The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

K6_KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TANJAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Maisaira, 2024-07-01 10:11:42

KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TANJAK

K6_KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TANJAK

KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TANJAK Penerbit Universiti Malaya 2024


HALAMAN HAK CIPTA Cetakan Pertama 2024 Penerbit Universiti Malaya, 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan kamus ini dalam segala bentuk dengan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TANJAK / KETUA EDITOR Faris Syazwan ISBN 9788350040811 Diatur oleh Akademi Pengajian Melayu Muka Taip Teks Times New Roman Saiz Muka Taip: 12 Dicetak oleh: Penerbit Universiti Malaya, Universiti Malaya, Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur


KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI TANJAK SIDANG EDITOR Ketua Editor Muhammad Faris Syazwan bin Nor Azman Editor Nur Emylin Binti Zainuddin Nur Maisaira binti Sulaiman Mohamad Nazri bin Mohamad Masruki Yang turut menyumbang Nur Emylin Binti Zainuddin Nur Maisaira binti Sulaiman Mohamad Nazri bin Mohamad Masruki Pemasukan Data Nur Emylin Binti Zainuddin Nur Maisaira binti Sulaiman Mohamad Nazri bin Mohamad Masruki Muhammad Faris Syazwan bin Nor Azman Reka Bentuk Kulit Mohamad Nazri bin Mohamad Masruki i


KANDUNGAN Sidang Editor i Prakata Penerbit iii Prakata Penggubal iv Pengenalan v Penghargaan vi Panduan Penggunaan Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak vii - ix Peta Konsep dan Istilah 1 - 53 Indeks


PRAKATA PENERBIT Tanjak merupakan sebuah istilah yang merentasi sempadan budaya dan sejarah. Tanjak merupakan sebahagian daripada hiasan kepala dalam busana Melayu. Tanjak melambangkan keunikan dan keagungan seni warisan masyarakat Melayu serta mengungkapkan kebijaksanaan dan kreativiti seni kraf tangan tempatan. Oleh itu, Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak ini dihasilkan khas kepada mereka yang berminat untuk memahami dan mendalami seni Tanjak. Pelbagai usaha dan keringat yang telah dikerahkan dalam menghasilkan kamus ini meliputi bahagian istilah dan berilustrasi mengenai seni busana Tanjak merangkumi jenis, bahagian, alat, bahan, proses, hasil dan proses. Penerbit percaya bahawa pemahaman yang mendalam terhadap peristilahan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pembaca, tetapi juga menyumbang kepada pemeliharaan warisan budaya yang semakin terancam. Dengan itu, kamus yang dihasilkan ini diharapkan dapat berperanan sebagai sumber rujukan yang penting bagi penyelidik, pelajar, dan pengkaji kebudayaan Melayu, serta mereka yang berminat dan menghargai keunikan warisan budaya nusantara ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua individu dan organisasi yang telah menyumbangkan pengetahuan, maklumat, dan kepakaran mereka dalam usaha untuk menghasilkan kamus istilah yang tepat dan komprehensif bagi seni busana Tanjak. Tanpa sokongan, terbitan ini tidak akan mencapai tahap kecemerlangan yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan dan harapan para pembaca. Selamat meneliti dan menggali keindahan yang tersembunyi di sebalik peristilahan aneka ragam Tanjak yang telah berjaya direkodkan. Dr. Nur Azimah Bukhari Penasihat Akademik Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Mei 2024 iii


