadi

kenangan yang hadir dengan

pelbagai pengajaran.

PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

47

HARI TERBUKA TAARUF BERSAMA

PMAPIUM FRESHIES

Alhamdulillah bertarikh 19 Oktober 2020 telah Alhamdulillah, pada hari Jumaat 23
berlangsungnya Hari T
erbuka PMAPIUM sesi Oktober 2020 tela
h berlangsungnya
2020/2021 yang bermula dari jam 8.30 malam program Taaruf Bersama Freshies.
sehingga 10.00 malam. Antara aturcara yang Program ini memberi peluang kepada
telah dijalankan adalah pembentangan
pembawakan visi dan misi PMAPIUM serta mahasiswa/i tahun pertama Akademi
pelancaran 5 program utama PMAPIUM pada
sesi kali ini. Majlis dimeriahkan lagi dengan Pengajian Islam Universiti Malaya untuk
perasmian oleh Yang Berbahagia Profesor
Madya Dr. Faisal Bin Ahmad Shah, Timbalan berkenalan lebih lanjut secara maya
Pengarah Bahagian Ijazah Dasar Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Tidak melalui medium Google Meet bersama
dilupakan juga kehadiran Dr. Faisal @ Ahmad
Faisal Bin Abdul Hamid selaku penaja utama barisan pimpinan exco PMAPIUM.
bagi program Happy Lunch For Needy 5.0 di
bawah kelolaan Exco Kebajikan dan Perpaduan Firman Allah SWT :
PMAPIUM.
Dari Abu Musa radiyalLahu 'anhu, bahawasanya ‫ُش ُعوًبا َوَقَبٓاِئَل‬ ‫ِِّمع ننَدَذَٱكل
ٍَّرلِهَوَُأأْنتََثقٰٰىىُكَوَْمجِإََعّْنلَٰنٱُلَكّلَْمه‬ ‫ََأخَْكلَْرق ََٰمنُُكك ْمم‬ ‫ِِإإََّنّنا‬ ‫َٰٓيَأُّيَها ٱلَّناُس‬
Nabi Muhammad SAW bersabda : ‫َعِليٌم َخِبيٌر‬ ‫ِلَتَعاَرُفٓو۟ا‬

.‫"اْلُمْؤِمُن ِلْلُمْؤِمِن َكاْلُبْن
َياِن َيُش ُّد َبْعُض ُه َبْعًض ا"‌‏‬ "Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki
“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain dan seorang perempuan dan menjadikan
adalah seperti satu bangunan yang mana kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-
bahagian yang satu menguatkan bahagian yang suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
lain”. (HR al-Bukhari) Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling takwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal". (Surah al-Hujurat :
13)

PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

48

E-EKSPLORASI Jangan terlalu memikirkan akan layak atau tidak
layak, kerana perkara tersebut bakal menghalang
INSANI 1.0

kekuatan kita untuk terus maju untuk melaksanakan

usrah. Akan tetapi, fikirlah bahawa Allah Maha

Mengetahui mengapa kita diletakkan di posisi

sedemikian. Setiap perkara yang berlaku pasti ada

hikmahnya.

Kalam ulama’, “Pemuda adalah batu-bata dalam

perjuangan Islam kerana itu pemuda mesti

lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan

amalan sunat. Saya impikan untuk menjadi

makmum di mana pemuda imamnya, pendengar

kuliah yang disampaikan oleh pemuda, saya hanya

mahu datang dan mendengar.”

PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

49

KULIAH FIQH
MAR'AH




PEMACU MAHASISWA OPTIMIS

50


Click to View FlipBook Version