The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F8 MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN ANUAR - PENULISAN ESEI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amir09-325, 2022-05-19 06:15:48

F8 MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN ANUAR - PENULISAN ESEI

F8 MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN ANUAR - PENULISAN ESEI

1

7

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2019)

BUDAYA DAN PENGAJARAN
EDUP 3073

Disediakan oleh:

Nama: MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN ANUAR
011209-06-0105
No. Kad Pengenalan: 2020192340150
Angka Giliran: F8
Kumpulan/ Unit
DR SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN
Nama Pensyarah:
PENULISAN ESEI
Tajuk Tugasan : 12 MEI 2022

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL. PERKARA

1.0 PENGENALAN 1

2.0 LANGKAH-LANGKAH PERNGURUSAN BILIK DARJAH MESRA 1

BUDAYA

2.1 ASPEK FIZIKAL 1-2

2.2 ASPEK SOSIOEMOSI 2

2.3 ASPEK SOSIAL 2-3

2.4 APEK SOSIOLINGUISTIK 3

3.0 KESIMPULAN 3-4

RUJUKAN 5

1

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang mampu kita lihat bukan
sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan mahupun agama. Namun
begitu, semua rakyat Malaysia hidup bersama secara aman dan damai. Sesebuah etnik tidak
akan dapat menjadi seperti etnik yang lain. Oleh itu, struktur ekonomi, budaya dan pendidikan
perlulah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Bagi aspek pendidikan, suasana
pembelajaran yang kondusif adalah penting kepada guru dan pihak sekolah untuk membina
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Montgomery (2001), persekitaran
mesra budaya adalah penting bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.

2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Bilik darjah adalah satu tempat di mana murid-murid dan guru berinteraksi secara formal
dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi tersebut (Burden,
2004). Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan
aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping
menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Hal ini mempunyai
kaitan antara guru dan murid bagi mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah
yang melibatkan pengurusan fizikal, emosi, sosial serta sosiolinguistik yang dilaksanakan
agar dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif.

2.1 Aspek Fizikal

Persekitaran fizikal adalah suasana di bilik darjah yang terdiri daripada kriteria-kriteria fizikal
seperti pelan lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi dan meja
murid, susunan perabot dan peralatan, hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan dan
sebagainya. Bagi pelan lantai, susunan kerusi serta meja murid mestilah mengikut
perkembangan yang terkini iaitu susunan PAK21. Dalam penyediaan pelan lantai bilik darjah,
guru perlu mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang
perlu disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid serta gaya pembelajaran mereka.
Sebagai contoh, pembentukan meja kumpulan haruslah terdiri daripada etnik yang berbeza
dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam sesebuah kumpulan. Begitu juga,
apabila terdapat perbincangan kumpulan atau aktiviti, ahli kumpulan akan terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik. Secara tidak langsung, kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu
kumpulan akan dapat diwujudkan serta dapat memupuk suasana mesra budaya dalam
kalangan murid dan guru.

2

Selain itu, aspek kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan merupakan peranan
yang penting dalam menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah. Hal ini kerana kebersihan
fizikal mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia (Noriati, 2011). Jadual tugasan
merupakan salah satu cara untuk memupuk sikap menjaga kebersihan dalam diri setiap
individu. Murid akan bertanggungjawab untuk membersihkan kelasnya bagi menjalani
pembelajaran yang lebih selesa. Guru juga perlu memastikan sistem pencahayaan dan
pengudaraan dalam bilik darjah adalah sesuai bagi menyediakan suasana bilik darjah yang
selesa kepada murid.

2.2 Aspek Sosioemosi

Menurut Rizalina Radzi (2014), perkembangan sosioemosi kanak-kanak khususnya
adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi
terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak.
Sekiranya sosioemosi murid di dalam kelas adalah positif maka secara tidak langsung akan
menjadi perangsang untuk membangkitkan semangatnya bagi melibatkan diri dalam aktiviti
PdP. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran sosio
emosi yang baik dan mewujudkan persekitaran mesra budaya ialah guru perlulah memberi
galakkan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid melakukan perkara yang baik semasa
PdP. Perkara ini dapat mendorong semangat kepada murid-murid untuk terus aktif dalam
aktiviti bilik darjah. Guru juga perlu membina hubungan yang positif dengan rakan sekelas.
Murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas sosial
dan budaya. Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap
kaum yang ada di Malaysia. Dengan cara ini, sikap perkauman di antara murid dapat
dikurangkan.