PRAKATA PENGGUBAL Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah S.W.T dengan keizinan-Nya, Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak ini telah dilengkapkan dengan jayanya. Dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur, kami para barisan penggubal mempersembahkan kepada anda terbitan kamus digital ini yang kaya dengan pelbagai maklumat, khususnya dalam peristilahan Tanjak. Kami begitu berbangga dapat menyajikan kepada bukan sekadar himpunan kata-kata dan definisi, tetapi satu lagi pintu kepada dunia yang kaya dengan makna melalui bentuk peta konsep. Seni busana ‘tanjak’ ini bukanlah sekadar perhiasan yang dipakai di kepala, tetapi mempunyai falsafah yang mendalam dan tersendiri. Penggunaan Tanjak dalam kehidupan masyarakat Melayu membawa bersama kesan budaya yang kaya dan warisan sejarah yang unik. Kamus terbitan ini sebagai tanda usaha keras barisan penggubal, individu dan juga organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha untuk menyampaikan istilah dan menggambarkan keindahan budaya yang terkandung dalam setiap tanjak. Selaku ketua penggubal, jutaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan dalam proses penyusunan kamus ini terutamanya kepada Dr. Nur Azimah Bukhari selaku penerbit kamus. Tidak dilupakan juga, En. Mohamad Johari al-Fawariz yang menjadi pakar rujuk utama dalam penghasilan kamus ini. Tanpa sokongan mereka semua dalam proses penyusunan kamus ini, terbitan ini tidak akan mencapai tahap kecemerlangan yang kita nikmati hari ini. Akhir kata, kami berharap terbitan ini dapat memberikan seribu manfaat kepada para pembaca dan mendorong kepada penghayatan yang lebih dalam terhadapan kekayaan budaya masyarakat Melayu kita. Ketua Penggubal : En. Muhammad Faris Syazwan Nor Azman Barisan Penggubal : En. Mohamad Nazri Mohamad Masruki Cik Nur Maisaira Sulaiman Cik Nur Emylin Zainuddin iv


PENGENALAN Identiti bangsa Melayu amatlah terkenal dengan keperibadian yang penuh adab sopan santun, sikap lemah lembut dan berbudi bahasa. Keperibadian bangsa Melayu ini juga jelas terpancar dalam setiap karya tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu seperti pembuatan hiasan kepala ataupun destar yang memerlukan kesabaran, kekemasan, ketelitian dan kehalusan dalam setiap pembentukan dan lipatannya. Destar adalah perhiasan kepala yang juga sebahagian daripada busana Melayu tradisional. Hasil karya destar dibentuk menggunakan seni lipatan tangan dan berfungsi sebagai perhiasan kepala serta sebagai unsur pelengkap dalam busana Melayu. Terdapat beberapa pecahan dalam busana perhiasan kepala destar iaitu, tanjak, tengkolok lelaki, tengkolok perempuan, getam, songkok dan semutar. Jenis destar yang bervariasi ini mempunyai falsafah dan makna yang khusus dan tidak boleh digunakan atau dipakai secara sembarangan. Selain menonjolkan kekemasan dan kehalusan semasa menghasilkan destar, seni lipatan ini juga menggambarkan nilai kreatif yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Aneka bentuk destar yang dihasilkan oleh tukang Melayu sememangnya bukan hanya indah dipandang tetapi juga mempunyai nilai estetika dan maksudnya yang tersendiri. Pakaian cara bangsa Melayu ini disebut pertama kali pada abad ke-16 dan merupakan kesinambungan pola asas yang telah berkembang di kerajaan Melayu Melaka pada era kegemilangannya. Umumnya, kamus berilustrasi ini merangkumi sebanyak 148 entri daftar kata istilah beserta takrifan, gambar dan rujukan berkaitan aspek asas, alat, bahan, proses, hasil-hasil mengikut unsur pembuatan dan cara pemakaian mengikut adat dalam busana perhiasan kepala destar. Namun, pengkaji lebih memfokuskan kepada perhiasan kepala jenis tanjak sahaja. Hal ini kerana, pengkaji mendapati bahawa, walaupun tanjak masih dipakai oleh segelintir masyarakat namun, masih kurangnya pendedahan mengenai tanjak khususnya dari aspek asal usul, konsep pemakaian tanjak, golongan-golongan yang memakainya, dan lain-lain. Oleh itu, kamus istilah berilustrasi ini dihasilkan bagi menjadi rujukan dan panduan kepada para pembaca untuk mengetahui serta mendalami tentang busana perhiasan kepala iaitu tanjak yang semakin hari semakin dilupakan, khususnya oleh masyarakat Melayu sendiri. v


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya jua serta selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W., dapatlah kami menyempurnakan tugasan Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr. Nur Azimah binti Mohd Bukhari selaku pensyarah yang berdedikasi dalam mengajar, menyelia dan membantu kami di sepanjang proses penghasilan kamus ini. Melalui bimbingan dan tunjuk ajar beliau, kamus ini telah berjaya dihasilkan khusus bagi subjek JIB3024 Leksikografi Dalam Bahasa Melayu. Seterusnya,, terima kasih dan syabas diucapkan kepada setiap ahli kumpulan ini iaitu Mohamad Nazri, Muhammad Faris Syazwan, Nur Maisaira dan Nur Emylin yang telah bertungkus-lumus dan tidak berputus asa dalam menyiapkan Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak ini. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan turut diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta ahli keluarga tercinta yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan sewaktu kami menjayakan kamus ini. Kami mengakui bahawa, tanpa bantuan, sokongan mahupun dorongan daripada semua pihak yang dinyatakan, kamus ini mungkin tidak akan berjaya disempurnakan dan menemui khalayaknya. Justeru itu, kami dedikasikan kamus ini kepada semua lapisan masyarakat sebagai rujukan dan pengetahuan baharu mengenai perhiasan kepala, tanjak yang merupakan salah satu karya seni warisan bangsa Melayu. Kami amat berharap, agar para pembaca dapat beroleh manfaat daripada kandungan kamus ini seterusnya, membantu memartabat dan menjunjung kembali seni warisan tanjak di persada antarabangsa. vi


PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS 1. Penyenaraian Entri Entri yang ditakrifkan dalam Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak ini, baik yang berbentuk kata dasar, kata terbitan, kata majmuk atau frasa, semuanya diperlakukan sebagai entri tersendiri: i. benangIST27 kn. Tali halus daripada kapas yang digunakan untuk menjahit. ii. melututIST40 kk. Perbuatan meletakkan kedua belah kepala lutut ke atas kain yang hendak dilipat untuk memudahkan proses lipatan. 2. Takrif Semua takrif diberikan di bawah entri dengan menggunakan huruf biasa, dan takrifan disediakan dengan menggunakan dua strategi, iaitu menghuraikan makna dalam bentuk frasa atau ayat penuh yang kadangkala melebihi satu ayat dan memberikan sinonim yang terhampir: i. karanganIST69 kn. Bentuk bahagian paling atas tanjak. Bahagian yang paling penting untuk menentukan nama tanjak. ‘Karangan’ juga membawa maksud yang sama dengan solekan. ii. solekanIST70 kn. lih. karanganIST69 3. Ejaan Ejaan yang digunakan dalam kamus ini ialah bahasa Melayu berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. 4. Ilustrasi Ilustrasi telah digunakan dalam kamus ini, iaitu setiap ilustrasi diletakkan di bahagian bawah takrif. Penggunaan ilustrasi bertujuan untuk menerangkan sesuatu istilah tersebut dengan lebih jelas kepada pengguna kamus. vii


5. Peta Konsep Peta konsep digunakan untuk memudahkan pengguna memahami makna dan hubungan istilah yang telah disusun mengikut ciri dan kelasnya. Peta konsep dalam Kamus Istilah Berilustrasi Tanjak ini adalah sebagai bukti kewujudan sesebuah istilah yang mendukung konsep tertentu: 6. Jenis Taip Huruf dan Tanda Baca. i. Huruf tebal Huruf tebal digunakan untuk menandai entri: faunaIST81 kn. Sejenis binatang yang tinggal di dalam kawasan hutan. ii. Tanda noktah Tanda noktah (.) digunakan untuk mengakhiri sesuatu takrif atau konsep yang diberi. ibu tanjakIST72 kn. Pecahan atau kembangan atau salasilah kepada tanjak-tanjak lain. viii