2.3 Aspek Sosial

Menurut Noraini & Shuki (2009), kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah
rendah lagi bagi mendapatkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-
padukan pelbagai budaya dalam kelas. Hal ini strategi pemusatan murid adalah langkah yang
bijak bagi mengalakkan murid berbincang bersama ahli kumpulan yang pelbagai budaya.
Perkara ini berkaitan dengan pedagogi PAK21 terkini iaitu pembelajaran koperatif bagi
memaksimakan interaksi dan kerjasama antara murid-murid dalam bilik darjah Sebagai
contoh, dalam sesebuah kumpulan terdapat individu berlainan etnik untuk menggalakkan
interaksi dan kolaboratif dalam suasana hormat-menghormati dalam kalangan murid. Guru
boleh menetapkan ahlli kumpulan dan memberi penghargaan jika ahli kumpulan menunjukkan
keharmonian kumpulan pelbagai budaya. Murid akan mempunyai semangat kerjasama
kumpulan yang baik walaupun ahli kumpulannya yang terdiri daripada berlainan

3

kaum. Hal ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), aktiviti berkumpulan
akan memberikan murid sebuah pengalaman bekerjasama dalam sebuah pasukan. Oleh itu,
melalui interaksi dan komunikasi yang terdapat dalam aktiviti kumpulan, murid-murid akan
lebih memahami antara satu sama lain.

2.4 Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan merupakan satu bidang penting
dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara (Noriati Rashid dan Boon,
2010). Hal ini kerana ianya melibatkan pelbagai kaum dan etnik berbeza yang terdapat di
Malaysia. Dalam bidang pendidikan, seorang guru memainkan peranan penting dalam
membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya di samping menerapkan
nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya antara semua etnik. Antara peranan
guru ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid.
Sebagai contoh, aktiviti yang memartabatkan bahasa kebangsaan boleh dijalankan di dalam
mahupun luar bilik darjah.

Aktiviti kokurikulum juga merupakan saluran terbaik dalam memartabatkan bahasa
kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan dan
bermanfaat. Perkara ini penting dalam mendidik setiap murid menguasai bahasa kebangsaan
kerana bahasa merupakan kunci untuk individu berkomunikasi dengan baik walaupun
berbeza etnik. Tambahan pula, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang
menerapkan ilmu tentang kepelbagaian unsur budaya di Malaysia. Hal ini dapat memupuk
kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, malah cara ini dapat
mendorong murid memahami dan menghormati budaya etnik rakan-rakan mereka.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita seharusnya memahami keadaan dan bijak
merancang strategi yang paling terbaik bagi mewujudkan iklim bilik darjah menjadi sesuatu
yang menyeronokkan serta mesra budaya terhadap murid dan guru. Hal ini bagi memastikan
setiap pengurusan bilik darjah dan PdP berjalan dengan lancar dan kondusif untuk mencapai
tujuan pembelajaran yang diinginkan sesuai dengan indikator pencapaian. Suasana bilik
darjah mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium penting yang perlu disediakan
kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu,
guru-guru haruslah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai

4

bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang selaras dengan falsafah
pendidikan negara Malaysia.

5

RUJUKAN

Burden, P. R. (2004). Methods for Effective Teaching. Boston: Allyn and Bacon.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum dalam

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Diakses daripada

http://eprints.utm.my/10727/1/Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_alam_Mat
a Pela jaran_Kemahiran_Hidup_Bersepadu.pdf

Montgomery, W. (2001). Creating culturally responsive, inclusive classroom. Teaching
Exceptional Children, 33(4), 4-9.

Noraini Idris, & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran; Teori dan Praktis.
McGraw-Hill(Malaysia) Sdn. Bhd.

Noriati, A. R. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan Alam
Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosio
emosi kanak-kanak.


Click to View FlipBook Version