7. Jenis Kelas Kata i. Kata nama Kata nama merupakan perkataan yang menamakan orang, tempat atau benda dan menjadi unsur utama dalam frasa nama. Kata nama terbagahagi kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas. alang iskandarIST117 kn. Jenis tanjak yang mempunyai bentuk daun yang menghala ke bawah, khas untuk memerintah. gajah gemulongIST87 kn. Jenis tanjak yang diilhamkan daripada gajah yang gadingnya bergulung, simbolik orang yang banyak berjasa. datuk bija dirajaIST118 kn. Jenis tanjak yang mempunyai karangan unik seperti hujung sampan, dipakai oleh Orang Besar Berlapan. ii. Kata Kerja Kata kerja merupakan sesuatu perbuatan atau kedaaan melakukan sesuatu. melututIST40 kk. Perbuatan meletakkan kedua belah kepala lutut ke atas kain yang hendak dilipat untuk memudahkan proses lipatan. ix


JENIS DESTAR


Peta Konsep Jenis Destar busana tradisional MelayuIST1 kn. Pakaian tradisional orang Melayu seperti baju Melayu dan baju kurung termasuk hiasan kepala, celana, kain sarung, samping dan selendang. pakaian lelakiIST2 kn. Pakaian yang dibuat dan dipakai khas oleh golongan lelaki seperti baju melayu, samping dan tengkolok. 1


pakaian perempuan IST3 kn. Pakaian yang dibuat dan dipakai khas oleh golongan perempuan seperti baju kurung dan selendang. destar IST4 kn. Sejenis hiasan kepala yang dibentuk daripada hasil olahan menggunakan tangan dan merupakan jenis penutup kepala lelaki yang dipakai oleh raja, pembesar istana, pesilat dan pengantin. baju IST5 kn. Pakaian yang menutup bahagian atas badan dan diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik seperti kapas, organza, satin dan lain-lain. sampingIST6 kn. Sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Dalam bentuk fabrik yang pelbagai seperti kain songket dan kain pelikat. 2


seluarIST7 kn. Sejenis pakaian yang dipakai pada bahagian bawah badan dari pinggang menutupi kedua belah kaki berasingan sehingga ke paras pergelangan kaki. celanaIST8 kn. lih. seluarIST7 hiasanIST9 kn. Segala yang digunakan sebagai perhiasan dan pelengkap busana seperti pending dan cucuk sanggul. aksesoriIST10 kn. Benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan pada pakaian seperti butang baju Melayu dan kerongsang. 3


tanjakIST11 kn. Singkatan daripada perkataan ‘tanah yang dipijak’ dan merupakan hiasan kepala yang menggunakan bahan dari kain. Tanjak wajib mempunyai simpul, tapak, bengkung dan karangan. Tanjak hanya dipakai oleh kaum lelaki. tengkolokIST12 kn. Hiasan kepala yang diperbuat daripada kain seperti tanjak tetapi tidak semestinya mempunyai simpul dan kainnya juga tidak perlu berbentuk segi tiga. Digunakan untuk hiasan kepala, menghalang peluh dari menitik di mata dan lindungan dari panas terik matahari. getamIST13 kn. Sejenis hiasan kepala yang menutupi atas dan keliling kepala. Membawa maksud bekas tudung penutup yang digunakan untuk menutup balang yang mempunyai lubang terbuka pada bahagian atas. Sumber: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih semutarIST14 kn. Sejenis hiasan kepala yang diputar atau dililit di keliling kepala. 4


songkokIST15 kn. Sejenis penutup kepala yang mempunyai empat bentuk yakni, bulat seperti bulan purnama, segi tiga, segi empat, dan gunungan. mahkotaIST16 kn. Sejenis perhiasan kepala daripada bahan yang keras. Kebiasaannya dipakai di atas kepala sebagai simbol pemegang kuasa dan diperbuat daripada bahan yang berasaskan logam seperti emas, tembaga dan besi. Sumber: Google setangan isirIST17 kn. Sejenis destar yang berasal dari Negeri Kelantan dan kerap digunakan dalam persembahan Mak Yong. Sumber: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih justarIST18 kn. Sejenis perhiasan kepala yang diperbuat daripada tali jut. Tali jut yang dibentuk menjadi destar akan dibalut dengan kain dan dihias dengan cantik. Sumber: Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih 5


kopiahIST19 kn. Sejenis penutup kepala yang dipakai oleh golongan lelaki yang diperbuat daripada kain tebal dan berbentuk bulat. 6


BAHAGIAN TANJAK


Peta Konsep Bahagian Tanjak tapakIST41 kn. Bahagian pertama sebelum melakukan lipatan bengkung. bengkungIST45 kn. Proses melakukan bahagian lipatan kedua selepas lipatan tapak. 7


pucukIST52 kn. Bahagian yang terkeluar daripada simpulan. simpulanIST60 kn. Hujung lipatan tanjak yang disimpul membentuk simpulan atau ikatan yang melambangkan ikatan pertalian, asal usul, dan keturunan. karanganIST69 kn. Bentuk bahagian paling atas tanjak iaitu bahagian yang paling penting untuk menentukan nama tanjak. 8


ASAS PENGHASILAN TANJAK


Peta Konsep Asas Penghasilan Tanjak alat IST20 kn. Barang yang diperlukan untuk menghasilkan tanjak seperti gunting, jarum, batu pemberat, seterika, dan pembaris. bahanIST26 kn. Barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan tanjak seperti kain, benang, gam, dan kanji tepung. 9


prosesIST38 kn. Langkah-langkah untuk menghasilkan tanjak. hasil IST71 kn. Sesuatu benda yang diperoleh pada proses akhir pembuatan. pemakaianIST141 kn. Cara menggunakan tanjak, menyarungkan tanjak mengikut mengikut arah berdasarkan adat. Sumber: Rumah Warisan Haji Abdul Mutalib 10


ALAT PENGHASILAN TANJAK


Peta Konsep Alat Penghasilan Tanjak guntingIST21 kn. Alat yang mempunyai dua bilah tajam yang dipakai menggunakan tangan. Digunakan untuk memotong bahan nipis seperti kain dan benang untuk menghasilkan tanjak. jarumIST22 kn. Alat keluli halus yang tajam di bahagian hujung dan pangkalnya mempunyai lubang sebagai tempat untuk memasukkan benang untuk menjahit kain tanjak. 11


batu pemberatIST23 kn. Batu yang berat dan mempunyai permukaan yang lebar. Digunakan sebagai pemberat untuk meratakan kain polos yang dicelup kanji tepung. seterikaIST24 kn. Mempunyai tapak besi yang boleh dipanaskan. Digunakan untuk menghilangkan kedutan daripada kain sebelum melakukan lipatan tanjak. pembarisIST25 kn. Membantu pengukuran gambar untuk menggaris garis lurus. 12


BAHAN PENGHASILAN TANJAK


Peta Konsep Bahan Penghasilan Tanjak benangIST27 kn. Tali halus daripada kapas yang digunakan untuk menjahit. kanji tepungIST28 kn. Sejenis kanji yang diperbuat daripada bancuhan tepung kanji dan air untuk dicelup pada kain polos. Menjadikan kain polos menjadi keras dan mudah dibentuk. 13


gamIST29 kn. Pelekat yang melekit dan jernih. Digunakan untuk mencantumkan kain keras dan kain pilihan untuk membuat tanjak. kainIST30 kn. Barang yang ditenun daripada benang kapas. kain kerasIST31 kn. Sejenis kain yang dikeraskan menggunakan kanji tepung. Dijadikan tapak sokongan untuk memudahkan lagi sesuatu tanjak atau tengkolok itu dibentuk. Sumber: Google 14


kain songketIST32 kn. Sejenis kain tenunan yang dihasilkan menggunakan mesin tradisional dan ditenun menggunakan tangan. Mempunyai corak rumit menggunakan benang emas dan perak. kain cindaiIST33 kn. Sejenis kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi dengan bilangan benang tinggi setiap inci dan mampu menahan tikaman senjata dan kalis api. kain limarIST34 kn. lih. kain cindaiIST33 kain lepasIST35 kn. Sejenis kain yang mempunyai corak yang pelbagai dan biasanya digunakan untuk pelilit kepala (semutar) dan ikat pinggang. 15


kain batikIST36 kn. Sejenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Batik membawa maksud ‘pakaian yang mempunyai titik-titik kecil’. kain dasarIST37 kn. Sejenis kain yang berwarna hitam atau putih yang diperbuat daripada kapas. 16


PROSES PENGHASILAN TANJAK


Peta konsep proses penghasilan tanjak prosesIST38 kn. Merujuk kepada langkah-langkah untuk menghasilkan tanjak. 17


lipatanIST39 kn. Langkah di mana kain ditindih atau dilipat mengikut saiz dan kehendak si pembuat. melututIST40 kk. Perbuatan meletakkan kedua belah kepala lutut ke atas kain yang hendak dilipat untuk memudahkan proses lipatan. : tapakIST41 kn. Bahagian pertama sebelum melakukan lipatan bengkung. tapak bengkungIST42 kn. Merupakan lipatan saiz lebar tinggi. 18


tapak anakIST43 kn. Lipatan pertama separuh dari lipatan bengkung. Sumber: Destar Alam Melayu tapak nasibIST44 kn. Proses tapak yang mudah pecah serta terbuka kerana perlu dilakukan dengan berhati-hati. Sumber: Destar Alam Melayu bengkungIST45 kn. Proses melakukan bahagian lipatan kedua selepas lipatan tapak. bengkung bertingkatIST46 kn. Sejenis bengkung lipatan bertingkat dan berlapis serta dalam proses tersebut bagi Negeri Sembilan istilah ‘Takuk’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘tangga’ manakala bagi negeri lain takuk merujuk kepada proses bahagian potongan. Sumber: Destar Alam Melayu 19


bengkung kilasIST47 kn. Salah satu bahagian antara kanan atau kiri dikilaskan ketika proses membuat bengkung. Sumber: Destar Alam Melayu bengkung tunggalIST48 kn. Bengkung yang dilipat sekali setelah membuat tapak. Sumber: Destar Alam Melayu bengkung dalamIST49 kn. Kedudukan bengkung yang berada di dalam. Sumber: Destar Alam Melayu bengkung luarIST50 kn. Kedudukan bengkung yang berada di luar. Sumber: Destar Alam Melayu 20


bengkung nasibIST51 kn. Proses ini hanya dibuat jika pada langkah awal membuat tapak menggunakan teknik tapak nasib. Sumber: Destar Alam Melayu . 21


Peta Konsep Proses Penghasilan Tanjak (Simpulan) pucukIST52 kn. Bahagian yang terkeluar daripada simpulan. periuk keraIST53 kn. Sejenis pucuk yang kelihatan seperti periuk kera. Sumber: Destar Alam Melayu 22


pucuk pisang patahIST54 kn. Sejenis pucuk yang kelihatan seperti pucuk pokok pisang yang patah. Sumber: Destar Alam Melayu ekor pariIST55 kn. Sejenis pucuk yang panjang dan lurus. Sumber: Destar Alam Melayu anak gajah menyusuIST56 kn. Sejenis pucuk yang mempunyai dua pucuk tidak sama tinggi. Sumber: Destar Alam Melayu pucuk rebungIST57 kn. Sejenis pucuk yang berbentuk seperti pucuk rebung dan jenis kebiasaan pada tanjak. Sumber: Destar Alam Melayu 23


tunas kasihIST58 kn. Sejenis pucuk khas yang hanya digunakan di Negeri Sembilan. Terdapat juga dalam bentuk dua Tunas Kasih. Sumber: Destar Alam Melayu pucuk sorokIST59 kn. Sejenis pucuk yang disembunyikan dalam simpulan. Sumber: Destar Alam Melayu simpulanIST60 kn. Hujung lipatan tanjak yang disimpul membentuk simpulan atau ikatan yang melambangkan ikatan pertalian, asal usul dan keturunan. ketupatIST61 kn. Sejenis ikatan simpulan yang berbentuk seperti ketupat. 24


ketupat makassarIST62 kn. Jenis simpulan berbentuk seperti ketupat bawang yang berbentuk empat segi. Sumber: Destar Alam Melayu ketupat palasIST63 kn. Jenis simpulan berbentuk seperti ketupat palas yang berbentuk segi tiga. Sumber: Destar Alam Melayu ketupat burasakIST64 kn. Jenis simpulan berbentuk seperti ketupat burasak. ketupat burasak laksamanaIST65 kn. Jenis simpulan berbentuk seperti empat segi pada bahagian luar mirip seakan ketupat Burasak dan tidak mempunyai pucuk. Simpulan ini adalah jenis simpul di dalam simpul kerana mempunyai simpulan pada bahagian dalam dan luar. Sumber: Destar Alam Melayu 25


ketupat burasak temenggungIST66 kn. Jenis simpulan berbentuk seperti empat segi pada bahagian dalam dan tidak mempunyai pucuk. Bentuk dalamnya seakan sama seperti ketupat Burasak. Sumber: Destar Alam Melayu garam sebukuIST67 kn. Jenis simpulan berbentuk seperti pembungkusan garam pada zaman dahulu yang digunakan untuk memburu, penternakan dan lain-lain. Sumber: Destar Alam Melayu simpul kasihIST68 kn. Jenis simpulan yang tiada kaitan dengan bentuk ketupat. Sumber: Destar Alam Melayu karanganIST69 kn. Bentuk bahagian paling atas tanjak iaitu bahagian yang paling penting untuk menentukan nama tanjak. Karangan juga membawa maksud proses di mana bahagian paling atas tanjak dibentuk. 26


solekanIST70 kn. lih. karanganIST69 27


HASIL-HASIL TANJAK


1.0 Hasil-hasil Tanjak (Induk) Peta Konsep Hasil-hasil Tanjak (Induk) hasilIST71 kn. Sesuatu benda yang diperoleh pada proses akhir pembuatan. ibu tanjakIST72 kn. Bentuk tanjak utama yang menjadi pecahan atau kembangan atau salasilah kepada tanjak-tanjak lain. floraIST73 kn. Merujuk kepada sejenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah. faunaIST81 kn. Merujuk kepada sejenis binatang yang tinggal di dalam kawasan hutan. keturunanIST101 kn. Merujuk kepada susur galur seseorang. 28


bangsaIST102 kn. Merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi budaya dan cara hidup yang sama. jawatanIST106 kn. Merujuk kepada kedudukan seseorang dalam sesuatu perlembagaan. abstrakIST119 kn. Merujuk kepada perkara tidak berupa atau bersifat kebendaan. tempatIST130 kn. Merujuk kepada sesuatu kedudukan geografi atau lokasi. daerahIST131 kn. Merujuk kepada sesuatu kawasan pentadbiran sesuatu tempat. 29


2.0 Hasil Tanjak Berasaskan Flora Peta Konsep Hasil Tanjak Berasaskan Flora cogan daun kopiIST74 kn. Jenis tanjak yang dipakai oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Pahang. Berbentuk segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi. kacang dua helai daunIST75 kn. Jenis tanjak yang diilhamkan oleh daun kacang, yang melambangkan kesuburan. Sumber: Destar Alam Melayu 30


pucuk pisang patahIST76 kn. Jenis tanjak yang kedudukan pucuk pisang patah yang terjuntai. Sumber: Destar Alam Melayu limau purutIST77 kn. Jenis tanjak ini dipakai oleh Syahbandar. Sumber: Destar Alam Melayu pucuk rebungIST78 kn. Jenis tanjak yang membawa falsafah pucuk rebung, simbolik tampuk kekuasaan. Sumber: Destar Alam Melayu tok beruasIST79 kn. Jenis tanjak diilhamkan dari pokok Beruas, dipakai oleh pembesar-pembesar Beruas. 31


Click to View FlipBook Version